Friday, December 30, 2011

Tuah Tom Cruise





KEJAYAAN yang dimiliki aktor terkenal Hollywood Tom Cruise hari ini bukan datang dengan mudah meskipun aktor kelahiran Syracuse, New York itu memiliki wajah yang tampan. Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia 11 tahun dan kehidupan berpindah-randah memaksanya bersekolah di 15 buah sekolah. Sekolah terakhirnya adalah Glen Ridge High School, New Jersey.
Dibuli merupakan perkara biasa ketika zaman persekolahannya, tambahan dia mempunyai masalah disleksia iaitu gangguan dalam pembelajaran iaitu sukar membaca dan menulis. Justeru, Cruise bukanlah pelajar yang cemerlang ketika zaman persekolahannya, dia mengalih tumpuan kepada aktiviti sukan dan kecederaan lutut yang dialaminya ketika bergusti, membuat dia secara tidak sengaja terjun ke dunia lakonan.
Pada usia 18 tahun, dia meninggalkan Glen Ridge dan memburu impian sebagai seorang aktor di New York. Waktu siang dia melakukan pelbagai pekerjaan antaranya sebagai budak penghantar surat sehinggalah sebagai pembersih restoren dan pada waktu malam diperuntukkan untuk kelas lakonan sebagai persediaan buatnya menjalani uji bakat iklan, drama dan filem.
"Bukan mudah untuk saya berdiri seperti hari ini, sebelum berjaya mendapat kontrak filem pertama Endless Love pada tahun 1981, saya telah merasai pengalaman ditolak pengarah dan penerbit. Saya tidak menjadi aktor untuk memiliki kuasa (wang dan populariti) tetapi ia berlaku dengan sendirinya secara tidak langsung menyebabkan saya memperoleh lebih banyak peluang.
"Saya juga sedar yang kuasa itu tidak akan kekal selamanya dalam kerjaya saya sebagai pelakon. Jadi, saya mahu menggunakannya sehabis yang mungkin, terlibat dalam naskhah yang hebat dan apabila masa itu berlalu saya akan tersenyum kerana telah menjalani hidup dengan sepenuhnya," ujarnya.
Meskipun merupakan aktor yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood, dia menegaskan dia tidak pernah melakukan kerja kerana wang.
"Jujur, saya tidak pernah lakukan kerja semata-mata kerana wang. Ya, sebagai aktor saya diberi pilihan dan tawaran yang menarik tetapi terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu menerimanya atau tidak. Jika pilihan terletak pada wang dan filem tersebut tidak mendapat sambutan, wang itu tidak bererti apa-apa," jawabnya yang masih menerima tawaran berlakon dalam filem indie.
Kini, selepas lebih tiga dekad terlibat dalam industri perfileman, Cruise bukan sekadar seorang pelakon tetapi dia juga seorang penerbit filem dan mungkin juga bakal penyanyi kerana selepas filem Mission Impossible - Ghost Protocol, dia diangkat sebagai penyanyi rock legenda dalam filem muzikal berjudul Rock of Ages akan berada di pawagam pada Jun tahun hadapan.
Menariknya, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu Tom benar-benar boleh menyanyi dan suaranya turut mendapat pujian ramai. Malah, salah seorang pelakon dalam filem itu yang juga seorang penyanyi terkenal, Mary J. Blige turut mendedahkan yang dia teringin untuk merakamkan lagu duet bersama Cruise.
"Jika dia tanya saya, saya terus setuju. Dia memang seorang penyanyi yang bagus dan benar-benar mempunyai aura sebagai seorang penyanyi terkenal. Jiwa rock dalam dalam diri seseorang dan Tom memilikinya," kata Mary J. Blige.
Kebolehan menyanyi Cruise itu turut diakui oleh isterinya, Katie Holmes, bagaimanapun memberitahu, suaminya itu mengikuti kelas vokal selama beberapa minggu sebelum penggambaran bermula.
PENGHUJUNG 2011 menyaksikan nama Tom Cruise kini kembali dijulang sebagai bintang filem pecah panggung menerusi ke munculan filem Mission Impossible - Ghost Protocol.


"Ya, saya suka menyanyi tetapi saya tidak rasa saya boleh lakukannya sebaik lakonan. Jika untuk suka-suka ya tetapi untuk serius saya belum terfikir mengenainya lagi," katanya yang membawakan watak Stacee Jaxx dalam filem muzikal itu.
Misi mustahil
Aktor yang telah berlakon 44 buah filem itu termasuk semua filem sekuel Mission Impossible serta terkini Ghost Protocol tidak hanya berlakon sebaliknya turut bertindak sebagai penerbit telah melakukan pelbagai aksi lagak ngeri sebagai ejen perisik bernama Ethan Hunt.
Sebagai penerbit memilih pengarah JJ Abrams untuk mengarah filem buat kali pertama merupakan satu risiko yang besar tetapi Cruise mempunyai alasan yang tersendiri terhadap pilihannya.
"Kisahnya begini, saya dan Steven Spielberg tengah bekerja untuk filem War of the Worlds dan kami berjumpa beberapa orang penulis dan penulis itu termasuk JJ. Tidak mengambil masa yang lama untuk saya menyukai kerjanya dan dia seorang yang berkarisma serta bijak.
"Kami bekerjasama secara tidak sengaja apabila setiausaha JJ memberi saya pita drama aksi Alias musim pertama yang diarah oleh JJ. Selang beberapa hari saya habis menonton satu musim drama Alias dan saya menyukai kerjanya. Saya menghubunginya ketika itu dia berada di Hawaii melakukan penggambaran drama Lost. Sekembalinya dia di Los Angeles kami berjumpa dan saya tanya bila dia mahu mengarah filem," jelas Tom.
Sungguhpun begitu, untuk seorang pengarah yang tidak pernah mengarah filem berbajet besar pasti menimbulkan kebimbangan di hati seorang penerbit.
"Saya rasa seperti ini bukan filem pertamanya. Filem ini paling kompleks dan sekuel Mission Impossible terbesar yang pernah kami hasilkan. Lihat sahaja lokasi penggambarannya, China, Rom, Dubai dan Jerman tetapi kami berjaya melakukan penggambaran mengikut jadual dan di bawah bajet. Hasilnya juga cukup mengagumkan.
Dalam filem ini banyak aksi lagak ngeri dilakonkan Cruise dan paling diingati adalah babak dia keluar daripada bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa di Dubai dan berjalan di atas cermin tingkap bangunan yang mempunyai ketinggian 2,717 kaki bersamaan dengan 163 tingkat. Katanya untuk babak yang dilakukan di tingkat 140 itu sahaja dia telah berlatih selama sebulan.
KEJAYAAN yang dicapai Cruise dalam karier seiring dengan kebahagiaan yang digapainya dalam kehidupan berkeluarga.


