Wednesday, July 28, 2010

Dulu saintis, kini usahawan kelisa


HARGA ikan kelisa semakin mahal jika ikan itu semakin membesar.


SEBAGAI seorang saintis yang mengkaji kehidupan flora dan fauna menjadi titik tolak kepada Mohd. Zalalnudin Latipi, 31, membuka sebuah kedai menjual spesies ikan terancam kelisa atau juga dikenali sebagai arowana.

Demi minatnya yang berputik sejak kecil Mohd. Zalalnudin nekad meninggalkan jawatannya sebagai seorang saintis. Minatnya kian bercambah apabila beliau berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sosiologi Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah. 

Ikan kelisa kepada Mohd. Zalalnudin bukan sekadar ikan hiasan malah kepada mereka yang tahu menilainya, ia boleh menjadi sumber pendapatan.

Harganya mampu mencecah ribuan ribu ringgit selain ia digemari oleh kaum Cina di negara ini yang dipercayai membawa tuah kepada pemiliknya.

Namun Mohd. Zalalnudin tidak menyangka hobinya yang suka memelihara ikan itu mampu memberikannya sumber pendapatan tetap kepadanya.

"Dulu saya hanya bela ikan ini di rumah dan saya ada tujuh akuarium di rumah untuk mengisi ikan-ikan ini.
"Namun pada tahun 2005 saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai seorang saintis kerana mahu melibatkan diri secara serius dalam perniagaan menjual ikan kelisa," katanya.

Mohd. Zalalnudin tidak menyangka, kedai yang baru dibukanya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat malah ikan kelisa juga mendapat permintaan daripada orang Melayu.

"Selain orang Cina, orang Melayu juga menunjukkan minat terhadap ikan ini dan sanggup membelinya walaupun pada harga yang mahal.

"Mereka yang datang ke kedai ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata mahu melihat kecantikan dan kelicikan ikan kelisa," katanya.

Menyentuh penjagaan ikan kelisa, beliau memberitahu, tidak susah untuk membelanya tetapi perlu memastikan air yang digunakan dicampurkan dengan ubat antiklorin. 

"Antiklorin perlu dicampurkan mengikut sukatan yang ditetapkan selain memberi makanan kepada ikan mengikut waktu.


MOHD. ZALALNUDIN menunjukkan buku berkaitan ikan kelisa kepada pelanggan di kedainya, Star Arowana, di Jalan Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.


"Ikan ini kebiasaannya makan sejenis ulat yang banyak dijual di pasaran. Lipas dan cengkerik juga boleh diberi tapi lebih baik beli sahaja di pasaran kerana ditakuti serangga ini membawa racun dan mati jika memakannya," katanya.

Jelasnya, bagi memenuhi permintaan ikan kelisa di kedainya itu, beliau telah membeli dua buah kolam ikan kelisa di Bukit Merah, Perak.

"Kebanyakan ikan-ikan yang ada di kedai di bawa dari sana dan kita akan pilih ikan-ikan terbaik sebelum dipamerkan di kedai bagi menarik minat orang ramai," katanya.

Di kedainya terdapat lebih 200 ekor ikan kelisa pelbagai variasi seperti Malaysia Gold Cross Back Golden Arowana, Malaysia Super Red Arowana, Indonesia Chili Red dan sebagainya.

Lebih istimewa, harga ikan kelisa semakin meningkat jika ikan itu kian membesar.

"Bagi saya ikan ini memang membawa tuah kepada pemiliknya.

"Ikan ini juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui cara-cara penjagaan ikan kelisa mereka boleh datang terus ke kedai saya," katanya.

Bagi mereka yang ingin melihat ikan-ikan yang dijual di kedai Mohd. Zalalnudin, kedainya itu terletak di Star Arowana World di Jalan Seberang Perak, Alor Setar.

Kos [29/7/2010]
p/s ; hmmm...jual ikan kelisa?...

Thursday, July 22, 2010

Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Idamanku...waawawawaw..

Sebenarnya set kamera ini saya ternampak dalam satu laman web menjual barang-barang secara online pada 22 Julai 2010. Set kamera Canon..hargapun RM4800 sahaja. Tetapi mengikut kawan-kawan yang sudah berkecimpung dalam dunia photographer, harga dan nilai set kamera ini memang menguntungkan sesiapa..tapi saya idamkan yang baru heheheh...layari saja laman web yang tertera di dalam gambar-gambar mana tau masih sempat..gambar ini kira sebagai pendorong kepada saya..


