YezZaaA.... hari ini July 3rd, 2013.. Hari Ulang Tahun saya dan yang hebatnya, saya raikan hari ini di Sutera Harbour ...
Hahaha....sebenarnya kebetulan sahaja, kerana selama 2 hari ini, saya menyertai Konvensyen KIK aka. Team Excellent peringkat Sabah/Sarawak di The Pasific, Sutera Harbour.
Fuhhhh....hebatnya, makan sedap dan turut dihadiri kawan dan peserta dari Sabah, Semenanjung Malaysia dan Sarawak (...hahahaha...). Seakan meraikan hari ini di tempat yang exclusive pula rasanya (perasantuttttt....)... but it's ok for me, sekurang-kurangnya ada juga kaitan hari ini dengan sesuatu yang baik dan bermanfaat. All about quality, creativity and inovation. Satu aura yang +ve for me.
...yang jarang-jarang terjadi.
Semoga hari ini menjadi permulaan yang gemilang untuk diri, hidup dan keluargaku.
Alhamdulillah...
Wednesday, July 3, 2013
Tuesday, July 2, 2013
Selamat Hari Jadi Alexander Saidi
Tanpa
saya sedari, hari ini 3hb Julai 2013 merupakan ulang tahun kelahiranku yang
ke.... tahun. Cepatnya masa berlalu. Dalam sepanjang melaluinya, saya dapat
merasakan betapa begitu sedikit pencapaian gemilang untuk diri saya sendiri
atau ibu bapa, keluarga dan isteri serta anaknya saya walaupun apa yang saya
harapkan jauh lebih besar lagi....
Malunya
saya ini, seorang yang masih kurang berjaya mencapai segala impian sendiri dan
keluarga. Belum mampu dibanggakan dalam segalanya, serba serbi kurang di sana
dan sini dalam setiap ruang kehidupan saya ini.
KENAPA?....
Ya Allah, dipagi ini aku memohon
petunjuk dari-MU untuk berjaya dalam kehidupan ini, seterusnya menjadi
kebanggaan buat ibu bapa dan orang-orang tuaku, seluruh kaum keluarga dan sanak
saudara serta isteri dan anak-anakku.
Ya Allah, Aku memohon rezeki yang
murah lagi bermanfaat. Engkau bukakanlah satu sumber pendapatanku dari sumber
yang tidak disangka-sangka olehku. Jika rezekiku itu masih dilangit,
turunkanlah ia kepadaku, jika masih didalam bumi, keluarkanlah ia untukku. Jika
sukar, permudahkanlah, jika jauh, dekatkanlah, jika haram, sucikanlah. Dan jika
sedikit, perbanyakkanlah untukku.
Ya Allah, Aku juga memohon kesihatan,
kekuatan tubuh badan dan budi pekerti serta tutur bahsa yang menyenagkan semua
orang. Lindungilah aku sepanjang masa dan limpahkan aku dengan cahaya keimanan
dan hidayah-MU.
Jadikanlah Hari Ulang
Tahunku ini sebagai sesuatu yang engkau redhai dan berkati. Jadikan juga ia
permulaan langkah gagahku mencapai semua cita-cita dan impian. Dan jadikanlah
ia permulaan kejayaan yang keberkataan dalam hidupku.
Ya Allah, Anugerahkanlah aku kejayaan dunia dan akhirat dan jadikanlah aku Hamba-Mu yang benar-benar bertakwa kepada-Mu. Makbulkanlah semua apa yang aku inginkan dan impikan sebagai kejayaan dan jauhkan aku dari segala yang tidak perlu dalam hidupku.
AMIN....AMIN....YA RABBAL ALAMIN....
Ya Allah, Anugerahkanlah aku kejayaan dunia dan akhirat dan jadikanlah aku Hamba-Mu yang benar-benar bertakwa kepada-Mu. Makbulkanlah semua apa yang aku inginkan dan impikan sebagai kejayaan dan jauhkan aku dari segala yang tidak perlu dalam hidupku.
AMIN....AMIN....YA RABBAL ALAMIN....
p/s ; dan hari ini juga genaplah sebulan saya berpindah
ke tempat kerja yang baru.... semoga lebih bermakna dan pastinya akan membuka seribu
pintu kejayaan dalam bidang kerjaya saya ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)