Tuesday, September 28, 2010

Main kutu haram di Malaysia



MAIN kutu yang popular di kalangan masyarakat rupa-rupanya salah di sisi undang-undang. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Kos [29/9/2010]
p/s ; aduhhh...

Seronok cari duit poket






DI satu sudut taman, kelihatan dua orang gadis leka membetulkan tudung masing-masing. Seorang memakai tudung berwarna biru, manakala temannya menawan dengan warna kegemaran, merah jambu.

Di hadapan mereka, seorang lelaki berkemeja ungu berbelang putih lengkap dengan ves rona kelabu asyik membetulkan kameranya.

Sebaik menyedari pelanggannya sudah bersedia, tanpa berlengah jarinya pantas menekan picu kamera. Bertalu-talu sebelum berhenti seketika sambil membelek hasil gambar yang dirakamnya.

Sesekali kelihatan lelaki itu tersenyum dan kadangkala mengerutkan dahi. Mungkin kurang berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Kemudian, dia meminta dua remaja tersebut menukar gaya dan beraksi secara spontan sebelum menyambung tugasnya dengan penuh semangat.

"Bagi saya fotografi ialah melihat kehidupan di sebalik gambar yang dihasilkan oleh lensa kamera. Apa yang saya lihat saat memetik picu kamera, itu juga yang saya ingin orang lain rasakan apabila melihat gambar yang terhasil," kata jurugambar amatur muda, Tuan Ahmad Muzaffar Tuan Rosdan.

Lebih mesra dengan nama panggilan Epa, pemuda berusia 22 tahun itu memberitahu, minatnya dalam dunia fotografi bermula sejak umurnya 14 tahun.

Ketika itu, dia sentiasa memerhatikan bapanya, Tuan Rosdan Tuan Muda menggunakan kamera SLR Minolta X-700 dengan perasaan teruja.

Namun, perasaan tersebut hanya disimpan dalam hati hinggalah pada suatu hari bapanya secara tiba-tiba memberi peluang pada Epa untuk menggunakan kamera itu.

"Itulah kamera pertama yang saya cuba. Ia menggunakan filem. Abah kemudian memberi ilmu serba sedikit tentang asas fotografi seperti mengajar apa itu aperture, shutter speed, iso, rule of third dan sebagainya.



DUNIA fotografi Epa bermula sejak berusia 14 tahun lagi.


Kamera Nikon D50

"Saya terus jatuh cinta dalam bidang ini," jelas Epa yang kemudian menyambung pelajaran ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis dalam jurusan Diploma Media Digital (Seni Digital) selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekali gus memulakan kehidupan sebagai jurugambar. Menurutnya, pada semester pertama, orang tuanya membelikan sebuah kamera Nikon D50 untuk kegunaan di kampus.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah juga perasaan yang dialami oleh anak kedua daripada 11 adik-beradik itu memandangkan dia sudah lama menanam impian untuk memiliki kamera tersebut.

Sepanjang tiga tahun di politeknik, Epa menunjukkan prestasi akademik yang membanggakan pada setiap semester dengan keputusan purata nilai gred kumulatif (CGPA) seperti 3.25, 3.41, 3.46 dan 3.47.

Malah, sewaktu mengikuti latihan industri pada semester empat, dia turut mencatat keputusan cemerlang berdasarkan komitmen yang ditunjukkan anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu.

Di samping itu, kerana cintanya pada arena rakaman di sebalik lensa kamera, penggemar nasi kerabu itu mula menabung semata-mata untuk membeli segala peralatan kamera yang memerlukan wang yang bukan sedikit.
"Saya mula mencari duit poket sendiri dengan menjadi jurugambar amatur. Alhamdulillah, usaha saya tidak sia-sia. Bidang inilah yang menjadi sumber pendapatan saya sepanjang belajar.

"Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa dengan meminta wang daripada mereka. Maklumlah adik-beradik pun ramai.

"Sejak itu, saya menyediakan jadual tugasan sendiri untuk membahagikan masa di antara akademik dan kerja-kerja fotografi. Ia begitu menyeronokkan di samping memberi pengalaman tersendiri," tutur Epa yang kini melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam jurusan Teknologi Multimedia dalam Animasi Komputer di Universiti Kuala Lumpur MIIT.

