Terjagaku dari tidur yang lena..
melangkah malas menuju jendela..
la..la..la..la..
Itu lagi penyanyi Ella satu ketika dulu. Tajuknya pun saya sudah lupa, but i'm really like this song on that time. Lirik dan alunan irama serta ditambah dengan keunikan serta kehebatan suara Ratu Rock Malaysia itu, membuatkan lagu ini really perfect di halwa telinga saya time itu. But, actually i don't want to talk about that song at all. Saya mahu mencatatkan pengalaman saya pada hari ini 5.5.2013 hari ahad. Hari ini adalah "Hari Mengundi" untuk seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi (makluman, saya tidak suka menyebut istilah "Membuang Undi"...undi dibuang?.. so kalau dibuang still ada harga??!!...). Disingkatkan kata, hari ini merupakan Pilihanraya Umum kali yang Ke-13 (GE13) di bumi berdaulat ini.
Saya hanyalah seorang yang biasa, yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia dengan mengundi di satu sekolah rendah di area Jalan Lama Papar, Sabah. Seperti biasa bangun pagi (cuma kali ini lebih awal, coz u know.. it's SUNDAY !!.. dan saya selalu bermalas-malasan untuk bangun awal on SUNDAY !! ..). Bagi makan ikan... siram semaian pokok lada, cili padi dan durian.. then mandi. Pakai baju warna biru tertulis Chelsea (bolehlah untuk tema warna BN kan..opsss...). Difahamkan baju-baju berunsur "kepartian" tidak dibenarkan dipakai di pusat mengundi. Malah dikhabarkan ada seorang calon tidak dibenarkan mengundi hanya kerana beliau memakai baju yang ada logo 1Malaysia !!
Jalan kaki saja, ala tempat mengundi lebih kurang 300 meter saja dari rumah (so, apa alasan tidak mahu mengundi??..hah...). Keluar simpang saja, OMG... banyaknya kereta. Sampai di sekolah, fuhhh...punya ramai orang. Time itu lebih kurang jam 10.30 pagi. Berbaris pun ambil masa dekat sejam.
Akhirnya, hujung jari telunjuk sebelah kanan ini pun tercemar dengan "dakwat kekal" yang pertama kali dilaksanakan dalam pilihanraya negara kita. Dengan lafaz niat "sahaja aku mengundi pada hari ini kerana Allah Taala" dan Bismillah.... satu undi untuk Rosnah di peringkat Parlimen Papar dan satu undi untuk Ghulam di peringkat Negeri. Semoga undi yang saya buat adalah hasil petunjuk dari Allah yang Maha Mengetahui yang telah saya panjatkan semalam lagi. Bagi saya, nilai satu undi itu sangat mahal dan hanya berlaku 5 tahun sekali. Sebagai insan yang sangat kekurangan dan lemah, saya hanya mampu berdoa memohon petunjuk dari DIA, Tuhan yang Maha Mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui. Semoga apa yang saya lakukan akan mendatangkan kebaikan kepada diri saya sendiri, keluarga saya dan semua orang/masyarakat memerlukan.
Terus-terang, sepanjang mengundi, tidak pernah saya mengambil apa-apa bayaran, saguhati atau baju amalh bendera dari pihak parti. Saya mengundi semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab saya kepada negara. Saya tahu saya tidak pernah dan tidak mampu untuk menyumbang apa-apa kepada negara atau negeri ini samada dalam sukan, ekonomi, politik, agama atau apa saja. That's why saya sangat berbangga untuk menjadikan usaha mengundi saya ini sesuatu yang sangat bernilai dan bersungguh-sungguh untuk saya laksanakan, demi untuk kepentingan perjalanan demokrasi negara yang tercinta ini dan sudah pasti demi masa depan generasi kita seterusnya/akan datang. Dan sebab itu juga, undi saya adalah hasil dari fikiran dan timbang tara sepenuh-penuhnya dalam semua sudut baik buruk sebelum "memangkah".
