Sunday, May 19, 2013

Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Tahun 2012, Universiti Malaysia Sabah

16 Mei 2013
Kompleks Dewan Kuliah Ke-2, Bangunan Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS
8.30 pagi - 12.45 tengahari

....telah berlangsung satu majlis khas universiti untuk meraikan kakitangan-kakitangannya yang cemerlang mengikut penilaian semasa pada tahun 2012 yang lalu. Turut diraikan ialah pesara-pesara serta kakitangan universiti yang telah berkhidmat mencapai 10 tahun serta pelbagai lagi anugerah penghargaan kepada yang layak hasil pemilihan panel-panel khas yang bertanggungjawab. 

Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan malah boleh dikatakan aktiviti wajib kepada UMS. Bagi saya, di UMS ini cuma ada 2 majlis terbesar dan boleh dianggap paling penting iaitu Majlis Konvokesyen dan Majlis APC. Majlis Konvokesyen untuk meraikan pelajar-pelajarnya sementara Majlis APC untuk meraikan kakitangan-kakitangannya. Perlu difahami dan dihayati bahawa wujudnya universiti ini adalah kerana wujudnya pelajar-pelajarnya. Dan untuk menguruskan pelajar-pelajar ini, perlulah ada kakitangan yang dilantik dalam pelbagai jawatan. Secara ringkas, bolehlah kita simpulkan bahawa UMS itu berdiri dan "hidup" kerana pelajar dan kakitangannya. Oleh itu, terdapat keperluan untuk UMS mengadakan kedua-dua majlis ini dengan lebih meriah dan gemilang. 

Berbalik kepada Majlis APC ini, saya berpendapat, beberapa penambahbaikan perlu dibuat. Antaranya :

1. Penerima APT juga perlu ada saguhati walaupun sedikit.

2. Sambutan serta layanan kepada Pesara perlu "dinaikkan" lagi serinya. Biarlah mereka ini merasa sangat dihargai dan terasa diri paling istemewa pada hari tersebut. Iyalah, itukan "hari terakhir" mereka bersama kita dalam satu majlis rasmi universiti. Mungkin penyediaan LO atau bunga manggar/paluan kompang mampu menghadirkan rasa terima kasih dan rasa benar-benar dihargai oleh mantan organisasi.

3. Sepatutnya penerima "Anugerah Jasamu Dikenang" lebih istemewa dan bernilai sedikit dari penerima APC. Ketahanan jiwa, kematangan pengalaman dan sumbangan bakti mereka ini perlu disanjung dalam tahun kesepuluh perkhidmatan mereka (ada yang lebih..). Sekiranya penerima APC bernilai RM1000.00, rasanya tidak salah penerima "Anugerah Jasamu Dikenang" ini dinaiknilaikan kepada RM1500.00.

4. Keperluan mewujudkan "Anugerah Khas" kepada kakitangan yang telah berkhidmat selamat 25 tahun atau suku abad perlu juga difikir-fikirkan. Bukan senang untuk mencapai tahap tersebut.
  
Itu pendapat saya sendiri sahaja. Bukan maksud saya mengatakan majlis seumpama ini tidak menarik, cuma mahu menyumbangkan idea untuk kepentingan semua pihak yang bernaung di bawah satu bumbung organisasi. Saya telah melihat majlis ini sejak sekian lama, dan saya yakin akan wujudnya keperluan untuk satu cetusan pembaharuan dalam penganjurannya. Jika diberi peluang untuk menjadi Ketua Penganjurnya, walaupun cuma dalam angan dan mimpi saja, 4 perkara yang telah saya sebutkan tadi tetap akan saya LAKSANAKAN.

Bukanlah niat saya untuk "lebih sudu dari kuah", tetapi itulah yang sering bermain-main di ruang fikir dan rasa saya sendiri. Kerana sebelum saya menggunakan hak berbicara saya ini, hak berfikir saya juga telah saya gunakan.

Pendapat anda tetap saya hargai dan hormati sebab saya sentiasa tahu, siapalah saya ini untuk berbicara tentang majlis-majlis universiti.

Peace....

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images