Seperti kata Yaman Ibrahim ...
Nak Gambar Cantik?....BUAT!
...dalam THROUGH YAMAN'S EYE...
Yaman
Ibrahim merupakan seorang jurugambar yang cukup berpengaruh dan
dikenali dikalangan peminat-peminat fotografi di Malaysia malah dunia.
Beliau telah memenangi banyak pertandingan fotografi samada dalam negara
maupun luar negara. Gambar-gambar beliau di laman web foto bertaraf
dunia juga mendapat sambutan dan undian yang tinggi setiap kali beliau
"memposkan" gambar-gambar hasilan karya beliau...
Rupa-rupanya saudara Yaman ni cukup teliti dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan setiap karya beliau. Contohnya, beliau sanggup dan berani meredah sungai-sungai tempat penyeludupan beras siam di Kelantan untuk mencari tempat sesuai untuk menangkap gambar orang yang sedang menjala. Beliau mengakui tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan gambar orang menjala, tetapi untuk mendapatkan gambar orang menjala yang ‘sedap’ di pandang beliau kira agak sukar. Kerana pada beliau, foto itu perlu mengambil kira tempat, kostum, peralatan, pencahayaan, sudut penggambaran, serta waktu ianya diambil. SUKAR tetapi TIDAK MUSTAHIL!
Beliau berusaha mendapatkan rakit di Tumpat (tempat perancangan beliau untuk sesi photoshot di Pasir Mas Kelantan), menyewa lori untuk membawa rakit tersebut dari Tumpat ke Pasir Mas dengan menyewa lori.

Seperti kata beliau "Nak tahu bagai mana susahnya nak dapatkan gambar yang cantik? Korang tengok ni,
bagaimana susahnya aku panjat pokok serta berendam dalam sungai… kalau
tersandung akar, alamat lenjunlah kamera ku …. Namun itu lah risiko yang perlu
di hadapi demi untuk sekeping foto yang menarik."
Maka rasanya, saya rasa bersyukur dapat berkongsi ilmu fotografi gaya beliau satu waktu dahulu. Semoga aura kehebatan dan kesungguhan serta kemenangan beliau
akan memberikan saya semangat dalam merempuh dunia photography yang
saya mula rasa bahangnya ditambah komitmen keja yang serba sedikit
memberi kesan juga kepada hobi saya ini.
Beliau
turut mengkagumi Rarindra Prakarsa (termasuk saya...).. dan sering
menyebut nama RP sewaktu bersama beliau di KK satu ketika dulu berkaitan
Tone Emas RP, ROL dan sebagaimana.
Ok cuba kita nilai beliau, berdasarkan keterangan sewaktu menghadiri Kelas Pencahayaan Studio oleg Bustaman Mokhtar ...
"Siang tadi aku berada di White Studio, mengikuti kelas pencahayaan
studio oleh saudara Bustamam Mokhtar. Beliau merupakan seorang
fotografer fesyen dan potret yang masyhur di Malaysia ini. Hampir semua
orang pernah lihat hasil kerja beliau, terutamanya yang menghiasi kulit
majalah Glam selama bertahun tahun. Pun begitu beliau juga banyak
mengambil foto untuk kerja2 komersial.
Aku sedar bahawa kita boleh mencuba pelbagai cara pencahayaan yang boleh
di dapati dari pelbagai buku atau dari internet. Namun, dengan melihat
atau mempelajarinya secara first hand dari penggiat industri adalah
merupakan satu peluang yang jarang jarang diperolehi serta tidak harus
di lepaskan. Terutamanya kepada sesiapa yang ingin bergiat secara serius
dalam arena fotografi studio. Kini ramai yang cuba2 mengadakan kelas2
lanjutan untuk studio fotografi. Namun mereka berkemungkinan bukan
merupakan pemain dalam industri secara regular. Maka cara pengajarannya
juga berkemungkinan kurang berkesan."
Nong Alexander Saidi
No comments:
Post a Comment