Thursday, February 18, 2010

Penolong penguasa SPRM didakwa rasuah

SHAH ALAM: Seorang penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah untuk tidak meneruskan siasatan ke atas seorang suspek siasatan kes rasuah, Oktober tahun lalu.

M Mohan, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh. Tertuduh didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah kerana disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia. Mohan juga didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama.

Kedua-dua tuduhan didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor, Tingkat 14, Plaza Masalam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, E9/E, Seksyen 9 di sini, antara pukul 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober tahun lalu. - Bernama



komen :
harapkan pagar, pagar makan padi..dari BPR sampai ke SPRM masih mcm tu..how about PDRM..JPN..etc..??


HM [19-2-2010]

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images