Tuesday, April 30, 2013

PM janji ganda usaha naik taraf hidup pekerja

PM janji   ganda usaha  naik taraf hidup pekerja  
 
Najib bersalaman dengan penduduk pada program sarapan pagi di Medan Selera Kepala Batas, Kubang Pasu, semalam. - Foto Aizuddin Saad/BH]
 
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menggandakan usaha untuk memastikan peningkatan taraf hidup setiap pekerja jika kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi mandat kukuh pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN juga akan memastikan pekerjaan bagi setiap warga serta memastikan akses kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran yang membantu meningkatkan pendapatan mereka.

“Saya dan rakan akan memastikan bakti pekerja Malaysia akan dihargai dengan menyediakan persekitaran terbaik untuk mereka dan ke-luarga untuk membina kehidupan yang bahagia di bumi tercinta ini,” katanya dalam amanatnya bertemakan ‘Pekerja Pemangkin Transformasi Negara’ sempena sambutan Hari Pekerja yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini, malam tadi.

Saya dan rakan akan memastikan bakti pekerja dihargai dengan sediakan persekitaran terbaik untuk mereka dan keluarga” Najib Razak, Perdana Menteri

Pengangguran rendah

Beliau berkata, 13 juta pekerja Malaysia juga mempunyai banyak sebab untuk bersyukur, antaranya kadar pengangguran negara yang rendah iaitu hanya 3.3 peratus pada Januari lalu berbanding negara maju seperti Sepanyol yang mencatatkan 26.2 peratus, kawasan Euro (12 peratus), Perancis (10.7 peratus), Amerika Syarikat (7.9 peratus) dan Australia (5.4 peratus).

Perdana Menteri berkata, kos kehidupan di negara ini juga terkawal dengan angka tunjuk inflasi untuk Januari tahun ini 1.3 peratus, sementara kadar kemiskinan relatif menurun kepada 1.7 peratus dan pendapatan perkapita meningkat kepada AS$9,700 pada tahun lalu.

“Semua ini hasil kerajaan yang mendahulukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat atas segala dukungan serta sokongan lebih 13 juta tenaga pekerja Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN juga dalam usaha memodenkan perundangan berkaitan perburuhan bagi memantapkan jaringan keselamatan sosial pekerja.

Bagi membantu pekerja mendapat manfaat penciptaan peluang kerja baru, iaitu 3.3 juta pekerjaan yang diunjurkan di bawah pelaksanaan program transformasi ekonomi negara menjelang 2020, kerajaan memperuntukkan RM3.7 bilion di bawah Belanjawan 2013 bagi melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

Modenkan perundangan

Katanya, dalam memodenkan perundangan berkaitan perburuhan, kerajaan menambah baik Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menaikkan syarat kelayakan umur Skim Pencen Ilat daripad belum mencapai umur 55 tahun kepada belum mencapai umur 60 tahun supaya selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012. - BERNAMA 
 
:: Sumber : Berita Harian Online, 2013/05/01 - 07:10:49 AM 
 
 
P/S ; Nampaknya isu elaun perumahan dan tuntutan penambahan beberapa elaun kritikal kakitangan awam tidak ditimbulkan. Mungkin PM lebih mengutamakan perjalanan PRU 13. Kita bagilah dia peluang dan cuba memahami situasi beliau. Mungkin selepas ini (kalau menang...) pasti beliau akan kembali meneliti isu-isu yang telah ditimbulkan oleh CUEPACS dan pasti juga akan meluluskan demi keadilan dan keperluan hidup para penjawat awam negara yang hanya tahu di "hentam" oleh masyarakat sekeliling.

Selamat Hari Pekerja Tahun 2013 kepada 13 juta pekerja di Malaysia

Hari ini 1 Mei 2013...


Hari ini Hari Pekerja seluruh Malaysia...
Hari ini Cuti UMUM kepada semua yang bekerja...
Hari ini jutaan pekhidmat awam seluruh negara menyusun harap dapat mendengar salam gembira...
Hari ini juga rasanya terlalu ramai yang hampa... kerana tiada berita apa-apa...

Hari ini PM diam... CUEPACS diam... hampir semua TV diam... kebanyakan Akhbar juga diam... semuanya seperti diam-diam saja...
hanya dalam RTM tertahu mengutus suara... itupun sekadar amanat menyampai tema... "Pekerja Pemangkin Transformasi Negara"... kepada 13 juta yang bekerja seluruh Malaysia...

