Wednesday, August 11, 2010

Belacan dan Rhodamine B

Sekarang ni dah heboh diperkatakan belacan berwarna jingga boleh menyebabkan kanser. Ini

kerana belacan jenis ini dikatakan menggunakan sejenis bahan kimia yang
dikenali dengan nama Rhodamine B yang diharamkan penggunaannya oleh kerajaan sejak 50 tahun dulu kerana boleh menyebabkan kanser.Oleh kerana nak untung besar pengusaha belacan menggunakan bahan terlarang ini untuk membuat belacan mereka kelihatan lebih menarik, lebih basah dan tahan lama disamping harganya lebih murah.

Rodhamin B merupakan sejenis bahan kimia berwarna merah dan sangat beracun apabila terkena cahaya matahari. Ia dihasilkan daripada dietillamonophenol dan phatalic anchidria, yang digunakan sebagai pewarna kertas, tekstil dan colok bagi masyarakat cina. Rodhamin B bersifat karsinogenic dan menyeranag hati orang yang memakannya.
Kepada suri rumah berhati-hatilah memilih belacan ok...

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images