"Pengalaman paling tidak boleh saya lupakan berpusing di tepi tingkap bangunan tersebut dengan bergantung nyawa pada tali setebal wayar piano. Menakutkan tetapi untuk menampilkan kelainan, ia harus dilakukan dan seluruh produksi telah mengambil langkah keselamatan terbaik.
"Kami harus mencari lokasi antarabangsa yang mengagumkan dan Burj Khalifa adalah pilihan terbaik. Saya hanya berlatih sehari untuk aksi melompat keluar daripada bangunan itu sebelum memulakan penggambaran," ujarnya yang berada di Dubai selama lima minggu.
Disoal apakah perkara yang paling menakutkannya ketika penggambaran, jawab Cruise: "Terjatuh ke bawah."
Sambung aktor berusia 49 tahun itu lagi: "Apabila kami melakukan penggambaran perkara pertama dalam fikiran bagaimana kami lakukan untuk nampak hebat dan mustahil di layar. Kedua soal keselamatan dan kami sudah berlatih dan merancangnya selama berbulan-bulan. Saya hanya lakukan dan ya, saya selamat dan hidup sampai hari ini. Tiada sebarang kecederaan serius berlaku sepanjang penggambaran."
Sebagai penutup tahun 2011 Mission Impossible - Ghost Protocol yang menelan kos sebanyak RM459,505,000 itu turut dilakonkan oleh Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton dan bintang Bollywood Anil Kapoor merupakan sebuah filem yang cemerlang.
Suri di hati Tom
Cruise yang pernah bercinta dengan aktres Penelope Cruz juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali, pertama Mimi Rogers, kedua, Nicole Kidman dan terakhir sejak tahun 2005 dan kekal sehingga hari ini bersama Katie Holmes.
Momen tidak boleh dilupakan apabila Cruise secara terbuka mengaku cintakan Katie dalam program bual bicara popular Oprah Winfrey Show pada 23 Mei, 2005. Dalam program itu, Cruise kelihatan tidak senang duduk malah siap melompat di atas sofa apabila berbicara tentang Katie.
Kebahagiaan Cruise bertambah apabila dia dikurniakan anak perempuan bernama Suri yang kini berusia lima tahun dan secara sah berkahwin dengan Katie pada November 2006. Khabarnya, kini Cruise sedang merancang untuk menambah jumlah ahli keluarganya
"Ya, saya berharap dan sedang merancang untuk memperolehi cahaya mata lagi dan beri adik kepada Suri," katanya.
Meskipun sentiasa sibuk, katanya, jika ada kesempatan dan peluang dia pasti akan membawa keluarganya ke lokasi penggambaran atau promosi filem seperti ketika dia mempromosi filem sekuel terbaharu Mission Impossible itu di beberapa buah negara baru-baru ini.
"Setiap hujung minggu jika kelapangan kami pasti akan habiskan masa bersama seperti berkelah atau melepak di taman, menemani Suri ke pusat membeli-belah kerana dia suka sangat memakan aiskrim. Dia anugerah terhebat yang pernah saya perolehi dalam hidup," kata Cruise.
Jelas sekali hidup Cruise kini lebih bermakna. Dia juga sering mengatakan saban hari cintanya pada isteri semakin besar.
"Semakin hari saya semakin cinta Katie, dia seorang yang istimewa dan memahami saya sepenuhnya. Kehadiran Suri melengkapkan hidup saya sebagai seorang lelaki, suami dan bapa. Tetapi nampaknya, Suri lebih banyak mengikut isteri saya terutamanya bab fesyen. Saya yakin apabila dia besar kelak, dia akan menjadi seorang penggila fesyen, lihat sahaja dia hari ini, walaupun baru lima tahun, pakaiannya lebih banyak daripada ibu bapanya," cerita Cruise.
Bercakap mengenai tahun 2012, kata Cruise banyak projek filem menantinya dan tahun hadapan merupakan tahun paling sibuk buatnya.
"Saya ada beberapa buah filem yang menanti penggambaran dan ada yang sedang dalam penggambaran, sebagai pelakon saya mahu beri yang terbaik dan impak kepada penonton serta diri sendiri. Sebagai penerbit saya mahu menerbitkan lebih banyak filem bermutu dan pecah panggung, apa pun terima kasih kepada peminat yang tidak henti menyokong kerjaya saya selama ini," katanya yang turut bercuti panjang sempena Krismas baru-baru ini.

Kos [30/12/2011]
p/s ; pos terakhir tahun 2011...semoga 2012, semuanya ok2 saja.. ;-)

Thursday, December 15, 2011

Aku maafkan Kamu



Saya sangat minat dengan lagu ini kerana liriknya yang penuh makna dan indah didengar..tidak tahu pula dengan tahap pendengaran kawan-kawan yang lain. But for me, this is betul2 perfect .. what the song ... lagu oleh Malique ft. Jamal ...wow !!

Monday, November 21, 2011

11.11.11

Untuk saya, tarikh 11.11.11 merupakan langkah pertama menuju cita-cita untuk menjadi usahawan berjaya.

Time ni, attend mesyuarat pengerai sempena Tamu Gadang UMS 2011. Tapi dengar pula berita buruk..kena buat lesen dari DBKK. Selama ini tiada pun. Terdengar ada pengerai yg bcakap "mau juga anjing2 DBKK ni cari duit time2 bgini"... Sdhlah kestau last minit...menyusahkan pula.

