Wednesday, February 23, 2011

Biarlah gambar berbicara

Hasil fotografi Lennart Nilsson, sorang fotografer dari Sweeden. Dengan menggunakan sebuah endoskop, maka terabadilah foto-foto di dalam vivo embrio seorang ibu. Ini adalah hasil benar menggunakan teknologi tinggi, bukan Nikon D700 mahpun Canon 5D.

Bukti ciptaan Illahi yang sangat indah. Subhanallah...

Tuesday, February 22, 2011

Friday, February 18, 2011

Senangnya dalam hati


Malam tadi Mysarah menyambut kepulangan saya dari kerja dengan senyum dan tawa manjanya. Gembira rasa hati ini..tiada tertara rasa gembiranya ini.

Semoga setiap hari begini, membuatkan saya mahu cepat pulang saja ke rumah selepas bekerja.

19/2/2011
:-)

Tuesday, February 15, 2011

7 perkara jangan sama sekali di buat dengan kawan-kawan sepejabat


1. Perasaan hasad dengki dengan kawan-kawan,
2. Memburuk-burukkan kawan di belakangnya,
3. Memandang rendah dan hina dengan kawan-kawan,
4. Memperlekehkan kemampuan kawan,
5. Memburukkan kawan-kawan sedangkan diri sendiri belum dibaiki lagi,
6. Mengampu "bos" sedangkan memburukkan kawan-kawan juga (menikam dari belakang),
7. Berkawan kerana ada kepentingan sahaja.

Dikhuatiri jika berbuat 7 perkara di atas, apa yang kita usahakan di tempat kerja tidak akan berjaya. Ingat, pergaulan kita mempunyai "echo" yang tersendiri. Apa yang kita laungkan akan berpatah balik kepada kita sendiri. Berkawan biar ikhlas, memuji biar betul menegur biarlah kerana kebaikan semata-mata. Ingatlah, kita berkawan makan berkawan bukan makan kawan.

Sunday, February 13, 2011

Garangkah saya?

Gambar kenangan dengan Zack. Time ni rasanya Ondre dan Jijal masih bujang . Zack, staf dari Labuan kena transfer kejap di KK untuk study how to do some Human Resource Job. Tapi yg tidak dapat dilupakan ialah stail Zack yang takut2 mahu bertanya dengan saya expecially hal-hal berkaitan dengan "Staf Training" .Garangkah saya?..rasanya tidak..muka saja mungkin kadang-kadang nampak garang (time stress tahap dewa..ala semua org pun begitu..). For me, ilmu itu anugerah Tuhan dan mesti dikongsi untuk kebaikan. Harap sekarang Zack makin maju dalam kariernya. Zack ini merupakan staf yang handal menyanyi, suara beliau macam Anuar Zain (bolehlah jemput beliau sebagai artis kalau ada kenduri or majlis..).

  
note - Ondre & Jijal ialah "pengapit" Zack di dalam gambar :-)


Thursday, February 10, 2011

33 bertaraf jutawan

 
Terkejut bercampur kagum timbul bertindih dalam hati ini. 33 bertaraf jutawan terpampang di akhbar Harian Metro (HM) pada hari ini, 10 Februari 2011. Dinyatakan oleh Pengerusi Felda sendiri, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad, Felda telah mencatatkan kutipan sehingga RM1.06 pada tahun lalu. Ini adalah jumlah pendapatan 36,000 warga peneroka Felda dan daripada ini muncul pula 33 pengusahan bertaraf jutawan dengan pendapatan mereka melebihi RM1 juta. Semua ini hasil pembabitan warga Felda dalam bidang keusahawanan yang dianjurkan oleh Felda melalui penyediaan latihan, dana pinjaman perniagaan (paling penting..), khidmta sokongan dan kemudahan infrastruktur kepada mereka.



Inilah berkatnya tinggal di Malaysia. Sesiapapun boleh menjadi jutawan jika betul caranya. Mudah-mudahan saya dan pembaca-pembaca blog ini akan dapat menyertai para jutawan ini dalam keadaan yang beriman.


Gambar di atas pula rumah peneroka Felda satu ketika dulu. Rasanya sekarang rumah-rumah sebegini sudah bertukar wajah. Dihiasi bunga kemakmuran dan kesenangan. .Memang agak mengejutkan cerita tentang kekayaan di tahun 2011 ini. Mula-mula kita dikejutkan dengan kenyataan yang mengatakan Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebenarnya jauh lebih kaya dari Manusia Terkaya Di Planet Bumi, Mr. Bill Gates.Now..everyone can be a millionaire.Lagipun menurut pendapat orang-orang Cina, Tahun Arnab ini bagus untuk mengumpulkan kekayaan.