Hari ini juga.. saya pun duduk diam-diam di rumah... tidak lakukan apa-apa...

Hari ini saya layari dunia maya melayan kepala... rakam apa yang difikir di minda...

Oh ya.. tarikh mengundi sudah dekat, patutlah isu CUEPACS tidak melekat
Mungkin lepas 5 Mei ini barulah isu kembali terangkat
"Kita" lihat dulu : wajar benarkah dan layak betulkah isu tersebut diangkat ??
Dengan siri "pilih memilih" 5 Mei menjadi ukur tingkat...
: wajar benarkah dan layak betulkah isu tersebut diangkat !!


Semoga elaun perumahan pekhidmat awam negara di tanah Sabah dan Sarawak
dapat dikaji semula oleh pakar-pakar yang bukan "pelawak"
samaratakan bayaran kediaman biar sama selaras dengan erti rumah kawan-kawan dari sebelah sana
yang datang ke sini di atas tanah dan penginapan yang sama juga nilai harga
kerana masing-masing memberikan khidmat yang  pentingnya nampak serupa
kepada warga dan masyarakat satu negara atau "luar negara"

Hari ini 1 Mei 2013...

...Selamat Hari Pekerja kepada kepada seluruh warga pekerja di Malaysia, yang khabarnya telah mencapai nilai juta ke-tigabelas...
JUGA KEPADA SEMUA YANG SENTIASA BEKERJA KERAS !!

Friday, April 26, 2013

PRU 13 Tahun 2013

Pilihanraya Umum ke-13 Negara kita Malaysia telah ditentukan pada 5 Mei 2013 (setelah penamaan calon pada 20 April 2013).

Dan apa yang saya lihat hanyalah satu senario politik yang semakin sengit dan penuh karenah serta tipu muslihat antara parti-parti yang bertanding berbanding tahun-tahun sebelum ini. Rasanya saya mula mengundi pada Pilihanraya tahun 1999 di mana secara tidak langsung saya terlibat dalam kempen kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk mengalahkan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah memandangkan my mum adalah orang kuat Barisan Nasional di kawasan N21 Kawang dan parlimen Papar. Dan akhirnya PBS "tumbang" juga akhirnya melalui beberapa "kejadian" ketika itu seperti kawasan pilihanraya baru oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), politik wang/tabur wang, tangki biru, kempen dengan semua saluran media oleh kerajaan dan pastinya "pesta lompat si katak lompat" oleh beberapa jaguh politik PBS. Maka bermulalah era 2 tahun menjadi Ketua Menteri seperti yang dijanjikan oleh pihak BN serta pemaustautin UMNO secara tetap di negeri ini. PBS tersungkur walaupun mempunyai undi yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan parti-parti yang lain. Lalu dirakamkan ayat "PBS menang undi popular"...

Tetapi pada masa itu "pukulan" pembangkang tidaklah sehebat masa ini. PAS hanyalah tertumpu di Kelantan dan Terengganu manakala DAP cuma gagah di kawasan bandar/bandaraya besar. Rasanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru mula bertatih jalan ketika itu. Gabungan yang mulanya dinamakan "Pilihan Alternatif" sebelum bergelar "Pakatan Rakyat".

Tahun 2008 menyaksikan kebangkitan mendadak pihak pembangkang seluruh negara (syukur PBS sudah kembali ke pangkuan BN). 5 buah negeri ditawan oleh apa yang dikata orang "Pakatan Rakyat" berupa gabungan PKR, PAS dan DAP. Ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang serta menyaksikan kekalahan mengejut jaguh-jaguh BN seperti Datuk Sammy Vellu dan Datuk Sharizat. Berbagai punca dikenalpasti sebagai punca kekalahan BN selepas itu... antaranya ialah Isu Islam Hadhari, ketokohan Perdana Menteri ketika itu (Pak Lah) serta penggunaan menyeluruh kepada kekuatan saluran internet oleh Pakatan Rakyat pada masa tersebut. Nsib ada Sabah dan Sarawak !! ...

Dan tanpa disedari bahang itu kembali lagi. Mungkin penuh drama, perkara luar jangka dan pertunjukkan strategi yang jauh lebih mendebarkan. 

