Thursday, January 21, 2010

Avatar menang besar

CAMERON dengan anugerah yang dimenanginya.

BEVERLY HILLS: Filem fiksyen sains, Avatar, memenangi hadiah utama Golden Globe ke-67 di sini semalam.

Filem itu meraih hadiah filem dan pengarah terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pencabar terbaik bagi memenangi Oscar.

Filem arahan pengarah Titanic itu, James Cameron, yang dijangka menjadi filem memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah, adalah pemenang terbesar semalam ketika kemenangan kategori lain dikongsi oleh beberapa filem lain.


Avatar dianggap sebagai detik penting perfileman dari segi penggunaan kamera 3-D dan teknologi rakaman filem.

"Ia adalah tugas terbaik di dunia," kata Cameron kepada hadirin yang terdiri daripada selebiriti ternama di Hotel Beverly Hilton selepas menerima anugerah untuk filem drama terbaik.

"Apa yang kami lakukan ialah menjadikan hiburan untuk penonton global dan itu yang dimaksudkan Golden Globe," katanya.

Sejak mula ditayangkan Disember lalu, kutipan Avatar mencecah AS$1.6 bilion (RM5.35 bilion) di seluruh dunia dan ia semakin hampir mengatasi kutipan AS$1.8 bilion (RM6 bilion) yang dicatat Titanic.

Ketika menerima anugerah Pengarah terbaik sebelum itu, Cameron berkata, dia menjangka akan kalah kepada bekas isterinya, Kathryn Bigelow, yang dicalonkan untuk filem drama mengenai perang Iraq, 'The Hurt Locker.'

"Saya sebenarnya tidak bersedia. Saya menjangka Kathryn yang akan memenangi anugerah ini. Bagaimanapun, saya gembira menang," katanya.

Sebahagian daripada ucapan Cameron juga dibuat menerusi bahasa Na'vi, bahasa pertuturan wira asing yang cintakan keamanan dalam filem Avatar.

Golden Globe dilihat sebagai pentas utama dalam persaingan untuk mendapatkan anugerah Oscar yang akan berlangsung 7 Mac depan.

Bagaimanapun, anugerah itu jarang memberi penghormatan kepada filem fantasi, menyebabkan Avatar akan bersaing sengit dengan filem lain seperti The Hurt Locker, Inglourious Basterds, Precious dan Up In the Air. - AP


HM [19/1/2010]




Avatar bakal menang besar?

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my
2010/01/18

FILEM Avatar yang mencatat kejayaan di tempat kedua kutipan tertinggi selepas Titanic dengan RM (AS$1.4 bilion) di seluruh dunia, diramalkan bakal menang besar di Anugerah Golden Globe ke-67 yang berlangsung di Hotel Hilton Beverly, Los Angeles, pagi ini. Selain Filem Terbaik, Avatar turut dicalonkan untuk Pengarah Terbaik, Skor Asli Terbaik dan Filem Asli Terbaik.


Filem dan pelakon yang menang Golden Globe sering diramalkan mengulangi kejayaan di Anugerah Academy yang bakal berlangsung awal Mac ini. Calon Top 5 untuk merebut Oscar akan diumumkan 2 Februari ini.

Bagaimanapun, Golden Globe berbeza dengan Academy kerana kategori filem dibahagi dua iaitu Drama dan Komedi/Muzikal dan tidak khusus untuk filem saja tetapi juga produksi untuk televisyen.


Filem Up In The Air dibintangi George Clooney menerima pencalonan paling banyak (enam) termasuk Filem Terbaik kategori drama diikuti filem muzikal Nine dengan lima pencalonan termasuk Filem Terbaik kategori Komedi/Muzikal manakala Avatar empat pencalonan begitu juga filem Quentin Tarantino mengenai fantasi Perang Dunia II, Inglourious Basterds.

Avatar arahan James Cameron yang dihasilkan dengan komputer animasi gaya baru, mencatat kejayaan awal dengan kutipan AS$1.4 bilion di seluruh dunia menjadi filem kedua meraih kutipan tertinggi setakat ini selepas Titanic yang juga arahan Cameron.

The Hurt Locker yang kurang diberi perhatian selama ini, mungkin membuat kejutan kerana filem mengisahkan tentera Amerika yang terbabit dengan perang Iraq, menang Filem Terbaik di Anugerah Pilihan Pengkritik (15th Critics Choice Movie Awards) yang berlangsung dua hari sebelum Golden Globe.

Pengarahnya, Kathryn Bigelow turut mencatat kejayaan Pengarah Terbaik di majlis sama. Filem ini menerima tiga pencalonan Golden Globe.

Sandra Bullock diramalkan menyapu dua anugerah Aktres Terbaik apabila dicalonkan untuk kategori filem Drama serta Komedi/Komedi. Bintang yang dikenali menerusi filem Speed ini turut menang di Anugerah Pilihan Pengkritik menerusi lakonannya dalam The Blind Side.

Selain kategori filem, turut menjadi tumpuan, calon untuk Siri Televisyen Terbaik kategori Drama apabila Big Love berentap dengan Dexter, House, Mad Men dan True Blood. Hanya House disiarkan di televisyen manakala yang lain menerusi saluran berbayar.

Untuk kategori Komedi/Muzikal pula, 30 Rock berentap dengan Entourage, Glee, Modern Family dan The Office. Semuanya disiarkan menerusi televisyen manakala Entourage saluran berbayar.


KOMEN CALON

EMILY BLUNT (AKTRES TERBAIK/THE YOUNG VICTORIA

"SAYA bangga turut dicalonkan kerana ia satu pencapaian cukup membanggakan dalam kerjaya saya. Memegang watak Ratu Victoria masa muda cukup mencabar buat saya tetapi memberi satu pengalaman hebat. Ternyata ia berbaloi apabila saya dicalonkan merebut anugerah Aktres Terbaik."

