Tuesday, February 8, 2011

Penoreh raih RM8,000 sebulan


WAN ALIAS menoreh getah yang kini memberi pendapatan lumayan kepadanya di Felda Belara, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.

Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.

"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sumber : Akhbar Kosmo (8/2/2011)

P/S ; Itu dia..rezeki Tuhan ada di mana-mana. Dulu para penoreh langsung tidak dipandang pun oleh mana-mana orang. Mula-mula terbaca berita ini terkejut betul. RM8,000.00 sebulan lebih besar gajinya dari pensyarah-pensyarah universiti ataupun pegawai-pegawai tinggi agensi-agensi kerajaan. Saya dulu pun ada juga pengalaman menoreh getah ini. Aktiviti menoreh sekarang boleh dikatakan "double untung". Selain daripada menjanjikan pendapatan lumayan, peluh pun banyak keluar di mana ini pastinya menjanjikan kesihatan. Bayangkan bekerja selama 3-4 jam sehari, lebih best dari main bola lagi. Terbayang cerita orang sekeliling waktu time getah baru naik harga (dalam lingkungan RM4.00 sekilo) sudah ada yang mampu membeli secara tunai kereta MyVi or Van Vannete. Ini kan pula harganya sekarang yang sudah 3 kali ganda naiknya. Di kampung saya di daerah Papar, kalau lalu di jalanraya time pagi-pagi pasti ada kereta-kereta baru berparking. Last-last dapat tau itu semua kereta penoreh. Tapi saya juga tahu situasi ini tidak lama, so sebagai kawan, saya nasihatkan kepada semua penoreh-penoreh getah di Malaysia, simpanlah duit waktu ini. Kalau harganya sudah menjunam turun, sekurang-kurangnya ada juga modal untuk berniaga. Laburlah di mana-mana agensi yang sah. Jangan berbelanja boros kerana itu perbuatan syaitan. Jangan juga takbur dan bermegah-megah tapi bersyukurlah. Tambahan pula, bersyukurlah kerana tuan-tuan penoreh lahir dan berada di Malaysia. Cuba-cubalah time menoreh itu, galakkan otak berfikir bagaimana mahu menambah pendapatan or apa cara atau persediaan sekiranya harga getah sudah tidak "bergetah".

Aduh, rasanya hari sabtu and ahad mahu menoreh..dapat RM300 seminggu pun jadilah...hahaha...

Regards,
Alexander Saidi

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images