Wednesday, November 14, 2012

Program Corporate Social Responsibility (CSR)

10.11.2012

Satu tarikh yang cantik 10.11.12...tarikh di mana jabatan tempat saya bertugas melakukan program khidmat masyarakat atau tanggungjawab sosial. Ringkasnya CSR ...

Rasanya dalam program inilah saya "terguna" semua pengalaman yang saya kutip dan kumpul sepanjang-panjang masa saya bekerja. Ini merupakan program luar seumpamanya diadakan oleh jabatan kami dan dikendalikan pula oleh sebuah kelab kebajikan kecil pejabat yang mana saya lah pengerusinya.

Ditambah dengan pegawai dan ketua seksyen saya yang sedang bercuti kerana melangsungkan perkahwinan, secara automatik saya adalah Ketua kepada Keurusetiaan Majlis sebab saya merupakan Timbalan Ketuanya sebelum ini.

Namun apa yang saya belajar dalam program ini, betapa semua kejadian ini adalah dengan izin-NYA semata-mata. Jika DIA tidak mengizinkan segala usaha kita, maka tidak akan jadi atau kuranglah "pengisian" program tersebut. Dulu sewaktu saya sering menjadi MC untuk program-program jabatan, saya sering merasakan bahawa MC lah yang paling penting untuk menjayakan satu-satu program, tetapi apabila melihat dari "atas" sesuatu program sedang berlangsung, saya dapat satu kesimpulan, TIADA YANG TIDAK PENTING dalam satu-satu penganjuran aktiviti/program.

Tetapi pasti/mungkin ada sesetengah individu yang merasakan apa yang dilakukannya adalah "paling penting", hingga tertutup mata hatinya dengan peranan ahli-ahli/individu-individu yang lain.

Bagaimana dengan JK Keselamatan?..pengangkutan?..teknikal?...protokol?..malah "tukang payung"?.. tidak penting mereka itu?... kalau ada yang berkata "Ya, mereka memang tidak berapa penting atau tidak adapun tidak apa..." maka rasanya, saya adalah manusia pertama yang tersangat INGIN untuk bertanya kepada beliau atas sebab apa perkara/rasa begitu boleh wujud dalam ruang fikirnya?..

Saya mahu tahu dari dia sendiri (berkongsi ilmu..) dan indeed saya mahu belajar dari orang itu sendiri bagaimana caranya dia melatih cara fikir dan rasanya itu sehingga "mampu" mencapai tahap "luar biasa" tersebut.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maal Hijrah

Siapalah saya untuk bercerita tentang Maal Hijrah..lalu berpesan berkaitan dengan peristiwa tersebut... Yang saya tahu, peristiwa Maal Hijrah berlaku kerana Nabi ingin menyelamatkan umat islam ketika itu (di Mekah) lalu membawa mereka semua berhijrah ke Madinah.

Secara konsepnya, perpindahan dilakukan untuk menyelamatkan umat islam dari terus ditindas oleh puak Quraisy di Mekah ketika itu...

Lalu perpindahan tersebut telah menjadikan umat islam semakin kuat kerana dapat berkembang dalam keadaan yang tenang dan harmoni (mengimbau perpaduan yang tercipta antara kaum muhajirin dan ansar...)...

Mungkin kisah ini boleh dijadikan panduan mengikut pemahaman dan pemikiran seseorang berkenaan kejadian.

itu saja (sila betulkan saya jika ada tersilap fakta)... Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam dimana-mana saja di bumi Tuhan ini...


Alex @ 15.11.2012

Monday, November 12, 2012

Nak Gambar Cantik?....BUAT!

Seperti kata Yaman Ibrahim ...


Nak Gambar Cantik?....BUAT!

...dalam THROUGH YAMAN'S EYE...


Yaman Ibrahim merupakan seorang jurugambar yang cukup berpengaruh dan dikenali dikalangan peminat-peminat fotografi di Malaysia malah dunia. Beliau telah memenangi banyak pertandingan fotografi samada dalam negara maupun luar negara. Gambar-gambar beliau di laman web foto bertaraf dunia juga mendapat sambutan dan undian yang tinggi setiap kali beliau "memposkan" gambar-gambar hasilan karya beliau...