      Package content:
 
  • Canon EOS 550D + Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS Lens + uv/polarizer filter
  • Memory Card = 4Gb
  • Tamron Lens 18-200mm f/3.5-6.3 non stabilizer
  • Canon EF 50mm f/1.8 II Standard Autofocus Lens
  • Batery Grip + 1 extra Li ion batery
  • Speedlight Sunpak PZ42X TTL Auto Flash + Difuser
  • Battery charger + Strap + USB cable + AV cable + Software CD + Manual
  • Beg Canon EOS + Box + Warranty Card

Lelaki paling budiman

Gambar ini diambil pada hari Rabu (21 Julai 2010) lebih kurang jam 7.00 pagi menggunakan HP (sebab itu gambar-gambar agak kabur..HP cap kapak). Rasanya inilah lelaki yang paling budiman sebab sanggup mempertaruhkan nyawanya demi perempuan ini (mungkin isteri atau kekasih dia sebab time tu lelaki ni siap gesel-gesel paha perempuan tu time ambil corner lagi seperti kata adik saya ...)..mungkin juga lelaki ini kekurangan modal untuk membeli kopi keledar yang satu lagi lalu membiarkan perempuan tersebut memakainya atau memang dia mahu tunjuk macho dengan beranggapan dengan berbuat demikian perempuan itu akan lebih menyangjunginya...hahaha...ataupun secara semulajadi kepala dia memang lebih keras dari badan lori atau juga ada simpanan nyawanya dikedai-kedai sekitar Kinarut..


Bayangkan kalau ada remaja di situ..terus jadi idola mereka mungkin...biasalah, yang tidak baik cepat saja ditiru oleh golongan ini..


No Fear kunun..


Time mahu ambil corner..

White gold kupu-kupu

Kupu-kupu jenis apa ini?.ditangkap pada waktu malam on 18 Julai 2010 time rilek2 tengok TV...cantik warnanya, boleh dijadikan contoh pewarnaan untuk buku, baju atau apa saja..

Gambar agak kurang jelas maklumlah guna Handpone cap kapak...hahaha

Wednesday, July 21, 2010

Benci dapat bayi perempuan

Oleh Hadzlihady Hassan
AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.

Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian. 

“Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan.  

“Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

“Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apabila dia sekali lagi mengamuk.

“Lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak dua beranak itu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dua beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah.

Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.

“Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari,” katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki lelaki terbabit yang dipercaya sudah melarikan diri.

HM [22/7/2010]
p/s ; GILA!!..

Tumbuhan laman sempit


TANPA ruang yang luas, taman bonsai boleh dibina mengikut kreativiti masing-masing.


KEDIAMAN yang tidak dihiasi tumbuhan sama ada daripada jenis berbunga, menjalar, akuatik mahupun renek pasti kelihatan kaku umpama sudah seri. Biarpun ruang yang ada sangat minimum, ia masih boleh diindahkan dengan reka letak landskap yang membentuk ruang kosong itu sebagai titik fokal buat kediaman anda, apatah lagi jika kawasan sekeliling rumah itu luas.

Bagi pemilik yang tidak mempunyai bajet besar untuk membina dan menghias landskap kediaman, usah risau kerana taman ringkas boleh dihasilkan dalam lingkungan kemampuan pemilik malah ia merupakan pertimbangan paling penting sekiranya merancang untuk membina sesebuah taman.

Berbeza dengan dekorasi dalaman, seni reka landskap bermula dengan pemilihan konsep hiasan sama ada perincian ala Bali, batuan semula jadi, bonsai, kehijauan disertai ornamen air ataupun laman desa.
Tidak hanya itu, membina taman juga menuntut komitmen dan perhatian agar elemen hidup yang ada pada pokok dan elemen mati atau kejur yang ada pada ornamen boleh bersatu dalam persekitaran segar dan harmoni.

Bagi yang gemar mengarang dan membentuk tumbuhan renek, gabungan bonsai dalam rekaan taman ringkas amat sesuai.

anya RM15

POKOK asam jawa yang dibantutkan jarang boleh mengeluarkan buah.


Seni membentuk dan membantut pokok yang menjadi warisan negara Jepun itu tidak hanya terkenal di rantau Asia sebaliknya telah muncul sebagai penghias laman dan taman yang artistik di seluruh dunia.

Tanpa ruang yang luas, koleksi tanaman kerdil ini hanya perlu diletakkan di atas para atau kotak bertingkat terbuka di luar kediaman, seeloknya di kawasan yang mendapat pencahayaan sempurna matahari.