Hingga kini, Epa mengakui sudah menghabiskan lebih daripada RM10,000 untuk membeli peralatan kamera bagi meningkatkan kualiti dan mutu gambar yang dirakam.



SALAH satu karya buku foto yang dihasilkan Epa ketika bercuti di Pulau Sipadan, Sabah.


Berhabis ribuan ringgit

Antaranya seperti badan kamera Nikon D300 bernilai RM4,000, lensa sudut luas Tokina 11-16mm f2.8 (RM2,300), lensa prime 50mm f1.4 (RM1,200), lensa zoom 80-200mm f2.8 (RM2,000), lensa fisheye Peleng 8mm f3.5 (RM2,000), flash Nikon SB600 (RM850 setiap satu) dan banyak lagi.

"Semua perbelanjaan itu menggunakan duit hasil titik peluh daripada perkhidmatan fotografi mjlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari lahir, konvokesyen dan banyak lagi," ujarnya yang cenderung mengambil gambar landskap, alam alam sekitar dan fotografi seni halus yang mempunyai 1,001 makna untuk ditafsir.

Salah seorang pelanggan, Nazrul Aznan Mohd. Kadri, 27, berkata, dia memilih Epa sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinannya selepas dicadangkan oleh adiknya, Nazrul Izwan, 22.

Bagaimanapun, Nazrul Aznan tidak terburu-buru membuat keputusan berikut. Sebaliknya, dia meneliti terlebih dahulu hasil kerja Epa yang dipaparkan di dalam laman web miliknya.

Ternyata, segala karya yang terdapat di dalamnya menarik minat juruteknik komputer itu untuk menggunakan perkhidmatan Epa.

"Majlis perkahwinan merupakan satu peristiwa penting bagi setiap insan. Jadi, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk memastikan potret kami bergelar raja sehari dirakam dengan sempurna.

"Meskipun masih muda dan masih belajar, tetapi saya amat berpuas hati dengan hasil kerja Epa. Dia sangat profesional dan sentiasa memenuhi permintaan kami tanpa sebarang rungutan," kata suami kepada Hariani Hamidin, 26, itu. Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada 28 Februari lalu.

Pendapat Nazrul Aznan disokong oleh Nur Mastura Azmi, 22, seorang lagi pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan Epa untuk merakam gambar potret dirinya.

Mengenali Epa sejak belajar di Perlis, Nur Mastura turut memuji kerja-kerja fotografi sahabatnya itu.
"Dia pandai mengambil hati pelanggan dan tidak jemu melayan permintaan mereka. Saya juga suka dengan gaya kerjanya yang teratur, tidak cerewet dan bayaran yang berpatutan," beritahu pembantu peribadi di Kementerian Kesihatan itu.

Bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan, Epa mempunyai pakej tersendiri bermula dari RM700 hinggalah mencecah RM4,000 bergantung kepada permintaan pelanggan.

Selain itu, dia juga menerima permintaan untuk fotografi konvokesyen yang bermula dari harga RM100 dan ke atas. 

Epa turut mengambil tawaran kerja-kerja fotografi untuk majlis hari jadi, majlis rasmi seperti seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) dan sebagainya.



EPA sentiasa berusaha melayani dan memenuhi permintaan pelanggan tanpa banyak rungutan.


Epa juga melahirkan cita-citanya untuk menjadi seorang jurugambar profesional yang mampu melebarkan sayap ke luar negara.

"Walaupun ia bukan satu perkara yang mudah, tetapi saya tetap optimis dan akan berusaha untuk merealisasikan impian tersebut," katanya yang mengkagumi karya-karya jurugambar terkemuka dunia iaitu Yuri Arcurs dari Denmark disamping jurugambar tempatan Ariff Budiman.

Untuk melihat karya-karya fotografi Epa, anda boleh layari laman web eppaphotography.blogspot.com.

Kos [28/9/2010]
 p/s ; will start on 2011..Insy..

