Wednesday, June 30, 2010

Twitter, blog jana bisnes

SINGAPURA: Media sosial seperti Facebook dan Twitter atau laman blog kini menjadi saluran penting yang mempengaruhi apa yang dibeli oleh orang ramai.

Penyelidik online, The Nielsen Company menggesa industri perniagaan merebut peluang dengan menyertai perkembangan itu.

Menurutnya, hampir tiga daripada setiap empat orang di seluruh dunia yang menggunakan Internet mengunjungi laman rangkaian sosial dan menghabiskan purata masa enam jam sebulan melayarinya.

Daripada tiga jenama online terbesar, tiga ialah laman rangkaian media sosial iaitu Face- book, Wikipedia dan You Tube, kata Nielsen dalam laporan terbarunya mengenai trend media sosial di Asia Pasifik.

“Media sosial semakin banyak mepengaruhi keputusan untuk membeli,” kata Pengerusi dan Ketua Eksekutif Nielsen Online Jepun, Charles Buchwalter.

“Setiap orang memahami bahawa media sosial kini begitu popular dan ia berkembang begitu pantas di seluruh dunia,” katanya kepada wartawan.

Hasil kaji selidik Nielsen mendapati, kajian produk secara online adalah sumber maklumat yang ketiga paling dipercayai pengguna untuk membuat keputusan sama ada untuk membeli sesuatu produk atau tidak.

Pengarah Urusan Perniagaan Online Asia Pasifik Nielsen, Megan Clarkson pula berkata, pihaknya mendapati media sosial akan kekal dan perlu diberi perhatian serius oleh industri perniagaan. “Mereka tidak boleh hanya duduk memerhati fenomena sosial media. Mereka perlu menyertainya,” kata Megan. - AP 


HM [1/7/2010]

p/s ; ada semuanya...maybe akan ditukar juga satu hari ini kepada yang lebih berorientasikan bisnes.. 

Tuesday, June 29, 2010

Sebab siaran Piala Dunia lewat



BEBERAPA peminat menonton siaran langsung perlawanan bola sepak antara Australia dengan Jerman menerusi imej tiga dimensi di sebuah pawagam di Melbourne pada 14 Jun lalu.



LONDON - Ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 dari Afrika Selatan dan Kejohanan Tenis Wimbledon di sini menguasai televisyen di rumah, pejabat dan kedai makan, timbul persoalan kenapakah terdapat televisyen yang siaran secara langsung lebih awal daripada televisyen lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Jawapannya terletak pada televisyen yang sedang ditonton dan cara siaran itu diterima. 

Penyebab paling lazim ialah kelewatan dalam aspek menukar kod data digital. 

Di rumah, peralatan digital mengandungi perisian yang mentafsir kod data isyarat siaran.

Maksudnya, semakin banyak perincian dalam siaran, maka lebih banyak masa diperlukan untuk proses mentafsir kod.

Justeru, penonton yang menonton menerusi isyarat analog atau menggunakan aerial yang dipasang terus ke televisyen biasanya akan memperoleh siaran langsung lebih awal.

Oleh itu, mereka yang menonton siaran lansung pada televisyen analog lama, siarannya adalah beberapa saat lebih pantas. 

Berbanding televisyen berdefinisi tinggi, masa lebih banyak diperlukan untuk mentafsir kod siaran yang berkualiti tinggi. Sementara itu, mereka yang menonton siaran sukan secara dalam talian terpaksa berdepan dengan sedikit kelewatan kerana isyarat perlu melalui alamat protokol Internet atau lebih dikenali dengan panggilan IP. - Agensi


Kos [30/6/2010]
p/s ; .....HD?...

Melepaskan anak-anak ikan dan membuka kolam-kolam baru

27 Jun 2010 (Ahad), akhirnya separuh dari anak-anak ikan dalam tangki dipindahkan ke dalam kolam. Hapi semacam saja ikan-ikan tu maybe dapat tempat lagi besar. Ertinya lebih ruang untuk permainan diorang ...hahaha...begitu ka?...hmmm...

Selepas itu meninjau kawasan kolam yang satu lagi. My brother dan pekerja yang dibayar secara pajak yang melakukannya. Saya tolong tengok saja ...hahah....cuma menebas sikit-sikit rumput dikolam. Ada 4 buah kolam semuanya yang perlu dibersihkan, tidak termasuk 4 kolam lagi untuk next time (tapi perancangan tahun ini juga)...banyak belanja mahu dikeluarkan..banyak tenaga dan amsa perlu juga disediakan..tapi saya yakin semua penat lelah itu akan bertukar gembira apabila tiba musim menuai hasilnya...


cepatnya lumut-lumut ini tumbuh semula..belum sampai sebulan dibersihkan..












anak-anak ikan yang masih tinggal di tangki..


jalan yang sudah dibersihkan..





fuh...semuanya perlu dibersihkan..


pernah nampak pokok pisang warna kuning?..