"Landskap berkonsepkan bonsai adalah idea terbaik sekiranya kediaman tidak memiliki ruang luar yang luas dan pemilik tidak mahu tumbuhan yang rendang dan besar menghalang pandangan tatkala bersantai di rumah," ujar pemilik Sanfong Bonsai & Art Garden di Semenyih, Selangor, Benny Lim.

Menolak pendapat segelintir masyarakat yang menganggap bahawa bonsai hanya sesuai untuk warga emas mengisi masa lapang dan memerlukan modal tinggi, Benny menjelaskan, semua orang boleh menikmati keindahan serta memiliki taman bonsai kerana ia mudah dan murah.

"Anda boleh memiliki bonsai 'muda' pada harga serendah RM15. Jika pokok dijaga dengan baik tanpa meninggalkan sebarang rutin menyiram hingga membasahi semua permukaan tanah, membaja, menyembur racun, mencantas dan membentuk, pasti hasilnya sangat memuaskan, lebih-lebih lagi jika ia adalah hasil kerja tangan sendiri," katanya.

Pasu gantung

Jelas Benny, tidak semua tumbuhan bonsai boleh hidup dengan baik di Malaysia disebabkan faktor iklim dan cuaca. Menurutnya, antara benih yang sesuai ditanam menjadi bonsai adalah seperti pokok ara, bebaru, gading gajah, asam jawa, santalia atau melati, pokok ceri, kemuning, jari lipan, cucur atap, beruas dan juniper.
"Semua jenis pokok sama ada berbunga, renek mahupun pokok buah boleh dijadikan bonsai. Menariknya, kerja-kerja membentuk boleh dimulakan selepas enam bulan benih ditanam dan jika mahu membentuk pokok yang telah tumbuh lama, sebahagian kulit pokok perlu dibuang supaya dahan baru dapat dihasilkan," ujar Benny.

Terletak dalam kategori pokok hiasan untuk landskap luar, tumbuhan miniatur pelbagai bentuk ini sangat memerlukan cahaya matahari yang sempurna.

BONSAI yang akarnya ditanam di dalam batu dapat menyuntik kelainan rekaan selain dilihat lebih unik.


"Jangan risau sekiranya bonsai akan kekeringan jika terlalu terdedah kepada sinaran terik matahari. Ia adalah tumbuhan yang tahan lasak. Ia hanya perlu disiram dua kali sehari dan diberi penjagaan berkala mengikut jadual," katanya yang menekankan ketinggian pokok bonsai tidak boleh melebih empat kaki.

Boleh dibentuk dalam pelbagai saiz sama ada miniatur, kecil atau sederhana, bonsai yang bagus dapat dilihat daripada keseimbangan dalam ukuran batang, dahan, ranting bunga yang kuat serta daun.
"Apabila batang mengeluarkan dahan, kita perlu memotong sedikit bahagian itu untuk mengeluarkan dua ranting. Apabila ranting kuat dan menjadi dahan, proses yang sama dilakukan sehingga mendapat bonsai yang rimbun dan rendang.

"Keseimbangan itu adalah asas penting dalam menentukan harga pokok bonsai selain umur dan kelainan pada rekaan pokok," ujarnya yang memiliki bonsai berusia lebih 50 tahun dan pernah menjual seunit tumbuhan itu pada harga RM40,000.

POKOK beruas ini asalnya memiliki daun selebar tapak tangan namun teknik bonsai menjadikan saiznya lebih kecil.


Bagi peminat yang tinggal di apartmen atau rumah pangsa, tiada sekatan untuk anda menghias laman kerana masih banyak pilihan menghias balkoni kecil untuk kediaman tinggi.

Ramai pakar landskap mencadangkan pasu gantung sebagai kaedah terbaik untuk menceriakan persekitaran kawasan terhad. Deretan gantungan bunga pelbagai warna seperti azalea, petunia dan bunga kekwa dikatakan dapat menyerlahkan seri rumah apatah lagi seleksi bunga yang tidak bermusim.

Untuk memberi keseimbangan kepada penataan gaya gantungan, pilihan tumbuhan dedaun tebal jenis rona lembut daripada kelompok Piperaceae yang terkenal dengan sifat tahan lasak tampil sebagai alternatif.


Bagi yang gemar memilih daun aneka warna menyerlah, tumbuhan daun merimbun daripada keluarga Begoniaceae seperti boweri, rex putzets dan masoniana juga dapat membangkitkan aura segar dan ceria di kediaman anda.

Kos [22/7/2010]

p/s ; i like ..

Pokok-pokok Cili Api sebelum ditanam di kebun..

