Thursday, April 28, 2011

Bengkel Kamera HD bersama FINAS

Tarikh 22-24 April 2011, tercatat satu lagi sejarah besar kepada saya apabila diterima untuk mengikuti satu bengkel berkaitan penerbitan dan editing filem oleh Finas yg dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Seni UMS. Kursus selama 3 hari sangat berbaloi kepada saya dr segi pengorbanan dengan cuti dan masa rehat. 22 April 2011 ialah cuti Good Friday dan disambung dengan cuti sabtu dan ahad. 

Hari pertama lebih kepada teknikal kamera dan memahami kamera untuk kegunaan merakamkan aksi. Hari kedua pula lebih kepada cara-cara membuat rakaman or shooting. Menggunakan pelbagai kaedah merakam, sudut2 menarik dan pelbagai lagi teknik. Bagus betul untuk merakam video perkahwinan or video korporat. Hari ketiga pula more then movie editing menggunakan software terkini dan terbaik. editing diajar direct oleg Finas Editor..

Rasanya matlamat saya mengikuti kursus ini tercapai. Ilmu pengetahuan melimpah ruah. Bengkel ini cukup memantapkan skill dan knowledge saya utk merakam video perkahwinan or mencuba buat video2 korporat :-) ... atau filem?..ya, tahap pembelajaran ini ialah filem..so seperti kata kwn2 sy time berbengkel, apalah sgt dgn membuat video kahwin dgn ilmu yg sebanyak ini :-) 

Time pula sangat padat dari pagi sampai ke malam tapi rasanya cukup berbaloi.

SYUKUR TUHAN dgn peluang ni. tidak sabar rasanya mau merakam video org2 kahwin. Tapi rasanya mo beli video cam yg betul2 POWER la dulu.. TERIMAKASIH FINAS..


Wednesday, April 20, 2011

Kadang-kadang kita memerlukan "kekurangan" untuk mendapatkan satu "kelebihan"


Sy ada satu pendapat bagaimana hebatnya TUHAN..betapa mmg DIA Maha Mengetahui apa2 yg terjadi didunia dan kehidupan ini. Betapa semua manusia sememangnya dianugerahkan dgn kekuatan dan kekurangan masing-masing. Apa yg ingin sy kongsikan ialah bagaimana kdg2 kita memerlukan "kekurangan" utk mencapai satu kelebihan dan akan berlaku situasi di mana "kelebihan" kita akan menghalang utk kita mencapai apa yg kita hajati.

Begini sajalah, terdapat satu pintu yang bersaiz 3 kaki tingginya dan 2 kaki luasnya. Disebalik pintu terdapat satu longgokan emas bernilai jutaan USD. Terdapat pula 2 org yang masing-masing mempunyai ketinggian yg berbeza. Seorang mempunyai ketinggian 6 kaki cukup dengan bentuk fizikal yg menggerunkan. Otot di sana-sini dengan kekuatan yg menakjubkan. Seorang lagi, seorang yg sering dipandang hina kerana mempunyai ketinggian cuma 2.9 kaki dan badan yg kecil.
Satu hari seorang Maharaja yg dermawan meminta kedua2 orang ini untuk memasuki pintu dan seterusnya mengambil emas tersebut utk menjadi milik kepada yg berjaya. Dengan syarat tidak boleh menundukkan badan dan tidak boleh memecahkan ruang pintu (kerana akan mengakibatkan emas tersebut hilang).. RASANYA SIAPA YANG AKAN MENDAPAT EMAS TERSEBUT DAN MENJADI JUTAWAN??..

So, itulah yg sy maksudkan dengan "kadang-kadang kekurangan itu satu kelebihan".. bersyukurlah dengan apa yg Tuhan berikan kepada kita kerana DIA yg Maha Mengetahui. Yg penting, carilah peluang utk menambahbaik diri kita sendiri. Itu yg penting.

Peringatan untuk diri saya sendiri, bersyukurlah dan selamat berfikir..

Monday, April 18, 2011

Cerita Si Telur Ayam

Dulu kerajaan dan pihak2 berkaitan "kesihatan" menyarankan makan telur..banyak khasiat..banyak protien dan mcm2 lagi. But now, kerajaan ckp telur skrg nda berapa bagus, byk kandungan kimia yg merbahaya. So "dilimitkan" semua lapisan masyarakat makan telur nda lebih 3 biji seminggu. Ini semua gara-gara TELUR TIRUAN yang heboh dikatakan baru2 ni (last2 tau juga berita tu berita palsu)..hmm, mcm mana la ni, kegemaran sia ni telur (dan cili padi)..klu boleh tiap2 kali makan mesti ada 2 benda ni. Paling best telur separuh masak..telur dadar pun ok..then telur mata lembu (yg kuning dia nda berapa masak tu..). Tapi skrg...aduhhh...napa ba boleh bgini ni.. KENAPA BAH KAU BERUBAH !!



Sampai sekarang juga masih bingung...mana yg dulu..TELUR KA AYAM?... hmmmmmmmmmmmmmmm ....

Telur ayam jantan ada ka?...

