Wednesday, March 31, 2010

Jadi jutawan kutip tin kosong



CURT DEGERMAN


SKELLEFTEA, Sweden - Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong, lapor sebuah akhbar semalam. 

Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya.

Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.

Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.
Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya.

Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa. 

Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.

"Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar. Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri," kata seorang sepupunya.

"Dia amat arif tentang pasaran saham," tambahnya.

Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi.

Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah. - Agensi 

Kos [1/4/2010]

Rokok ada sel darah babi

ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

Kos [1/4/2010]

Tuesday, March 23, 2010

Sabung nyawa untuk ke sekolah

BOGOTA: Setiap hari, Daisy Mora, 9, dan rakan sekampungnya perlu melungsur kabel keluli sepanjang 40 meter untuk ke sekolah. 

PENDUDUK menggunakan kabel untuk ke bandar berhampiran. 
PENDUDUK menggunakan kabel untuk ke bandar berhampiran.
 
Kabel merentangi Sungai Rio Negro di Colombia itu adalah satu-satunya akses ke dunia luar untuk seluruh keluarga di kawasan itu yang terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara, Bogota.

Mereka meluncur selaju 56 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel itu.

Pengembara warga Jerman, Alexander von Humboldt adalah rakyat Barat pertama menyaksikan sistem tali luar biasa ini pada 1804.

Pada mulanya, tali jut digunakan sebagai tali merentasi lembah itu tapi kabel keluli kemudian dipasang apabila pembalak meneroka kawasan sekitar.

Apabila pembalakan diharamkan, penduduk setempat merubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan berladang. Hingga kini, kabel ini adalah satu-satunya pengangkutan untuk penduduk setempat.
Petani menggunakan kabel untuk membawa keluar barangan dan bagi pelajar seperti Daisy dan adiknya, Jamid, 5, ia adalah laluan tunggal untuk ke sekolah.

Jamid bagaimanapun terlalu muda untuk naik sendiri dan Daisy terpaksa meletakkannya di dalam guni jut dan mengawal kelajuan mereka ketika ke sekolah. — Agensi

HM 23/3/2010

p/s - bertuahnya di Malaysia.. 

Sunday, March 21, 2010

Terpaksa dibedah kerana main SMS

LEVITZ memakai pendakap tangan selepas menghantar lebih 100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari.

CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.
Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit. 

Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.
Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap. 

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya. 

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu. 

Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik. - Agensi 


Kos [22/3/2010] 

Thursday, March 11, 2010

Ibu dibelasah lima pelajar perempuan depan anak

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my

PETALING JAYA: Seorang eksekutif wanita dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini, di depan anaknya dan puluhan pelajar lain, kelmarin.

Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, kira-kira jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu.

Zatul Bazamah Zainal Abidin, dikatakan ditendang, dipijak dan rambutnya ditarik oleh kumpulan pelajar terbabit hampir setengah jam sebelum kejadian itu dileraikan tiga anggota polis yang tiba sebaik menerima panggilan orang ramai. Berikutan kejadian itu, Zatul Bazamah yang mengalami kesakitan di seluruh badan, membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Arjunaidi berkata, polis juga sudah mengambil keterangan semua enam pelajar terbabit, kelmarin.

Sementara itu, Zatul Bazamah berkata, sebelum kejadian itu, beliau yang menunggu anaknya pulang dari sekolah, melihat seorang pelajar terbabit mengganggu dan mengejek anaknya.

“Saya turun dari kenderaan dan bertanya kepada pelajar perempuan itu kenapa dia mengganggu anak saya. Bagaimanapun, pelajar itu menjawab secara kasar dan bertanya siapa saya untuk masuk campur urusannya menyebabkan saya hilang sabar dan menolak kepalanya tetapi dengan perlahan.

“Sejurus selepas itu, pelajar perempuan terbabit bersama lima rakannya menyerang saya. Ketika itu, anak saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menjerit dan cuba meleraikan pergelutan,” katanya.

Zatul Bazamah berkata, bulan lalu beliau juga pernah membuat laporan polis terhadap pelajar perempuan terbabit kerana sering mengganggu dan mengugut anaknya.

“Saya tidak pasti kenapa pelajar perempuan itu selalu mengganggu dan mengugut anak saya. Saya berharap pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri mengambil perhatian serius terhadap perkara ini,” katanya.

BH [12/3/2010]

p/s - pompuan skrg ni mkin mjadi2..tgok ja la cra diorg memandu...tampar karang..

Kekal bernafsu andai badan sihat

LONDON: Kaji selidik mendapati mereka yang kekal aktif dan sihat mampu menikmati seks untuk tempoh yang lebih lama.

Lelaki sihat dan cergas berusia 55 tahun bakal menikmati seks antara lima hingga tujuh tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak sihat.
Manakala wanita yang sihat dan cergas pula memiliki antara tiga hingga enam tahun lebih lama untuk menikmati seks berbanding mereka yang sakit.
Pada masa sama, penyelidik di Universiti Chicago turut mendapati, lelaki lebih menikmati hubungan seks berbanding wanita.
Usia turut memberi kesan dan ia amat ketara dalam kategori usia 75 hingga 85 tahun dengan 39 peratus lelaki dan hanya 17 peratus wanita masih aktif melakukan seks.
Namun, pada usia itu kebanyakan wanita sudah kematian suami. - AFP

HM [12/3/2010]

p/s : lu pikir la sndri.. ;-)

Thursday, March 4, 2010

Pasangan paling bahagia selepas 3 tahun

LONDON: Satu kajian terbaru mengenai kebahagiaan berumahtangga merumuskan pasangan suami isteri hanya mencapai kemuncak bahagia selepas dua tahun, 11 bulan dan lapan hari melangsungkan perkahwinan.