Sunday, September 26, 2010

Senangnya dalam hati.. (Part 2)

Mulanya terkejut tengok cuma satu anak Cili Besar yang menjadi (berdiri teguh...huhuhu)...tapi bila saya tengok betul-betul, ada beberapa yang ikut menyusul tapi masih peringkat "kelahiran" lagi...tidak nampak jika tidak dilihat dengan teliti.

1st dalam kotak semaiannya :-) ... untuk sementara waktu bolehlah mengaku "the one and only"...

ni dia..

ada lagi..


dan lagi..




dan lagi..

dan lagi..

 
dan lagiiiiiiii....cukuplah setakat ini...

harap minggu depan banyak lagi akan "memunculkan diri"..

Senangnya dalam hati.. (Part 1)

Senangnya dalam hati.... :-) ...on 25/9/2010 ... my weekend yang BESTTTT... senang hati sikit melihatnya...mula-mula ingat salah tanam, rupanya sebelum menjadi buah cili, kena jadi bunga duluuuuuu.....begituuuuuuuuuuuuu.....saya anggap masa ini trying test pokok-pokok cili padi ini before berbuah "betul-betul"..


 


Usahawan kerapu sangkar



ANAK-ANAK ikan siakap turut dijual Johari kepada penternak lain pada harga RM1.20 seekor.



SEBELUM bergiat aktif sebagai pengusaha ternakan ikan marin dalam sangkar, Johari Awang Besar langsung tidak dapat membezakan rupa di antara ikan kerapu dan siakap.
Namun, 20 tahun kemudian, beliau layak digelar jutawan kerapu kerana ternakan ikan air payau itu berjaya mengubah kehidupannya dengan meletakkan beliau sebagai usahawan akuakultur bumiputera yang berjaya.
Hari ini, Johari, 50, anak tempatan berasal dari Jertih, Besut, Terengganu memiliki 85 sangkar ikan yang mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.
Bagaimanapun, apa yang dikecapi Johari hari ini bukan diperoleh dengan mudah.
Bermula dari bawah
JOHARI kini antara pembekal ikan kerapu dan siakap utama di Terengganu.


Beliau yang sebelum itu bekerja dengan sebuah syarikat tempatan terpaksa beralih arah mencari rezeki di tempat lain setelah syarikat itu tidak mampu lagi bertahan apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.
Johari bagaimanapun berkata, beliau percaya sektor perikanan dan penternakan ikan sangkar yang masih belum banyak diceburi usahawan tempatan pada masa itu, bakal memberi pulangan lumayan.
Bagaimanapun, sebelum mula membuka ternakan sendiri dia terlebih dahulu bekerja dengan pengusaha lain.
Menurut Johari, lewat tahun 1980-an beliau mula bekerja dengan penternak ikan sangkar yang lain.
"Saya diberi gaji sebanyak RM300 sebulan. Memang jumlahnya kecil tetapi daripada situlah saya mula kenal jenis-jenis ikan dan belajar selok-belok penternakan ikan siakap dan aspek pasarannya," katanya.
Setelah mengumpul ilmu dan pengalaman, dalam masa dua tahun Johari membuka kolam ternakan ikan sangkar pertamanya di Kampung Gong Batu, Setiu, Terengganu.


IKAN kerapu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dalam dan luar negara.



Pembekal kerapu dan siakap
Bertitik-tolak daripada situ, beliau mengusahakan kolam sendiri dan usahanya mula menampakkan hasil dengan sekurang-kurangnya lapan kolam ternakan baru dibuka setiap tahun.
Selain kerapu, beliau turut menternak spesies siakap putih. Benih kerapu juga diasuh di lapan kolam miliknya bagi menjamin bekalan berterusan.
Aktiviti itu melibatkan anak-anak ikan bersaiz satu inci yang dibeli pada harga 22 sen seekor daripada penduduk tempatan yang menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
"Dalam tempoh sebulan, anak-anak ikan ini akan mencapai saiz lima inci dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sangkar. Selain kegunaan sendiri, benih bersaiz lima inci akan dijual kepada penternak lain pada harga RM1.20 seekor," katanya.


TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom (tiga dari kiri) turut melawat kawasan penternakan ikan siakap dan kerapu milik Johari.



