Ada sesetengah orang suka sisihkan golongan pendiam. Aku ngaku memang aku pendiam tapi setakat ni tade lagi kot yang sisihkan aku. Kalau rasa disisihkan mungkin perasaan aku sendiri je. Golongan yang mesra alam, banyak cakap lebih digemari ramai betul tak? Tak payah sangkal ah. Kite lagi selesa berkawan ngan orang pandai berkomunikasi dan buat kita gembira ketawa huha huha berbanding orang yang pendiam. Tapi kalau topik bualan orang yang banyak cakap tu tak mendatangkan faedah? Tambah lagi dah terbukti dia suka bercakap buruk dan memutar belit cerita orang. Kalau kita jenis yang susah terpengaruh takpe, tapi kalau sebaliknya? Kesian mangsa.
Semalam aku jumpa seseorang post kat facebook. Lebih kurang begini :
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau memperbanyak tawa, karena sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati.”
Ada rasa minat nak tahu??
Dulu aku rasa macam dah bosan je dengar. Asyik-asyik mende yang sama je tapi entah kenapa tetibe je aku rasa ingin tahu. Kenapa sebenarnya Rasulullah SAW berucap demikian? Betul ke? Bukti? Ade penjelasan disebalik kata-kata tu? Lepas penat study, aku pun santai depan laptop. Tak sangka sikit demi sedikit temuan aku dapat. Eceeee rajin benor!! Hehehe. Kalau nak bercakap hal agama, aku bukan pro ah. So penulisan aku selepas ni lebih berkaitan ke arah ilmiah/medic. Selagi boleh aku guna term senang nak faham. Sape minat teruskan..
Otak kita ada hormon yang mengatur ‘tenang’ dan ‘gembira’. Dua hormon ni adalah serotonin (tenang) dan endorfin (gembira). Apabila kadar serotonin kita berada pada level yang ideal akan melahirkan perasaan tenang. Kita akan rasa kreatif, fokus dan boleh berfikir dengan baik hingga dengan cepat dapat membuat keputusan. Bila berkurang akan timbul perasaan negatif seperti sedih, berlaku impulsive, perasaan bunuh diri dan sebagainya. orang yang sugar-sensitive biasanya memiliki serotonin level yang rendah. (waktu ni aku jumpa pasal sugar-sentivite tu, serius menarik!! insyaAllah cite kat entry lain).
Pernah dengar/alami tak, bile excise seperti jogging ke kita akan rasa macam high (runner’s high). Kerja endorfin ah tu sebab endorfin ni boleh meningkat ketika exercise. Lain-lain seperti akan meningkatkan keyakinan diri, mengurangkan sakit, mengurangkan tekanan emosi dan juga rasa euphoria (high). bila endorfin berkurang akan sebabkan perasaan negatif.
No comments:
Post a Comment