Sunday, October 24, 2010

Aktiviti hujung minggu... (2)

On 24/10/2010, sambung balik kerja2 pembersihan kebun cili saya. Minggu lepas on 17/10/2010 (dalam Aktiviti hujung minggu...) tidak sempat disiapkan ekoran masalah teknikal hehehe (hujan dan faktor masa..)..syukurlah petang semalam lebih kurang jam 5, dapat juga dihabiskan kerja2 pembersihan. Cuma tidak sempat gembur tanah...next week sambung lagi tapi membersihkan pula kawasan baru..hajat hati ialah untuk menanam halia..best juga buat aktivit begini...keluar peluh dan rehat minda..PERTANIAN ADALAH SATU TERAPI (jangan tiru kata2 ni...)..



17/10/2010 (pagi)

17/10/2010 (petang)

 24/10/2010 (pagi)

 24/10/2010 (petang)

24/10/2010 (senja..saat sang mentari sudah berwarna jingga..hehehe)..

P/S ; jangan tiru ini jika anda mengandung, lemah luar dan dalam ataupun gila...hahaha.. tapi apa yang pasti, lepas ni sakit badan dan nyenyak zzZZzzzzzz....

Friday, October 22, 2010

Aktiviti hujung minggu...

Hujung minggu antara 16 & 17/10/2010 ada masa cuti coz tidak terlibat dgn aktiviti Hari Malaysia di jabatan (Sarapan 1Malaysia dll.)..so selain memberi ikan-ikan tilapia merah makan, saya memeriksa pokok2 cili (cili api & cili Besar)..bersihkan kebun..hmmm..bahagia dengan aktiviti begini..keluar juga peluh. :-)

daun2 cili api yang dicantas...supaya makin byk cabang tumbuh?..cuba try test ja ni..

pokok2 cili api yg dicantas..
 cendawan..perlu yg baru..yg ini tidak boleh pakai lagi..any idea?.

pokok2 yg cuba saya "sembuh"kan setelah menunjukkan simpton2 yg teruk!!.. (hingga tidak terkata...)

 semasa proses pembersihan kebun cili api..

 selepas....to be continued minggu depan... (kalau tiada aral melintang ...)..
 
 gambar cili api dari pokok cili api (baru belajar berbuah mungkin)...

 saiz?..ok juga..tapi yg pasti pedasnya fuhhhhh....boleh tahan !

 ini cuba "membibit" sejenis bunga...ala yg macam pokok anggur...

harap2 la jadi...

Thursday, October 21, 2010

Ikan Tilapia Merah....kuuuuuuuuuuuu...........

Picture on 16/10/2010 (sabtu)....cepat betul masa berlalu................ikan-ikan tilapia merah ni pula sudah besar2..yg yang betina mgkin jadi "sumandak" sudah di dunia diorg ni hahahah....



Projek membeli laptop baru

On 18/10/2010 tengahari (time rehat) saya dengan Jals, Alimin and Leo go to Karamunsing. Mahu beli satu laptop..dengar cerita sejak turun temurun, di kompleks sana memang pusat penjualan komputer2 dan pastinya dijual dengan harga paling murah berbanding tempat2 lain di sebelah Sabah.. terbelilah satu laptop dalam harga RM 3799.00 sahaja :-) ....i7...kalau beli sony dengan spek yang sama mau2 harganya hampir mencecah 5 angka...so rasanya berbaloi juga lah beli acer dengan spek yang cukup "power" ni...untuk buat kerja dan belajar editing (photo or video) before berkecimpung dlm dunia photographer yang telah saya idam-idamkan sejak sekian lama (tapi terhalang oleh tugas dan komitmen lain...)..semoga kali ini semuanya berjalan lancar....

layan lagu ini dalam kereta Mr. Jals..best juga dengar..

makan dulu before membeli..nasi ayam tah apa nama ni...lupa..sama dengan order Mr. Leo..

ini pula order Jals dan Alimin...nasi ayam pandan kalau nda silap..

 free gift...ini saja???...

 saya bukan suka pun ...kasilah Argentina ka...Brazil ka...hmmm...

 i7...

 hitam itu menawan...

 beg laptop..