Saya hanya ingin menumpukan cerita politik di tanahair saya sendiri sahaja. Apa lagi kalau bukan Sabah. Walaupun Isu Pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas-pengganas Sulu atas arahan gila seorang tua bodoh masih segar dalam ingatan setiap warga, namun saya tetap berdoa dan berharap semoga gaya politik Sabah tetap berkekalan seperti dahulu. Biarlah suasana pilihanraya di Sabah ini tidak dipengaruhi oleh gaya kotor dan kasar dari sebelah Semenanjung. Budaya menghina dan menimbulkan isu agama (islam-kristian) jelasnya tidak sesuai di sebelah Sabah atau Sarawak.

Rasanya, apa yang kita semua sepatutnya lakukan sekarang (sebagai warga Malaysia yang menyayangi negara ini, kemakmuran dan keadilannya) ialah saling memanjatkan doa kepada Tuhan semoga DIA akan hanya memberi izin-NYA kepada insan-insan terbaik dan paling bertanggungjawab serta layak untuk memimpin negara ini.

Dirgahayu Malaysia dan sinambungan generasiku...


Sunday, April 21, 2013

3 Tahun sudah lah...


Sedar tidak sedar, sudah mencecah 3 tahun usia puteriku ini... cepatnya masa berlalu..
semoga hari yang mendatang terus memberikan sesuatu yang indah dan terbaik kepada kami sekeluarga... Amin

Saturday, April 20, 2013

My Official Graduated Day



 Finaly..
Alhamdullillah... Allahuakbar... !!!
21.10.2012

(Gambar studio edit sendiri...kononnya mau buat mcm Gangnam Style tapi mcm tidak jadi...)

Menanam tebu dibibir manis??..

:: penanaman mesti dalam bentuk garisan selari. kata saya ; satu baris !

:: keadaan asal bibit.. Original from Tenom

:: kawasan perancangan untuk penanaman (sebelum)

:: baris yang telah disukat dengan kadar panjang dan lebar yang 99% tepat

Sumber : Foto lama (kamera handphone, Nokia Express Music), sekitar tahun 2010.

...ini adalah iktiar saya dalam usaha untuk menanam sejenis sayur yang akan kelihatan seperti tebu. Bibitnya telah dibawa oleh uncle saya dari Tenom. katanya sesuai untuk ditanam di kawasan rumah tempat saya menumpang ini. Sukacita dimaklumkan, pokok-pokok ini telah tidak dapat ditumbuhkan dengan jayanya. Mungkin saya telah teraplikasi teknik yang lebih jauh ke hadapan (mendahului zaman) atau sebab lain yang saya tidak berjaya dikesan oleh sesiapapun manusia di planet ini hingga sekarang !!

Sekian, dimaklumkan.
 

Projek tanam bunga

Cuba-cuba tanam bunga on 20/12/2010







KIK kick

Sekitar suasana Konvonsyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat UMS tahun 2010. Sewaktu ini saya telah dilantik sebagai Juruacara Majlis oleh pihak urus setia pertandingan.

Rasanya ini kali kedua saya terlibat dengan aktiviti KIK. Sebelum ini Konvonsyen KIK peringkat IPTA yang mana UMS telah dipilih menjadi Tuan Rumah. Juga sebagai Juruacara Majlis serta juga Pegawai Pengiring (LO) kepada peserta dari UNIMAS.

 








Aktiviti Teambuilding di Kiulu White Water Rafting

Tarikh : 30 September 2012

Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK kepada aktiviti Teambuilding peringkat Jabatan Pendaftar. Aktiviti ini merupakan salah satu kandungan aktiviti yang lebih besar jabatan kami iaitu Program Corporate Socials Responbility (CSR) di mana saya juga diamanahkan menjadi Ketua AJK Pelaksana (Ketua asalnya, iaitu Pegawai Atasan saya sedang bercuti kahwin..).

Berbalik kepada aktiviti teambuilding ini, saya dengan persetujuan semua AJK dan pihak pengurusan (melalui kertas kerja yang telah saya siapkan) telah memilih aktiviti rafting sebagai pengisiannya (saya akan terangkan dalam entri yang lain sebab dan alasan pemilihan ini).

Tempatnya pula ialah di Kiulu White Water Rafting yang terkenal itu.

Mahu tahu satu rahsia?.. saya mencuba strategi 3S sepanjang pelaksanaan program/aktiviti. Mencuba sesuatu yang baru yang ianya agak berjaya walaupun terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Strategi ini saya pelajari dalam kursus perancangan dan pengurusan strategik dulu. Tetapi untuk memantapkannya, saya campurkan dengan beberapa kaedah dan teknikal yang juga saya pelajari dari beberapa sumber. Ramuan yang agak berjaya dengan kualiti campuran yang bersesuaian.