Wednesday, April 13, 2011

Hidup Umpama Taman

 "Menyelusuri kehidupan umpama melalui satu taman..penuh keindahan wlpun kdg2 tcucuk juga duri tajam. Tapi taman tetap taman, penuh keindahan dan kesenangan jiwa perasaan.."
Kata-kata di atas telah sy poskan dalam wallpost my FB pada 13/4/2011. Beginilah hidup sepatutnya, perlu "dirasakan" indah sentiasa agar benar2 memberi "kemanisan" kpd hidup kita. Ini semua mindset kita yg perlu distruktur semula utk mencari ertinya yg sebenar. I Like my own words seperti di atas..lahir dari ilham tidak disangka2..
Terfikir juga mau buka satu blog pasal motivasi seperti yg disarankan oleh rakan sy..but tunggulah..sy suka menulis bukan penulis.. hmmm...errkkk...leganya... :-)
 

Ceritera XPDC menawan Puncak Kinabalu (Part 2)

Tiba-tiba semalam Abg Ghani (salah seorg member sependakian time xpdc puncak kinabalu) bagi gambar siap "cuci" lagi dari kedai..thanks god ada jugalah kenangan setelah kamera dan video yg dibawa time tu ada masalah..

tangkap gambar dalam gambar..pakai HP supaya nampak mcm real kunun hahaha...

nah...mcm real tangkap pakai camera kn..kn..kn... (actly tangkap balik gambar tu pakai HP jarak dekat..)

Anyway, ..tenkiu Abg Ghani..and congratz coz dpt sampai ke puncak kinabalu sambil bw bendera MU..iskkkk...len kali jan lupa bendera Chelsea ba..(semalam Chelsea kalah agrt 3-1 dgn MU..Torres belum juga dapat sentuhan dia...aiyaaa...)

Sunday, April 10, 2011

Ceritera XPDC menawan Puncak Kinabalu (Part 1)

On 7-9 April 2011, sy menyertai xpdc utk menawan puncak kinabalu with my ofismate. Bertolak ke sana jam 9.00 am lebih kurang dri UMS untuk ke Kundasang bersama-sama dgn 15 org lagi peserta.Semangat berkobar-kobar untuk menawan puncak kinabalu yg sering diceritakan org. Berbekalkan training 5 hari rasanya cabaran kali ini melangkaui imaginasi semangat utk berada d puncak. Our BIG BOSS akan menyertai kami pada pagi 8 April 2011 di Kinabalu National Park. Hmmm...dapatkah ni?..tahankah?.."sandi" kali..bmacam-macam fikiran negatif menerpa d seluruh ruang fikir dan rasa..

Time bertolak ada 3 kenderaan digunakan (Avanza, Van, 4Wheel) dan semuanya PENUH!!!..Penuh dengan peserta dan barang2 yg dibawa bersama. "Ditolak" dengan kuasa dan ghairah utk menawan puncak gunung kinabalu, kami tpaksa singgah dulu di supermarket membeli keperluan tambahan (maggie kari letup, bread, bateri, plaster dan lain2 benda "kecil") kmdn pjalanan diteruskan sebelum "terpaksa" singgah sekali lagi di satu area di Tuaran untuk makan..baru sedar dari awal pagi perut ni nda terisi apa2 pun selain ANGIN.. huahuahua..

Sampai di D'VillaRina Lodge lebih kurang 1.00 pm utk bermalam sebelum awal pagi bisuk ke Kinabalu National Park. Di D'VillaRina Lodge sempat membeli kasut "adidas kampung" bila merasakan kasut adidas original yg sy beli sebelum ini belum mampu memberikan "grip" yg dimahukan. Yg best time ni bila si Tina and Hafiz bt iklan mcm iklan DIGI..hahah..kununnya DIGI ada di mana2..

Pengisian petang di D'VillaRina Lodge ialah ;

1. Mengisi perut di Nabalu Lodge...makan tomyam tapi aduh mak..PADASSSSSS..
2. Melawat  zone TAGAL di Sg. Moroli, Kg. Luantin...kununnya mau buat spa ikan di sungai tersebut (mau urut2 kaki b4 naik puncak kinabalu)..tapi kaciwa coz dimaklumkan oleh kaunter sna kami nda boleh masuk. Sebab?..1/2 jam sebelum itu ujan kuat dan air di sungai itu meningkat naik...so sungai jadi "kabut"..last2 bgambar2 sajalah di gate depan pusat tagal yg ada ikan besar tu..
3. Untuk menghilangkan serba sedikit rasa kaciwa, rombongan kami singgah di Pekan Ranau..lepak2 jap sana dgn kwn2. Ada juga kwn2 yg sempat lagi ke KFC Pekan Ranau mau rasa manuk KFC Ranau kali jejeje (Afiz, Alvin and CT)..di sini teringat time tahun 1994 bila bkunjung ke daerah ini utk mlawat sanak saudara. Masa tu, di Pekan Ranau kenderaannya boleh dikira..org2 yg jln or limpas-melimpasi pun sikit ja..skrg, fuh mcm teda ruangan kosong. cepatnya masa blalu..

Sampai di penginapan tercinta kmi mkn dulu (dinner)..yg best tu (nda sangka juga..) kami mkn pakai tray warna biru muda satu biji mcm try time sy sekolah d Sarawak duuuuulu..pas2 rehat2 (sambil buka2 baju kunun coz mau kasi biasa dgn kesejukan...hahaha..)..buat persiapan sikit utk pendakian yg dijangka bermula bisuk (cheehhh...)...tidurrrrr....zzzzzzz........

Search This Blog

Featured Images