 Acer..ada orang cakap tidak tahan...betul ka?..

 tahan atau tidak rasanya bergantung dengan cara penggunaan masing-masing...am i rite?..

 i7...640 gb..ddr3...bla..bla..

anyway, thanks 2 Jals, Alimin and Leo...terutama Jals yang sama2 g servey sebelum ini...thanks byk2...oklah ba kn saya belanja nasi ayam ja...heheheh...

Tuesday, October 19, 2010

Keropok amplang beri pendapatan lumayan

TAWAU 12 Ogos – Rosma Norhayati Titing hanya meminta modal sebanyak RM350 daripada ibunya, untuk membuat dan menjual keropok amplang sebaik tamat sekolah menengah kira- kira 20 tahun lalu.

Keropok dalam bentuk bebola ringan itu yang diperbuat daripada bahan ikan tenggiri dan udang, pada mulanya digemari di Sabah, kini turut menembusi pasaran di Semenanjung, Brunei dan Singapura.

Dan Rosma, 39, boleh berbangga menjadi pengusaha terbesar amplang di Tawau dengan meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

Perusahaannya berpusat di Kampung Wakuba dekat sini, dan kini mampu mengeluarkan kira-kira 80kg amplang sehari.

“Saya mulakan perusahaan ini sebaik meninggalkan alam persekolahan. Ketika itu saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Jadi, daripada duduk saja di rumah, saya mengambil keputusan membuat amplang,” katanya semasa ditemui di Ekspo Usahawan Tani Tawau di sini baru-baru ini.

“Ketika itu saya memproses amplang di bawah rumah dengan menghasilkan kira-kira 10kg sehari,” katanya sambil menjelaskan kebanyakannya dijual kepada rakan-rakan terutama pada musim perayaan.

Selepas itu, amplangnya mendapat tempahan daripada peruncit di Pasar Awam Tawau dan bermula dari situ amplang keluarannya dikenali dalam kalangan pemborong di seluruh Sabah.

“Melalui amplang jugalah, saya mengenali suami saya yang berasal dari Beaufort (pantai barat Sabah) yang ketika itu merupakan seorang daripada pelanggan saya di Pasar Awam Tawau,” katanya.

Pada masa ini, Rosma dengan dibantu suami serta 20 orang pekerja, sedang meningkatkan lagi pengeluaran amplangnya dengan membesarkan premis perusahaannya.

Rosma kini menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan beberapa agensi berkaitan untuk meluaskan pemasaran amplangnya termasuk ke Brunei dan Singapura.

Fokus perusahaannya juga berkembang kepada pengeluaran produk makanan ringan seperti kerepek pisang dan kuih muih tradisional.

Melalui amplang, Rosma berjaya memperoleh beberapa anugerah peringkat negeri dan kebangsaan dan yang terbaru tahun lalu beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Pemprosesan Makanan Ringan 2007 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Terengganu.

Lebih membanggakan, Rosma buat kali kedua terpilih menyertai pameran hasil pertanian terbesar negara iaitu Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di Serdang.

“Tentunya pemilihan ini akan memberi peluang kepada saya untuk melebarkan lagi pasaran keropok amplang saya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Pertanian Tawau Dr Abdul Rahim Awang berkata setakat ini terdapat kira-kira 10 orang pengusaha amplang di Tawau di bawah bimbingan pelbagai agensi.

Pada masa ini Tawau merupakan pengeluar keropok amplang utama di Sabah dengan mengeluarkan kira-kira 120 tan metrik amplang setahun bernilai RM2.2 juta, katanya.
- Bernama

Friday, October 15, 2010

Getah cecah RM11.90 sekilogram


Harga catat sejarah, pekebun kecil RISDA mampu peroleh RM3,000 sebulan

TEMERLOH: Peningkatan harga getah SMR 20 secara konsisten dengan mencatat paras tertinggi RM11.90 sekilogram pagi kelmarin membolehkan 380,000 pekebun kecil RISDA memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik, berkata kenaikan itu juga dijangka menarik perhatian orang ramai menoreh getah secara sambilan untuk menambah pendapatan, walaupun kegiatan menoreh getah semakin kurang popular sekarang.

