Tuesday, July 3, 2012

3 Julai 2012

Hari ini hari ulang tahun saya..di fb ramai yang wish dan ini sangat mengembirakan saya, tambahan pula hampir semua yang wish itu adalah orang-orang yang saya kenal.

Di hari ulang tahun saya ini saya impikan sedang hidup di negeri yang sangat aman damai, tiada bangsa yang ingin menguasai sambil cuba meruntuhkan bangsa yang lain.. tiada kawan makan kawan, perpaduan kekeluargaan pula sangat kukuh dan tidak tergugat oleh apa-apa..

Saya impikan juga, biarlah hari ini membuka hari yang gilang gemilang buat diri ini... demi keluarga dan orang-orang tua saya ..

Terima kasih Tuhan... dan anugerahkan saya kekuatan-MU untuk merempuhi hidup ini menuju puncak impian semua manusia. Tetapi biarlah semuanya dalam lindungan dan keizinan-MU..biarlah semuanya dalam keadaan yang harmoni dan bermanafaat kepada yang memerlukannya

Terima kasih Tuhan ..

Monday, July 2, 2012

Perginya Osman Kering

                                                        (Sumber gambar : utusan.com)

Jumaat lalu (29 Jun 2012), kira-kira pukul 3.45 petang, pelawak yang pernah membuat penonton tidak kering gusi dengan lawak dan gelagatnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan isteri, Che Norhayati,48, dan anak-anaknya.

Perginya allahyarham Osman menghadap Ilahi buat selama-lamanya setelah lebih dua minggu di masukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur.

(Berita dari www.utusan.com.my)

... terkejut juga dengar berita pemergian Osman Kering.. teringat pada tahun 1995/1996 di satu kawasan di Kuala Lumpur, bertembung dengan beliau di satu perhentian bas. Beliau memandang saya sambil tersenyum, walaupun pada mulanya saya menyangka beliau tidak memperdulikan saya. Maklumlah beliau artis..dan saya pula ketika itu sedang mencari kerja di satu restoran/katering...jelasnya beliau seorang yang agak peramah... dan memang tidak sombong ketika nama beliau sedang memuncak di arena lakonan tanahair satu ketika dulu... masih terbayang-bayang kelucuan beliau yang pastinya akan menghiburkan sesiapa yang menonton lakonan lawak beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh.... sesiapa yang terbaca berita ini saya mohon untuk menghadiahkan kepada beliau Al-Fatihah dan bagi yang beragama lain, mendokan kesejahteraan beliau mengikut ajaran masing-masing .. sekali lagi .. Al-Fatihah..

3/7/2012

Search This Blog

Featured Images