Sunday, May 22, 2011

Najib, Rosmah gembira anak terima ijazah



NAJIB dan Rosmah bergambar kenangan bersama anak sulung mereka, Nooryana Najwa yang menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Syarikat semalam.



WASHINGTON - Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat anak mereka memperoleh segulung ijazah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak terkecuali.

Semalam, Najib, yang berada di Amerika Syarikat sejak 17 Mei lepas untuk lawatan kerja seminggu ke New York dan Washington, meluangkan masa lebih tiga jam berada di Universiti Georgetown dan duduk bersama beratus-ratus ibu bapa dan kaum keluarga masing-masing di majlis konvokesyen anaknya di universiti itu.

Anak perempuan mereka, Nooryana Najwa, 22, menerima ijazah Sains Dalam Perkhidmatan Luar Negara selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service universiti berusia 222 tahun itu.

"Saya amat bersyukur bahawa anak saya dapat kelulusan ijazah pertama dari Georgetown School of Foreign Service.

"Sebagai bapa tentu saya rasa tanggungjawab saya sudah saya melunaskan dan anak saya berjaya mendapat pendidikan dalam lapangan yang beliau minati," katanya selepas majlis konvokesyen di Healy Lawn universiti itu.

Kos [23/5/2011]
p/s ; Najib dah lepas separuh dlm menjayakan anaknya..syukur...

Thursday, May 19, 2011

Kasih Rafidah ke hujung nyawa





ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta. 

Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.

Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.

Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.

Api menyambar tubuh
Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.

Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.

Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya.

Kala Rafidah mengeluarkan anak sulungnya, Rashidah Illyana, Hasnah sudah pun menyaksikan api menyambar belakang dan kepala Rafidah. Kisah tragis itu berakhir dengan Rafidah membawa naluri kasihnya sehingga ke liang lahad apabila ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya oleh bomba setelah kebakaran berjaya dipadamkan.

Suaminya, Zamri Hamat, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah pada masa kejadian kerana bertugas dalam operasi hutan di Grik, Perak. Sebaik sahaja menerima berita itu pada kira-kira pukul 2 petang hari kejadian, dia bergegas pulang dan tiba di Kuala Krai pada pukul 6 petang.

Zamri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, nampak tenang namun apa yang tersimpan dalam gejolak rasa lelaki cekal itu tiada siapa yang tahu. Bayangkan, hati suami mana yang tidak luluh apabila kepulangannya ‘disambut’ dengan jasad isteri yang sudah rentung tidak bernyawa.

“Arwah rentung sepenuhnya sehingga identitinya sukar dikenali. Saya tidak sangka ini terjadi kerana ketika saya menghubunginya malam sebelum itu tidak ada apa-apa yang membimbangkan melainkan arwah memberitahu anak yang bongsu demam. Tapi, ini semua ketentuan Ilahi yang tidak mampu dilawan. Sudah ditakdirkan Tuhan arwah dijemput ajal apabila tiba masanya, tidak lebih atau kurang sesaat pun. Saya reda,” ujarnya yang berkahwin dengan Rafidah pada tahun 2004.

Zamri berkata, Rafidah seorang ibu yang tegas, namun amat penyayang. Dia juga seorang yang amat mementingkan keselamatan anak-anak dan suka membantu orang lain. 

Baru tiga minggu lalu, Rafidah membelikan banyak kain ela untuk dihadiahkan kepada ibu dan pengasuh anaknya selain untuk mereka sekeluarga bagi dibuat baju raya sempena Aidilfitri Ogos nanti.

“Anak-anak saya pun tidak banyak bercakap tentang hal itu mungkin mereka masih terkejut. Apabila saya tanya anak sulung, Rashidah cuma kata nampak api,” katanya.

Jeritan sayu Rafidah

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam pertemuan itu, anak bongsu, Zaim Iqbal banyak menangis dan cuba ditenangkan Zamri. Anak kecil itu seolah-olah dapat merasakan ibu yang selalu didampinginya tiada lagi di sisi. Rashidah dan Zaim Shahrul seperti kanak-kanak biasa yang mungkin masih mentah yang adakalanya berlari ke sana sini. Namun, bila disua untuk bercerita tentang tragedi yang membuatkan mereka kehilangan ibu sekelip mata itu, mereka enggan bersuara.

Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang uzur dan adik Rafidah, Roziah Ismail yang berusia 20-an juga menerima trauma yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang tinggal di taman perumahan yang sama sempat tiba di depan pintu rumah Rafidah, namun tidak berjaya menyelamatkannya. 

Jeritan sayu Rafidah yang merupakan anak sulung: “Abah tolong Along!” dan “Ji, tolong Along Ji!” sehingga teriakan itu lenyap mungkin suatu yang sukar diasing daripada ingatan.

Ismail yang menghidap lelah hanya mampu termengah di depan pintu rumah dan terduduk selepas berlari ke situ, manakala Roziah mencuba pelbagai perkara untuk menyelamatkan kakaknya seperti mengetuk pintu jeriji besi dengan batu dan menghubungi pihak bomba.

Jika Ismail dan Roziah sempat tiba ke rumah Rafidah, ibunya, Romlah Mamat, 56, pula jatuh terguling di tengah jalan ketika berlari untuk ke rumah Rafidah sebaik sahaja dimaklumkan jiran berlaku kebakaran itu.

Bergelar jururawat, sifat membantu sebati dalam diri anak sulung enam beradik itu. Menurut Romlah, Rafidah seorang yang gemar menghulurkan bantuan kepada orang lain dan sebagai kakak dan anak yang sulung, dia sanggup berkorban. 

“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu namun, meminta untuk berpindah ke Hospital Kuala Krai kerana mahu menjaga saya dan suami memandangkan rata-rata adiknya terpaksa tinggal di luar negeri ini atas tuntutan kerjaya dan keluarga.

“Ramai rakannya datang ziarah tadi dan ada yang memberitahu mak cik, Rafidah orang yang paling ceria di hospital. Lepas ini pasti mereka sunyi,” katanya.

Romlah juga tidak dapat membendung tangis, tatkala mengenangkan keanehan apabila anaknya itu menghadiahkannya kain ela untuk dibuat baju raya lebih awal daripada biasa pada tahun ini.

“Selalunya dalam dua bulan nak raya, tapi kali ini lebih awal. Dia sudahpun beri kain ela itu pada mak cik. Dia juga belikan kain ela untuk pengasuh anaknya yang juga adik mak cik,” katanya.

Seorang ibu saudara Rafidah, Raihaniah Yaakob, 62, menyifatkan ketiadaan Rafidah sebagai kehilangan yang besar bagi dirinya.

“Dialah yang banyak membantu apabila mak cik ke hospital dan menghubungi mak cik bertanya khabar kesihatan. Mak cik ni ada macam-macam penyakit, darah tinggi, kencing manis. Dia memang suka menolong siapa-siapa pun terutamanya orang tua. Dia juga merancang untuk membantu ayah mak cik yang sakit tua menjalani proses pembedahan di bahagian perut Julai ini,” katanya sebak.

Jirannya, Hasnah berkata, menyaksikan api yang sudah menyambar di kepala dan belakang Rafidah merupakan visual yang menerbitkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya kala melihatnya dan melalui detik genting itu. Saya cuba menenangkan Rafidah untuk mencari kunci dan minta dia bertakbir. Namun, saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah kalau perkara sebegitu berlaku kepada saya,” katanya yang menyifatkan Rafidah seorang jiran yang peramah.

Hasnah bagaimanapun tidak tahu bagaimana Rafidah membengkokkan palang besi tingkap itu. Menurut keluarga, ia dipercayai dilakukan dengan tangan Rafidah sendiri. Barangkali ada kekuatan yang diberikan Tuhan saat itu seiring kekuatan nalurinya untuk menyelamatkan anak-anaknya.

Takdir Tuhan juga, di saat semua barangan dalam rumah binasa, dua naskhah al-Quran dan lima helai kain ela yang diletak bersebelahan dengan kitab-kitab suci itu tidak dijilat api seperti yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.

Walau apapun hikmahnya yang hanya diketahui Tuhan, namun, sekurang-kurangnya kain ela itulah kenangan dan penyambung kasih sayang Rafidah buat anak-anaknya walaupun dia sudah bersemadi di pusara.

Sumber : Kosmo [20/5/2011]
P/S ; Hampir menitis air mata membaca cerita ini. Bukti agungnya kasih IBU. Semoga arwah akan dimasukkan ke dalam syurga, dan anak-anaknya menjadi manusia berguna dunia dan akhirat..