"Pada 2008, apabila harga getah RM10 sekilogram, ada kakitangan awam dan swasta sanggup mengambil cuti tahunan untuk menoreh getah dan ada yang bangun awal pagi menoreh dulu sebelum pergi kerja. Berita baik ini juga dapat menarik perhatian belia untuk menjadi penoreh getah moden yang berjaya memandangkan ketika ini pekebun kecil majoritinya berumur 55 tahun ke atas.

"Kenaikan harga getah dan pendapatan yang diperoleh pekebun kecil pada masa ini boleh menarik minat mereka daripada bekerja di pejabat," katanya selepas merasmikan Kelab Keusahawanan RISDA Pahang, di sini semalam.

Sementara itu, Rahim ketika dihubungi berkata setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah industri getah negara dan dijangka akan terus memberi manfaat kepada pekebun kecil.

Katanya, berdasarkan harga semasa, pekebun kecil yang menjual getah sekerap mampu memperoleh 50 sen bagi setiap mangkuk susu getah yang dihasilkan dan memperoleh pendapatan sehingga RM170 sehari bagi setiap dua hektar kebun.

Pada tengah hari semalam, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 mengukuh 31 sen kepada RM12.02 sekilogram, manakala susu getah pukal menambah 8.5 sen kepada RM7.74 sekilogram. Harga penutup jualan tidak rasmi untuk gred tayar SMR 20 naik 27.5 sen kepada RM12.14 manakala susu getah pukal menokok 7.5 sen kepada RM7.78.

Selain itu, Rahim meminta pekebun kecil sentiasa mengamalkan langkah berjimat-cermat memandangkan harga komoditi itu banyak dipengaruhi faktor ekonomi global.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya bercadang mewujudkan skim simpanan khas bagi pekebun kecil bagi membantu mereka untuk jangka masa panjang.

"Malah, ia bertujuan menggalakkan pekebun kecil berjinak-jinak dalam bidang perniagaan supaya tidak hanya bergantung kepada pendapatan menoreh getah," katanya. 

Sumber : Berita Harian [14/10/2010]
p/s ; hmmm...syukurlah untuk orang-orang kampung...mummy saya bakal berduit nnda pandai abis ni kali hehehe... 700 pokok berapa lah agak-agaknya??....lalalalala...

TUMPUL INGATAN - LEMAH MINDA ROHANI!

 


Mana laa tau boleh follow petua2 nie.....

Perkara-  Perkara    Yang    Membuat    Kita    Hilang    INGATAN  dan    TUMPUL MINDA  :
 

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
 

Nanti    kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)


Wednesday, October 13, 2010

Acer Aspire AS8940G-6865

I shall call it GIGANTOR!
I Want ONE !!!!!.........
acer

Acer Aspire AS8940G-6865
  • Intel® Core™ i7 Processor 720QM (1.60GHz, 6MB L3 Cache, 1333MHz FSB)
  • 18.4″ Full HD Widescreen CineCrystal™ LED-backlit Display
    (1920×1080 Resolution, 16:9 Aspect Ratio)
  • 4GB DDR3 Dual-Channel 1066MHz Memory
  • NVIDIA® GeForce® GTS 250M with 1GB dedicated DDR3 VRAM
  • 500GB 5400RPM SATA Hard Drive (1)
  • 4X Blu-ray Disc/DVD SuperMulti Double-Layer Drive
  • Multi-in-1 Digital Media Card Reader
  • Intel® Wireless WiFi Link 5100 802.11a//bg/Draft-N Wi-Fi CERTIFIED®
  • Acer Crystal Eye™ Integrated Webcam
  • Touch-Capacitive Media Control Interface
  • 5 USB 2.0 Ports, 1 HDMI Port, 1 eSATA Port
  • 8-cell Li-Ion Battery (4800mAh)
  • Dolby Home Theater® Audio Enhancement
  • Acer CineSurround Sound System (5 built-in speakers)
  • Windows® 7 Home Premium 64-bit 

P/S : Target...tahun ini juga..

