Malaysiaku Berdaulat
Tanah tumpahnya darahku
Rasanya kali ini sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September lebih patriotik dikalangan ramai rakyat Malaysia. Ini semua adalah disebabkan insiden ganas yang dicetuskan oleh pengganas-pengganas sulu beberapa hari sebelum kita menghadapi PRU 13. Beberapa perajurit kita (polis dan tentera) telah terkorban angkara perbuatan khianat pengikut-pengikut Kiram (yang mengaku kononnya sebagai Sultan Sulu) dalam meneruskan niat busuk hati mereka untuk merampas tanah Sabah ini menjadi milik mereka.
Syukurlah kedaulatan negara ini berjaya dipertahankan dengan penuh bermaruah dan bersemangat serta mendapat sokongan padu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Cuma saya terkilan sedikit bila masih ada petugas-petugas media yang selalu mengeluarkan perkataan ini dari mulut ;
" Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak / Malaysia termasuk Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei"
Ia seolah-olah membawa maksud Sabah dan Sarawak adalah sesuatu yang berbeza dengan dengan Semenanjung Malaysia.
Bagi saya, Sabah dan Sarawak bukannya menyertai Malaysia tetapi bersama-sama Tanah Melayu membentuk negara ini.
Perbezaan 6 tahun antara 31 Ogos dan 16 September bukanlah lama sangat. Jarak waktu sebegini sepatutnya telah menunjukkan satu garisan kemajuan yang tidaklah terlalu besar jurangnya antara Malaysia Timur dan Semananjung Malaysia sekarang.

Lihatnya gaji kakitangan kerajaan di Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang agak jauh bezanya.
Di Semenanjunga Malayisa, mereka ada elaun Cola dan bayaran perumahan yang jauh bezanya dengan kakitangan kerajaan di Sabah ini.
Kadang-kadang saya pun merasa hairan bila memikirkanya, cakap PM 1Malaysia tetapi yang tinggal
hamyalah beban kewangan yang tinggi terpaksa ditanggung oleh setiap individu kakitangan kerajaan di Sabah dan Sarawak.
Semoga PM kita akan sedar perkara ini ....
# PM ada datang di Tg Aru, KK pada 16 September 2013 untuk bersama-sama meraikan kemeriahan sambutan Hari Malaysia 2013 serentak di Sabah dan Sarawak sempena 50 tahun Sabah Maju dalam Malaysia. Semoga setiap amanat dan janji beliau pada hari tersebut akan menjadi kenyataan.

No comments:
Post a Comment