Thursday, January 21, 2010

Avatar menang besar

CAMERON dengan anugerah yang dimenanginya.

BEVERLY HILLS: Filem fiksyen sains, Avatar, memenangi hadiah utama Golden Globe ke-67 di sini semalam.

Filem itu meraih hadiah filem dan pengarah terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pencabar terbaik bagi memenangi Oscar.

Filem arahan pengarah Titanic itu, James Cameron, yang dijangka menjadi filem memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah, adalah pemenang terbesar semalam ketika kemenangan kategori lain dikongsi oleh beberapa filem lain.


Avatar dianggap sebagai detik penting perfileman dari segi penggunaan kamera 3-D dan teknologi rakaman filem.

"Ia adalah tugas terbaik di dunia," kata Cameron kepada hadirin yang terdiri daripada selebiriti ternama di Hotel Beverly Hilton selepas menerima anugerah untuk filem drama terbaik.

"Apa yang kami lakukan ialah menjadikan hiburan untuk penonton global dan itu yang dimaksudkan Golden Globe," katanya.

Sejak mula ditayangkan Disember lalu, kutipan Avatar mencecah AS$1.6 bilion (RM5.35 bilion) di seluruh dunia dan ia semakin hampir mengatasi kutipan AS$1.8 bilion (RM6 bilion) yang dicatat Titanic.

Ketika menerima anugerah Pengarah terbaik sebelum itu, Cameron berkata, dia menjangka akan kalah kepada bekas isterinya, Kathryn Bigelow, yang dicalonkan untuk filem drama mengenai perang Iraq, 'The Hurt Locker.'

"Saya sebenarnya tidak bersedia. Saya menjangka Kathryn yang akan memenangi anugerah ini. Bagaimanapun, saya gembira menang," katanya.

Sebahagian daripada ucapan Cameron juga dibuat menerusi bahasa Na'vi, bahasa pertuturan wira asing yang cintakan keamanan dalam filem Avatar.

Golden Globe dilihat sebagai pentas utama dalam persaingan untuk mendapatkan anugerah Oscar yang akan berlangsung 7 Mac depan.

Bagaimanapun, anugerah itu jarang memberi penghormatan kepada filem fantasi, menyebabkan Avatar akan bersaing sengit dengan filem lain seperti The Hurt Locker, Inglourious Basterds, Precious dan Up In the Air. - AP


HM [19/1/2010]




No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images