Penggodam paling seksi (Part 2)

Gambar-gambar Penggodam paling seksi di dunia....











Penggodam paling seksi



KRISTINA SVECHINSKAYA



NEW YORK - Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam. 

Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank. 

Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi. 

Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan. 

Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.

Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut. 

Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova. 

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport. - Agensi 

Kos [14/10/2010]

Gas cylinder at home..A very important advice to know.


You may want to let your wife, friends or maids know as well when they receive the gas cylinder from the vendor next time. This is really very good information for all of us to remember. Please check your household gas tank cylinder as soon as possible. Knowing the uncouth characters we have to deal with, you should never be surprised that they will continue to use old tanks, though they will also tell you that they get their supplies in the tanks now sold to us. Insist on newer tanks!

Do you know that LPG gas cylinders have expiry dates? Expired LPG cylinders are not safe for use and may cause accidents. In this regard, please be cautious at the time of accepting any LPG cylinder from your vendor.Here is how we can check on the expiry of LPG cylinders: On one of three side stems of the cylinder, the expiry date is coded alpha numerically as follows: A or B or C or D and some two digit number following this, e.g. D06. The alphabets stand for quarters - 1. A for March (first quarter), 2. B for June (second quarter), 3. C for September (third quarter), & 4. D for December (fourth quarter). The digits stand for the year till it is valid. Hence D06 would mean December quarter of 2006. Please return back the cylinder that you get with an expired date. They are prone to leaks and other hazards. This second example of D13 allows the cylinder to be in use until December 2013.


Acer Aspire G7750-793X7


Acer Aspire G7750-793X7
 



Promotion Price (RM): 6499

Acer Aspire G7750-793X7 New !

• Intel® Core™ i7 930 (2.8GHz with Turbo Boost up to 3.06GHz / 8MB Cache / 4.8 GT/Sec QPI)
• Genuine Windows® 7 Home Premium (64 bit)
• Intel® X58 chipset + ICH10R
• Liquid Cooling Design
• 6 GB DDR3 1366 MHz Memory (upgradable to 12GB)
• 1000 GB Hard Drive
• Nvidia GTX-470 1280MB DDR5 (320 Bits) Graphics
• Dolby® Home Theater®
• Blu-Ray Writer Drive
• DVD SuperMultiplus Writer
• Logitech® Gaming Keyboard & Mouse
• 10 / 100 / 1000Mbps Gigabit Ethernet
• High Definition Audio with Creative® THX® TruStudio PC™,
• 40-in-1 Card Reader
• FREE : Sonic Gear 5.1 Enzo 4000 (Stereo & Subwoofer) Speakers Worth RM239
• Three PCIeX16 Slots, One PCIeX8 Slot, Two PCIeX1 Slot, One PCI slot
• 11 x USB 2.0, IEEE 1394 port (6-pin), 2 x eSata, Five audio jacks, S/PDIF jack & 2 x PS/2
• Size 190 (W) x 430 (H) x 490 (L) mm
• 1 Year Local Limited Warranty


p/s ; info setakat 13/10/2010....

Hal ini berlaku di KL.. Sila ambil perhatian kpd sume kgkwn ku..

Maklumat ini saya ambil dari tag FB one of my kazen..rasanya elok dikongsikan bersama..

Hal ini berlaku di KL.. Sila ambil perhatian kpd sume kgkwn ku..

by Makio Maki on Saturday, January 9, 2010 at 2:36pm
Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.
P/S ; tq didi..

Thursday, October 7, 2010

myfriends2u.com alternatif Facebook





SUKAR membayangkan jika ada masyarakat dunia pada hari ini tidak memiliki sekurang-kurangnya satu akaun portal laman sosial.