Wednesday, May 18, 2011

Cara-cara Untuk Memulakan Perniagaan Tanpa Modal dan Pengalaman


Untuk memulakan suatu perniagaan bukannya suatu perkara yang sukar. Cabarannya terletak dalam keadaan di mana seseorang itu langsung tidak mempunyai modal dan pengalaman.

Jangan bimbang. Berikut ada sedikit petunjuk tapi jangan harap yang senang-senang tau. Jika anda harapkan sesuatu yang senang seperti membuka peti dan tunggu syiling emas jatuh dari langit, maaflah, saya mungkin akan mengecewakan anda pada hari yang indah ini.


 Kalau anda nak mulakan perniagaan (yang berjaya), anda perlukan usaha, kecekalan dan semangat yang kental.

Untuk memulakan satu perniagaan tanpa pengalaman dan lebih teruk lagi, tanpa sebarang modal, anda boleh mulakannya dengan makan gaji dahulu.

Terdapat 2 kebaikan untuk memulakan perniagaan dengan makan gaji dahulu. Pertama anda dapat mengumpul modal bagi perniagaan anda dan kedua, anda boleh mendapat banyak pengalaman.

Jika anda ingin membuka sebuah tadika sebagai contohnya, anda boleh memohon untuk menjadi seorang guru tadika dahulu atau apa sahaja. Dengan menjadi guru tadika, anda boleh mendapat latihan percuma, anda akan bejalar tentang psikologi kanak-kanak, cara-cara berkomunikasi dengan para ibu-bapa, sistem penyeliaan dan sebagainya.

Memandangkan tujuan utama anda adalah untuk membuka tadika sendiri, janganlah jadi macam guru-guru yang lain.
 

Selepas masa kerja, bantulah siapa-siapa yang perlukan bantuan (terutamanya pengetua). Jangan berkira sangat. Jangan bekerja semata-mata untuk wang sahaja. Bekerja untuk ilmu dan pengalaman juga.

Semankin banyak kerja yang anda lakukan, semakin banyak ilmu dan pengalaman yang anda timba. Bantulah pemilik tadika tersebut untuk melakukan kerja-kerja perakaunan, pendaftaran, hiasan, dan sebagainya.

Jika anda dapat melakukan semua ini, saya yakin bahawa anda akan dinaikkan pangkat dengan cepat. Bila pangkat anda dinaikkan, tanggungjawab anda semankin berat.

Anda akan mula diberikan tugas baru dan dari situlah anda boleh menimba ilmu baru tentang pengurusan dan pemasaran. Mungkin anda akan kerap berkunjung ke jabatan pendidikan dan dari situ mungkin anda dapat mengenali beberapa orang pegawai yang boleh membantu anda memulakan perniagaan kelak.

Ini merupakan cara yang terbaik untuk belajar sesuatu perkara. Bayangkan anda dibayar untuk belajar. Bertapa untungnya anda.

Apabila tiba masanya, apabila anda merasakan bahawa ilmu serta pengalaman anda sudah mencukupi, anda bolehlah memulakan tadika sendiri dengan wang simpanan (daripada gaji) anda.
 
Kalau kurang sedikit, anda boleh mendapatkan pinjaman dari bank. Kalau tak cukup lagi, jangan bimbang, anda boleh mencari seorang rakan kongsi yang mempunyai wang untuk melabur dalam perniagaan anda.
Dia mempunyai wang dan anda mempunyai pengalaman. Jadi bolehlah anda berdua (atau bertiga, atau berempat … ) memulakan perniagaan sendiri dan bahagikan keuntungan seperti mana yang dijanjikan.

Bila dah untung banyak nanti, anda bolehlah buka tadika yang kedua di lokasi anda atas nama anda sendiri.
Saya menggunakan tadika sebagai contoh sahaja. Anda boleh mengaplikasikan teknik ini untuk sebarang bentuk perniagaan. Semankin besar perniagaan yang anda idamkan, semankin banyak perkara yang perlu dipelajari.

Jika anda nak buka gerai menjual kuih di tepi jalan sahaja, itu lebih mudah. Anda cuma perlu belajar cara-cara membuat kuih ataupun tempah dari pembekal sahaja. Lepas itu, anda perlu beli beberapa bekas untuk mengisi kuih, meja, kerusi, beg plastik dan segala keperluan dan tada … boleh mula berniaga.

Untuk perniagaan kecil ini, anda tidak perlu tahu pasal perakaunan, cara menggaji pekerja, buat pemasaran yang hebat dan menyimpan rekod.