Mgkin DBKK ingat untung besar pengerai2 ni..
SHIT !! WHAT THE FISH...




Teringat ckp seorg abg time dtg hantar brg2 semasa persiapan gerai ... SEMAKIN SUSAH SESUATU ITU, SEMAKIN BANYAK NIKMATNYA...SEMAKIN SENANG SESUATU ITU, SEMAKIN BAHAYA KEPADA KITA... 

Thursday, November 3, 2011

Makan Lobak Boleh Membaiki Penglihatan Anda?


Semasa kecil mak aku selalu cakap mata aku rabun pasal aku tak suka makan lobak. Let's be honest here carrots are bullshit. It does not taste nice and i rather eat Broccolis instead. Aku juga yakin masa kamu semua masih kecil kamu juga diberitahu oleh ibu bapa, nenek, makcik dan cikgu yang memakan lobak boleh memberikan anda penglihatan yang sempurna. One story I heard when I was in school ialah ARNAB boleh melihat dengan terang diwaktu malam kerana makan lobak. Jadi kalau nak ada keupayaan melihat dalam gelap sila makan lobak mentah.

Tahukah anda ini semuanya bohong semata-mata?

Yes people... kita sudah kena tipu oleh orang tua kita. Persoalannya bagaimana mitos lobak mampu memulihkan penglihatan ini bermula. Ianya bermula ketika Perang Dunia Kedua di Britain. Ketika peperangan udara "Battle of Britain", pihak Nazi menghadapi masalah kehilangan kapal terbang pengebom mereka pada kadar yang tinggi apabila memasuki ruang udara Britain. Pesawat pengebom mereka dengan mudah dapat dikesan dan ditembak jatuh oleh pesawat pejuang British. Pihak Nazi mula mengesyaki pihak British mempunyai senjata rahsia yang baru. Mereka percaya tentera British mempunyai teknologi pengesan pesawat yang terkini. This technology is now known as RADAR tapi masa dulu ianya sangat TOP SECRET dan baru Nazi tak tahu how the Brits dapat mengesan their bombers walaupun pada waktu malam gelap gelita.

Pihak British tahu pihak Nazi mempunyai rangkaian perisik di negara mereka. Adalah penting bagi pihak British untuk memastikan teknologi radar kekal rahsia. Jika rahsia radar dan lokasi radar ditempatkan diketahui Nazi, Britain pasti akan kalah dalam peperangan ini. Kalau korang masih ingat sejarah WW2, tentera Nazi jauh lebih besar dari tentera British pada ketika itu.

Maka pihak propaganda British mencipta mitos yang sejak makan lobak pada kuantiti yang banyak, juruterbang mereka boleh melihat dengan lebih baik. lebih jauh dan dapat melihat dalam gelap. Sebab itulah pesawat pengebom Nazi yang datang dari jauh dengan mudah dapat dipintas juruterbang British! Untuk reinforce this BULLSHIT pihak propaganda menulis artikel seperti dibawah.




Pihak Kementerian Pemakanan juga turut menyebarkan penipuan ini dengan memulakan kempen "A Carrot a Day Keeps the Black Out Away". Siap ada poster macam ini lagi untuk menipu rakyat (dan perisik Nazi) yang lobak memberikan pemakannya night vision! Pihak DISNEY juga diminta menolong menghasilkan 3 karekter kartun bagi menggalakkan rakyat British memakan lobak.






Kempen mereka berjaya dan pihak Nazi hanya mengetahui kewujudan teknologi radar di bulan-bulan akhir peperangan di Eropah. Pada ketika itu LUFTWAFFE (tentera udara Nazi) sudahpun musnah teruk selepas kehilangan banyak pesawat dan juruterbang. Rakyat British yang membesar ketika perang dunia kedua tidak pernah diberitahu bahawa kempen memakan dan khasita lobak itu semuanya hanya propaganda bagi menutup rahsia besar negara.

Since back then people believe everything that the government told them they never suspected anything. Bila penjajah British kembali ke Malaya mereka membawa "ajaran penipu" mereka ke sini. Mak abah kita kena kencing di sekolah dan mereka pula kencing kita tanpa sedar! HA HA HA

So now you know. Makan lobak tidak akan memberikan anda penglihatan yang awesome ataupun keupayaan untuk melihat didalam gelap!

Tuesday, November 1, 2011

My Lucky day.,..

Tanggal 1/11/2011, time petang..jam 3.40 pm mungkin.

Sedang mengacara satu cabutan bertuah sempena satu event di jabatan kami. Tup..tup tercabut nama sendiri, mo buang pun wakil NC time tu sdh nampak.. Terpaksa umum nama sendiri then ambil hadiah berupa hamper seperti di bawah ... heheheeh



Semoga "ini" akan menjadi permulaan untuk kehidupan yg lebih baik dan bertuah selepas ini. Mudah2an juga saya akan mjadi manusia yg BENAR2 BERSYUKUR ...

Friday, October 28, 2011

Kisah Slumdog Millionaire Menjadi Realiti

Sweet Story!

Sushil Kumar ialah seorang kerani kerajaan yang baru sahaja memenangi 50 Juta Rupees dalam rancangan Who Wants to Be Millionaire versi India. BEali merupakan peserta petama memenangi hadih utama USD 1 Juta dollar di India. Paling menariknya Sushil berasal dari keluarga yang tersangatlah miskin mereka tak mampu memiliki sebauh TV. Mereka menonton TV di rumah jiran. Sushil dari bandar Bihar, Timur India bekerja sebagai kerani dengan gaji bulanan USD 120. Beliau menyertai rancangan WHTBAM selepas keluarganya kagum dengan keupyaan beliau menjawab semua soalan ketika menonton bersama. Beliu audition dan diterima menjadi peserta. Perjalanan dari Bihar ke Delhi ialah kali pertama beliau menaiki kapal terbang dan merantau keluar dari kampung halaman!