Di mana-mana sahaja kita berada pasti terdapat seseorang sedang melayari portal laman sosial melalui komputer riba, telefon pintar atau pun peranti canggih untuk berhubung dengan rakan mereka.

Ia bagaikan sudah menjadi satu fenomena dan trend dalam berkongsi pengalaman serta mencari teman baru di alam maya.

Bahkan, terdapat pengguna yang menjadikan portal berkenaan sebagai medium mempromosi produk jualan, perkhidmatan, mencari pekerjaan dan bermacam-macam lagi kerana ia mudah, cepat serta efisien.

Bagaimanapun, tidak semua laman sosial menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut kepada pengguna di laman mereka sehingga menyukarkan pengguna membuat pilihan tepat ketika mendaftar akaun portal laman sosial.

Namun begitu, semua ini bakal berubah apabila menggunakan portal laman sosial yang dibangunkan syarikat tempatan Netxpert Sdn. Bhd. iaitu myfriends2u.com yang baru beroperasi kira-kira empat bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Netxpert Sdn. Bhd., Che Onn Ismail berkata, myfriends2u.com bukan sekadar portal untuk pengguna berkomunikasi dan mencari teman semata-mata.

“Kita membangunkan portal ini agar ia dapat menjadi pusat sehenti kepada pengguna kerana ia merangkumi hampir semua perkhidmatan yang diingini mereka dalam sebuah portal laman sosial.

“Pembangunan myfriends2u.com juga merupakan satu inisiatif Netxpert untuk menyatukan komuniti Malaysia dan Asia dalam satu portal buatan anak tempatan. Kita mahu memperkenalkan negara Malaysia melalui portal ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Menara Ambank, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur baru-baru ini.



PORTAL laman sosial myfriends2u.com menawarkan pelbagai aplikasi menarik setanding laman sosial antarabangsa seperti Facebook dan Friendster.


Urusniaga dan karier

Che Onn menambah, terdapat beberapa perbezaan ketara dapat dilihat dalam portal berkenaan berbanding laman sosial yang terdapat di Internet pada masa kini. Ia termasuk segmen myMarketPlace yang membenarkan pengguna berurus niaga secara atas talian. 

“Dengan menggunakan kaedah ini, pengguna boleh menjual atau membeli barangan ditawarkan di myMarketPlace tanpa perlu memikirkan kos promosi dan sebagainya yang mungkin membebankan mereka. Kita mahu memberi peluang kepada pengguna meningkatkan ekonomi mereka.

“Ia bukan hanya dapat menyemarakkan pendapatan pengguna malah, membantu meningkatkan ekonomi negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Che Onn memberitahu, portal laman sosial berkenaan turut menyediakan platform kepada mereka yang ingin mencari pekerjaan melalui segmen MyCareer.

“MyCareer membolehkan pengguna terutamanya golongan graduan mencari pekerjaan secara lebih berkesan. Pengguna boleh memperoleh informasi tepat mengenai pekerjaan dan majikan yang berdaftar dalam laman sosial ini, sekali gus memudahkan mereka mencari pekerjaan.

“Bukan graduan sahaja yang boleh menggunakan segmen ini tetapi majikan juga boleh memanfaatkan sepenuhnya mencari bakal-bakal pekerja mereka. Sebagai contoh, segmen ini dapat bertindak sebagai pengantar di antara graduan dan majikan berkomunikasi sesama sendiri dengan lebih efisien,” katanya.



Che Onn (dua dari kiri) bersama tenaga kerja Netxpert Sdn. Bhd. memantau portal myfriends2u.com.


Tambah Che Onn lagi, portal laman sosial myfriends2u.com juga ingin membantu meningkatkan industri pelancongan negara yang kaya dengan kebudayaan, makanan, destinasi pelancongan, mercu tanda dan bermacam-macam lagi untuk ditawarkan kepada pengguna.

