Wednesday, November 14, 2012

Program Corporate Social Responsibility (CSR)

10.11.2012

Satu tarikh yang cantik 10.11.12...tarikh di mana jabatan tempat saya bertugas melakukan program khidmat masyarakat atau tanggungjawab sosial. Ringkasnya CSR ...

Rasanya dalam program inilah saya "terguna" semua pengalaman yang saya kutip dan kumpul sepanjang-panjang masa saya bekerja. Ini merupakan program luar seumpamanya diadakan oleh jabatan kami dan dikendalikan pula oleh sebuah kelab kebajikan kecil pejabat yang mana saya lah pengerusinya.

Ditambah dengan pegawai dan ketua seksyen saya yang sedang bercuti kerana melangsungkan perkahwinan, secara automatik saya adalah Ketua kepada Keurusetiaan Majlis sebab saya merupakan Timbalan Ketuanya sebelum ini.

Namun apa yang saya belajar dalam program ini, betapa semua kejadian ini adalah dengan izin-NYA semata-mata. Jika DIA tidak mengizinkan segala usaha kita, maka tidak akan jadi atau kuranglah "pengisian" program tersebut. Dulu sewaktu saya sering menjadi MC untuk program-program jabatan, saya sering merasakan bahawa MC lah yang paling penting untuk menjayakan satu-satu program, tetapi apabila melihat dari "atas" sesuatu program sedang berlangsung, saya dapat satu kesimpulan, TIADA YANG TIDAK PENTING dalam satu-satu penganjuran aktiviti/program.

Tetapi pasti/mungkin ada sesetengah individu yang merasakan apa yang dilakukannya adalah "paling penting", hingga tertutup mata hatinya dengan peranan ahli-ahli/individu-individu yang lain.

Bagaimana dengan JK Keselamatan?..pengangkutan?..teknikal?...protokol?..malah "tukang payung"?.. tidak penting mereka itu?... kalau ada yang berkata "Ya, mereka memang tidak berapa penting atau tidak adapun tidak apa..." maka rasanya, saya adalah manusia pertama yang tersangat INGIN untuk bertanya kepada beliau atas sebab apa perkara/rasa begitu boleh wujud dalam ruang fikirnya?..

Saya mahu tahu dari dia sendiri (berkongsi ilmu..) dan indeed saya mahu belajar dari orang itu sendiri bagaimana caranya dia melatih cara fikir dan rasanya itu sehingga "mampu" mencapai tahap "luar biasa" tersebut.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maal Hijrah

Siapalah saya untuk bercerita tentang Maal Hijrah..lalu berpesan berkaitan dengan peristiwa tersebut... Yang saya tahu, peristiwa Maal Hijrah berlaku kerana Nabi ingin menyelamatkan umat islam ketika itu (di Mekah) lalu membawa mereka semua berhijrah ke Madinah.

Secara konsepnya, perpindahan dilakukan untuk menyelamatkan umat islam dari terus ditindas oleh puak Quraisy di Mekah ketika itu...

Lalu perpindahan tersebut telah menjadikan umat islam semakin kuat kerana dapat berkembang dalam keadaan yang tenang dan harmoni (mengimbau perpaduan yang tercipta antara kaum muhajirin dan ansar...)...

Mungkin kisah ini boleh dijadikan panduan mengikut pemahaman dan pemikiran seseorang berkenaan kejadian.

itu saja (sila betulkan saya jika ada tersilap fakta)... Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam dimana-mana saja di bumi Tuhan ini...


Alex @ 15.11.2012

Monday, November 12, 2012

Nak Gambar Cantik?....BUAT!

Seperti kata Yaman Ibrahim ...


Nak Gambar Cantik?....BUAT!

...dalam THROUGH YAMAN'S EYE...


Yaman Ibrahim merupakan seorang jurugambar yang cukup berpengaruh dan dikenali dikalangan peminat-peminat fotografi di Malaysia malah dunia. Beliau telah memenangi banyak pertandingan fotografi samada dalam negara maupun luar negara. Gambar-gambar beliau di laman web foto bertaraf dunia juga mendapat sambutan dan undian yang tinggi setiap kali beliau "memposkan" gambar-gambar hasilan karya beliau...

