Sunday, June 16, 2013

Retreat Pentadbiran dan Hala Tuju Sekolah Perniagaan & Ekonomi 2014/2015, UMS

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), tempat di mana saya baru sahaja "memindahkan" diri dan juga perkhidmatan saya di bumi UMS, telah mengadakan Retreat Pentadbiran dan Hala Tuju SPE 2014/2015 bertempat di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu.

Retreat tersebut telah diadakan dari 14 Jun 2013 sehingga 16 Jun 2013. Berbeza dengan majlis atau program seumpamanya sebelum ini, kali ini saya juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah bagi program ini. Dan sebagai penghargaan di atas lantikan tersebut, saya telah "menjadikan" diri saya ini sebagai kakitangan terlibat pertama yang sampai ke lokasi, lebih kurang jam 2.00 PM selepas menunaikan solat Jumaat di surau berhampiran kawasan Sinsuran, Kota Kinabalu.

Pada saya, retreat ialah satu keputusan organisasi untuk "bermuhasabah", iaitu berkumpul untuk "mengenang" kisah-kisah setahun yang lalu, "menganalis" kelemahan sebelum ini seterusnya mendapatkan satu "pelan" perjuangan yang lebih mantap dalam setahun lagi. Itu pendapat peribadi saya sendiri, yang saya kutip sepanjang saya menyertai beberapa retreat since saya mula "bekerja" lebih kurang 18 tahun yang lalu. Olahan itu saya adun dari pengalaman di bidang swasta atau sektor kerajaan. Oleh itu, retreat seharunya "wajib" disusuli dengan kalendar aktiviti yang telah dipersetujui termasuklah hal ehwal kewangan dan perancangan perbelanjaan sesebuah organisasi tersebut.

Itu bagi saya, kalau salah tolong tunjukkan :-)

Saya tertarik dengan serangkap pantun yang telah dikongsikan oleh Dekan ketika penutupan retreat pada pagi ahad (yang katanya, juga didapatkan dari seseorang/pelajar beliau) ; 
Kalau ada jarum yang patah
Janganlah lagi dipatah-patahkan
Kalau ada silap dan salah
Janganlah pula disebar-sebarkan

Begitulah lebih kurang bunyinya...kreatif juga "insan" pengubahsuai pantun lama ini kan...So, saya balas lah, begini lebih kurangnya ;

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak sama belajar
Kalau salah jangan tonjolkan....

Search This Blog

Featured Images