Rehearsal APC 2009 di Grand Ballroom 1Borneo

29 Jun 2010 pegi di 1B untuk sesi rehearsal APC 2009 yang yang berlangsung besok malam ditempat yang sama..pegi sana jam 9 pagi..jam 10 pagi baru start rehearsal. sebelum tu ada sarapan pagi...wow..itu yang best..makaroni dengan chicken boxing :-) ...























Batik oh batik..

On 28 Jun 2010, ikut Leo and Law pegi di 1B temanlan Law coz dia mo beli baju batik just for APC 2009 yang akan diadakan pada 30 Jun 2010. Time-time itu juga saya terpandang baju batik ini..cantik betul tapi sayang bila ditanya tiada pula saiz (yang ada saiz XXL)...hmmm...geram betul...so saya tangkap pic baju itu just untuk puaskan hati sendiri...maybe next time saya lebih luck lagi..


Tempat baru...welcome..


Beginilah tempat baru untuk saya bertugas..BPG di JP..no idea untuk mengemas tempat..hairan juga kalau perempuan ada saja idea diorang untuk mengemaskini tempat masing-masing..WHY??..

picture on Monday, 28 Jun 2010 (jam 8.30 begitu..mudah-mudahan perpindahan ini mendapat berkat dari-NYA..teringat seorang pensyarah/penceramah (Prof. Dr.) dari USM berkata..sebenarnya Tuhan yang memindahkan kita, bukan bos kita atau bukan sesiapa tetapi hanya DIA..



Pagi yang gelap kini makin terang..

Syukur....pokok cili yang saya pindahkan dari "kesakitannya" telah mula segar..terkejut coz saya pindahkan sebelah pagi on 26 Jun 2010 (sempat juga pagi tu catat dalam blog ini)..then petang dalam jam 7 gitu.. bila balik dari mansau-mansau, pokok itu sudah segar bugar...senangnya dalam hati bila beristeri lagi..opsss....bila pokok cili segar kembali la....

enjoy the picture..


paling kiri..


hmmm...no komen..


macam sudah lama ditanam pula..


yang paling depan sekali ..


sebelum..picture yang ditangkap sebelah pagi..


gambar sebelum-sebelum lagi.. :-)

Monday, June 28, 2010

Arrrggggg..... pagi 26 Jun 2010 !!

Sedih hati ini melihat satu daripada pokok cili yang ditanam terkulai layu..entahlah kenapa..mungkin penyakit pokok..saya yang tidak pernah mempunyai pengalaman berhadapan dengan perkara begini cuma mampu memindahkan pokok tersebut ke polybag dengan harapan ada perubahan akan berlaku..harap ini akan mendatangkan hasil yang positif :-) ...haiya...itu baru satu pokok...kalau semuanya?...huhu..palis-palis..jauh-jauh


sebelum dipindahkan..


selepas dipindahkan..

Thursday, June 24, 2010

Keindahan yang tersembunyi (Part 7)

 Final Meeting JK Induk Pelaksana APC 2010

Tidak sangka dalam meeting or bekerja pun kita masih boleh mencari sesuatu yang indah untuk menyegarkan santapan minda.. yang penting ilham..walaupun tidaklah secantik guna kamera mahal cuma guna kamera HP Nokia sahaja tapi cukup memuaskan hati ini..

Sudah berpindah department lain since 2nd Jun 2010 lagi sebenarnya..mohon maaf atas segalanya samada sengaja atau tidak dan halalkan makan minum sepanjang bersama dengan kawan-kawan di HR...gud luck 2 u all :-)

[25 Jun 2010]









Rumah Idaman..or mengidam rumah?..

Semua manusia mempunyai apa yang diidamkan dalam hidup ini. Idaman itu pula bergantung dengan situasi or gaya hidup masing-masing. Bergantung juga dengan nilai fikirnya..bagi saya, yang penting kesihatan..kewangan yang kukuh dan kegembiraan..selain keselamatan dan keperluan hidup yang penuh..Keperluan?..salah satunya ialah rumah..termasuk la saya sendiri..maybe beginilah rumah yang akan saya bina untuk famili..malas mahu memikirkan untuk membeli rumah, banyak kekurangannya...baik buat, lagi puas hati..huhu...lagipun berbanding kereta yang terus susut nilainya selepas dibeli, rumah pula akan terus naik nilainya selepas dibeli or dibuat..semoga berjaya dalam perjuangan..






Wednesday, June 23, 2010

Keindahan yang tersembunyi (Part 6)

 Taken on 23rd Jun 2010 (Wednesday), 6.00 am


Beginilah rupanya gambar-gambar pokok cili, ikan tilapia merah dan gaharu di awal pagi. Sengaja tangkap seawal ini coz time baru mahu pegi keja..before pegi keja tergerak my heart to take the pic :-) ..so sweet so nice ..


pokok cili on 23 Jun 2010, 6.00 am


















anak-anak ikan tilapia merah on 23 Jun 2010, 6.00 am ( belum dibagi makan, padanpun ligat saja berpusing-pusing )..












kolam ikan yang masih belum diusahakan on 23 Jun 2010, 6.00 am


pokok gaharu on 23 Jun 2010, 6.00 am


Search This Blog

Featured Images