Beliau mampu mengeluarkan 28,000 ekor benih dalam tempoh sebulan dan boleh dianggap sebagai pembekal utama benih siakap di Terengganu.
Dibantu lima pekerja, beliau kini mempunyai 13 kolam asuhan dan 85 petak sangkar ternakan ikan siakap berkeluasan 2,000 meter persegi. Kesemuanya dibina dengan modal sendiri yang mencecah RM1 juta.
Bagaimanapun beliau juga menghadapi cabaran dan pernah kerugian ratusan ribu ringgit setelah ikan peliharaannya mati akibat kawasan ternakan dicemari air banjir.
"Ikan jenis ini amat sensitif dan mudah mati jika terdedah kepada air tawar. Ia juga perlu dijaga dengan teliti kerana mudah terkena penyakit," katanya.
Ternakan diberi makanan rumusan dan ikan baja berkualiti bagi menjamin tumbesaran yang baik.
"Sekurang-kurangnya tempoh lapan hingga sembilan bulan diperlukan untuk membolehkan ternakan dipasarkan sekitar berat antara 500 dan 600 gram seekor.
"Saya menjualnya kepada pemborong tetap, restoran dan pasar di sekitar Terengganu dan Kelantan pada harga RM14 sekilogram. Selain itu, saya juga mula memasuki pasaran Pantai Barat," katanya.
Johari juga menjadi pemborong utama hasil laut tangkapan penduduk setempat yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan.
Usaha keras dan komitmennya turut diiktiraf oleh kerajaan apabila beliau dianugerahkan Usahawan Ikan Jaya Kategori Air Payau dalam sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009 sebelum ini. - Bernama


Kos [27/9/2010]

p/s ; kalaulah orang ini ialah aku...

Friday, September 24, 2010

Gates paling kaya di AS


NEW YORK - Pengasas firma Microsoft, Bill Gates (gambar) kekal menjadi individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ke-17 berturut-turut dengan anggaran kekayaan AS$54 bilion (RM167 bilion).

Senarai terbaru 400 individu terkaya di AS yang diterbitkan majalah Forbes kelmarin menunjukkan anggaran kekayaan Gates, 54, meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) daripada tahun lalu.

Paras minimum kekayaan untuk seseorang individu menyertai senarai 400 orang kaya itu pada tahun ini kembali kepada syarat AS$1 bilion (RM3.1 bilion) berbanding hanya AS$950 juta (RM2.9 bilion) yang ditetapkan untuk tahun lalu.

Berada di tempat kedua ialah pelabur Warren Buffett yang mempunyai anggaran kekayaan berjumlah AS$45 bilion (RM139.29 bilion) meningkat sebanyak AS$5 bilion (RM15.47 bilion).

Pengasas Oracle yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Larry Ellison berada di tangga ketiga dengan anggaran kekayaan AS$27 bilion (RM83.57 bilion).

Pewaris rangkaian pasar raya Walmart, Christy Walton menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaan AS$24 bilion (RM74.29 bilion). - Reuters

Kos [24/9/2010]
p/s ; semoga saya jadi macam dia satu hari nanti...rahsianya?..

Wednesday, September 22, 2010

Vee,Shidi tiada rahsia



SALING menghormati, jujur, toleransi dan melengkapi adalah kunci kebahagiaan Vee dan Shidi selama 10 tahun hidup bersama.


CERITA cinta pasangan bahagia Vanidah Imran dan Rashidi Ishak tidak lama. Hanya sekali pandang, Shidi sudah jatuh cinta dengan gadis kelahiran Pulau Pinang itu.

Dalam masa dua minggu ketika kedua-duanya terlibat dalam penggambaran drama Athirah pada tahun hujung tahun 1999, Shidi telah melamar Vee untuk menjadi suri hatinya.

Hanya dalam tempoh setahun iaitu pada 1 Oktober 2000, mereka sah bergelar suami isteri dan sehingga kini secara rasmi perkahwinan yang dibina atas cinta itu sudah masuk tahun ke-10 dilengkapi dengan dua cahaya mata Mikail Aimran, 9, dan Maryam Rashika, 6 tahun.