Saya berharap artikel ini dapat membantu anda memulakan perniagaan sendiri. Dengan ini tiadalah alasan untuk tidak memulakan perniagaan.

Pesanan untuk saya sendiri juga.

Thursday, May 12, 2011

Tips untuk lelaki : Bagaimana mahu disukai oleh perempuan

Artikel ini ditujukan kepada semua lelaki di seluruh dunia (cewaaahhh....).. untuk disukai oleh golongan perempuan, setiap lelaki perlu mempunyai 6 perkara yang HARUS dipraktikkan...mau tau?...tapi janji terlebih dahulu yg ilmu ini tidak akan digunakan untuk tujuan yg salah ok :-)

1. Menjaga kebersihan diri (tidak selekeh)
2. Ada gaya tersendiri (Sense of style)
3. Ada sikap humor dlm dirinya (tidak terlalu serius)
4. Prihatin @ caring
5. Senyum selalu (supaya sejuk mata memandang)
6. Bersikap cool (sentiasa tenang)

Oh ya.. tips ni terpakai utk golongan yg masih bujang atau lebih tepat yg belum bpunya...kpd suami2 org tu, agak2lah ok :-)

Wednesday, May 11, 2011

Kebaikan tidur sebentar di siang hari



"Tidur sebentar" di siang hari diyakini mampu untuk menjadikan kita lebih segar, fokus dan produktif sepanjang hari. Ini mendasari beberapa kajian dan penelitian beberapa pakar. Dalam islam pula, ianya adalah pendapat Nabi Muhammad SAW menerusi satu hadis berbunyi "lakukan qailulah kerana syaitan itu takut qailulah (qailulah bererti tidur sebentar di siang hari)".

"Tidur sebentar" boleh dilakukan selepas jam 12.. tengahari sehingga jam 2.00 petang. Jangkamasa pula tidak menentu iaitu sekitar 3 - 15 minit.
Menurut kajian Dr. Norhissam (IPKIM, carilah di internet apa itu IPKIM..hehehe).."Tidur sebentar" selama 1 minit seperti 45 minit tidur malam. Jadi cubalah kira sendiri kalau sehingga 15 minit.

Orang-orang barat pula menggelarkan "Tidur sebentar" ini sebagai NAP dan dilakukan antara jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Dipercayai juga bahawa NAP ini mampu menghindari kita dari sakit jantung.

Pendapat saya juga, selepas pagi dalam jam 5.00 pagi atau 6.00 pagi, kita berjaga sehingga 6 hingga 7 jam dan sudah tentu keadaan ini memerlukan kita berehat sebentar. Lagipun, "Tidur sebentar" atau NAP ini juga dilakukan oleh beberapa tokoh terkemuka barat seperti Napoleon.

Suka juga dimaklumkan, selepas kita terbangun dari "Tidur sebentar" ini, kita akan pening sekejap dalam masa 5-20 minit tetapi selepas itu emosi, kecerdasan dan fokus kita akan merasai perubahan mendadak.

Tidak percaya?...cuba try test :-)

D5100 tidak perlu lagi Photoshop




PANDANGAN stereotaip mengenai kamera DSLR hanya untuk jurufoto profesional sudah begitu kuat melekat di fikiran kebanyakan kita termasuk penulis. Namun, kesempatan yang diberikan untuk menyertai Bengkel Memperkenalkan Model Baru DSLR Nikon dan Cara Menyelamat Penyu di Impiana Resort Cherating, Pahang baru-baru ini memberi penulis satu persepsi baru mengenai kamera DSLR.

Bersama-sama dengan hampir 60 orang jurugambar dan wartawan, kami berkampung selama tiga hari dua malam untuk sama-sama merasai pengalaman menggunakan kamera keluaran terbaru Nikon, DSLR D5100.

Dalam bengkel itu, kami dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada antara enam hingga tujuh orang peserta untuk bersaing dalam permainan yang disediakan pihak Nikon. 

Jika dilihat daripada acaranya mungkin ada sesetengah pihak berpendapat, ia seperti tiada kaitan langsung dengan kamera DSLR. Ini kerana kami perlu melukis batik, membuat wau bahkan, lebih menarik setiap kumpulan diberi seorang model wanita seksi sebagai ahli tambahan.