Katanya, sesiapa sahaja yang mempunyai tempat menarik untuk dikongsi bersama pengguna lain boleh mempromosikannya melalui segmen Myplaces.

“Myplaces tidak hanya tertumpu kepada destinasi pelancongan sahaja tetapi ia termasuk restoran-restoran, gerai-gerai, pusat rekreasi dan sebagainya yang menjadi tumpuan orang ramai. Apa yang perlu dilakukan hanya memasukkan informasi mengenai tempat berkenaan dan pengguna portal ini dapat mengetahui mengenainya di hujung jari mereka,” ujarnya lagi.

Kepelbagaian myfriends2u.com

Sementara itu, pegawai Bahagian Multimedia dan Kreatif Netxpert Sdn. Bhd., Mohd. Rizuani Mohamad Yahya, berkata, portal berkenaan juga menawarkan perkhidmatan blog, forum, soal jawab, kaji selidik, acara terkini dan banyak lagi kepada penggunanya.

“Sebelum portal ini dilancarkan, kami terlebih dahulu telah melakukan kaji selidik untuk mengetahui apa yang dimahukan pengguna laman sosial. Jadi segala ciri-ciri yang terdapat di dalam portal ini merupakan maklum balas daripada mereka.

“Selain itu, antara muka laman pengguna boleh diubah mengikut spesifikasi dikehendaki mereka untuk menjadikan portal ini lebih mesra pengguna. Kita melakukan perkara ini kerana tidak mahu pengguna berasa bosan dengan laman mereka,” katanya.

Terbaharu, Mohd. Rizuani menambah, myfriends2u.com mewujudkan kumpulan U Life untuk menyatukan semua pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia dan juga mereka yang menuntut di luar negara.

“Sehingga kini, U Life telah mempunyai 400 ahli berdaftar dan dijangka akan meningkat dalam masa terdekat. Kita mahu pelajar menjadikan U Life ini sebagai tempat berkongsi pengalaman dan idea yang ingin diketengahkan oleh mereka,” ujarnya.

Ujarnya, myfriends2u.com juga boleh melakukan kolabarasi bersama agensi kerajaan agar masyarakat umum mudah memperoleh maklumat atau mendekati mereka. Ini kerana tidak semua orang yang mengetahui saluran untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu agensi kerajaan.

Dari segi keselamatan pula, Che Onn menegaskan, pihaknya akan sentiasa memantau setiap posting yang dilakukan pengguna portal laman berkenaan untuk memastikan isu-isu sensitif, politik dan keagamaan tidak disalahgunakan oleh mereka tidak bertanggungjawab.



LAMAN sosial myfriends2u.com menawarkan pelbagai segmen lain seperti urusniaga, karier dan pelancongan.


“Jikalau terlepas pandang, pengguna lain boleh membuat aduan mengenai isu-isu sensitif berkenaan dan kita akan memberi nasihat serta amaran kepada orang tidak bertanggungjawab ini,” tegasnya.

Menyentuh mengenai perancangan myfriends2u.com, Che Onn, berkata dia sedang membangunkan aplikasi permainan untuk diaplikasikan dalam laman sosial berkenaan.

“Selain itu, kita juga akan menambah baik pilihan bahasa laman sosial berkenaan seperti bahasa Arab, bahasa Indonesia, Mandarin dan sebagainya untuk menarik lebih ramai pengunjung,” ujarnya.

Kos [8/10/2010]
p/s ; persaingan sihat..cadang mahu buka akaun :-) ...Malaysia memang boleh..

Wednesday, October 6, 2010

KISAH NABI-NABI - Nabi Adam

Kita selalu mendengar bahawa kisahnya tentang Nabi Adam AS. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya itu adalah dari tanah tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita sudah tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui  akan tentangnya itu dan Insyaallah dapatlah kita mempelajari tentangnya bersama-sama. Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran (Al-A'ssr)

NABI ADAM AS (ABUL BASYAR/ Bapa Segala Manusia)

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke  bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi kuathir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpah bumi.

Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.
 