Rupa-rupanya saudara Yaman ni cukup teliti dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan setiap karya beliau. Contohnya, beliau sanggup dan berani meredah sungai-sungai tempat penyeludupan beras siam di Kelantan untuk mencari tempat sesuai untuk menangkap gambar orang yang sedang menjala. Beliau mengakui tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan gambar orang menjala, tetapi untuk mendapatkan gambar orang menjala yang ‘sedap’ di pandang beliau kira agak sukar. Kerana pada beliau, foto itu perlu mengambil kira tempat, kostum, peralatan, pencahayaan, sudut penggambaran, serta waktu ianya diambil. SUKAR tetapi TIDAK MUSTAHIL!

Beliau berusaha mendapatkan rakit di Tumpat (tempat perancangan beliau untuk sesi photoshot di Pasir Mas Kelantan), menyewa lori untuk membawa rakit tersebut dari Tumpat ke Pasir Mas dengan menyewa lori. 

Seperti kata beliau "Nak tahu bagai mana susahnya nak dapatkan gambar yang cantik? Korang tengok ni, bagaimana susahnya aku panjat pokok serta berendam dalam sungai… kalau tersandung akar, alamat lenjunlah kamera ku …. Namun itu lah risiko yang perlu di hadapi demi untuk sekeping foto yang menarik."


Maka rasanya,  saya rasa bersyukur dapat berkongsi ilmu fotografi gaya beliau satu waktu dahulu. Semoga aura kehebatan dan kesungguhan serta kemenangan beliau akan memberikan saya semangat dalam merempuh dunia photography yang saya mula rasa bahangnya ditambah komitmen keja yang serba sedikit memberi kesan juga kepada hobi saya ini.

Beliau turut mengkagumi Rarindra Prakarsa (termasuk saya...).. dan sering menyebut nama RP sewaktu bersama beliau di KK satu ketika dulu berkaitan Tone Emas RP, ROL dan sebagaimana.

Ok cuba kita nilai beliau, berdasarkan keterangan sewaktu menghadiri Kelas Pencahayaan Studio oleg Bustaman Mokhtar ... 

"Siang tadi aku berada di White Studio, mengikuti kelas pencahayaan studio oleh saudara Bustamam Mokhtar. Beliau merupakan seorang fotografer fesyen dan potret yang masyhur di Malaysia ini. Hampir semua orang pernah lihat hasil kerja beliau, terutamanya yang menghiasi kulit majalah Glam selama bertahun tahun. Pun begitu beliau juga banyak mengambil foto untuk kerja2 komersial.
Aku sedar bahawa kita boleh mencuba pelbagai cara pencahayaan yang boleh di dapati dari pelbagai buku atau dari internet. Namun, dengan melihat atau mempelajarinya secara first hand dari penggiat industri adalah merupakan satu peluang yang jarang jarang diperolehi serta tidak harus di lepaskan. Terutamanya kepada sesiapa yang ingin bergiat secara serius dalam arena fotografi studio. Kini ramai yang cuba2 mengadakan kelas2 lanjutan untuk studio fotografi. Namun mereka berkemungkinan bukan merupakan pemain dalam industri secara regular. Maka cara pengajarannya juga berkemungkinan kurang berkesan."

 Semoga saya juga dianugerahkan rasa rendah hati serta dijauhi dari sikap dan sifat yang tidak elok sepanjang menyusuri "dunia karya bergambar" ini. Lagipun siapalah saya dalam dunia fotografi ini,  cuma seorang budak baru belajar ...

Nong Alexander Saidi

Saturday, November 10, 2012

Tukar nama?

Saya rasa, penglibatan saya dalam dunia fotografi adalah semata-mata kerana SENI. SENI yang terkandung dalam fotografi yang perlu dicari untuk dihasilkan.

Mungkin guna nama "Nong Alexander", mengambil kira panggilan timang-timangan saya dikalangan keluarga dan nama sebenarnya saya seperti yang diketahui oleh kawan-kawan.

Saya bermula dengan cuba menggunakan nama "Tanak Kampung Photography"... kemudian menggunakan nama sebenarnya saya "Alexander Saidi" walaupun ramai kawan-kawan saya meminta saya mengekalkan nama "Tanak Kampung" tersebut.

So??... bagaimana??? ...

Nong Alexander ... semoga bermanafaat

10.11.12

Monday, September 3, 2012

Syria .. yang semakin banyak ceritanya

Dulu sebelum isu pemberontakan di Syria, cerita tentang Syria indah-indah belaka. Cerita gadis-gadisnya yang dikatakan tercantik di Asia Barat..bumi para anbiya, ulama dan tokoh-tokoh hebat dunia Islam khasnya. Perihal makanannya yang sedap-sedap, cerita sejarahnya yang gilang-gemilang..sedikitpun tidak dilibatkan cerita yang buruk-buruk seperti sekarang ini yang boleh kita dengar dan lihat dari paksi-paksi media utama kehidupan (terutamanya internet).