SANDRA BULLOCK (AKTRES TERBAIK/THE PROPOSAL/THE BLIND SIDE)

"SAYA masih terkejut kerana turut dicalonkan dalam senarai pelakon hebat yang sangat saya kagumi selama ini. Pencalonan ini satu penghargaan besar buat saya dan saya akan meriahkan majlis ini nanti bersama mereka yang bertungkus-lumus menghasilkan filem ini hingga menjadikan saya begitu hebat. Terima kasih yang tidak terhingga."

PENELOPE CRUZ (AKTRES PEMBANTU TERBAIK/NINE)

"SAYA terharu dicalonkan untuk Nine. Filem ini memberi peluang kepada saya bekerja dengan pengarah hebat dan barisan pelakonnya yang luar biasa. Terima kasih kepada Hollywood Foreign Press kerana menghargai lakonan saya. Saya juga bangga kerana Broken Embraces turut dicalonkan. Pedro (Pedro Almodovar, Filem Bahasa Asing Terbaik/Broken Embraces) sekali lagi berjaya menghasilkan filem hebat dan berani. Saya rasa sungguh bertuah menjadi sebahagian dari filem ini.

ROBERT DOWNEY JR (AKTOR TERBAIK/SHERLOCK HOLMES)

"TERIMA kasih kepada Hollywood Foreign Press atas pencalonan yang cukup bermakna ini. Saya juga ingin berkongsi penghargaan ini dengan Jude Law dan semua barisan pelakon filem ini, tidak dilupakan pengarah hebat, Guy Ritchie dan semua pihak yang menjayakan filem ini hingga menghasilkan filem menarik versi baru Sherlock Holmes."

MORGAN FREEMAN (AKTOR TERBAIK/INVICTUS)

"SAYA ingin mengucapkan terima kasih pada Hollywood Foreign Press Association atas penghargaan hebat ini. Tahniah juga buat Clint Eastwood dan Matt Damon yang turut dicalonkan menerusi Invictus. Tidak dilupakan, Lori McCreary yang menjadi produser bersama filem ini, semua pelakon dan kru yang menjayakan Invictus. Kerja keras anda hingga memberikan sepenuh komitmen hingga sempurna mengenai Nelson Mandela. Memegang watak Mandela adalah penghormatan paling hebat dalam kerjaya saya dan Daniel Day-Lewis, Best Actor, Comedy/Musical for "Nine": "A hearty thank you to the members of the HFPA. I am delighted and very grateful to be included. Congratulations to all fellow nominees and eternal thanks to Rob Marshall."


CALON GOLDEN GLOBE KE-67

FILEM TERBAIK (DRAMA)


1. Avatar
2. The Hurt Locker
3. Inglourious Basterds
4. Precious: Based On The Novel Push By Sapphire
5. Up In The Air

PENGARAH TERBAIK

1. Kathryn Bigelow - The Hurt Locker
2. James Cameron - Avatar
3. Clint Eastwood - Invictus
4. Jason Reitman - Up In The Air
5. Quentin Tarantino - Inglourious Basterds

AKTRES TERBAIK

1. Emily Blunt (The Young Victoria)
2. Sandra Bullock (The Blind Side)
3. Helen Mirren (The Last Station)
4. Carey Mulligan (An Education)
5. Gabourey Sidibe (Precious: Based On The Novel Push By Sapphire)

AKTOR TERBAIK

1. Jeff Bridges (Crazy Heart)
2. George Clooney (Up In The Air)
3. Colin Firth (A Single Man)
4. Morgan Freeman (Invictus)
5. Tobey Maguire (Brothers)

AKTRES PEMBANTU TERBAIK

1. Penélope Cruz - Nine
2. Vera Farmiga - Up In The Air
3. Anna Kendrick - Up In The Air
4. Mo'nique - Precious: Based On The Novel Push By Sapphire
5. Julianne Moore - A Single Man

AKTOR PEMBANTU TERBAIK

1. Matt Damon - Invictus
2. Woody Harrelson - The Messenger
3. Christopher Plummer - The Last Station
4. Stanley Tucci - The Lovely Bones
5. Christoph Waltz - Inglourious Basterds

FILEM TERBAIK (KOMEDI/MUZIKAL)

1. 500 Days Of Summer
2. The Hangover
3. It's Complicated
4. Julie & Julia
5. Nine

AKTRES TERBAIK (KOMEDI/MUZIKAL)

1. Sandra Bullock (The Proposal)
2. Marion Cotillard (Nine)
3. Julia Roberts (Duplicity)
4. Meryl Streep (It's Complicated)
5. Meryl Streep (Julie & Julia)

AKTOR TERBAIK (KOMEDI/MUZIKAL)

1. Matt Damon (The Informant!)
2. Daniel Day-Lewis (Nine)
3. Robert Downey Jr. (Sherlock Holmes)
4. Joseph Gordon-Levitt (500 Days Of Summer)
5. Michael Stuhlbarg (A Serious Man)

FILEM ANIMASI TERBAIK

1. Cloudy With A Chance Of Meatballs
2. Laika
3. Fantastic Mr. Fox
4. The Princess And The Frog
5. Up

FILEM BAHASA ASING TERBAIK

1. Baaria (Itali)
2. Broken Embraces - Sepanyol
3. The Maid (La Nana) - Chile)
4. A Prophet (Un Prophete) - Perancis)
5. The White Ribbon (Das Weisse Band - Eine Deutsche Kindergeschichte) - Jerman


HM [18/1/2010]

Search This Blog

Featured Images