Tetapi syarat yang dikenakan sepanjang permainan adalah para peserta perlu mengambil foto serta merakam video pendek dengan kamera yang dibekalkan. Ternyata ia memberi pengalaman baru kepada penulis untuk bukan sahaja mengenali D5100 Nikon bahkan, sebuah kamera DSLR itu sendiri. 

Tatkala memegang produk terbaru Nikon itu, penulis berpendapat ia sangat ringan berbanding dengan kamera dalam kelasnya.

Reka bentuk pemegangnya sangat ergonomik dan kompak, manakala bahan yang digunakan pula membolehkan pengguna menggenggam kemas dan memudahkan pengawalan ketika rakaman dilakukan.

Butang-butang fungsi pada kamera DSLR itu pada mulanya kelihatan agak rumit kepada penulis kerana hanya menggunakan simbol-simbol yang ringkas.

Walau bagaimanapun, pengguna yang tiada pengetahuan langsung mengenai kamera DSLR dapat menguasainya menerusi buku panduan yang dibekalkan.

Apatah lago dengan paparan arahan pada skrin monitor yang sangat jelas dan mudah, ditambah dengan bantuan pekerja Nikon sesiapa sahaja mampu mengendalikannya.


TANPA mengira tahap kepakaran seseorang dalam bidang fotografi, DSLR D5100 amat mudah digunakan.


Menurut Pengurus Perkhidmatan Profesional Nikon (NPS) Bahagian Produk Pengguna Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz NR, DSLR D5100 menyasarkan pengguna kamera amatur dan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan seni fotografi.

Ciri-ciri fizikal yang jelas pada produk baru Nikon itu adalah sendi pada monitor LCD yang bersaiz 7.5 sentimeter boleh digerak pelbagai sudut yang berbeza mengikut kesesuaian dan ketinggian pengguna.
Monitornya boleh dibuka secara horizontal sehingga 180 darjah serta mampu dipusing ke atas dan ke bawah pada sudut maksimum, 270 darjah.

Jadi, sepanjang bengkel dan acara berjalan, penulis tidak perlu membongkok bagi mendapatkan sudut yang diingini sebaliknya hanya perlu memutarkan monitornya sahaja.

Imej-imej yang terhasil pada sudut-sudut yang berbeza ternyata mampu memberikan sekeping foto pada pandangan yang berbeza serta mempunyai perincian.

Efek khas
Walaupun penulis serta ahli kumpulan perlu menyiapkan setiap tugas yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan tetapi semua syarat-syarat untuk merakam video pendek dan beberapa keping gambar dilaksanakan dengan jayanya.

Salah satu sebabnya sudah tentu kamera yang berada dalam kategori amatur itu mudah dibawa ke mana-mana serta efek yang ada di dalamnya boleh dibuat tanpa perlu diimport ke komputer.
Kata Mahfooz, efek-efek khas yang terdapat pada DSLR D5100 adalah kamera pertama keluaran Nikon yang boleh melakukan kesan khas sama seperti yang terdapat dalam perisian Photoshop.


LEBIH 60 orang jurufoto dan wartawan berkumpul di Impiana Resort, Cherating baru-baru ini untuk diperkenalkan dengan kamera DSLR D5100.


“Salah satu kesan khasnya adalah pengguna dapat memilih bahagian tertentu dalam gambar untuk meningkatkan ketumpatan warna sama ada tinggi atau rendah.

“Paparan hasilnya dapat dilihat terus pada monitor sebelum rakaman dilakukan dan pengguna dapat memastikan imej yang diingini terhasil,” katanya dalam bengkel memperkenalkan produk terbaru Nikon itu.

DSLR D5100 juga boleh menghasilkan kesan khas seperti lakaran lukisan dengan hanya perlu mengawal keterangan warna dan ketebalan garisan luar imej berpandukan pada paparan monitor.

Bukan itu sahaja, kamera itu juga mampu menghasilkan kesan khas pada foto yang kelihatan seakan-akan miniatur dengan menggunakan kesan diorama dalam fungsi D5100.

Bagi rakaman video pula, kamera Nikon itu berkemampuan membuat rakaman dalam format video berdefinisi tinggi (HD).

“Walaupun D5100 berada dalam kelas paling rendah iaitu kategori amatur tetapi, ia boleh dipasang mikrofon pada luar badan kamera,” ujarnya.

Penggunaan mikrofon stereo amat penting dalam rakaman supaya bunyi yang dirakam tidak diganggu dengan bunyi getaran kanta auto-fokus ketika pengambaran.