Saya sengaja menangkap gambar-gambar ini untuk dimuatkan dalam blog saya sebab maybe dalam minggu depan saya mesti menanam pokok-pokok cili api ini ke kebun untuk tumbesaran seterusnya. So, memandangkan saya akan menanam cili besar pula selepas ini jadi saya abadikan gambar-gambar pokok cili api ini sebagai kenangan hahaha....boleh juga dijadikan panduan satu hari nanti kan.. pic on 18 Julai 2010..walaupun mungkin bagi orang lain apalah sangat dengan pokok-pokok ini, tapi bagi saya semua ini sangat besar ertinya kepada hidup saya..satu perubahan untuk memajukan diri dan menghindar dari sikap membuang masa..dalam erti kata lain, saya mulai memikirkan masa depan dan kehidupan saya secara serius..yang sepatutnya saya lakukan lebih sepuluh tahun yang lalu..













Bahagian belakang ialah kebun tapak penanaman pokok-pokok cili api ini..semoga berjaya dan subur terus..

Before & After My Pokok-pokok Cili Api


Nampak juga perubahannya..dulu mula-mula buat takut-takut juga tidak menjadi, maklumlah tiada pengalaman..tapi syukurlah sekarang...minggu depan maybe boleh sudah tanam di kebun..then buat pula cili besar..

 



Tuesday, July 20, 2010

Kolam-kolam Ikan Tilapia Merah - Perkembangan yang belum begitu berkembang


Inilah rupanya projek penternakan saya yang dirancang since May 2010...masih tiada perkembangan yang memberansangkan. Hari ini sudah 18 Julai 2010...macam mana ni?..sudah dekat hujung tahun..hmmmmmmmm.....argggggggggggg..........!!


Petak Kolam 1


Petak Kolam 2


Petak Kolam 3


Petak Kolam 4


Petak Kolam 5


Petak Kolam 6


Petak Kolam 7


Petak Kolam 8


Petak Kolam 9

Monday, July 19, 2010

Gempar lihat UFO terapung

Oleh Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.

“Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata.

Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba ‘mati’ dengan semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan. 

Jemas berkata, dia ternampak satu objek terapung yang besar dan tidak bergerak ketika menghadiri majlis jamuan makan seorang rakannya di pusat peranginan itu.

Menurutnya, dia sempat merakamkan objek misteri itu menggunakan kamera telefon bimbitnya, malah beberapa pengunjung pusat peranginan itu turut melakukannya.  
“Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata.

“Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba ‘mati’. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Donny Benedict, 29, berkata, dia tidak percaya dengan kewujudan UFO, namun pandangannya berubah sebaik menyaksikan kejadian itu.

“Saya hanya sempat melihat objek berkenaan terapung selama 20 saat sebelum ia hilang begitu sahaja. Apa yang peliknya, ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti dihasilkan pesawat udara.

“Ini pengalaman pertama saya melihat UFO, namun mengecewakan gambar diambil menggunakan telefon bimbit hilang,” katanya.

Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini.

Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

 UFO seperti yang  dilihat di Cape Town (sumber : Google)

 imej UFO dalam bualatan merah (kredit to tucsoncitizen.com)

 suasana sewaktu imej UFO dirakam. (kredit to kulanzsalleh.com)



:: Sumber Berita : Harian Metro @ 19/7/2010

# P/S ; .........time ni saya di rumah...hujan..ada kaitan?....

Friday, July 16, 2010

Petikan yang menaikkan nafsu ke tahap teratas.. (2)