Namun, disebalik itu semua, hati saya sentiasa (tidak berubah pun) untuk berbicara dengan Dr. M. Saya mahu berkongsi idea-idea strategiknya, kaedah pelan atau perancangan nya dan lain-lain hal berkaitan pentadbiran.

Oh ya, kepada yang mahu tahu apa iyu Strategi 3S, kalau berkesempatan dan diizin oleh-NYA, saya akan bercerita tentang itu. Dan kepada yang sudah mengertahuinya, rajin-rajinlah berkongsi dengan rakan dan taulan ya.... ilmu itu Tuhan bagi percuma, janganlah "lokek" berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

Simbol tangan OK

OK,okey,okay,okies dll adalah perkataan yang sama dgn ejaan yang berbeza. Dari mana perkataan OK yang difahami oleh semua bangsa di dunia ni macam-macam fakta yang ada. Ada yag kata dari orang Jerman dan macam2 versio ada. Bagaimana pula dengan simbol jari ok ni? semua orang faham kan?..ada juga yg ckp tanda ni bermula zaman perang di Eropah dulu yg kembali dari medan perang dan bila tiada kehilangan nyawa akan sign mcm ni tandanya zero kill atau 0 kill..

O.R. DISALAH ANGGAP JADI O.K.

Selain itu, dakwaan terawal penggunakan O.K. ialah dalam rekod tahun 1790 dari mahkamah Summer County, Tennesse. Ia ditemui pada tahun 1859 oleh seorang ahli sejarah bernama Albigence Waldo Putnam. Walaupun begitu, ada yang berpendapat bahawa rekod tulisan tangan tersebut bukan mencatat O.K. tapi O.R. iaitu satu kependekan dari perkataan "Ordered Recorded". Woodford Heflin, staf penulis Dictionary of American English telah melakukan analisa fotografi terhadap tulisan tersebut. Beliau juga menyokong bahawa perkataan yang ditulis itu ialah O.R. bukan O.K. (sumber: en.wikipedia.org)

Ada pendapat lain yang menyebut bahawa OK berasal dari satu jenaka. Pada musim panas 1838, seorang kolumnis akhbar di Boston telah memulakannya. Dia telah menggunakan kependekan yang sengaja disalah eja. Sebagai contoh, O.W. digunakan untuk meringkaskan perkataan "all right". Pada bulan Mac 1839, perkataan O.K. telah digunakan sebagai ringkasan kepada perkataan "all correct" tetapi adalah hasil dari ejaan yang salah iaitu "oll korrect".

KISAH OLD KINDERHOOK YANG KALAH

Menurut kajian, O.K. mungkin sudah dilupakan bersama jenaka O.W. dan sebagainya itu jika Presiden Martin van Buren yang lahir di Kinderhook, New York tidak berkempen pada tahun 1840 untuk dipilih semula. Beliau bergelar "Old Kinderhook". Pada masa itu "Kelab O.K." telah ditubuhkan di serata negara. "Old Kinderhook" kalah, tapi O.K. telah mendapat tempat yang kekal dalam bahasa Inggeris Amerika.

Sebenarnya sebelum tahun 1900 penggunaan O.K. tidaklah popular. Sasterawan Mark Twain tidak pernah menggunakannya. Abad kedua puluh dianggap sebagai abad OK. Mungkin ia digalakkan oleh Presiden Woodrow Wilson. Beliau menggunakan perkataan "okeh" dalam dokumen-dokumen rasmi. Beliau gunakan ejaan "okeh" kerana beliau tersalah anggap bahawa ianya berasal dari bahasa kaum Indian Choctaw. Pada masa kini, kita hidup dalam dunia OK. Sukar untuk membayangkan satu perbualan atau sesi komputer tanpa penggunaan sebarang OK.

ASALNYA PERKATAAN RUMPUN MELAYU?