Walaupun kini bergelar jutawan Sushil tidak cepat lupa diri. Beliau sudah bercadang membina sebuah perpustakaan untuk kanak-kanak setempat, membeli rumah baru untuk parents dan isteri serta memberi modal kepada adik beradiknya untuk memulakan perniagaan. Instead of relaxing makan roti jala Sushil akan menggunakan wang yang ada bagi mengambil peperiksaan penjawat awam untuk naik pangkat. Yes in India nak naik pangkat penjawat awam kena amik exam dan yuran exam perlu dibayar sendiri. Sushil terlalu miskin dahulu sampai tak mampu nak bayar yuran.

Good for Sushil Kumar. Siapa kata life does not imitate art. Now for the biggest question. Adakah beliau menari JAI HO selepas dapat tiket dari Amitabh Bachan?


Thursday, October 20, 2011

Khasiat Habbatus Sauda

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)



Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Khasiat Habbatus Sauda

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

10 rahsia yahudi yang tidak kita ketahui ..

Tahukah anda, sebenarnya banyak benda yang orang-orang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Sunday, October 16, 2011

Rahsia "Durian Belanda"



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Thursday, October 13, 2011

RAHSIA HANDPHONE KETIKA KECEMASAN

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : - 

1.Nombor Kecemasan Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock). 

2. Kereta terkunci Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. 

3. Kuasa bateri tersembunyi Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak) 

4. Telefon dicuri Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut

Sunday, October 9, 2011

20 fakta lipas yang tidak diketahui oleh kita



  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

20 fakta tentang gajah yang tidak diketahui oleh kita

  1. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat
  2. Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit (ada yang kata 27)
  3. Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu
  4. Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan
  5. Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter (kita nak minum 8 gelas pon dah mencungap haha)
  6. Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter
  7. Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee (United State)
  8. Pada Perang Duni ke 2, bomb pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin
  9. Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.
  10. Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam.
  11. Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari
  12. Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg
  13. Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin
  14. Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat
  15. Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja
  16. Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun
  17. Gajah tidur berdiri
  18. Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring (mungkin sebab mereka belum tahu lagi mereka tu gajah.. hahaha)
  19. Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut
  20. Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat

Thursday, October 6, 2011

Kuat ketawa tanda periang!

Ada sesetengah orang suka sisihkan golongan pendiam. Aku ngaku memang aku pendiam tapi setakat ni tade lagi kot yang sisihkan aku. Kalau rasa disisihkan mungkin perasaan aku sendiri je. Golongan yang mesra alam, banyak cakap lebih digemari ramai betul tak? Tak payah sangkal ah. Kite lagi selesa berkawan ngan orang pandai berkomunikasi dan buat kita gembira ketawa huha huha berbanding orang yang pendiam.  Tapi kalau topik bualan orang yang banyak cakap tu tak mendatangkan faedah? Tambah lagi dah terbukti dia suka bercakap buruk dan memutar belit cerita orang. Kalau kita jenis yang susah terpengaruh takpe, tapi kalau sebaliknya? Kesian mangsa.

Semalam aku jumpa seseorang post kat facebook. Lebih kurang begini :


Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau memperbanyak tawa, karena sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati.”


Ada rasa minat nak tahu??


Dulu aku rasa macam dah bosan je dengar. Asyik-asyik mende yang sama je tapi entah kenapa tetibe je aku rasa ingin tahu. Kenapa sebenarnya Rasulullah SAW berucap demikian? Betul ke? Bukti? Ade penjelasan disebalik kata-kata tu? Lepas penat study, aku pun santai depan laptop. Tak sangka sikit demi sedikit temuan aku dapat. Eceeee rajin benor!! Hehehe. Kalau nak bercakap hal agama, aku bukan pro ah. So penulisan aku selepas ni lebih berkaitan ke arah ilmiah/medic.  Selagi boleh aku guna term senang nak faham. Sape minat teruskan..

Otak kita ada hormon yang mengatur ‘tenang’ dan ‘gembira’. Dua hormon ni adalah serotonin (tenang) dan endorfin (gembira). Apabila kadar serotonin kita berada pada level yang ideal akan melahirkan perasaan tenang. Kita akan rasa kreatif, fokus dan boleh berfikir dengan baik hingga dengan cepat dapat membuat keputusan. Bila berkurang akan timbul perasaan negatif seperti sedih, berlaku impulsive, perasaan bunuh diri dan sebagainya. orang yang sugar-sensitive biasanya memiliki serotonin level yang rendah. (waktu ni aku jumpa pasal sugar-sentivite tu, serius menarik!! insyaAllah cite kat entry lain).

Pernah dengar/alami tak, bile excise seperti jogging ke kita akan rasa macam high (runner’s high). Kerja endorfin ah tu sebab endorfin ni boleh meningkat ketika exercise. Lain-lain seperti akan meningkatkan keyakinan diri, mengurangkan sakit, mengurangkan tekanan emosi dan juga rasa euphoria (high). bila endorfin berkurang akan sebabkan perasaan negatif.

Kedua hormon berhubungan antara satu sama lain. Kalau serotonin berkurang, endorfin pun kurang. Begitu juga sebaliknya. Namun keduanya tak selalunya stabil. Apabila kadar salah satunya terlalu tinggi akan menyebabkan ketidakseimbangan berlaku ( kat sini ah relevannya sabda Rasulullah SAW tadi).

Terlalu banyak tertawa akan menaikan kadar endorfin sampai batas optimal. Akibatnya, kadar serotonin dalam tubuh menjadi rendah. Karena itu jangan hairan, orang yang banyak tertawa (endorfin tinggi) cenderung menjadi pribadi yang gelisah, orang akan mudah tertawa paranoid, mudah berburuk sangka, solat pun tak khusyuk! (serotonin kurang)

Lama-lama hati mati dan tak senstif.  Bila orang lain alami kesusahan, dia dah tak peduli perasaan orang lain sebab sibuk memikirkan gelisah hati sendiri. Dia akan fikir hal orang lain jika hanya beri keuntungan pada dirinya sendiri. Ni semua berlaku jika dia sentiasa dalam kegembiraan berlarutan/berlebihan dan melenakan.

Wednesday, October 5, 2011

Rompakan di mesin ATM




Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta

Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.