Wednesday, February 9, 2011

1 Tetap SATU

Kuasa Allah.. tahun ini (2011) mempunyai 4 tanggal aneh:1.1.11, 11.1.11, 1.11.11, 11.11.11..cuba yg ni: 2 digit terakhir tahun kelahiran anda + umur anda tahun ini..hasilnya pasti=111..SUBHANALLAH!! apalah makna or tandanya??.....


Hehehe...jangan lupa dengan 1Malaysia ...kencanasari.blogspot.com menyokong konsep 1Malaysia

Tuesday, February 8, 2011

Penoreh raih RM8,000 sebulan


WAN ALIAS menoreh getah yang kini memberi pendapatan lumayan kepadanya di Felda Belara, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.

Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.

"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sumber : Akhbar Kosmo (8/2/2011)

P/S ; Itu dia..rezeki Tuhan ada di mana-mana. Dulu para penoreh langsung tidak dipandang pun oleh mana-mana orang. Mula-mula terbaca berita ini terkejut betul. RM8,000.00 sebulan lebih besar gajinya dari pensyarah-pensyarah universiti ataupun pegawai-pegawai tinggi agensi-agensi kerajaan. Saya dulu pun ada juga pengalaman menoreh getah ini. Aktiviti menoreh sekarang boleh dikatakan "double untung". Selain daripada menjanjikan pendapatan lumayan, peluh pun banyak keluar di mana ini pastinya menjanjikan kesihatan. Bayangkan bekerja selama 3-4 jam sehari, lebih best dari main bola lagi. Terbayang cerita orang sekeliling waktu time getah baru naik harga (dalam lingkungan RM4.00 sekilo) sudah ada yang mampu membeli secara tunai kereta MyVi or Van Vannete. Ini kan pula harganya sekarang yang sudah 3 kali ganda naiknya. Di kampung saya di daerah Papar, kalau lalu di jalanraya time pagi-pagi pasti ada kereta-kereta baru berparking. Last-last dapat tau itu semua kereta penoreh. Tapi saya juga tahu situasi ini tidak lama, so sebagai kawan, saya nasihatkan kepada semua penoreh-penoreh getah di Malaysia, simpanlah duit waktu ini. Kalau harganya sudah menjunam turun, sekurang-kurangnya ada juga modal untuk berniaga. Laburlah di mana-mana agensi yang sah. Jangan berbelanja boros kerana itu perbuatan syaitan. Jangan juga takbur dan bermegah-megah tapi bersyukurlah. Tambahan pula, bersyukurlah kerana tuan-tuan penoreh lahir dan berada di Malaysia. Cuba-cubalah time menoreh itu, galakkan otak berfikir bagaimana mahu menambah pendapatan or apa cara atau persediaan sekiranya harga getah sudah tidak "bergetah".

Aduh, rasanya hari sabtu and ahad mahu menoreh..dapat RM300 seminggu pun jadilah...hahaha...

Regards,
Alexander Saidi

Sunday, February 6, 2011

Begini pun ada ka?

Berikut adalah salah satu forum yg saya baca dari laman web tanahair. Lucu pun ada, menggeleng kepala yg tidak sakit pun ada. Tertawa membaca komen dan jawapannya. Sempat juga..... ni soal mentaliti or budaya?.. Forum ini sedang membincangkan Pertelingkahan Kaum antara Melayu dan India di JB. Nilailah sendiri dan ambil moral dari sesi Komen-Jawapan diorang...hahahha....sempat lagi bah..perbualan diorang dalam BOLD dan berwarna MERAH..

________________________________________________________________________

hamba allah
Kota Bharu, Malaysia 


Sep 1, 2007

BETUL KE RUSUHAN KAUM AKAN BERLAKU KLU BETUL ORAIT JUGA BLEH AKU ROGOL FREE AWEK2 INDIA YG CUN TU

hang nie elok jd menatang aja.asyik pikiaq sex ja
kita rakyat malaysia harus berdamai baru negara kita kuat 

Saturday, February 5, 2011

Berhati-hati di jalanraya, anda mampu untuk mengubahnya

On 27/1/2011, time pigi keja pagi2 mcm selalu. Sampai jalan di Teluk Likas, nampak ada suasana "jem"..kereta slow ja berensot, laju lagi joging. Sampai satu bahagian barulah terjawab persoalan "jem". Rupanya ada kemalangan melibatkan 3 kenderaan. Yg paling depan ok sikit terima bayaran saja. Yg di tengah pula dapat rugi dapat untung. Yg paling belakang rugi semua..maybe ni kes laju, iyalah kelam kabut mau ppigi keja kn. Tapi u all pun mesti fikir, bkn kamu saturang ja yg mau pigi keja. So, untuk semua sahabat handai dan sanak saudara kaum famili, BERHATI-HATI DI JALANRAYA, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG..