Isu kacau bilau di Syria mula menjadi "kuat" selepas revolusi rakyat di Libya dan beberapa negara-negara Arab. Maka sampailah cerita kononnya seramai 28 kanak-kanak yang menulis sesuatu di dinding (..kerajaan akan dipatahkan oleh rakyat..begitulah lebih kurang isi tulisan tersebut) telah ditangkap oleh orang-orang kerajaan dan disiksa dengan mencabut kuku jari tangan dan kaki mereka sehingga ada seorang yang terkorban. Kemudian kaum keluarga dan masyarakat yang meminta mayat kanak-kanak tersebut untuk dikebumikan secara hormat disyaratkan dengan perempuan-perempuan dari ahli keluarga dan masyarakat tersebut dinikahi oleh orang-orang kerajaan tersebut... dan bermulalah pemberontakan ...

Atau ini semua adalah konspirasi??...



(semua gambar dari internet/google : gambar gadis dan wanita Syria)

Saturday, September 1, 2012

Selamat Hari Kebangsaan... Ke-55 Malaysia




Hmm... banyak yang didengar pendapat sejak dulu tentang tarikh kemerdekaan negara kita Malaysia. Malah sejak kebelakangan ini, ada yang dengan berani menyatakan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-55 kepada Semenanjung Malaysia dan yang ke-49 untuk Sabah. Ini semua mengambil fakta Sabah (dulunya Negara Sabah sebelum menyertai Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Negara Malaya) telah merdeka dari kolonial British pada 31 Ogos 1963 (itu belum mengira isu logo dan tema Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini oleh pihak-pihak yang sedih tidak diambil dan sudah tentu dibayar untuk membuatnya). Mungkin adalah baik dan berbaloi untuk menamakannya “Hari Kebangsaan” Malaysia seperti dulu.

Pada pendapat saya, fakta dan isu kemerdekaan samada Sabah, Sarawak atau Malaysia ini perlulah diperjelaskan sejelas-jelasnya. Yang menghairankan, baru sekarang tarikh-tarikh ini muncul terutamanya di dalam laman sosial Facebook. Saya sendiripun ketiadaan fakta berkaitan perkara ini walaupun matapelajaran Sejarah merupakan sesuatu yang sangat saya minati sewaktu di alam persekolahan dulu.

Dengan teknologi fotografi dan kecanggihan perisian photoshop sekarang ini, agak menakutkan jika kita atau saya menyetujui satu fakta lewat dari sekeping gambar walaupun gambar tersebut bertarikh 31 Ogos 1963 !!

Mungkin sudah sampai masanya “sipembuat fakta” memunculkan diri dan membawa perkara ini ke pihak-pihak yang berkaitan atau mengadakan seminar khas menyentuh perkara tersebut. Ini sangat penting terutamanya kepada “sipempercaya fakta” agak tidak malu dikemudian hari atau hanya dibuat batu lonjatan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencapai agenda masing-masing.

Walau apa-apapun, yang paling penting bagi saya ialah, kita bersama-sama seluruh rakyat Malaysia tidak mengira di mana saja berada (Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia atau dinegara-negara luar) untuk menjaga keamanan serta kemakmuran negara kita. Ini perlu bukan sahaja kepada kita sendiri tetapi para pewaris dan anak cucu kita nanti.

Apa yang menyedihkan ialah masih ada beberapa pihak bercakap (di Sabah sahaja), ah..kalau Malaysia diserang saya larilah bersama-sama keluarga saya ke negara asal saya... masih ada juga sanak saudara kaum keluarga saya di sana.Bagi saya, manusia begini tidak layak tinggal di Malaysia malah perlu berasa malu mencari rezeki di bumi yang bertuah ini. Tetapi apa yang betul-betul menghairankan saya, bagaimana dia ini boleh menjadi warganegara Malaysia?.. usia, pemikiran dan semangat patriotik tidak sama dengan orang-orang Malaysia yang lain.

Apa-apapun saya bersyukur dilahirkan di Malaysia ... !!