OKU miliki 17 kolam ikan air tawar

PEKAN 26 Okt. - Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan kegigihan seorang kurang upaya yang kini memiliki sebilangan kolam ikan air tawar hasil usahanya dalam bidang akuakultur di Kampung Tanjung Pulai di sini sejak lapan tahun lalu.
Dengan hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM1,200 dan sebuah kolam ikan air tawar pada tahun 2000, Mohd. Khairi Othman, 31, yang kudung kedua belah tangan dan kaki sejak lahir, kini bergelar usahawan yang mempunyai 17 kolam ikan air tawar.
Lebih mengagumkan, Mohd. Khairi yang berkerusi roda dan terpaksa mengesot memasuki ladang ternakannya, mampu menguruskan kolam tersebut bersendirian dan meraih pendapatan ribuan ringgit sebulan.
''Aspek penjagaan harian seperti memberi makanan dan pemantauan saya lakukan sendiri.
''Bagaimanapun, saya akan mengupah beberapa pekerja untuk mengangkat ikan dari kolam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kampung itu, baru-baru ini.
Mohd. Khairi yang masih bujang berkata, dia bertekad memulakan projek ternakan ikan air tawar tersebut apabila menyedari kekurangan yang ada pada dirinya dan berasa perlu melakukan sesuatu demi memperbaiki taraf hidupnya.
''Saya mula menimba pengalaman dengan membantu salah seorang saudara saya menguruskan kolam ikan air tawar miliknya di sebuah kawasan berdekatan kampung ini.
''Sejak itu minat timbul dan dengan bermodalkan RM1,200 serta sebuah kolam ikan yang dipinjamkan oleh saudara saya itu pada tahun 2000, saya memulakan perniagaan sendiri," katanya.
Mohd. Khairi memberitahu, ketika ini kolam ikannya mampu mengeluarkan lebih 600 kilogram ikan talapia dan patin bagi setiap lima bulan.
Menurutnya, pasaran ikan air tawarnya tertumpu di pasar-pasar basah di daerah ini selain orang ramai yang datang terus ke ladang ternakannya itu.
Ditanya mengenai rancangan masa depan, dia bercadang menambah kolam ikan sedia ada, sekali gus meningkatkan hasil pengeluarannya.
Tambahnya, kekurangan pada diri bukan halangan untuk maju dalam bidang yang diceburinya itu sebaliknya menganggapnya sebagai cabaran.
''Saya berpegang kepada prinsip bahawa setiap kekurangan pasti ada kelebihan," tegasnya

Utusan Malaysia


My Say ; 

kenapa saya mesti mengalah?..sedangkan Tuhan telah memberikan kelebihan yang terlalu jelas untuk digunakan.. terima kasih kepada http://pasar-ikan.blogspot.com/ di atas artikel ini..terima kasih banyak-banyak..saya doakan juga semoga saudara Mohd. Khairi Othman akan terus berjaya dalam bidangnya dan menjadi seorang jutawan yang budiman..                                         

Catatan pada 16/7/2010

Thursday, July 15, 2010

Petikan yang menaikkan nafsu ke tahap teratas..

"minggu depan Argobank baru nak tengok tapak projek fertigasiku. Tak sabar rasanya nak mulakan projek ini. set 20 pokok yang dah menngeluarkan hasil pula, dah saya tambah 30 pokok yang baru. 20 cili, 4 pokok tomato dan 6 pokok kobis. Saya cuba tanam kobis panas, nak tahu hasilnya. Bagaimanapun di Sabah ni, susah nak dapatkan bekalan alat fertigasi yang murah. Harga tawaran semananjung dijual pada harga yang mahal di sini. contohnya dripper yang harganya cuma 0.15 berharga rm 1 di sini. Alangkah bagusnya kalau harga semananjung sama dengan harga di Sabah."

dipetik dari http://pitashijau.blogspot.com bertajuk Peralatan fertigasi mahal

...petikan ini mencatatkan darjah kenaikan yang ketara dalam jiwa ini..nafsu hidup yang membuak-buak..mahu belajar fertigasi dengan lebih mendalam..tapi dimana?..hmmmm.....kalaupun tidak melebihi jumlah di atas, jumlah yang sama pun ok la buat permulaan..

Bersama bos lama..

Kolam dan petak-petaknya

Petak-petak kolam..step by step untuk diusahakan..bermula dari petak no. 1 hingga ke no. 9..next time rasanya kena buat ikut susunan yang betul..


petak 1


petak 6 (baru petak ini yang siap)


pandangan dari sisi petak 6


petak 7


petak 8


petak 9


sayup-sayup petak 9



rimbunan kayu-kayu yang telah dipotong



banyaknya pokok "gosing" tah bila boleh siap bersih..


batas petak 8 dan petak 9


dawai untuk membuat pagar sekeliling kolam..selepas bertahun tidak digunakan


disebalik belukar ini ialah petak 4 dan petak 5


petak 6 (dari bahagian belakang) dan stor


pusat pembiakan ikan


perlu banyak dibaiki


batas kolam petak 2 dan 1..pokok gosing kata orang di tempat siorang


bekas kebakaran..rosak


timbunan kayu-kayu yang sudah dipotong/ditebas/dibersihkan..


parit saliran di petak 2


batas a.k.a laluan ke kolam 6,7,8,9


stor yang kian usang..since 2007 tidak pernah dibaiki..


titi..perlu dibaiki/diganti..kena belajar membuat titi la pula..



petak 2 (paling besar..awalnya dirancang untuk diusahakan selepas petak 1) tetapi diubah ke petak 4 disebabkan besar dan kepayahan membersihnya..


jalan menuju petak 3, 4 dan 5


petak 3


petak 4..matai!!..basar-basar kayunya..


tangki-tangki pembesaran anak-anak ikan


Search This Blog

Featured Images