Sy ada satu pendapat bagaimana hebatnya TUHAN..betapa mmg DIA Maha Mengetahui apa2 yg terjadi didunia dan kehidupan ini. Betapa semua manusia sememangnya dianugerahkan dgn kekuatan dan kekurangan masing-masing. Apa yg ingin sy kongsikan ialah bagaimana kdg2 kita memerlukan "kekurangan" utk mencapai satu kelebihan dan akan berlaku situasi di mana "kelebihan" kita akan menghalang utk kita mencapai apa yg kita hajati.
Begini sajalah, terdapat satu pintu yang bersaiz 3 kaki tingginya dan 2 kaki luasnya. Disebalik pintu terdapat satu longgokan emas bernilai jutaan USD. Terdapat pula 2 org yang masing-masing mempunyai ketinggian yg berbeza. Seorang mempunyai ketinggian 6 kaki cukup dengan bentuk fizikal yg menggerunkan. Otot di sana-sini dengan kekuatan yg menakjubkan. Seorang lagi, seorang yg sering dipandang hina kerana mempunyai ketinggian cuma 2.9 kaki dan badan yg kecil.
Satu hari seorang Maharaja yg dermawan meminta kedua2 orang ini untuk memasuki pintu dan seterusnya mengambil emas tersebut utk menjadi milik kepada yg berjaya. Dengan syarat tidak boleh menundukkan badan dan tidak boleh memecahkan ruang pintu (kerana akan mengakibatkan emas tersebut hilang).. RASANYA SIAPA YANG AKAN MENDAPAT EMAS TERSEBUT DAN MENJADI JUTAWAN??..
So, itulah yg sy maksudkan dengan "kadang-kadang kekurangan itu satu kelebihan".. bersyukurlah dengan apa yg Tuhan berikan kepada kita kerana DIA yg Maha Mengetahui. Yg penting, carilah peluang utk menambahbaik diri kita sendiri. Itu yg penting.
Peringatan untuk diri saya sendiri, bersyukurlah dan selamat berfikir..
No comments:
Post a Comment