Siapa yang tidak mengenali Louis Pang?..jurugambar perkahwinan yang sangat2 popular bukan sahaja di Sabah tetapi di Malaysia khasnya. Malah beliau pernah dilantik sebagai penilai kepada gambar2 dalam satu majalah fotografi tanahair satu ketika dulu (majalah Aperture..). Pernah juga dikatakan oleh salah seorang jurugambar tempatan sebagai jurugambar perkahwinan legenda.
Beliau juga pernah mempelajari teknik-teknik hebat juruga,bar dari jurugambar tersohor dunia iaitu Joe McNally (sehingga ada yang mengatakan seseorang yang belajar fotografi dengan Louis Pang ibarat sama dengan belajar dari sang Joe McNally...)
So, peluang menghadiri bengkel beliau adalah satu moment yg sangat indah bagi saya (setelah sekian lama diimpikan)...malah beliau sendiri menyatakan bahawa bengkel kali ini merupakan bengkel beliau yang pertama diadakan selama dua hari dan kami adalah peserta2 beliau yang bertuah dapat menyertainya.. malah bengkel seperti itu juga beliau adakan di USA dan Hong Kong. So no wonder la peserta beliau pada hari tersebut ada yang datang sejauh Hong Kong, Sarawak, Kuala Lumpur dan Tawau...rasanya apa yang saya dapat lebih2 BANYAK dari yuran penyertaan sebanyak RM1500.00 bayar CASH !! ... huhuhu...
Guerrilla Lighting Workshop
Shangri-La Resort & SPA, Tanjung Aru
12 - 13 Ogos 2011

the simple equipment for us :-)
learn from the best.. gambar ini pun diambil hasil dari mengikut saranan beliau...WOW !!
outdoor setting and lighting technique..
the way Louis do..
Menghadiri bengkel ini telah meningkatkan kemahiran dan keyakinan saya untuk menangkap gambar dengan lebih cantik dan artistik dalam semua majlis-majlis samada rasmi atau tidak tanpa banyak melakukan editing kerana beliau sendiri mengajar kepada kami SHOT LIKE EDIT kalau tidakpun SHOT LIKE A PRO !!
THANK YOU LOUIS PANG !!