Walaupun OK telah menjadi begitu popular, asal usul perkataan ini masih dikaji oleh para sarjana. Sejak tahun 1960, terdapat 4 saranan mengenai asal-usul OK yang telah mendapat sokongan material akademik:

1. Berasal dari "Ola Kala" iaitu perkataan Greek yang bermaksud "semuanya bagus" atau "bagus". Ia telah digunakan oleh para pekerja yang membina jalan keretapi di Amerika.
2. Akronim (kependekan) yang berunsur jenaka yang disalah eja iaitu "oll korrect".
3. Dari perkataan kaum Indian Choctaw berbunyi "okeh".
4. Perkataan kaum Wolof dan Bantu berbunyi "waw-kay" atau perkataan kaum Mande yang berbunyi "o ke".

KESIMPULAN

Kita dapat lihat bagaimana satu perkataan yang tidak diketahui asal-usulnya apatah lagi maknanya telah menyerap masuk ke bahasa Inggeris Amerika, lantas ke dalam bahasa-bahasa lain di dunia. Versi asal usul O.R. yang disangka O.K., atau jenaka ejaan salah "oll korrect", atau kisah "Old Kinderhook", malah penggunaan "okeh" oleh Woodrow Wilson yang terbit dari salah sangka, semuanya menunjukkan bahawa Barat juga bukanlah sumber yang amat ilmiah malah ada antara yang ada pada mereka itu penuh dengan ketidak-pastian. Tujuan artikel ini bukan untuk menyelar Barat, tapi sebagai bahan renungan untuk menyedarkan kita agar jangan ikut saja apa yang diperkenalkan oleh Barat itu tanpa usul periksa.

Kalaulah benar OK itu berasal dari perkataan kaum Indian Choctaw "okeh", maka eloklah kita tahu bahawa kaum Red Indian di Amerika itu adalah dari rumpun Melayu. Adakah wujud perkataan "okeh" dalam bahasa Melayu? Setakat yang saya tahu, belum ada sebarang bukti yang boleh dihujahkan, tapi tidak mustahil ianya wujud dan dapat dibuktikan bila bukti bertulis (contohnya batu bersurat) ditemui. Saya lebih cenderung berpendapat bahawa ia berasal dari satu perkataan dari satu bangsa atau suku kaum. Kemudian ianya dipendekkan kepada OK saja setelah timbul jenaka "oll korrect" dan kisah "Old Kinderhook", yang popular dengan cepat kerana ia tersebar dengan meluas dalam masa yang singkat.

OK? Semuanya OK? OK cukuplah sampai di sini....kemudian disingkatkan dalam versi Sabah...K...

Photobucket
Bagaimana ia bermula?
Ini jawapannya…
Photobucket

Laga anjing di Pakistan

Pakistan, sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk seramai 167 juta orang. Diiktiraf sebagai negara islam yang mempunyai kekuatan ketenteraan paling kuat di dunia islam. Namun jauh di kawasan pedalaman negara islam tersebut, aktiviti "laga anjing" merupakan satu perkara yang sangat diminati. Kawasan ini mewakili 70% jumlah penduduk keseluruhan negara kuasa nuklear itu. Aktiviti ini tidak dibenarkan oleh kerajaannya tetapi "dibenarkan" oleh rakyat negara tersebut di kawasan itu. Bagaimana mahu mengalahkan Amerika sedangkan "pelaga anjing" pun masih gagal dibanteras?


Bagaimana Memulakan Perniagaan Kecil-kecilan

Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secara kecil-kecilan dari rumah? Saya rasa ini satu soalan yang baik kerana antara matlamat saya menulis buku, menganjurkan kursus dan mewujudkan blog ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu kita menceburkan diri dalam perniagaan ini. 

Maklumlah rata-rata kita lihat,kedai kek dimana-mana bandarpun dimonopoli oleh satu kaum saja. Belum tentu apa yang dijual itu Halal. Sebagai umat Islam, persoalan halal haram adalah sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama melaksanakan Jihad Ekonomi.

Apa yang akan saya paparkan disini adalah dari pengalaman saya berniaga kecil-kecilan selama 10 tahun sejak saya meletakkan jawatan sebagai wartawan majalah. Saya mengambil tempahan kek dan biskut raya. Pernah tempahan biskut raya saya mencapai 35,000 biji sedangkan saya tiada pekerja, hanya bantuan ahli keluarga.Lain orang lain pengalamannya. Harap dapat dijadikan panduan sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah menjadi usahawan berjaya. Insyaallah.

1. Dapatkan ilmu
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

2. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

3. Promosi
Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda. Atau boleh lihat di Promosi Pakej Iklan di Alkiram.net 

4. Menjaga Pelanggan
Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

5. Sikap yang Positif
Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

6. Peralatan yang cukup
Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

7. Mendaftarkan perniagaan
Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.
Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.

