Bangun pagi dengan kepala sakit. Pasang berita, tengok akhbar online, lawat2 FB semua tidak ada pengumuman Cuti Peristiwa. Apalah... hmmm... terpaksalah ambil cuti rehat (pindaan cuti rehat minggu dulu yang tidak dapat diambil atas sebab-sebab urusan kerja).
Then, akhirnya BN menang dalam PRU Ke-13 ini dan membentuk kerajaan setelah mendapat 133 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi berbanding PRU Ke-12 pada tahun 2008 (140 kerusi) daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. PR pula menang 89 kerusi, lebih 7 kerusi berbanding PRU Ke-12 yang lalu (PKR hilang 1 kerusi dan PAS gagal mengekalkan 2 kerusi. Tetapi apa yang memeranjatkan ialah keupayaan DAP mendapat 38 kerusi, 10 kerusi lebih dari PRU tahun 2008).
Sabah dan Sarawak kekal sebagai penyelamat BN untuk ke sekian kalinya. Pada pendapat saya, sudah ada keperluan untuk Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri Sabah mendengar dan menumpukan perhatian terhadap suara-suara dari rural area memandangkan banyak kerusi di perolehi oleh BN adalah dari zon-zon tersebut. Berilah sesuatu sebagai ganjaran dan tanda terima kasih kepada kelompok masyarakat ini. Janganlah asyik mementingkan di kawasan-kawasan bandar atau bandaraya sahaja. Rasanya banyak jalan yang perlu dibaiki, banyak kemudahan masih perlu disediakan.
Dan, seperti yang sangat-sangat diharapkan, BN menang di kawasan saya (DUN Kawang dan Parlimen Papar). Nampaknya ungkapan PR yang sering dilaungkan sebelum ini yang berbunyi "Ini kali lah" belum mampu mengegar Gelombang Biru "TATAP BN". Rasanya sekarang, ada baiknya ungkapan keramat PR itu ditukar kepada ungkapan "Lain kali lah"... untuk lebih menyampaikan maksudnya sekarang selain untuk tujuan lebih kedengaran bergurau bagi menutup kehampaan.
Semoga pihak yang MENANG akan lebih bertanggungjawab serta bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab serta kepercayaan yang telah diamanahkan oleh rakyat. Kepada yang TIDAK MENANG.. jadilah pembangkang yang jujur dalam membantu membangunkan serta mensejahterakan rakyat. Percayalah, negara ini masih memerlukan pihak pembangkang yang kuat dalam struktur politik dan pentadbirannya.
Kepada rakan-rakan seperjuangan "baju biru" semuanya, jangan sama sekali lupa BN menang di PRU Ke-13 tahun 2013 ini bukannya dengan majoriti yang selesa. Banyak perkara serta kemahuan rakyat yang perlu dianalisa serta difahami dalam masa sepenggal ini. BN banyak kehilangan undi dari kaum Cina serta masih belum mampu mendapatkan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. DSAI masih menang.. Nurul Izzah pun masih menang. DAP pula semakin "mengganas".
Dan tanpa kita sedari, tinggal 7 tahun lagi untuk kita rakyat Malaysia menuju status negara maju. Tujuh tahun bukanlah satu jangkamasa yang agak panjang.

Akhir kata, ROM tidak dibina dalam masa sehari.
TATAP BN !!
*p/s: Oh ya, malam tadi rupanya kedua-dua " SANG BIRU" telah menang rupanya. Tabik spring dengan GELOMBANG BIRU dan THE BLUES di atas kemenangan masing-masing (jangan menyampuk kalau tidak minat bola).

No comments:
Post a Comment