Tuesday, July 2, 2013

Selamat Hari Jadi Alexander Saidi



Tanpa saya sedari, hari ini 3hb Julai 2013 merupakan ulang tahun kelahiranku yang ke.... tahun. Cepatnya masa berlalu. Dalam sepanjang melaluinya, saya dapat merasakan betapa begitu sedikit pencapaian gemilang untuk diri saya sendiri atau ibu bapa, keluarga dan isteri serta anaknya saya walaupun apa yang saya harapkan jauh lebih besar lagi....

Malunya saya ini, seorang yang masih kurang berjaya mencapai segala impian sendiri dan keluarga. Belum mampu dibanggakan dalam segalanya, serba serbi kurang di sana dan sini dalam setiap ruang kehidupan saya ini.

KENAPA?....

Aku hanya ingin berdoa pada-MU Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam. Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa-apa yang dilangit dan dibumi....

Ya Allah, dipagi ini aku memohon petunjuk dari-MU untuk berjaya dalam kehidupan ini, seterusnya menjadi kebanggaan buat ibu bapa dan orang-orang tuaku, seluruh kaum keluarga dan sanak saudara serta isteri dan anak-anakku.

Ya Allah, Aku memohon rezeki yang murah lagi bermanfaat. Engkau bukakanlah satu sumber pendapatanku dari sumber yang tidak disangka-sangka olehku. Jika rezekiku itu masih dilangit, turunkanlah ia kepadaku, jika masih didalam bumi, keluarkanlah ia untukku. Jika sukar, permudahkanlah, jika jauh, dekatkanlah, jika haram, sucikanlah. Dan jika sedikit, perbanyakkanlah untukku.

Ya Allah, Aku juga memohon kesihatan, kekuatan tubuh badan dan budi pekerti serta tutur bahsa yang menyenagkan semua orang. Lindungilah aku sepanjang masa dan limpahkan aku dengan cahaya keimanan dan hidayah-MU.
Jadikanlah Hari Ulang Tahunku ini sebagai sesuatu yang engkau redhai dan berkati. Jadikan juga ia permulaan langkah gagahku mencapai semua cita-cita dan impian. Dan jadikanlah ia permulaan kejayaan yang keberkataan dalam hidupku.

Ya Allah, Anugerahkanlah aku kejayaan dunia dan akhirat dan jadikanlah aku Hamba-Mu yang benar-benar bertakwa kepada-Mu. Makbulkanlah semua apa yang aku inginkan dan impikan sebagai kejayaan dan jauhkan aku dari segala yang tidak perlu dalam hidupku.

AMIN....AMIN....YA RABBAL ALAMIN....



p/s ; dan hari ini juga genaplah sebulan saya berpindah ke tempat kerja yang baru.... semoga lebih bermakna dan pastinya akan membuka seribu pintu kejayaan dalam bidang kerjaya saya ini.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images