Saturday, April 20, 2013

Simbol tangan OK

OK,okey,okay,okies dll adalah perkataan yang sama dgn ejaan yang berbeza. Dari mana perkataan OK yang difahami oleh semua bangsa di dunia ni macam-macam fakta yang ada. Ada yag kata dari orang Jerman dan macam2 versio ada. Bagaimana pula dengan simbol jari ok ni? semua orang faham kan?..ada juga yg ckp tanda ni bermula zaman perang di Eropah dulu yg kembali dari medan perang dan bila tiada kehilangan nyawa akan sign mcm ni tandanya zero kill atau 0 kill..

O.R. DISALAH ANGGAP JADI O.K.

Selain itu, dakwaan terawal penggunakan O.K. ialah dalam rekod tahun 1790 dari mahkamah Summer County, Tennesse. Ia ditemui pada tahun 1859 oleh seorang ahli sejarah bernama Albigence Waldo Putnam. Walaupun begitu, ada yang berpendapat bahawa rekod tulisan tangan tersebut bukan mencatat O.K. tapi O.R. iaitu satu kependekan dari perkataan "Ordered Recorded". Woodford Heflin, staf penulis Dictionary of American English telah melakukan analisa fotografi terhadap tulisan tersebut. Beliau juga menyokong bahawa perkataan yang ditulis itu ialah O.R. bukan O.K. (sumber: en.wikipedia.org)

Ada pendapat lain yang menyebut bahawa OK berasal dari satu jenaka. Pada musim panas 1838, seorang kolumnis akhbar di Boston telah memulakannya. Dia telah menggunakan kependekan yang sengaja disalah eja. Sebagai contoh, O.W. digunakan untuk meringkaskan perkataan "all right". Pada bulan Mac 1839, perkataan O.K. telah digunakan sebagai ringkasan kepada perkataan "all correct" tetapi adalah hasil dari ejaan yang salah iaitu "oll korrect".

KISAH OLD KINDERHOOK YANG KALAH

Menurut kajian, O.K. mungkin sudah dilupakan bersama jenaka O.W. dan sebagainya itu jika Presiden Martin van Buren yang lahir di Kinderhook, New York tidak berkempen pada tahun 1840 untuk dipilih semula. Beliau bergelar "Old Kinderhook". Pada masa itu "Kelab O.K." telah ditubuhkan di serata negara. "Old Kinderhook" kalah, tapi O.K. telah mendapat tempat yang kekal dalam bahasa Inggeris Amerika.

Sebenarnya sebelum tahun 1900 penggunaan O.K. tidaklah popular. Sasterawan Mark Twain tidak pernah menggunakannya. Abad kedua puluh dianggap sebagai abad OK. Mungkin ia digalakkan oleh Presiden Woodrow Wilson. Beliau menggunakan perkataan "okeh" dalam dokumen-dokumen rasmi. Beliau gunakan ejaan "okeh" kerana beliau tersalah anggap bahawa ianya berasal dari bahasa kaum Indian Choctaw. Pada masa kini, kita hidup dalam dunia OK. Sukar untuk membayangkan satu perbualan atau sesi komputer tanpa penggunaan sebarang OK.

ASALNYA PERKATAAN RUMPUN MELAYU?

Walaupun OK telah menjadi begitu popular, asal usul perkataan ini masih dikaji oleh para sarjana. Sejak tahun 1960, terdapat 4 saranan mengenai asal-usul OK yang telah mendapat sokongan material akademik:

1. Berasal dari "Ola Kala" iaitu perkataan Greek yang bermaksud "semuanya bagus" atau "bagus". Ia telah digunakan oleh para pekerja yang membina jalan keretapi di Amerika.
2. Akronim (kependekan) yang berunsur jenaka yang disalah eja iaitu "oll korrect".
3. Dari perkataan kaum Indian Choctaw berbunyi "okeh".
4. Perkataan kaum Wolof dan Bantu berbunyi "waw-kay" atau perkataan kaum Mande yang berbunyi "o ke".

KESIMPULAN

Kita dapat lihat bagaimana satu perkataan yang tidak diketahui asal-usulnya apatah lagi maknanya telah menyerap masuk ke bahasa Inggeris Amerika, lantas ke dalam bahasa-bahasa lain di dunia. Versi asal usul O.R. yang disangka O.K., atau jenaka ejaan salah "oll korrect", atau kisah "Old Kinderhook", malah penggunaan "okeh" oleh Woodrow Wilson yang terbit dari salah sangka, semuanya menunjukkan bahawa Barat juga bukanlah sumber yang amat ilmiah malah ada antara yang ada pada mereka itu penuh dengan ketidak-pastian. Tujuan artikel ini bukan untuk menyelar Barat, tapi sebagai bahan renungan untuk menyedarkan kita agar jangan ikut saja apa yang diperkenalkan oleh Barat itu tanpa usul periksa.

Kalaulah benar OK itu berasal dari perkataan kaum Indian Choctaw "okeh", maka eloklah kita tahu bahawa kaum Red Indian di Amerika itu adalah dari rumpun Melayu. Adakah wujud perkataan "okeh" dalam bahasa Melayu? Setakat yang saya tahu, belum ada sebarang bukti yang boleh dihujahkan, tapi tidak mustahil ianya wujud dan dapat dibuktikan bila bukti bertulis (contohnya batu bersurat) ditemui. Saya lebih cenderung berpendapat bahawa ia berasal dari satu perkataan dari satu bangsa atau suku kaum. Kemudian ianya dipendekkan kepada OK saja setelah timbul jenaka "oll korrect" dan kisah "Old Kinderhook", yang popular dengan cepat kerana ia tersebar dengan meluas dalam masa yang singkat.

OK? Semuanya OK? OK cukuplah sampai di sini....kemudian disingkatkan dalam versi Sabah...K...

Photobucket
Bagaimana ia bermula?
Ini jawapannya…
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images