Rupa-rupanya saudara Yaman ni cukup teliti dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan setiap karya beliau. Contohnya, beliau sanggup dan berani meredah sungai-sungai tempat penyeludupan beras siam di Kelantan untuk mencari tempat sesuai untuk menangkap gambar orang yang sedang menjala. Beliau mengakui tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan gambar orang menjala, tetapi untuk mendapatkan gambar orang menjala yang ‘sedap’ di pandang beliau kira agak sukar. Kerana pada beliau, foto itu perlu mengambil kira tempat, kostum, peralatan, pencahayaan, sudut penggambaran, serta waktu ianya diambil. SUKAR tetapi TIDAK MUSTAHIL!

Beliau berusaha mendapatkan rakit di Tumpat (tempat perancangan beliau untuk sesi photoshot di Pasir Mas Kelantan), menyewa lori untuk membawa rakit tersebut dari Tumpat ke Pasir Mas dengan menyewa lori. 

Seperti kata beliau "Nak tahu bagai mana susahnya nak dapatkan gambar yang cantik? Korang tengok ni, bagaimana susahnya aku panjat pokok serta berendam dalam sungai… kalau tersandung akar, alamat lenjunlah kamera ku …. Namun itu lah risiko yang perlu di hadapi demi untuk sekeping foto yang menarik."


Maka rasanya,  saya rasa bersyukur dapat berkongsi ilmu fotografi gaya beliau satu waktu dahulu. Semoga aura kehebatan dan kesungguhan serta kemenangan beliau akan memberikan saya semangat dalam merempuh dunia photography yang saya mula rasa bahangnya ditambah komitmen keja yang serba sedikit memberi kesan juga kepada hobi saya ini.

Beliau turut mengkagumi Rarindra Prakarsa (termasuk saya...).. dan sering menyebut nama RP sewaktu bersama beliau di KK satu ketika dulu berkaitan Tone Emas RP, ROL dan sebagaimana.

Ok cuba kita nilai beliau, berdasarkan keterangan sewaktu menghadiri Kelas Pencahayaan Studio oleg Bustaman Mokhtar ... 

"Siang tadi aku berada di White Studio, mengikuti kelas pencahayaan studio oleh saudara Bustamam Mokhtar. Beliau merupakan seorang fotografer fesyen dan potret yang masyhur di Malaysia ini. Hampir semua orang pernah lihat hasil kerja beliau, terutamanya yang menghiasi kulit majalah Glam selama bertahun tahun. Pun begitu beliau juga banyak mengambil foto untuk kerja2 komersial.
Aku sedar bahawa kita boleh mencuba pelbagai cara pencahayaan yang boleh di dapati dari pelbagai buku atau dari internet. Namun, dengan melihat atau mempelajarinya secara first hand dari penggiat industri adalah merupakan satu peluang yang jarang jarang diperolehi serta tidak harus di lepaskan. Terutamanya kepada sesiapa yang ingin bergiat secara serius dalam arena fotografi studio. Kini ramai yang cuba2 mengadakan kelas2 lanjutan untuk studio fotografi. Namun mereka berkemungkinan bukan merupakan pemain dalam industri secara regular. Maka cara pengajarannya juga berkemungkinan kurang berkesan."

 Semoga saya juga dianugerahkan rasa rendah hati serta dijauhi dari sikap dan sifat yang tidak elok sepanjang menyusuri "dunia karya bergambar" ini. Lagipun siapalah saya dalam dunia fotografi ini,  cuma seorang budak baru belajar ...

Nong Alexander Saidi

Saturday, November 10, 2012

Tukar nama?

Saya rasa, penglibatan saya dalam dunia fotografi adalah semata-mata kerana SENI. SENI yang terkandung dalam fotografi yang perlu dicari untuk dihasilkan.

Mungkin guna nama "Nong Alexander", mengambil kira panggilan timang-timangan saya dikalangan keluarga dan nama sebenarnya saya seperti yang diketahui oleh kawan-kawan.

Saya bermula dengan cuba menggunakan nama "Tanak Kampung Photography"... kemudian menggunakan nama sebenarnya saya "Alexander Saidi" walaupun ramai kawan-kawan saya meminta saya mengekalkan nama "Tanak Kampung" tersebut.

So??... bagaimana??? ...

Nong Alexander ... semoga bermanafaat

10.11.12

Search This Blog

Featured Images