31 Ogos 2012

Tuesday, July 3, 2012

3 Julai 2012

Hari ini hari ulang tahun saya..di fb ramai yang wish dan ini sangat mengembirakan saya, tambahan pula hampir semua yang wish itu adalah orang-orang yang saya kenal.

Di hari ulang tahun saya ini saya impikan sedang hidup di negeri yang sangat aman damai, tiada bangsa yang ingin menguasai sambil cuba meruntuhkan bangsa yang lain.. tiada kawan makan kawan, perpaduan kekeluargaan pula sangat kukuh dan tidak tergugat oleh apa-apa..

Saya impikan juga, biarlah hari ini membuka hari yang gilang gemilang buat diri ini... demi keluarga dan orang-orang tua saya ..

Terima kasih Tuhan... dan anugerahkan saya kekuatan-MU untuk merempuhi hidup ini menuju puncak impian semua manusia. Tetapi biarlah semuanya dalam lindungan dan keizinan-MU..biarlah semuanya dalam keadaan yang harmoni dan bermanafaat kepada yang memerlukannya

Terima kasih Tuhan ..

Monday, July 2, 2012

Perginya Osman Kering

                                                        (Sumber gambar : utusan.com)

Jumaat lalu (29 Jun 2012), kira-kira pukul 3.45 petang, pelawak yang pernah membuat penonton tidak kering gusi dengan lawak dan gelagatnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan isteri, Che Norhayati,48, dan anak-anaknya.

Perginya allahyarham Osman menghadap Ilahi buat selama-lamanya setelah lebih dua minggu di masukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur.

(Berita dari www.utusan.com.my)

... terkejut juga dengar berita pemergian Osman Kering.. teringat pada tahun 1995/1996 di satu kawasan di Kuala Lumpur, bertembung dengan beliau di satu perhentian bas. Beliau memandang saya sambil tersenyum, walaupun pada mulanya saya menyangka beliau tidak memperdulikan saya. Maklumlah beliau artis..dan saya pula ketika itu sedang mencari kerja di satu restoran/katering...jelasnya beliau seorang yang agak peramah... dan memang tidak sombong ketika nama beliau sedang memuncak di arena lakonan tanahair satu ketika dulu... masih terbayang-bayang kelucuan beliau yang pastinya akan menghiburkan sesiapa yang menonton lakonan lawak beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh.... sesiapa yang terbaca berita ini saya mohon untuk menghadiahkan kepada beliau Al-Fatihah dan bagi yang beragama lain, mendokan kesejahteraan beliau mengikut ajaran masing-masing .. sekali lagi .. Al-Fatihah..

3/7/2012

Saturday, March 31, 2012

Bersama dengan Maharaja Empayar KUKUBESI !!

31 Mac 2012
Sabtu
Kota Kinabalu




Akhirnya.. saat yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Akhikrnya.. peluang berguru dengan "pakar pemanipulasi grafik" terunggul tanah air pun menjelma

KUKUBESI .. pencipta poster filem terhebat KRU "Hikayat Merong Mahawangsa"

KUKUBESI .. pemenang poster wayang gambar terbaik negara tahun 2011 !!

Fuh... tidak tau untuk berkata apa saat Kukubesi datang ke kelas lebih kurang jam 9.00 pagi...orangnya sempoi dan bersahaja.

Tah...tidak tau untuk berkata apa-apa...memang layaklah dia digelar raja grafik Malaysia. Terlalu banyak ilmu dapat dari dia. Stail manipulasi gambar beliau sangat berkesan.

Masih terngiang-ngiang di telinga ini dia berkata...

1. Apa jenis kamera tidak penting jika mempunyai kehandalan memanipulasi imej untuk tatapan anak mata pelanggan..Editlah gambar mengikut citarasa sendiri dan mengikut kesukaan hati pelanggan-pelanggan kita...

2. Untuk mengedit gambar atau memanipulasi imej, yang penting kefahaman kita dengan software (photoshop) yang kita gunakan dan kesabaran sewaktu melakukakan...(buat...relaks...buat....makan...bla..bla...besuk lusa pun boleh sambung...hahaha)

3. Editing yang diajar boleh digunakan untuk semua bidang fotografi...poster, iklan, wedding, photo book ... dan semulah... memang hebat la dia ini...

4. Belajar dari pengalaman !! .. (beliau sendiri berpengalaman "sekurang-kurangnya" 8 tahun...)

5. HEBAT...HEBAT..HEBAT...bertuahnya saya dapat mengikuti workshop beliau...dan lagi... "kawan-kawan" sephotography saya tidak datang...sudah hebat mungkin :-) .. Thanks GOD !!

