
Najib bersalaman dengan penduduk pada
program sarapan pagi di Medan Selera Kepala Batas, Kubang Pasu, semalam.
- Foto Aizuddin Saad/BH]
Perdana Menteri berkata, kerajaan BN juga akan memastikan pekerjaan bagi setiap warga serta memastikan akses kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran yang membantu meningkatkan pendapatan mereka.
Saya dan rakan akan memastikan bakti pekerja dihargai dengan sediakan persekitaran terbaik untuk mereka dan keluarga” Najib Razak, Perdana Menteri
Pengangguran rendah
Beliau berkata, 13 juta pekerja Malaysia juga mempunyai banyak sebab untuk bersyukur, antaranya kadar pengangguran negara yang rendah iaitu hanya 3.3 peratus pada Januari lalu berbanding negara maju seperti Sepanyol yang mencatatkan 26.2 peratus, kawasan Euro (12 peratus), Perancis (10.7 peratus), Amerika Syarikat (7.9 peratus) dan Australia (5.4 peratus).
Perdana Menteri berkata, kos kehidupan di negara ini juga terkawal dengan angka tunjuk inflasi untuk Januari tahun ini 1.3 peratus, sementara kadar kemiskinan relatif menurun kepada 1.7 peratus dan pendapatan perkapita meningkat kepada AS$9,700 pada tahun lalu.
“Semua ini hasil kerajaan yang mendahulukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat atas segala dukungan serta sokongan lebih 13 juta tenaga pekerja Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan BN juga dalam usaha memodenkan perundangan berkaitan perburuhan bagi memantapkan jaringan keselamatan sosial pekerja.
Bagi membantu pekerja mendapat manfaat penciptaan peluang kerja baru, iaitu 3.3 juta pekerjaan yang diunjurkan di bawah pelaksanaan program transformasi ekonomi negara menjelang 2020, kerajaan memperuntukkan RM3.7 bilion di bawah Belanjawan 2013 bagi melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.
Modenkan perundangan
Katanya, dalam memodenkan perundangan berkaitan perburuhan, kerajaan menambah baik Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menaikkan syarat kelayakan umur Skim Pencen Ilat daripad belum mencapai umur 55 tahun kepada belum mencapai umur 60 tahun supaya selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012. - BERNAMA
:: Sumber : Berita Harian Online, 2013/05/01 - 07:10:49 AM
P/S ; Nampaknya isu elaun perumahan dan tuntutan penambahan beberapa elaun kritikal kakitangan awam tidak ditimbulkan. Mungkin PM lebih mengutamakan perjalanan PRU 13. Kita bagilah dia peluang dan cuba memahami situasi beliau. Mungkin selepas ini (kalau menang...) pasti beliau akan kembali meneliti isu-isu yang telah ditimbulkan oleh CUEPACS dan pasti juga akan meluluskan demi keadilan dan keperluan hidup para penjawat awam negara yang hanya tahu di "hentam" oleh masyarakat sekeliling.
No comments:
Post a Comment