Kajian membabitkan 4,000 pasangan suami isteri juga mendapati, mereka akan hanya menikmati kehidupan seks sepenuhnya, lebih banyak melakukan sendiri kerja rumah dan masih mencari waktu untuk makan bersama dalam suasana romantik selepas tempoh berkenaan, lapor The Daily Express.

Carol Richardson, memberi penjelasan dalam laman web perkahwinan www.confetti.co.uk dengan berkata:

“Kajian kami menunjukkan, selepas tiga tahun melangsungkan perkahwinan, semua kerja dilakukan bersama menyebabkan pasangan lebih banyak ketawa dan berpelukan depan televisyen.

“Mereka juga akan menghabiskan lebih banyak masa kualiti bersama setiap malam dan melakukan perkara kecil seperti menawarkan diri untuk menyediakan makan malam dan membantu membasuh. - Agensi


BH [5/3/2010]

Wednesday, March 3, 2010

Institusi agama tercabar

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my

MUAR: “Penghinaan bagi umat Islam,” tegas penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz mengulas kisah seorang ibu tunggal yang menerima bantuan pihak gereja bagi membiayai yuran pengajian anaknya di sebuah universiti tempatan di ibu negara, baru-baru ini.

Hassan berkata, isu itu juga tamparan hebat kepada institusi agama termasuk Baitulmal dan pusat zakat negeri kerana terlepas pandang nasib ibu malang terbabit.

“Hadis Rasulullah ada mengatakan sebagai umat Islam kita wajib menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal dan anak yatim termasuk menjaga kebajikan mereka dari segi pakaian, tempat tinggal serta keselamatan.

“Kalau kita tidak membantu, mereka yang teraniaya sebegini kebiasaannya boleh jadi kufur atau keluar Islam pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hassan juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi ibu tunggal di luar sana yang menerima nasib seperti wanita yang dikenali sebagai Hanum itu.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang ibu tunggal menerima sumbangan sebuah gereja sebanyak RM2,000 bagi menaja pengajian anaknya di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur.

Sumbangan itu diterima Hanum selepas permohonannya di kebanyakan pertubuhan Islam dan wakil rakyat setempat sering mengecewakan, malah pernah dihalau ketika berulang kali cuba memohon bantuan.

Walaupun menerima cek daripada gereja, ibu malang terbabit tidak menggunakan cek itu sebaliknya menyerahkannya kepada seorang individu bergelar ustaz yang ditemui di sebuah masjid di Batu Pahat.

Menurut Hassan, ibu tunggal terbabit boleh menggunakan sumbangan gereja berkenaan kerana ia lebih kepada bantuan dari segi tanggungjawab sosial pertubuhan agama kepada masyarakat setempat.

“Selaku individu beragama Islam kita boleh menggunakan apa jenis sumbangan mahupun bantuan pertubuhan agama lain.

“Lagipun mereka (pihak gereja) tidak meletakkan sebarang syarat kepada Hanum. Cuma dikhuatiri akidah umat Islam akan mudah terpesong berikutan hak itu sering dinafikan pihak dan individu seagama dengannya,” katanya.

Justeru, Hassan menegaskan supaya pertubuhan agama Islam termasuk Baitulmal dan pusat zakat segera membantu ibu tunggal berkenaan kerana isu sebegini seharusnya tidak berlaku, malah perkara yang berlaku satu penghinaan kepada umat Islam negara ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Tinggi Kluang, Ismail Yon ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah menghulurkan bantuan RM2,784 kepada Hanum.

“Pihak kami terkejut dengan kisah ibu tunggal berkenaan lalu kami segera menghulurkan bantuan sekadar termampu untuk menampung yuran pendaftaran anaknya itu akhir tahun lalu,” katanya.

Ismail berkata, selepas Harian Metro menyiarkan kisah ibu terbabit dia menerima banyak panggilan telefon termasuk daripada individu kenamaan dan orang perseorangan yang mahu menghulurkan bantuan.

“Saya mahu pihak yang berwajib ambil tindakan segera kerana selaku umat Islam kami tak rela agama dicabar dan bangsa merempat di bumi sendiri,” katanya.

HM [4/3/2010]

p/s : besala..sdh thantuk bru tngadah..4 me, institusi agama islam d Malaysia hanya tahu buat fatwa itu-ini, begitu-begini tanpa ada kajian myeluruh..ini tidak boleh-itu tidak boleh tpi apa2 tindakan "sebelum" mengikut keadaan masyarakat negara ini tidak tahu apapun..bagi aku, ulama-ulama Malaysia hanya tahu bercakap sambil urut janggut and ***** masing2. Mungkin bidang ini bukan bidang mereka sebenarnya..sori 2 say..tpi fikir2lah dlu ok..

Tuesday, March 2, 2010

Ustazah terlanjur

KUALA LUMPUR: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.
Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.

“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan, ustazah terbabit dan pasangannya akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kota Tinggi, pada 22 Mac ini, atas tuduhan berkhalwat.

HM [3/3/2010]

p/s : hmmm....ustazah pn manusia biasa jga.. :-)

Search This Blog

Featured Images