Thursday, April 28, 2011

Bengkel Kamera HD bersama FINAS

Tarikh 22-24 April 2011, tercatat satu lagi sejarah besar kepada saya apabila diterima untuk mengikuti satu bengkel berkaitan penerbitan dan editing filem oleh Finas yg dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Seni UMS. Kursus selama 3 hari sangat berbaloi kepada saya dr segi pengorbanan dengan cuti dan masa rehat. 22 April 2011 ialah cuti Good Friday dan disambung dengan cuti sabtu dan ahad. 

Hari pertama lebih kepada teknikal kamera dan memahami kamera untuk kegunaan merakamkan aksi. Hari kedua pula lebih kepada cara-cara membuat rakaman or shooting. Menggunakan pelbagai kaedah merakam, sudut2 menarik dan pelbagai lagi teknik. Bagus betul untuk merakam video perkahwinan or video korporat. Hari ketiga pula more then movie editing menggunakan software terkini dan terbaik. editing diajar direct oleg Finas Editor..

Rasanya matlamat saya mengikuti kursus ini tercapai. Ilmu pengetahuan melimpah ruah. Bengkel ini cukup memantapkan skill dan knowledge saya utk merakam video perkahwinan or mencuba buat video2 korporat :-) ... atau filem?..ya, tahap pembelajaran ini ialah filem..so seperti kata kwn2 sy time berbengkel, apalah sgt dgn membuat video kahwin dgn ilmu yg sebanyak ini :-) 

Time pula sangat padat dari pagi sampai ke malam tapi rasanya cukup berbaloi.

SYUKUR TUHAN dgn peluang ni. tidak sabar rasanya mau merakam video org2 kahwin. Tapi rasanya mo beli video cam yg betul2 POWER la dulu.. TERIMAKASIH FINAS..


No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images