Kamera itu juga dilengkapi dengan fungsi D-Movie.

Ujarnya lagi, apabila fungsi fokus ditetapkan, kamera secara automatik akan sentiasa memfokus pada subjek walaupun sedang berjalan.

Sumber : Kosmo [12/5/2011]

Tuesday, May 10, 2011

Kisah Si Burung Helang


Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang. 

Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan – suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung, berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung. 

Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu. 

Satu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga! 

… Sahabat, Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan. 

Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.

Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!

Salam Transformasi…

Jadilah Diri Sendiri


Alkisah, di puncak sebuah rumah api, kelihatan lampu rumah api yang gagah dengan sinarnya menerangi kegelapan malam. Lampu itu menjadi panduan bot-bot para nelayan mencari arah dan petunjuk menuju pulang.

Dari jauh, pada sebuah jendela kecil di rumah penjaga rumah api, sebuah lampu minyak setiap malam melihat dengan perasaan iri hati ke arah rumah api. Dia mengeluhkan keadaan dirinya

”Aku hanyalah sebuah lampu minyak yang berada di dalam rumah yang kecil dan gelap. 

Sungguh menyedihkan, memalukan dan tidak terhormat. Sedangkan lampu rumah api di atas sana, kelihatan sangat hebat, terang dan perkasa. 

Ah …. Jika aku berada di rumah api itu, pasti hidupku akan lebih bererti, kerana akan banyak orang yang melihat kepadaku dan aku pun boleh membantu kapal para nelayan menemui arah untuk membawanya pulang ke rumah mereka dan keluarganya.

Suatu ketika, di suatu malam yang pekat, pekerja rumah api membawa lampu minyak untuk menerangi jalan menuju rumah api. Setibanya di sana, penjaga itu meletakkan lampu minyak di dekat rumah api dan meninggalkannya di sebelah lampu rumah api. 

Lampu minyak merasa sangat gembira. Impiannya menjadi kenyataan. Akhirnya, aia boleh bersanding dengan rumah api yang gagah. 

Tetapi, kegembiraannya hanya sesaat. Ini kerana perbandingan cahaya yang tidak seimbang, maka tidak seorang pun yang melihat atau memperhatikan lampu minyak. Bahkan, jika dari jauh, lampu minyak hampir tidak nampak sama sekali kerana begitu lemah dan kecil.

Di masa itu, lampu itu menyedari satu perkara. 

Dia tahu bahawa untuk menjadikan dirinya bererti, dia harus berada di tempat yang tepat, iaitu di dalam sebuah bilik. Tidak kira berapa kotor, kecil dan usangnya bilik itu tetapi di sanalah dia lebih bermanfaat. 

Kerana walaupun cahayanya tidak sebesar rumah api, lampu kecil itu juga boleh memancarkan sinarnya menerangi kegelapan untuk orang lain. 

Lampu minyak kini tahu, sifat iri hati kerana selalu membandingkan diri dengan yang lain, membuatkan dirinya tidak bahagia dan tidak berfaedah.

Kita selalu tidak percaya dengan diri kita sendiri. Kita membandingkan diri kita dengan orang lain, dan merasa orang lain lebih kaya, lebih pintar, lebih tampan/cantik dari kita dan sebagainya. Dan kita sering membuang waktu kita untuk berkhayal seandainya kita menjadi seperti orang lain.

Padahal dengan menjadi orang lain, dengan berada pada posisi orang lain, dengan segala kekayaan dan kecerdasan atau segala bakat yang sama seperti yang dimiliki orang lain, belum tentu kita boleh berkembang atau memperolehi kebahagiaan seperti yang kita harapkan. Kerana semua orang memiliki kelebihan dan peranannya masing-masing. 

Lebih baik kita fokus pada apa yang kita miliki, dan kembangkan segala potensi yang ada.

Thursday, May 5, 2011

Letak beban anda sekejap



Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya
“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”
Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

Wednesday, May 4, 2011

Kata-kata Nik Aziz

Saya cukup berminat dengan kata-kata Murshidul Am PAS yg juga Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat (bukan bermakna sy menyokong pembangkang ok..) ..beginilah kata-kata beliau sewaktu diminta pendapatnya berkaitan kematian Osama Bin Laden

...Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

dan katanya lagi..

...sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak..

Search This Blog

Featured Images