Pilihanraya Umum ke-13 Negara kita Malaysia telah ditentukan pada 5 Mei 2013 (setelah penamaan calon pada 20 April 2013).
Dan apa yang saya lihat hanyalah satu senario politik yang semakin sengit dan penuh karenah serta tipu muslihat antara parti-parti yang bertanding berbanding tahun-tahun sebelum ini. Rasanya saya mula mengundi pada Pilihanraya tahun 1999 di mana secara tidak langsung saya terlibat dalam kempen kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk mengalahkan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah memandangkan my mum adalah orang kuat Barisan Nasional di kawasan N21 Kawang dan parlimen Papar. Dan akhirnya PBS "tumbang" juga akhirnya melalui beberapa "kejadian" ketika itu seperti kawasan pilihanraya baru oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), politik wang/tabur wang, tangki biru, kempen dengan semua saluran media oleh kerajaan dan pastinya "pesta lompat si katak lompat" oleh beberapa jaguh politik PBS. Maka bermulalah era 2 tahun menjadi Ketua Menteri seperti yang dijanjikan oleh pihak BN serta pemaustautin UMNO secara tetap di negeri ini. PBS tersungkur walaupun mempunyai undi yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan parti-parti yang lain. Lalu dirakamkan ayat "PBS menang undi popular"...

Tetapi pada masa itu "pukulan" pembangkang tidaklah sehebat masa ini. PAS hanyalah tertumpu di Kelantan dan Terengganu manakala DAP cuma gagah di kawasan bandar/bandaraya besar. Rasanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru mula bertatih jalan ketika itu. Gabungan yang mulanya dinamakan "Pilihan Alternatif" sebelum bergelar "Pakatan Rakyat".
Tahun 2008 menyaksikan kebangkitan mendadak pihak pembangkang seluruh negara (syukur PBS sudah kembali ke pangkuan BN). 5 buah negeri ditawan oleh apa yang dikata orang "Pakatan Rakyat" berupa gabungan PKR, PAS dan DAP. Ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang serta menyaksikan kekalahan mengejut jaguh-jaguh BN seperti Datuk Sammy Vellu dan Datuk Sharizat. Berbagai punca dikenalpasti sebagai punca kekalahan BN selepas itu... antaranya ialah Isu Islam Hadhari, ketokohan Perdana Menteri ketika itu (Pak Lah) serta penggunaan menyeluruh kepada kekuatan saluran internet oleh Pakatan Rakyat pada masa tersebut. Nsib ada Sabah dan Sarawak !! ...
Dan tanpa disedari bahang itu kembali lagi. Mungkin penuh drama, perkara luar jangka dan pertunjukkan strategi yang jauh lebih mendebarkan.
Saya hanya ingin menumpukan cerita politik di tanahair saya sendiri sahaja. Apa lagi kalau bukan Sabah. Walaupun Isu Pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas-pengganas Sulu atas arahan gila seorang tua bodoh masih segar dalam ingatan setiap warga, namun saya tetap berdoa dan berharap semoga gaya politik Sabah tetap berkekalan seperti dahulu. Biarlah suasana pilihanraya di Sabah ini tidak dipengaruhi oleh gaya kotor dan kasar dari sebelah Semenanjung. Budaya menghina dan menimbulkan isu agama (islam-kristian) jelasnya tidak sesuai di sebelah Sabah atau Sarawak.
Rasanya, apa yang kita semua sepatutnya lakukan sekarang (sebagai warga Malaysia yang menyayangi negara ini, kemakmuran dan keadilannya) ialah saling memanjatkan doa kepada Tuhan semoga DIA akan hanya memberi izin-NYA kepada insan-insan terbaik dan paling bertanggungjawab serta layak untuk memimpin negara ini.
Dirgahayu Malaysia dan sinambungan generasiku...

No comments:
Post a Comment