“Pertama kali bertentang mata dengan Shidi, saya seperti terkena kejutan elektrik dan berkata dalam hati kenapa saya rasa saya kena berkahwin dengan dia,” kata Vee saat pertama kali bersua dengan Shidi.

Shidi pula yang membocorkan rahsianya buat kali pertama mengatakan, dia terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh Vee saat melihat Vee mencedok kuah kari.

“Masa itu, saya rasa waktu seperti terhenti dan saya asyik melihat dia. Ketika itu saya tahu, saya harus berkahwin dengan dia,” tutur Shidi.

Begitulah rentetan sejarah bahtera perkahwinan antara Shidi dan Vee. Selepas 10 tahun mereka masih dilihat sebagai pasangan yang cukup secocok, malah kemesraan yang diluahkan mereka umpama pasangan pengantin baru.

Baru-baru ini, pada acara ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 telah diadakan di Hotel PNB Darby Park. Majlis tersebut tidak ubah seperti sebuah resepsi perkahwinan yang kecil.

Tidak sekadar meluahkan cinta, memotong kek, malah mereka berdua turut menari berdua dalam penuh romantis di hadapan keluarga, sahabat dan pihak media sambil diiringi lagu syahdu Stand By Me yang merupakan kejutan buat Vee daripada Shidi.



SHIDI mengaku dirinya lebih romantik berbanding Vee yang cukup praktikal.


Kata Vee dan Shidi sepanjang 10 tahun perkahwinan, inilah kali pertama mereka menyambut majlis ulang tahun perkahwinan secara besar-besaran dan secara kebetulan juga tarikh pernikahan 1 Oktober itu juga merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya,

“Sebenarnya kami jarang sambut apa-apa acara kecuali hari lahir anak-anak. Kalau ulang tahun perkahwinan biasanya kami potong kek atau makan-makan dengan anak-anak sahaja.

“Ini kali pertama disambut secara besar-besaran. Kebetulan bulan September merupakan bulan Syawal, jadi apa salahnya kami buat semuanya sekali,” ujar Vee.

Bukan mahu menunjuk kebahagiaan yang dimiliki keluarganya, terang Vee tiada salahnya kerana hanya sekali dalam 10 tahun mereka melakukan majlis ulang tahun perkahwinan seperti itu.

Cemburu

Tempoh 10 tahun melayari bahtera perkahwinan, kadang-kala ia dilanda ombak besar. Itu diakui oleh suami Vee yang juga pemain gitar untuk kumpulan Dead Mushroom.

Namun, setakat hari ini meskipun kedua-dua mereka bekerja dalam dunia yang penuh glamor, mereka masih mampu mengawal bahtera daripada karam.

“Setiap perkahwinan ada dugaannya dan konflik, cuma terpulang pada kita bagaimana nak atasinya. Seperti saya dan Vee dugaan terbesar kami adalah daripada segi ekonomi pada tahun pertama perkahwinan kami.



DIRAIKAN. Pasangan Vee dan Shidi turut diraikan oleh Sofea Jane dan AC Mizal serta isterinya, Emylea.


“Bayangkan tujuh bulan sebelum bernikah, saya tidak ada sebarang persembahan. Awal perkahwinan juga begitu tetapi syukur lepas nikah saya dapat tawaran berlakon filem Seri Dewi Malam dan apabila Vee disahkan mengandung anak pertama kami dapat tawaran untuk menjayakan iklan Maggie, sejak itu rezeki kami tidak putus-putus,” cerita Shidi.

Disebabkan mereka berdua tidak mempunyai pekerjaan tetap, kawalan kewangan amat penting untuk menjamin masa depan mereka sekeluarga.

Oleh itu, mereka mengamalkan konsep perkongsian wang dalam satu akaun untuk menanggung segala keperluan kehidupan.

“Saya serahkan semua tanggungjawab soal wang pada Vee kerana dia seorang yang sangat teratur. Duit yang kami peroleh kami akan kongsi, itu yang kami amalkan sejak awal perkahwinan sehingga hari ini,” tutur Shidi.
Selain itu sifat saling percaya antara pasangan juga penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga. 

Dugaan buat artis seperti mereka lebih besar berbanding orang biasa yang tidak dikenali ramai. Jelas Vee dan Shidi petua yang dipegang adalah tiada rahsia antara mereka berdua.