PANDUAN MELETAK HARGA JUALAN PADA KEK/ BISKUT DLL

Artikel ini telah D sediakan dahulu dan telah berkongsi panduan ini diberapa grup masakan. Diharap ?Panduan Meletak Harga? ini dapat digunakan bagi anda yang baru bermula berjinak-jinak menjual hasil kek/ kuih/ biskut.

D sekadar ingin berkongsi informasi yang tidak seberapa ini. Panduan inilah yang telah D gunakan untuk menetapkan harga ataupun bila D membuat survey harga pasaran bagi kek/kuih/biskut.
SEBELUM MELETAK HARGA

1. Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega, kekacang akan naik sedikit).

2. Tingkatkan daya creativiti anda lihat cara orang lain menghias kek atau cara mereka pek kek/kuih/biskut mereka dan ambil ikhtibar untuk memajukan apa yang anda lakukan.

3. Adakan perbincangan antara ahli keluarga atau kawan terdekat bila anda rasa kurang pasti berapa harga yang harus anda letak pada kek/kuih/biskut yang telah dihasilkan.

*** Jangan sesekali turunkan harga sehingga menjunam hanya semata ingin menarik pelanggan. Ada mungkin akan ada masalah dihari muka sekiranya, ada pelanggan baru yang datang untuk membeli dan mengatakan “Hari itu Cik A ada beli harga RM8 tapi kenapa dah jadi RM12?” Pelanggan bila merasa kek itu sedap dan bila mereka bertanyakan harga dan harga itulah yang mereka harapkan akan dapat membelinya. Satu cara lagi anda boleh terangkan kepada pelanggan anda kenaikkan harga adalah disebabkan oleh kenaikkan bahan yang digunakan dll. ***

FORMULA UNTUK MELETAK HARGA KEK/KUIH/BISKUT

1. Formula yang D selalu gunakan sebagai panduan adalah untuk kita senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk resipi tertentu. Disini D berikan contoh resipi Carrot Cake Sifu Suria. 2 adunan resipi akan dapat menghasilkan 8 loyang bulat. Harga barangan adalah dari Saudari Hasnee (Resipi.Net). Kalau anda berada di Singapura, ikut matawang SGD la ye.

Harga Bahan yang Diperlukan
Karot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM35.00

2. Bila sudah mendapatkan Jumlah Keseluruhan gunakan ratio 1.3 – 1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda mahukan. Sebagai contoh Carrot Cake ini Diana menggunakan ratio 1.3.

Formula

RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang Diambil)

RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50
Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10 (=-)

So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya adalah = RM10

Ratio yang Diana berikan dari 1.3 – 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak mengambil untung yang terlalu berlebihan. Tetapi sekiranya pada musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise ratio kepada 2.0 – 2.2. Jangan letak harga yang terlalu tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari Allah swt.

MARKETING STRATEGY YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK PROMOTE KEK/KUIH/BISKUT YANG DIHASILKAN

1. Bila menghasilkan Kek/Kuih/Biskut untuk pertama kali, boleh gunakan cara seperti berikan Harga Promosi tapi berikan juga haribulan Harga Promosi itu diadakan. Macam kita shopping kat mall tu. Haaa dan juga bersedia untuk segala pertanyaan, misalnya jika Harga Promosi = RM7.50 dan Harga Jualan Biasa = RM10 katakan promosi ini adalah untuk mendapat feedback dari kawan-kawan sedap tak kuih yang dihasilkan dan ada apa-apa yang dapat anda tingkatkan sebelum anda meletak harga RM10 untuk kuih ini.

2. Print Nama. Alamat, Contact Nama di kertas buat cam ni haaa :-
Jika anda ingin order sila hubungi:-
Saudari ABCXYZ
Tel: 123456789 / 987654321
Buat lawa-lawa sikit pakai kertas warna kuning ke, biru ke font kasi lawa tebal sikit senang kalau makcik-makcik dah tua tengok number anda kalau nak order buat sikit design supaya lebih menonjol. Insyallah, jika kawan anda katakan kek sedap. Haaa inilah masanya mereka akan cakap kat kotak tu tadi ada no telefon orang ni haa boleh order.
Anda juga boleh sediakan namecard, untuk memudahkan pelanggan baru untuk mendapat butiran anda jika mereka ingin menempah. Gunakan daya kreativiti anda, anda boleh juga menempah kotak yang istimewa untuk anda pekkan produk anda. Ini akan memudahkan pelanggan jika mereka ingin memberikan kek/biskut/kuih sebagai hadiah.