Apa lagi ah?...tah la... jumpa lagi dalam artikel akan datang... yahooooo.... KUKUBESI kejap..kejap..

Oh ya...kalau tidak kenal siapa itu KUKUBESI..google la hehehe... ;-)

Friday, March 16, 2012

Mastering Portraiture bersama Yaman Ibrahim

Saya yakin semua photographer mengenali individu yang bernama Yaman Ibrahim ini. Gambar beliau sering menjadi bualan dan pilihan majalah-majalah antarabangsa untuk diterbitkan.

Oleh itu, peluang untuk berkongsi ilmu-ilmu photography beliau tidak saya lepaskan pada 10&11 Mac 2012 bertempat di Zara Hotel, Kota Kinabalu. Niat untuk menimba sebanyak-banyaknya ilmu "menangkap gambar" dari beliau khususnya dalam bidang potret berjalan lancar walaupun berlangsung di hujung minggu dan dalam keadaan saya yang agak penat setelah berminggu-minggu tidak berpeluang rehat langsung atas sebab-sebab kerja dan pengajian.

Awesome....itu sahaja yang mampu saya katakan !! Sekian :-)

 Antara potret yg terhasil ..

kawan saya cakap..nah melekat sudah itu "ilmu" klu dapat "ampai" tangan di bahu Saudara Yaman !

Monday, February 20, 2012

Bersama Louis Pang, jurugambar profesional perkahwinan bertaraf dunia !!

Siapa yang tidak mengenali Louis Pang?..jurugambar perkahwinan yang sangat2 popular bukan sahaja di Sabah tetapi di Malaysia khasnya. Malah beliau pernah dilantik sebagai penilai kepada gambar2 dalam satu majalah fotografi tanahair satu ketika dulu (majalah Aperture..). Pernah juga dikatakan oleh salah seorang jurugambar tempatan sebagai jurugambar perkahwinan legenda.

Beliau juga pernah mempelajari teknik-teknik hebat juruga,bar dari jurugambar tersohor dunia iaitu Joe McNally (sehingga ada yang mengatakan seseorang yang belajar fotografi dengan Louis Pang ibarat sama dengan belajar dari sang Joe McNally...)

So, peluang menghadiri bengkel beliau adalah satu moment yg sangat indah bagi saya (setelah sekian lama diimpikan)...malah beliau sendiri menyatakan bahawa bengkel kali ini merupakan bengkel beliau yang pertama diadakan selama dua hari dan kami adalah peserta2 beliau yang bertuah dapat menyertainya.. malah bengkel seperti itu juga beliau adakan di USA dan Hong Kong. So no wonder la peserta beliau pada hari tersebut ada yang datang sejauh Hong Kong, Sarawak, Kuala Lumpur dan Tawau...rasanya apa yang saya dapat lebih2 BANYAK dari yuran penyertaan sebanyak RM1500.00 bayar CASH !! ... huhuhu...

Guerrilla Lighting Workshop
Shangri-La Resort & SPA, Tanjung Aru
12 - 13 Ogos 2011

the simple equipment for us :-)

learn from the best.. gambar ini pun diambil hasil dari mengikut saranan beliau...WOW !!

outdoor setting and lighting technique..

the way Louis do..

Menghadiri bengkel ini telah meningkatkan kemahiran dan keyakinan saya untuk menangkap gambar dengan lebih cantik dan artistik dalam semua majlis-majlis samada rasmi atau tidak tanpa banyak melakukan editing kerana beliau sendiri mengajar kepada kami SHOT LIKE EDIT kalau tidakpun SHOT LIKE A PRO !!

THANK YOU LOUIS PANG  !!

Wednesday, January 18, 2012

Kenangan "bergerai" sempena Tamu Gadang UMS 2011

First time berniaga..cuba-cuba untuk mencari pengalaman berniaga bersama kawan-kawan.


Ikan Talapia Bakar..mana mo cari RM5.00 sahaja di KK ni !! ..
Selain menu Ikan Talapia Bakar yang sedap ini, kami time tu ada juga menyediakan Nasi Ayam Penyet...