Apa yang kerajaan pesan dengan rakyat sebenarnya baik utk semua.. patuhilah undang-undang jalanraya sedia ada. Cuba selami kata-kata orang tua dahulu kala..IKUT HATI MATI IKUT RASA BINASA..pesanan utk diri sendiri juga.



Friday, February 4, 2011

Exchange Gift dari somebody

Before krismas 2010 yang lalu, our office ada membuat "exchange gift" sebagai tanda hormat kepada rakan-rakan sepejabat yang merayakan krismas. Benda ini macam bertukar-tukar hadiah tetapi dibuat dalam keadaan rahsia. Satu cabutan undian akan dibuat dan kita akan mencabut nama orang yang akan kita berikan hadiah misteri tersebut. Tahun ini diorang mensyaratkan harga hadiah untuk exchange gift sekurang-kurangnya RM20.00. Agak lama juga menunggu hadiah dari individu yang bertuah tersebut untuk membelikan dan seterusnya memberikan hadiah tersebut kepada saya atau digelar oleh diorang ni "Gurdian Angel" something begitulah..so pada 14/1/2011 baru ternampak ada bungkusan hadiah atas meja saya. TQVM lah kepada tuan or puan pemberi ini. Semoga ikhlas dunia dan akhirat dan mudah-mudahan Tuhan akan membalas juga jasa baik kamu ni. Apa barang bagi saya itu tidak penting, yang penting ialah keikhlasan dan kewujudan sikap sentiasa berbuat baik.. saya juga mendoakan semoga exchange gift saya kepada one of our staf akan mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada dia.

Sebelum itu terdengar juga suara-suara yang memuji exchange gift ini diadakan dan mengusulkan agar ia dibuat setiap tahun. Lebih kurang jadi acara tahunan la di ofis ini. Ok juga ba kan..bukan ada paksaan pun mau ikut ka tidak...



Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fatt Choi 2011

Semasa mula-mula menceburi bidang fotografi dan videografi, saya selalu menggunakan nama Tanak Kampung yang bermaksud "anak kampung". Kununnya mau buktikan anak kampung pun boleh buat benda-benda gini. Lagipun maybe pengaruh lagu "Tanak kampung" oleh Jimmy Palikat (seorang penyanyi tempatan Sabah) hahaha... then one day before chinese new year, my sister kasitau saya yang lebih kurang berbunyi begini "bang, bagus ko pakai nama penuh ko la daripada itu tanak kampung"..then my wife pula supot abis, katanya "tanak kampung tu tiru Jimmy Palikat"..owhh.. so sempena chinese new year 2011 ni mo melompat sikit macam arnab la..mo pakai nama Alexander Saidi Photography or Alexander Saidi Videography...mudah2an nama ni membawa berkat dari-NYA kepada saya... so sebagai permulaan saya postkan wish pic ni kpd semua rakan-rakan, sanak saudara dan pensyarah/pengajar saya pic ni..semoga tahun ini sang arnab akan membawa kita melompat untuk satu anjakan paradigma yg mampu membawa ke arah yang jauh lebih baik dari tahun2 sebelumnya..



Gambar ditangkap dengan menggunakan kamera HP sewaktu persediaan menyambut CNY di kawasan Gaya Street KK. Kalau lah time tu saya ada bawa DSLR... :-) ..
So, welcome Alexander Saidi Photography and Videography..kawan2 semua, doakan saya berjaya  dalam bidang photography dan videography dengan nama baru itu ..


For me, CNY means merah and merah means ONG..hehehe...
And oso, berita gembira juga untuk saya saat2 menjelang CNY ialah perpindahan Torres from RED to Blue (seperti yg saya idamkan after Chelsea menang Liga last year and after World Cup 2010 juga last year...like dreams come true hah...)... :-) .. semoga semua idaman kita tahun ini akan tercapai di bawah aura Sang Arnab yang lincah, rajin dan cumil..

Search This Blog

Featured Images