Akhirnya saya akan berpindah juga dari jabatan ini untuk menyambung khidmat di tempat yang lain. Setelah lebih kurang 8 tahun menabur khidmat di jabatan ini, tanggal 16 Mei 2013 datanglah surat arahan perpindahan di atas meja saya.
Lebih manis, hari tersebut, saya sedang bertugas di dewan universiti sempena Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) kakitangan UMS untuk tahun 2012. "Kebetulan" pula pada masa tersebut, saya turut menerima penghargaan dari pihak universiti untuk Anugerah Perkhidmatanh Terpuji (APT) dan Anugerah Jasa Bakti (kakitangan yang mencapai tempoh 10 tahun berkhidmat di UMS).
Sebenarnya, sudah 13 tahun saya berkhidmat, cuma yang 3 tahun itu sebagai kakitangan sambilan (gaji hari) dan sementara. So, yang 3 tahun itu tidak boleh dikira sebagai tempoh perkhidmatan kepada saya.
Berbalik kepada isu perpindahan tersebut, saya telah diminta untuk melapor diri di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi pada 3 Jun 2013. Mungkin pengalaman saya yang telah pernah berpindah beberapa kali samada antara jabatan, bahagian, seksyen atau unit dulu, menyebabkan saya tidak terkesan dengan berita serta arahan perpindahan ini. Lagipun saya telah mendengar khabar perpindahan ini since April 2013 lagi. Jadi ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkanpun kepada saya.
Lagipun memulakan khidmat di sekolah (fakulti) universiti bukanlah asing bagi saya memandangkan saya pada asalnya juga sebenarnya berasal dari sekolah juga iaitu Sekolah Sains & Teknologi (SST) sebelum berpindah ke Jabatan Pendaftar di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 8 tahun yang lalu. Tambahan pula, SST merupakan sebuah sekolah terawal (pelopor) kepada penubuhan UMS selain sekolah yang terbesar di UMS yang turut memiliki jumlah pelajar paling ramai (secara tidak langsung menjadi penyumbang kewangan terbesar kepada universiti) dan jumlah kakitangan teramai ketika itu di UMS.

Perpindahan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia seterusnya ke Bahagian Pentadbiran & Governan di Jabatan Pendaftar rasanya turut membantu mematangkan saya menghadapi keadaan ini.
Memang ada sedikit kekesalan kerana dalam semua perpindahan saya sebelum ini, saya berjaya menyiapkan semua tugas dan tanggungjawab dalam keadaan yang cukup baik. Tetapi kali ini seperti ada yang hilang dari diri saya. Biarpun begitu, saya cukup yakin saya telah lakukan segala yang terdaya. Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang, semoga semua yang berlaku ini ada hikmah serta kebaikkan kepada saya nanti. Amin.
Sekali lagi saya nyatakan, memang saya tidak mampu menafikan masih ada sedikit rasa tidak puas hati berkaitan perpindahan ini. Ada beberapa perkara masih belum saya selesaikan. Sebagai manusia biasa, perihal sebegini sedikit sebanyak mengganggu juga ruang tenang saya. Antaranya ;
1. Program Pelaksanaan 5S di pejabat tempat saya bertugas tidak dapat saya akhiri dengan kejayaan mendapatkan sijil pengesahan dari pihak MPC seperti yang telah dirancang iaitu pada akhir tahun ini (dijangka awal bulan Disember tahun 2013). Sebagai Ketua kepada "Kumpulan Scorponok : Zon Ungu" yang telah diamanahkan kepada saya, beberapa perancangan dan strategi bersepadu telah saya susun bersama-samadengan ahli-ahli kumpulan saya demi mencapai satu kejayaan mutlak. Saya sangat yakin mampu menyumbang kejayaan kepada program ini. Tetapi saya juga perlu akur, kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan. Saya tetap mendoakan kejayaan sebagaimana yang diharapkan kepada kumpulan saya ini. Terima kasih kepada En Alimin, En. Ranoh, Pn. Samsidar dan Pn. Farazilla di atas semua sokongan, buah fikiran dan komitmen yang telah kalian berikan kepada saya. Saya sangat berbangga pernah menjadi Ketua kalian dan seterusnya bekerja bersama-sama kalian dalam satu kumpulan (sengaja saya catatkan nama supaya tidak lupa). Ingat selalu kata-kata saya, "mereka memang hebat, mari kalahkan mereka!".
2. Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pelatih Kadet PALAPES IPTA Kali ke-32 Tahun 2013 di UMS juga tidak dapat saya habiskan sehingga selesai majlis sedangkan saya telah bermula di awalnya lagi (termasuk mengorbankan hari cuti umum di Pan Pasific Sutera Habour bersama-sama ahli terlibat yang lain menjayakan Bengkel Pemurniaan Tugas dan Timeline Majlis Istiadat Diraja tersebut). Jadual majlis ialah pada bulan Julai 2013, sedangkan tarikh perpindahan saya ialah bulan Jun 2013, memang tidak sempat. Terkilan juga, kerana majlis yang sebesar begitu (majlis bersama DYMM YDP Agung serta orang-orang kenamaan negara) memang selalu mengujakan saya dan saya rasa cukup bertuah dapat menjadi ahli dalam menjayakannya. Sekali lagi, saya perlu akur, kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan.
3. Bengkel Pemantapan Pentadbiran dan Pengurusan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Pejabat Pendaftar (AKRAP) juga tidak sempat saya adakan bersama-sama dengan beberapa perancangan lain. Cadangan melaksanakannya dalam setengah tahun kedua tidak berapa mengena. Sebagai Pengerusi (Pertama) kelab ini, banyak perancangan yang telah saya rancang nampaknya "tidak sempat menjadi". Semoga kelab yang telah saya mulakan ini (saya ilhamkan demi untuk kepentingan semua kakitangan sokongan pejabat tempat saya bertugas ketika itu), tidak akan berkubur begitu sahaja. Semoga ianya akan terus maju kehadapan, biarlah jauh lebih baik dari zaman kendalian saya.
Dalam semua keadaan, saya sentiasa tahu betapa wujud beberapa kelemahan dan kekurangan pada saya semasa menjadi pengerusi kelab ini, tetapi percayalah, saya telah lakukan segala yang terdaya untuk mengangkat kepentingan dan peranan kelab ini berpandukan objektif asal penubuhannya.
4. Dan ada beberapa perkara lagi yang tidak mahu saya fikirkan atau ingat....
....Kenangan "ditikam" dari belakang oleh rakan sepejabat (melalui E-Aduan) juga merupakan satu "kenangan terindah" saya di jabatan ini. Memang betul, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Kadang-kadang kita sememangnya telah berusaha sebaik-baiknya untuk membuat semua pihak terasa senang dengan kita tetapi masih ada lagi individu jenis "talam dua muka" di sekitar kita tanpa disedari. Selalu tindakan kita dengan niat baik sering disalah erti oleh pihak yang lain. Dan kepada semua yang sentiasa sakit hati kepada saya (tanpa saya tahu sebabnya), semoga kita semua akan berjaya mencapai ketenangan dan kejayaan mengikut impian kita masing-masing :-).
Hmmm... Bagaimana untuk melupakan semua ingatan dan "keindahan hidup" di pejabat ini? .. ianya pasti sukar kepada insan yang selemah saya. Tempoh masa 8 tahun di sini sememangnya sesuatu yang cukup indah kepada saya. Teambuilding.. Gerai Hijau Raya.. CSR..
Oh ya.. saya sangat berharap aktiviti dan aura UMS Peak serta Program Jom Outdoor akan terus bergema di bumi UMS ini. Saya sebenarnya sangat berbangga dapat menjadi salah seorang perintis kepada mercu tanda universiti bertuah ini. Semenjak mula lagi, saya memang sangat yakin UMS Peak akan mampu memberikan sesuatu impak positif yang sangat besar kepada seluruh warga UMS sekiranya "kita semua" mampu menguruskannya dengan cara yang terbaik dan penuh keikhlasan.
Akhir kata, saya sentiasa ingat akan kata-kata seorang Profesor kepada saya beberapa tahun dahulu. Beliau berkata "Setiap perpindahan kita itu sebenarnya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah SWT. Semuanya pasti ada kebaikan kepada kita".

So apa lagi?..
Kepada "Masa Lampau", terima kasih atas segala pengalaman dan pengajaran yang telah diberikan kepada saya. Kepada "Masa Depan", saya telah bersedia.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya ada perbuatan atau perkataan saya yang menyakitkan hati semua kawan-kawan (termasuk yang sedang membaca entri ini) samada secara langsung atau tidak langsung, sengaja atau tidak sengaja. Halalkan semua makan minum. Teruslah berkawan dengan saya.
SPE, HERE I COME !
SPE, HERE I COME !
No comments:
Post a Comment