3. Tak tahu nak promosi kepada siapa?? Kalau ada bekerja, buat sample kuih pass around di ofis dan katakan anda dah bersedia untuk membuat kuih ini, jika ingin order berikan detail seperti size loyang yang disediakan, berapa tinggi kuih dan harga kuih berkenaan. Kalau ada camera snap gambar tersebut dan tunjukkan kepada bakal pelanggan anda.

4. Kalau anda tidak bekerja, berikan sample pada jiran-jiran untuk merasa dan boleh anda minta tolong dari saudara terdekat untuk promosi kepada kawan-kawan mereka.

5. Buatlah kuih/kek/biskut yang sedap dari segi rasa, menarik dari segi rupa dan kekalkan standard cara anda menghasilkan kuih tersebut atau kalau boleh naikkan standard dari segala aspek. Pelanggan kalau dah rasa sekali sedap, mereka inginkan rasa yang sama lagi.

Sedikit nasihat, jika pelanggan cakap ehhh sedap kek yang you buat ini, boleh tak saya minta resipinya. Sekiranya resipi tersebut adalah dari blog ?Resipi Diana? berikanlah resipi tersebut lagipun D berkongsi resipi disini ikhlas untuk semua.
Mesti kita semua pernah terasa dulu bagaimana hampanya kita jika hendak sesuatu resipi tapi tidak dapat. Begitu juga dengan mereka. Mana tahu bila anda memberi resipi tersebut, mereka sungguh berterima kasih dan mendoakan semoga perniagaan anda bertambah maju. Kita tidak tahu tapi Allah swt tahu. Dan jangan ler lupa promote sikit blog ini, untuk mendapat keberkatan bersama?

P/S ; Sumber cerita 'SAYA' dari Hajah Noraini yangtelah berkecimpung dalam bidang masakan ini sejak 12 tahun yang lalu.Kini telah membuka pusat masakan beliau sendiri yang diberi nama ANIZ BAKING CENTRE bertempat di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Pusat ini menganjurkan pelbagai jenis kursus masakan kepada kaum wanita atau lelaki yang berminat .Disamping itu beliau menjadi penulis buku masakan dan telah menghasilkan 3 buah buku iaitu Variasi Kek Lapis, Kompilasi Hidangan Kek dan Kompilasi Hidangan Berkeju. Buku beliau yang akan terbit pada tahun 2010 ialah Citarasa Biskut Popular dan Himpunan Petua-petua Masakan. Turut menyumbang artikel dan resipi untuk majalah SAJI, KELUARGA, NUR dan lain-lain.Berhasrat menyebarkan ilmu masakan kepada orang ramai melalui kursus dan penerbitan buku-buku masakan yang berkualiti supaya dapat mengembangkan dan memajukan industri masakan di kalangan Bumiputera.

Kredit  juga kepada http://alkiram.net/


Kursus Transformasi Pegawai (Khas) UMS Bil.4/2012 : BTN Kundasang

Sememangnya antara pengalaman yang menarik bagi saya, walaupun hakikatnya, banyak kursus seumpamanya yang jauh lebih menarik telah saya ikuti sebelum ini. Kem Biro Tatanegara (BTN) merupakan kem BTN tercantik dan terbaik di Malaysia ketika ini. Mungkin atas sebab itu saya memang sentiasa teruja jika berpeluang ke sini.


 Saya sedang menerangkan struktur dan info kumpulan kami dengan dibantu oleh 2 rakan saya, Cik Mira dan Cik Melinda semasa kursus.


 Makan time di dewan makan Kem BTN. Bersama saya ialah En. Madrashid, rakan sepejabat saya. Beliau juga meminati dunia photography seperti saya dan sempat "outing" selepas kursus.


Saya pun lupa siapa yang mengambil gambar ini. 
Masa ini ialah majlis penutupan kursus. Selain menjadi peserta, saya juga turut dilantik sebagai photographer oleh pihak Urus Setia. Terima kasih di atas kepercayaan dan semoga gambar-gambar yang saya telah serahkan memuaskan hati. Sebarang kekurangan saya mohon maaf.


Search This Blog

Featured Images