Sebenarnya saya telah mengundi di tempat yang sama ini since 1999. banyak yang telah saya lihat dan banyak yang telah saya pelajari serta fahami. Soal tanggungjawab dan amanah orang-orang yang telah diberi kepercayaan oleh pimpinan induk peringkat DUN atau Parlimen juga telah saya amati dan sangat mendukacitakan. Lihat sajalah nanti 2-3 bulan after this general election, pastinya rumah "si kawan" akan bertambah besar dan megah. Difahamkan setiap pengundi akan diberi saguhati sebanyak RM30, walhal jumlah Ringgit Malaysia yang diperuntukkan adalah RM200 (itu cuma sebagai contoh sahaja...saya tidak pernah mengambil bayaran, kalau salah tolong betulkan. Saya cuma mendapat info dari kawan-kawan/orang-orang kampung lewat cerita/aduan mereka). Itu belum termasuk bayaran pengangkutan, "polling agent", tukang tampal poster/buruh am atau tuntutan tambang/minyak.). Rasanya adalah pengiraan jumlah yang lebih logik untuk diagihkan. Tanpa disedari, fenomena atau situasi ini turut mempengaruhi undi dari orang-orang kampung/setempat. Rasanya, perkara ini perlulah diperbetulkan after this.
Tetapi apa yang lebih mengejutkan saya pada hari ini, saya rasa hari ini adalah hari yang paling ramai pengundi turun yang pernah saya lihat di pusat pengundian ini. Hmmm... apa petunjuk?..atau apa petanda??... semoga ramai yang turun untuk memberikan mandat sekali lagi kepada PM Dato Najib. Yalah, baru 4 tahun memerintah, banyak betul pembaharuan dan kemudahan yang telah beliau ilhamkan.
Sememangnya saya akui, BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun (lebih kurang)..but, PM kita baru 4 tahun saja, sudah banyak yang dilakukan oleh beliau. Malah, berbanding ketua-ketua parti yang lain, beliau merupakan yang paling mudah dan baru antara semua. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah 60 tahun lebih.. Ketua DAP sudah mencecah angkah 70-an.. Nik Aziz??... mungkin 80-an. PM kita pula baru berusia 59 tahun. masih kuat, dan masih fresh antara semua calon Perdana Menteri Malaysia.
Semoga PM akan terus diberi mandat untuk meneruskan teraju pemerintahan negara. Pastinya banyak program pembangunan untuk semua yanbg akan dilakukan oleh beliau. lagipun apa yang beliau katakan telah pun dikotakan. Then, sepanjang pemerintahannya, rasanya tidak ada satu pun kes salah laku sex atau seks songsang yang beliau lakukan. Syukur.......
Tetapi tidak dinafikan ada juga pemimpin BN yang saya rasa perlu berundur atau andainya masih berdegil untuk terus berkuasa (kerana tujuan yang telah dimaklumi), HARUS KALAH di medan pengundian. salah seorangnya ialah Datuk si"MusaNG Aman sendiri-sendiri sahaja". Hmmm... Saya yakin Sabahan Origin tahu kenapa saya beranggapan demikian malah sentiasa mengeluh dengan keadaan tersebut. Malangnya keluhan itu tidak sampai kepada PM (mungkin juga tidak akan pandai sampai..selagi beliau menerajui "Sabah Tanahairku" ini. Sebagai rakyat Malaysia di "Negeri Di bawah Bayu" ini, saya cuma berharap sesuatu yang baik berlaku kepada KM ini. Allah Maha Pengampun, dan belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan (pesanan untuk saya juga).
Rasanya semasa saya berbaris tadi, adalah seorang yang saya "nampak" macam Datuk Rosnah, berdiri dan telah memandang saya sekejap. Secara jujurnya, saya memang tidak pernah melihat wakil parlimen ini secara live (kerana tidak pernah berkesempatan, yalah, tiada tujuan. Lagipun, senang cakap, siapalah saya....). Nampak muka, macam di poster yang tertulis "UNDILAH..." itu. Kalau dialah orangnya, Datuk ini rupanya adalah seorang yang "manis" juga dipandang mata...hehehe... Tapi kalau bukan dia, what to do.. tolonglah jangan malukan saya hahahah...
Okey, mahu on TV untuk tengok keputusan PRU13/GE13. Saya "stop" di sini dulu. Apa-apapun, rasanya Barisan Nasional tetap akan menang...
BN Tatap !! ..
BN..dulu kini dan selamanya.
Akhir kata, Saya sayang negara saya... Saya sayang negeri saya.
:: Sampai jumpa lagi. (5.5.2013, 7.36 PM)