“Kami percaya antara satu sama lain, saya tahu Vee orangnya macam mana. Bila rakan-rakan tanya saya tidak rasa cemburu lihat isteri berlakon dengan lelaki lain?

“Sebagai lelaki memang saya cemburu tetapi bagi saya, dia seorang yang menjaga diri serta statusnya sebagai seorang ibu dan isteri. Jadi isu cemburu tidak perlu timbul kerana mula-mula saya kenal dia, dia sudah jadi pelakon dan saya tidak mahu sekat kerjayanya selepas kami berkahwin.

“Jika dia dapat skrip yang agak menyentuh sensitiviti kami sekeluarga dia akan duduk berbincang dengan saya terlebih dahulu,” beritahu anak ketiga daripada empat beradik itu lagi.

Vee juga menceritakan hal yang sama. Meskipun kedua-duanya sibuk dan sering berada di set penggambaran yang berbeza itu bukanlah alasan untuknya berahsia dengan suaminya. 

“Setiap kali kalau ada lelaki minta nombor telefon dan saya tidak boleh elak untuk memberinya, saya akan beritahu Shidi. Bila lelaki itu hubungi saya, saya suruh Shidi yang jawab.

“Sebenarnya kerjaya sebagai artis lagi susah nak berlaku curang dengan pasangan sebab orang kenal kami. Kalau sekali orang nampak, berita itu akan tersebar dengan cepatnya,” terang Vee lagi.

Berubah



KELUARGA bahagia. Vee menari dengan anak lelakinya, Mikail, sementara Shidi mendukung Maryam.


Tambah Vee sepanjang bergelar suri kepada Shidi, dia banyak diubah oleh Shidi untuk menjadi insan yang lebih baik dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Saya orangnya panas baran dan Shidi pula orang jenis yang diam, rileks dan ikut sahaja rentak saya. Bila orangnya macam itu, saya tidak pernah tinggi suara dengannya.

“Kalau kami bergaduh macam mana pun, sejak awal perkahwinan kami buat undang-undang tidak akan panggil nama masing-masing. Sebaliknya kekal dengan panggilan sayang walaupun tengah bergaduh,” ucap Vee dalam tawa.

Beritahu Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 lalu menerusi filem The Red Kebaya itu lagi ketika dia bernikah dahulu, Datuk Jalaluddin Hassan pernah berpesan mereka berdua harus tabah kerana banyak ujian Allah yang akan menguji kami.

“Memang benar dalam perkahwinan ujiannya pelbagai, kalau tidak kami, anak-anak pula. Jadi dalam sebuah perkahwinan komunikasi itu harus sentiasa ada. Kami juga selalu bergurau untuk merapatkan hubungan kami.
“Walaupun dalam hati saya takut kerana melihat banyak rakan artis yang bercerai, saya berdoa supaya rumah tangga kami kekal sehingga ke akhir hayat,” ucap Vee penuh harapan. 

Kos [23/9/2010]
p/s ; kisah pasangan bahagia idaman semua suami

Pertumbuhan Sepohon Pokok Cili Besar..

Buat 1st time tergerak hati mahu merakamkan pertumbuhan pokok cili (Pokok Cili Besar)..dirakamkan selama 3 hari..saksikan kekuasaan Tuhan..hmm...semoga semuanya berjalan lancar..semua gambar diambil time malam, masa yang sama :-) ...


19/9/2010..


20/9/2010..

21/9/2010..

 22/9/2010

 24/9/2010

25/9/2010

3/10/2010

 24/10/2010

Selamat Hari Raya 2010 dan Ceritera Tentang Perkembangan Ikan Tilapia Merah

Ini gambar ikan-ikan Tilapia Merah yang telah dilepaskan tidak lama dulu...segar mata memandang melihat gerak geri ikan-ikan ini sewaktu memberinya makan pada pagi 19/9/2010, Hari Raya ke-10..semoga semuanya akan terus membesar tanpa masalah..projek ini cukup penting bagi saya untuk merencanakan pergerakan business seterusnya..



Bumi huru-hara 2013 kerana matahari



GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.



LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

 Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan. 

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi 

Kos [22/9/2010]
p/s ; hmm....minta dilindungi Tuhan..

Tuesday, September 21, 2010

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang




SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.


TIMOTHY merintis idea kewujudan Nuffnang bersama rakannya, Ming Shen sewaktu belajar di London.


Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.

"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.


KOMUNITI Nuffnang menjadi medium penting kepada blogger yang ingin menjana pendapatan sampingan.


Menjana pendapatan 

Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu www.redmummy.com.

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.

Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu sayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.


LAYARI laman web Nuffnang untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai platform menjana pendapatan itu.


"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.

"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.


Kos [21/9/2010]

p/s ; semoga info ini mendatangkan manfaat kepada saya dan kepada semua..

Tuesday, September 7, 2010

Ular teman bayi enam bulan



SIDHI SIDDHARTH SINUNE menggigit ekor seekor ular sawa yang menjadi rakan permainannya di Maharashtra, India baru-baru ini.



NEW DELHI, India - Akibat terlalu miskin dan tidak mampu untuk membeli barang permainan, Sidhi Siddharth Sinune yang baru berusia enam bulan diberi seekor ular sawa oleh ibu bapanya untuk dijadikan rakan bermain, lapor sebuah akhbar semalam. 

Sinune akan merangkak di belakang ular sawa itu dan ketawa apabila reptilia itu bergerak di kakinya di sebuah kampung di Maharashtra. 

Apabila ibu bapanya pergi bekerja, bayi perempuan itu akan bermain dengan ular tersebut dan dia tidak takut untuk menggigit ekornya. 

Ular yang tidak berbisa itu tiada masalah untuk membelit Sinune atau menelannya. 

Menurut bapanya, dia tidak mempunyai wang untuk membeli mainan untuk anaknya itu menyebabkan dia menjadikan ular yang ditangkap sebagai ganti alat permainan.

Bapanya yang merupakan seorang penangkap ular memberitahu: "Sinune mempunyai hubungan istimewa dengan ular. Lebih mengejutkan, ular itu juga suka bermain dengannya." - Agensi


Kos [8/9/2010]

p/s ; kasih seorang bapa..

Monday, September 6, 2010

Pelepasan Ikan-ikan Tilapia Merah

Hari pelepasan ikan-ikan tilapia merah (kali pertama, dibantu ahli-ahli keluarga yang lain..mummy..daddy..my brother..) di kolam...semoga terus berjaya.. 2000 ekor sebagai permulaan untuk menjadi jutawan..opsss..untuk keluarga ini sebenarnya...saya mempunyai cara/program lain untuk mengejar impian, tapi biarlah "kasi senang" orang tua dulu...kasi senang keluarga then baru belah bentuk kehidupan diri sendiri..Tuhan tahu apa yang saya rancangkan.. semoga mendapat berkat dan keredhaan-NYA..AMIN

[ Picture on 5 September 2010 ]






NOW go to other "kolam"...here I come !!..

Friday, September 3, 2010

Malapetaka atau dugaan?..

Aduh...malapetaka ni...time pagi dalam jam 5 pagi gitu tertengok ikan-ikan tilapia dalam keadaan begini...sebab?..saya pun tidak tahu..malam sebelumnya ada putus bekalan elektrik..mungkin ketiadaan oksigen coz mesin oksigen tidak berfungsi tanpa tenaga elektrik..atau mungkin juga kekenyangan?..apa-apapun semoga perkara begini tidak berlaku lagi. Cukuplah ini...mati dalam 49 ekor...sebelum pegi keja ada lagi mati 2 ekor..semuanya 51 EKOR... cukuplah...kalau 3 ekor 1 kilo dengan anggaran harga RM12 sekilo semuanya dalam RM204!!...belum campur lain-lain kos..tapi saya terima semua sebagai RISIKO untuk berjaya..tapi sakitnyaaaa....

16 ekor..

8 ekor...

25 ekor..

semuanya 49 ekor

:-(

semua saiz..

mungkin sudah mencapai 100-200 gram..

dari yang besar sampai yang kecil..

 before gi keja mati lagi 2 ekor!!!...

Search This Blog

Featured Images