 

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

8 Hal yang Harus Ayah Ajarkan Pada Anak Perempuannya

Pengalaman sama penting untuk anak, bahwa seorang ayah memainkan peran unik dalam kehidupan putrinya. Tidak hanya memberinya rasa aman dan stabilitas, tapi ia juga dapat membimbing melalui tantangan kehidupan " Ayah mengajarkan begitu banyak kepada anak-anaknya tidak selalu dilakukan dengan duduk dan berbicara kepada mereka, tetapi juga dengan perilaku agar anak-anaknya mengikuti," kata Matthew Weinshenker, PhD, asisten profesor sosiologi di Universitas Fordham. Baca terus untuk mengetahui prinsip-prinsip seorang pria harus mengajar anaknya untuk menunjukkan bahwa Ayah benar-benar tahu yang terbaik.
1. Didik ia Menjadi Pribadi yang Terbuka, Tangguh, Jujur dan Dapat Dipercaya
Untuk menghilangkan stereotip bahwa perempuan adalah pribadi yang lemah dan tertutup, penting bagi gadis muda untuk mampu mengekspresikan diri dan menghadapi masalah dengan bijaksana, kata Linda Nielsen, Edd, psikolog pendidikan remaja di Wake Forest University di Winston-Salem, North Carolina, dan penulis Between Fathers and Daughters. Meskipun hal ini tidak berarti memanjakan, penting bahwa ketika ada konflik, ayah terlibat dengan putrinya, bukan ibu sebagai perantara. "[Seorang gadis] harus benar-benar bisa mengutarakan maksud dari sesuatu hal kepada ayahnya, tanpa bantuan ibu. Jika ia tidak dapat melakukan dengan ayahnya, dia [tidak akan mampu] melakukannya dengan atasan laki-laki, pacar, semua akan dipendam, "catatan Dr Nielsen. " Seorang ayah harus mau mendengarkan dan memaafkan kesalahan putrinya daripada menghukum berat dia untuk kesalahan itu. Ia juga dapat memujinya untuk mengekspresikan dirinya sendiri dengan jujur ​​dan tegas," tambah Dr Nielsen.

2. Beri contoh hubungan yang sehat dan respek
"Pepatah lama mengatakan:" Salah satu hal terbaik yang bisa dilakukan untuk anak-anak anda adalah menyayangi ibu mereka, '"kata Dr Weinshenker. "Hubungan yang baik, hormat dan cinta kepada pasangan Anda memiliki efek yang penting pada anak-anak." Cara lain seorang ayah bisa membantu putrinya membangun hubungan yang kuat di masa depan adalah dengan mengajar dia untuk menjadi dirinya sendiri, kata Dr Nielsen, dan membuat pernyataan-pernyataan seperti : "Jangan mengubah diri Anda sendiri seperti bunglon untuk mencoba sesuai selera pria Anda," dan "sembunyikan setiap kekurangan, Anda hanya menjadi diri sendiri". Akhirnya, ayah harus secara langsung berbicara dengan anak perempuan mereka . "Anda harus mengajarinya berkomunikasi tegas dengan Anda karena hal itu akan memberi cara belajar untuk berkomunikasi dengan semua pria dalam hidupnya," tambah Dr Nielsen. Perlakukan juga orang-orang yang bekerja pada anda di rumah, seperti pembantu rumah tangga, sopir atau lainnya, dengan respek, meskipun Anda seorang majikan, sehingga anak-anak juga belajar untuk selalu menghargai orang lain, terutama yang lebih tua.

3. Upaya untuk sukses
Salah satu tantangan terbesar dalam hidup dapat mencari tahu apa yang Anda inginkan dan kemudian memiliki keberanian untuk melakukan setelah itu. Seorang ayah bisa membantu putrinya dengan memberi dia alat untuk melakukan hal itu. "Pertama Anda harus membantunya mencari tahu apa mimpi-mimpinya, maka Anda harus memberikan landasan untuk mencapai setelah mereka memimpikannya," kata Bernard Percy, mantan seorang pendidik sekolah umum di New York City dan Los Angeles dan penulis Moments of Astonishment—On Becoming a Better Dad. Dan itu memberi kesempatan untuk berhasil sehingga dia memiliki keyakinan bahwa dia bisa melakukannya. "Sangat penting untuk menemukan dan menciptakan tantangan yang tepat untuk anak Anda. Ketika mereka mengatasi tantangan yang tepat untuk diri mereka sendiri, mereka akan membuat peningkatan kemampuan secara kreatif dalam memecahkan masalah. Individu berkembang dengan adanya lingkungan yang menantang." Misalnya, jika anak remaja Anda telah menetapkan tujuan untuk memiliki kendaraan pribadi, membantunya mencapai tujuan ini agar dirinya sendiri mampu menabung atau mencari kerja paruh waktu agar dapat mencapai tujuan itu. Anda boleh menetapkan tujuan yang tinggi untuk anak-anak Anda tetapi dapat dicapai, sehingga mereka merasa hasil dari kerja keras dan kepercayaan diri yang berasal dari keberhasilan mereka sendiri.

4. Jadilah mandiri
Meskipun sulit bagi orangtua untuk tidak menjemput anak-anak mereka setiap kali mereka jatuh, kadang-kadang seorang ayah berlaku merugikan putrinya dengan menyerah dari masalah terutama ketika berhubungan dengan uang. "Anda harus mengajari putri Anda mandiri secara finansial. Dia tidak membutuhkan uang seorang pria untuk apa pun. Dia tidak perlu meningkatkan statusnya, dan dia tidak perlu memilih pria dengan uang yang banyak daripada pria paling peduli, "kata Dr Nielsen. "Jadi berhenti bertingkah seperti mesin ATM nya. Anda tidak membantunya, anda menyakitinya."