Lokasi Tamu Gadang. Di atas merupakan kawasan khemah Gerai Kering. Kami pula di Gerai Basah untuk kategori penyediaan makanan dan minuman yang letaknya dibelakang Gerai Kering dalam gambar


Aik..pahal gambar ni keluar pla?..sedangkan ceritanya tentang pengalaman "bergerai"..hmm...sebenarnya time-time bergerai tu ada beberapa orang student tiba-tiba minta tolong tangkap gambar diorang sedang melumpat (gaya budak-budak konvo la ba ni..). Patutpun dr "tadi" tinguk diorg ni asyik berlumpatan ja (maybe nda jadi la snap dirg tu..)..then just one snap (chewaahh...hahah)..jadi la gambar2 diorg..tapi siap minta tolong email lagi...haiya amoi.....sudah la free...hahaha

Monday, January 16, 2012

Rarindra Prakarsa "LIVE" in KK

Bengkel Fotografi dan Editing
"Shoot and Edit Rarindra's Way"
3 - 4 Disember 2011

Peluang berguru dengan photographer kelas dunia... salah satu gambarnya telah menjadi cover muka depan majalah Aperture

Bersama Pak Rarindra.. beliau juga merupakan "sifu" kepada Kenvin Pinardy

Model "cun" yang sporting. Cuma kurang dapat mengambil gambarnya kerana peserta terlampau ramai dan semuanya berebut-rebut !!

Lokasi outdoor photoshot time ni cuti coz Sunday..but can u see somebodyworked?.. rajinnyaaaa...

Muzium Sabah...yang terus menaburkan jasanya walaupun time holiday...hahaha

Ladaku sudah besar

Hmmm.... ni la saja buah yg terhasil daripada usaha yang dibuat since 2 yrs ago (2010). Tanam lebih 50 pokok, beberapa pokok saja yg berhasil. Mungkin tangan ini memang "panas" untuk berbudi kepada tanah atau something wrong with the technique or ...

What happen sedikit sebanyak mengajar saya betapa kita hanya mampu merancang Tuhan juga yang menentukan no matter for what reason..

It's ok..i'll try again. Kali ni maybe dua kali ganda, hahaha..macam lepas geram pula

Anyway, tahniah Alex. Sekurang2nya ada juga yang menjadi :-)

 

"cantik" juga buah lada ku ini .. hehehe

Wednesday, January 4, 2012

Marilyn Monroe

I am very interested in this female artist. complete package and a fantastic achievement. This is certainly their natural beauty, the difficult thing seen on today's female artists.
Except the story of her death..the other things is just great..guys, this is Norma Jeane:-)





Tuesday, January 3, 2012

Selamat datang 2012 .. terima kasih 2011





Akhirnya tahun 2011 melabuhkan tirainya. Rasanya semua kemahuan dan keinginan saya di awal2 tahun 2011 telah Tuhan tunaikan. There is nothing to be regrettable.

Aktiviti malam tahun baru dan awal tahun baru 2012 juga nothing special. Tiada mandi buang "segala" di laut atau sungai. Tidur sekejap then jam 11.30 malam bangun, tengok tv sekejap. After that take bath (midnite lebih sikit2..) dengan niat :-)

Sambung tidoooo.... bangun pagi, siapkan minit mesyuarat dan video presentation untuk majlis jabatan pada 3/1/2012...

Semoga tahun 2012 menjanjikan lebih banyak berita gembira untuk saya, lebih sihat dan walafiat dan rezeki melimpah ruah dari semua sudut (yang halal). Semoga juga saya akan menjadi hamba-Nya yang benar-benar bersyukur.

And again.. all my status via FB bout my "New Year Hope" as a reminder to myself ;
(1) The last hours of work in 2011 for the first day of work in 2012 :-) .. Hepi New year 2012 to all friends and family .. wish me & u all da best in 2012 .. [dunt 4get to support OSBON tonite at Maharaja Lawak Mega hahaha...] .. chaiyo..chaiyo..
(2) Finally 2012 came to us .. God, I am grateful for Your grace in the year 2011 for all that I need You have been given! .. hopefully in 2012 there will be more to cheer year-round.. Happy New Year to all family members and friends .. one more time, HAPPY NEW YEAR, MGBWA !!
(3) New year greeting everywhere .. hopefully happy days with us during the year 2012 .. full of smiles and good news. Peace in every corner of the world .. good health to all .. an abundance of wealth and prosperity for the whole world. Love u 2012 :-)
By the way thanks for supporting my blog in 2011 although not win any major awards hahaha...Hopefully 2012 will to be a great year for my blog. Now if you can excuse me I need to get back to working... then, one more time, Happy 2012.... chowwww...

Search This Blog

Featured Images