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah:  " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi  bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

 01. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
 02. Tanah Bukit Tursina
 03. Tanah Iraq
 04. Tanah Aden
 05. Tanah Al-Kautsar
 06. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
 07. Tanah Paris
 08. Tanah Khurasan
 09. Tanah(Babylon)
 10. Tanah India
 11. Tanah syurga
 12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :
01. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
02. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
03. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
04. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
05. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
06. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
07. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
08. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
09. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

 1.       Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin,api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

 2.       Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

 3.       Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

  4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat  "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

 5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan : yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal  ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

 1. Mata alat penglihatan
 2. Hidung alat penciuman
 3. Telinga alat pendengaran
 4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
 5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan  sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan  roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.   Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga  melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata:
 "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


Renungan:-
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Tuesday, October 5, 2010

Kunci sistem imun yang kuat



IMUNISASI badan yang lemah menyebabkan badan cepat letih dan mudah dijangkiti demam.
IMUNISASI badan yang lemah menyebabkan badan cepat letih dan mudah dijangkiti demam.



Kita bergantung kepada sistem pertahanan badan (sistem imun) yang mempertahankan badan kita secara semulajadi daripada dijangkiti kuman (bakteria, virus seperti A H1N1, Avian Flu, SARS dan juga virus demam dan selesema).

Demam atau selesema adalah tanda ketara menunjukkan sistem imun kita gagal untuk menentang kuman. Penyakit lain seperti tuberculosis dan pneumonia boleh juga terjadi kepada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Oleh itu, tidak ada alasan untuk anda mempunyai sistem pertahanan yang lemah yang boleh memberi ruang untuk anda dihidapi penyakit.

Kemodenan Hidup Melemahkan Sistem Pertahanan

Mengekalkan sistem imun yang sihat pada zaman sekarang adalah sangat mencabar. Secara amnya, kita tidak mendapat tidur yang cukup, kurang bersenam, makan makanan yang diproses dan mengalami tekanan hidup. Ini melemahkan sistem pertahanan, membuatkan kita terdedah kepada masalah kesihatan.

"Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan yang tekanan hidup daripada segi mental dan fizikal boleh melemahkan sistem imun," kata Don Cox, PhD, Naib Presiden kepada kumpulan kajian dan perkembangan kesihatan di Biothera, Eagan MN. "Sudah tentu tekanan gaya hidup bukan perkara asing lagi kepada pengguna generasi sekarang.

Walaubagaimanapun, penemuan saintifik telah membawa kepada perkembangan ramuan baru yang boleh menyokong fungsi sistem imun.

Tambahan pula, masyarakat sekarang ini telah menjadi taksub kepada kebersihan (sanitized society). Ini membuatkan kita tidak memberikan "alat" yang diperlukan badan untuk menentang pencemaran dengan sendiri.

"Masyarakat moden yang taksub dengan kebersihan sehingga terlampau bersih telah menghapuskan semua antigen (sebatian antibodi) tidak berbahaya yang sepatutnya melatih badan kita untuk tidak bertindak balas dengan melampau.

Oleh itu, kita mudah terkena jangkitan pada masa kini." Kata Larry Robinson, PhD, Naib Presiden Hal Ehwal Saintifik di Embria Health Sciences "dengan itu ramai pengguna mengambil suplemen vitamin untuk sokongan tambahan."

"Whole Glucan Particle" (WGP) - Penambah Imun yang Paling Kuat daripada Alam Semula jadi
Daripada semua sebatian semula jadi yang diketahui boleh mengaktifkan sistem yang terpendam ini, yang paling lengkap didokumentasikan dan juga yang paling berkesan ialah WGP, yang diambil daripada sejenis. Sebenarnya, apabila ahli Jabatan Pertahanan NATO yang terkemuka menilai lebih 300 penggalak imun yang berpotensi, didapati WGP mempunyai markah yang tertinggi.

Bagaimanakah WGP Beta Glucan Berfungsi?