5. Perawatan mobil bukan hanya dominasi laki-laki.
Ayah sering berfungsi ganda sebagai instruktur mengemudi selama masa remaja, tetapi pelajaran seharusnya tidak berhenti di situ. Mengetahui bagaimana merawat mobil adalah sama pentingnya dengan belajar bagaimana seseorang mengemudi. Butch Barclay, pemilik tiga pusat layanan Jiffy Lube di Little Rock, Arkansas, menyarankan mengajari mengemudi ke sebuah pompa bensin untuk pelajaran tentang tekanan ban. "Tunjukkan di mana dapat menemukan tingkat tekanan yang tepat dalam buku manual pemilik, bagaimana untuk memeriksa tekanan pada ban dan yang paling penting, menunjukkan bagaimana menyesuaikan tekanan udara jika tidak di tingkat yang tepat," katanya. Pelajaran penting lainnya: mencatat dimana antibeku, minyak dan cairan pencuci kaca depan berada serta bagaimana untuk memeriksa dan mengisi ulang, penjelasan tentang peringatan indikator dashboard; dan cara mengganti ban yang kempes. Tidak hanya akan mengajarkan bahwa dia bisa melakukan apa pun anak laki-laki bisa lakukan, "dia akan belajar merawat sesuatu dengan benar serta membantu menjaga kinerja dan bermanfaat. Dan bertanggung jawab atas pemeliharaan kendaraan, dia akan mengambil berbagai tanggung jawab yang akan mengajarkan padanya tentang persiapan dan memecahkan masalah ".

6. Terima tanggung jawab ketika anda salah.
Ini bisa menjadi sulit, bahkan bagi orang dewasa, karena memerlukan bukan hanya mengakui anda salah, tapi juga mengoreksi tindakan Anda. Sebuah cara yang bagus untuk contoh penerimaan semacam ini adalah mempraktekkan apa yang Anda sampaikan. "Jika dia melihat Anda bertindak dengan integritas, itu salah satu refleksi besar anak Anda harus melihatnya," kata Percy, catatan ketika putrinya datang kepadanya dengan masalah, ia tidak memberi mereka solusi . Sebaliknya, ia membantu mereka mencari tahu di mana mereka berbuat salah sehingga mereka bisa menemukan solusi mereka sendiri. Memungkinkan dirinya untuk menerima tanggung jawab atas sebuah kesalahan dengan mendorong dia memperbaikinya sendiri, bukannya menyembunyikan dalam-dalam dan memecahkan masalah, membantu dirinya mecari sendiri hal-hal baik dan buruk yang terjadi di sepanjang jalan kehidupan.

7. Kesempurnaan adalah sebuah mitos, namun tetaplah melakukan yang terbaik dengan belajar dari kesalahan sebelumnya
Dengan begitu banyak tekanan untuk memiliki tubuh yang sempurna, karir yang sempurna dan keluarga yang sempurna, tak heran perempuan merasa lebih kewalahan daripada sebelumnya dan cenderung menjadi stress. Ketika putrinya masih muda, seorang ayah harus memberitahu dia sharing kehidupan, cerita tentang ketidaksempurnaan ayah, bahwa ayah telah membuat kesalahan, dan hal-hal yang ingin dia lakukan waktu seusia sang putri, namun belum dilakukannya, atau seharusnya dilakukan begini baru lebih baik, "kata Dr Nielsen. "Kedua, berbicara secara terbuka tentang tekanan terhadap perempuan dan laki-laki untuk menjadi sempurna agar dicintai. Pria, misalnya, sama seperti wanita juga memiliki tekanan dari sekelilingnya, seperti mencari pendapatan besar, bekerja 60 jam seminggu untuk memperoleh pendapatan, dan kemudian menjadi seorang suami yang romantis dan ayah pelindung di waktu 'luang' mereka. "

8. Cinta sejati tidak bersyarat.
Sementara melimpahi anak dengan hadiah dan kasih sayang mungkin merasa tepat di saat ini, ada ekspresi lain dari kasih yang lebih baik untuk membantu dia nyaman dalam hidup. "Ini kombinasi dari dukungan dan tantangan," kata Dr Weinshenker. "Doronglah anak Anda untuk menjadi yang terbaik, tetapi pada saat yang sama membuat kejelasan bahwa Anda ada untuk mereka." Sebuah cara penting untuk melakukan ini adalah seorang ayah memberikan waktu dan perhatian, demikian Dr Weinshenker, apakah itu berarti mendengarkan bagaimana harinya, hadir di sebuah acara pentingnya atau selalu makan malam di rumah. Sayang fisik juga penting. Dr. Weinshenker selalu memberikan pelukan besarnya kepada sang putri saat ia sedang menghadapi masalah.

Zhang Da The Great


Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.




Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa. ♥

Saiz Pinggang Besar Berisiko Tinggi Untuk Mati (Ajal maut ditangan Allah)

Baru-baru ini journal dari Perubatan Dalaman melaporkan bahawa individu yang mempunyai saiz pinggang yang besar merupakan orang yang mempunyai risiko kematian yang tinggi disebabkan oleh apa-apa jua penyakit dalam jangkamasa 9 tahun.
Kita sedia maklum bahawa orang mempunyai saiz pinggang yang besar , sebelum ini dikaitkan dengan penyakit radang@inflamasi, kencing manis jenis yang ke-2, masalah ketidaknormalan tahap kolesterol dan sakit jantung. Ini mungkin disebabkan oleh saiz pinggang yang sangat kuat dikaitkan dengan tisu lemak yang banyak di dalam Viscera(Viscera adalah satu lapisan yang meliputi organ-organ di dalam badan kita), dan tisu-tisu lemak ini berkemungkinan besar lebih mendatangkan bahaya jika dibandingkan dengan tisu lemak di bawah lapisan kulit kita.

Eric J. Jacobs, Ph.D., dan rakan-rakannya di Pusat Kanser Amerika yang terletak di Atlanta, telah memeriksa dan mengkaji tentang hubungkait antara saiz pinggang dan  risiko kematian di kalangan 48,500 orang lelaki dan 56,343 orang wanita yang berumur 50 tahun dan keatas (kebanyakannya berumur 69 tahun bagi lelaki dan 67 tahun bagi wanita). Kesemua mereka telah turut serta dalam Kajian Pencegahan Kanser melalui Nutrisi II secara Berkelompok, yang mana mereka telah menjawab pelbagai soalan melalui pos, berkenaan dengan demografik, perubatan dan tingkahlaku yang berlaku dalam tahun 1992 atau 1993, dan maklumat berkenaan berat badan dan saiz pinggang semasa tahun 1997. Semua kematian mereka dan puncanya dijejak rekodnya  melalui Index Kematian Kebangsaan sehingga 31 Disember 2006. Untuk pengetahuan, sebanyak 9,315 orang lelaki dan 5332 orang wanita telah mati sehingga penghujung 2006.

Selepas mengambilkira dan mengkaji kaitan antara body mass index(BMI)* dan lain-lain faktor risiko, didapati saiz pinggang yang sangat besar(120sentimeter atau 47 inci atau lebih besar untuk orang lelaki dan 110 sentimeter atau 42 inci atau lebih besar untuk wanita) sangat berkait rapat dengan sekurang-kurangnya 2 kali risiko kematian dalam jangkamasa kajian dijalankan.  Saiz pinggang yang lebih besar telah dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi dalam semua tahap BMI, samada berat badan normal, lebih dari normal atau gemuk dan terlalu gemuk. Walaubagaimanapun, di kalangan wanita, kaitan ini sangat kuat di kalangan mereka yang berat badan normal. Kenapa ya? Alasannya masih kabur dan memerlukan kajian yang lebih terperinci untuk menjelaskan persoalan kadar kematian yang tinggi dikalangan wanita yang bersaiz pinggang besar tetapi berat badan yang normal(BMI rendah dan normal).

Mungkin akan ada perubahan dalam panduan klinikal kesihatan berkaitan dengan berat badan? Siapa tahu.

Monday, September 19, 2011

Pareidolia

Pareidolia dalam English bermaksud "a psychological phenomenon involving a vague and random stimulus (often an image or sound)being perceived as significant". Atau lebih senang, situasi dimana kita melihat sesuatu muka atau wajah di sesuatu tempat dengan secara tidak sengaja. Ala, macam kita sedang berjalan-jalan, lepas tu kita ternampak muka awan yang berbentuk muka orang. Is it clear enough?

Yang menarik tentang pareidolia, sesuatu wajah tu boleh terbentuk di mana-mana. Mari tengok antara wajah-wajah fenomena pareidolia ni.



Lampu berwajah alien?



Jam loceng yang sedih



Wajah di rumah



Wajah comel di dishwasher



Peti surat hisap rokok?



Hantu dalam Scary Movie!



Beg yang tersenyum

Friday, September 9, 2011

Asia ramai jutawan

HONG KONG 8 Sept. – Rantau Asia dihuni oleh 1.2 juta individu berpendapatan bersih AS$1 juta (RM2.99 juta) atau lebih pada 2010 dan bilangan itu dijangka meningkat 140 peratus menjelang 2015.
Menurut laporan oleh broker dan kumpulan pelabur CLSA Asia-Pacific Markets yang dikeluarkan hari ini, kekayaan di rantau ini diramal meningkat dan Asia bakal memiliki 2.8 juta jutawan menjelang 2015.
Laporan yang turut meliputi China, Hong Kong, India, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand itu bagaimanapun menyatakan, hanya 0.06 peratus orang dewasa Asia bergelar jutawan pada 2010.
Bagaimanapun, di Singapura dan Hong Kong, golongan kaya yang memiliki aset AS$1 juta (RM2.99 juta) atau lebih, tidak termasuk rumah pertama, menyumbang sebanyak 1.5 peratus kepada jumlah golongan dewasa di dua negara itu.
Laporan itu menjelaskan, China bakal memperlihatkan peningkatan kekayaan terbesar di rantau ini dengan pertambahan 60 peratus dalam kekayaan individu antara 2010 dan 2015.
Satu lagi faktor yang merangsang peningkatan kekayaan penduduk Asia ialah peningkatan nilai mata wang Asia sebanyak empat peratus berbanding dolar Amerika Syarikat.
Penulis laporan itu, Amar Gill berkata, daya mewujudkan kekayaan adalah sangat menggalakkan bagi Asia untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
“Ekonomi rantau ini meningkat lebih pantas berbanding rantau lain. Nisbah simpanan adalah tinggi dan peningkatan nilai mata wang Asia menjadi penyumbang terbesar kepada kekayaan,” katanya. – dpa

Sumber : Utusan, 9/9/2011

Wednesday, August 24, 2011

Tempahan langsir tidak pernah surut





RUTIN bulan Ramadan bagi pasangan suami isteri, Mohamad Zaki Gering dan Norhaslinda Hassan@Atan, 35, sejak tiga tahun lalu tidak banyak berubah.
Tidak seperti pasangan berkahwin lain yang keluar bekerja setiap hari, aktiviti mereka bermula pada awal pagi. Di dalam bilik khas dalam rumah banglo setingkat pasangan itu menempatkan sebanyak empat buah mesin jahit.
Di bilik itulah, Zaki dan Norhaslinda bekerja setiap hari. Sambil memotong kain dan menjahit, pasangan itu mempunyai kelebihan berbanding pasangan lain kerana mereka dapat membesarkan sendiri anak-anak di depan mata.
Menurut Zaki yang pernah bekerja sebagai jurutera kerja menjahit langsir yang dilakukannya pada hari ini pada awalnya hanya membantu Norhaslinda. Bagaimanapun, pada hari ini, kerja sampingan untuk membantu isterinya itu bertukar menjadi kerjaya tetapnya.
“Dulu, saya hanya tolong isteri ambil ukuran langsir dan memasang langsir di rumah pelanggan tetapi disebabkan tempahan yang semakin banyak, akhirnya saya kini bekerja sebagai tukang jahit sepenuh masa,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kg. Sungai Merab Hulu, Kajang, Selangor baru-baru ini.
Tambahnya, pembahagian tugas amat penting bagi memastikan perjalanan bisnes langsir Adanis Chantek yang mereka jalankan sentiasa lancar.
“Walaupun selesa menjahit langsir, tugas itu lebih berat kepada Norhaslinda. Saya bertanggungjawab memantau tempahan di laman sosial Facebook kami dan mengambil ukuran di rumah pelanggan yang tinggal sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Senawang, Negeri Sembilan.
“Pelanggan kami bukan sahaja di sekitar bandar-bandar berdekatan tetapi juga di seluruh negara.
“Bahkan, kami pernah menerima tempahan dari Sabah dan Langkawi di mana segala urusan dilakukan secara talian,” katanya.
Norhaslinda pula memberitahu, ketika hamil anak kedua, dia mabuk teruk tetapi ketika itu banyak tempahan perlu disiapkan segera.
“Akhirnya suami terpaksa membantu saya menjahit langsir. Dia mula belajar perlahan-lahan dengan saya sehinggalah mahir pada hari ini,” katanya yang mempunyai tiga orang anak.
Musim perayaan
BERMULA daripada membantu isteri, akhirnya menjahit langsir menjadi sumber pendapatan kepada Zaki.