Di samping penyelidikan klinikal yang telah menunjukkan manfaat perlindungan terhadap tekanan dan cabaran kesihatan yang lain (seperti bakteria dan virus), banyak kajian telah menghuraikan mekanisme tindakan WGP dalam badan kita diperingkat sel. Satu kajian penting yang diterbitkan dalam majalah Journal of Immunology, menggunakan WGP yang berlabelkan cahaya kalimantang yang boleh dijejaki dengan mikroskop sambil ia menggerakkan berbagai sel imun dalam badan untuk mewujudkan aktiviti bio. Para penyelidik mendapati WGP diserapi ke dalam badan melalui Peyer's Patches, iaitu bahagian yang khusus dalam usus kecil. Di sini sel imun yang dikenali sebagai makrofaj menyelubungi WGP dan memecahkannya menjadi serpihan kecil yang kemudian membaluti neutrophil, iaitu sel imun yang paling banyak dijumpai dalam badan. Sebaik sahaja serpihan WGP itu membaluti neutrophil, ia akan menggerakkan neutrophil untuk menjadi lebih berkesan dalam kegiatannya membunuh pathogen (iaitu bakteria dan virus-virus).

Banyak kajian klinikal dan pra klinikal menunjukkan WGP dapat mengaktifkan sel imun penting dalam badan manusia, termasuk makrofaj dan neutrophil dengan itu membolehkannya menjadi lebih cepat mengenali unsur asing kemudian membunuhnya. Lebih satu dozen jurnal perubatan dan sains dibawah kajian golongan ini sendiri telah menerbitkan hasil kajian mengenai keselamatan dan keberkesanan WGP sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. WGP mempunyai lebih 40 paten yang diluluskan serta yang sedang menunggu kelulusan.

Terdapat 3 ujian klinikal yang berbentuk double-blind placebo yang dilakukan pada tahun 2007 dan 2008 dengan WGP. Satu kajian melibatkan subjek yang mengalami tekanan fizikal (iaitu para pelari maraton) dan dua kajian yang lain lagi itu melibatkan para pemadam kebakaran dan mereka yang mengalami tekanan tinggi disebabkan oleh gaya hidup dan kerjaya pilihan mereka. Tekanan akan merendahkan daya keimunan dan mereka yang selalu mengalami tekanan menjadi lebih rentan terhadap jangkitan. Dalam kajian itu, didapati WGP mengurangkan kejadian gejala yang dikaitkan dengan jangkitan saluran pernafasan atasan dan pada masa yang sama subjek ini menunjukkan peningkatan kecergasan dan kejernihan mental serta kurang keletihan.

WGP Beta Glucan Sebagai Suplemen Harian

Kita ketahui bahawa jangkitan bakteria dan virus, seperti H1N1, merupakan akibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada sistem imun yang berfungsi pada tahap yang kurang optimum. Perbezaannya sama ada kita sebenarnya akan menghidapi jangkitan virus adalah bergantung kepada sama ada kita mempunyai sistem imun yang sihat atau tidak. Dengan mengambil 1 kapsul (200mg) WGP setiap hari boleh membantu mengekalkan sistem imun anda serta anda berada dalam keadaan bersedia untuk menentang sebarang serangan kuman. Sebaik sahaja mendapat tanda-tanda awal jangkitan, anda hendaklah meningkatkan dos kepada 4-6 kapsul sehari. WGP telah terbukti sebagai selamat dan tidak bertoksik walaupun diambil dengan dos-dos yang lebih tinggi.

Adalah jelas sekali bahawa mengekalkan kesihatan dan kekuatan sistem imun seharusnya menjadi keutamaan sekiranya kita ingin mengelak daripada penyakit dan mencapai kesihatan yang optimum. Bagaimana proses penuaan kita dan mutu hidup kita adalah pada sebahagian besarnya bergantung kepada kesihatan sistem imun. Mengambil WGP setiap hari akan memberi kesan yang amat mendalam lagi meluas terhadap kesihatan anda.

UM [5/10/2010]

Search This Blog

Featured Images