Menurut Norhaslinda, mereka suami isteri semakin sibuk dengan tempahan yang tidak pernah surut sepanjang tahun terutama pada musim perayaan.
“Untuk langsir baharu sempena Aidilfitri, pelanggan sudah hantar beberapa bulan sebelum Ramadan lagi, sebab ramai yang akan hantar pada musim perayaan.
“Jika mereka lambat hantar, kami terpaksa menolaknya kerana tidak sanggup melihat pelanggan kecewa sekiranya langsir yang ditempah tidak sempat disiapkan sebelum Aidilfitri,” katanya.
Bekas pegawai sains sukan itu memberitahu, walaupun pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan, dia menjadikan pekerjaan itu sebagai batu loncatan untuk membuka perniagaan.
“Ketika bekerja dahulu, saya kumpulkan duit untuk menghadiri kursus menjahit langsir yang menelan kos sehingga RM700 untuk satu-satu kursus.
“Apabila sudah mahir, saya menjahit langsir untuk rumah sendiri terlebih dahulu sebelum mengambil tempahan,” katanya yang menawarkan lebih 15 rekaan langsir mengikut cita rasa pelanggan seperti Roman, Bamboo dan Timber Blinds.
Tambahnya, jadual mereka semakin padat sejak memasarkan perkhidmatan mereka melalui laman Facebook iaitu www.facebook.com/adanisch.antekcurtains.
Turut sibuk dengan bisnes menjahit langsir ialah pasangan suami isteri Noraini Abd. Rahman, 52, dan Zainal Mohd. Ali, 53. Kedua-duanya menjalankan perniagaan Aniza Textile and Fashion dari rumah mereka yang terletak di Taman Seri Jelok, Kajang.
Pengalaman jahit baju
Menurut Noraini, sudah tiga tahun dia menjahit langsir selepas mengikuti kursus pada tahun 2001. Pada masa yang sama, dia juga berpengalaman menjahit dan mengambil tempahan pakaian selama tiga dekad.
“Selepas lima tahun berkahwin, saya berhenti kerja dan mengambil upah menjahit baju.
FARAH menunjukkan sebahagian tempahan langsir yang sedang disiapkan.


“Kini saya mengambil upah menjahit langsir sahaja kerana ia lebih mudah berbanding menjahit baju yang memerlukan ketelitian dan lebih rumit,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Kata Noraini, dia selesa menjahit kerana selain minat yang mendalam, dia juga dapat memberi perhatian kepada lima orang anaknya kerana bekerja dari rumah.
“Dahulu, menjahit langsir memang sukar kerana rekaan langsir dahulu lebih rumit dan banyak perincian tetapi kini pelanggan lebih sukakan rekaan yang ringkas, mudah dipasang dan dibasuh,” katanya.
Begitupun, kepuasan menjahit langsir bagi Noraini adalah apabila dia mendapat pujian daripada pelanggan yang berpuas hati dengan hasil kerjanya.
“Pelanggan ni ada macam-macam jenis. Yang cerewet pun ada sehingga ada sahaja yang tidak kena dan saya perlu membuka jahitan dan menjahitnya semula.
“Tetapi, secara keseluruhannya saya gembira menjalankan bisnes ini kerana mendapat banyak maklum balas yang baik daripada pelanggan,” katanya.
Menurut Noraini, musim perayaan adalah salah satu musim paling banyak orang menghantar tempahan tetapi tempahan juga banyak di kawasan-kawasan perumahan-perumahan yang baharu dibuka.
“Rumah-rumah baharu semestinya memerlukan langsir baharu. Sehubungan itu, perniagaan menjahit langsir tidak hanya bergantung pada musim perayaan.
“Kadang-kadang bila terlalu banyak tempahan dan tidak sempat menyiapkannya, saya akan hantar langsir-langsir itu untuk dijahit oleh rakan-rakan lain yang turut mengambil upah menjahit langsir,” katanya.
Tambah Noraini, untuk sebuah rumah teres dua tingkat, kos upah membuat langsir berharga sekitar RM2,500 hingga RM3,000, bergantung kepada jenis fabrik dan rekaan langsir.
“Ada fabrik yang murah dan ada yang mahal boleh dipilih pelanggan tetapi pelanggan juga boleh membawa fabrik mereka sendiri.
“Upah menjahit sebenarnya tidaklah terlalu mahal, sekitar RM1,000 sahaja untuk sebuah rumah tetapi yang mahal adalah fabrik untuk membuat langsir itu sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, kerjaya Noraini turut disokong oleh suaminya, Zainal yang merupakan seorang pesara tentera.
“Selepas bersara, saya banyak menghabiskan masa di rumah menolong isteri sahaja terutama menguruskan blog kami iaitu anizatextile.blogspot.com dan laman Facebook kami iaitu Aniza Textile and Fashiion. (double ii)
“Saya juga ke rumah-rumah pelanggan untuk mengambil ukuran langsir tetapi kami mengupah pekerja untuk memasang langsir yang sudah siap dijahit ke rumah-rumah pelanggan,” katanya.
Menurut Zainal, stok fabrik langsir yang dibeli daripada para pembekal terutamanya di Nilai, Negeri Sembilan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
“Saya akan mengambil gambar fabrik-fabrik ini untuk dimuat naik ke laman Facebook dan blog bagi memudahkan pelanggan-pelanggan kami yang jauh untuk membuat pilihan,” katanya.

Kos [25/8/2011]

Search This Blog

Featured Images