Pada 13 Jun 2010 bermula satu lagi fasa dalam cita-cita saya untuk mengusahakan penternakan ikan tilapia merah dalam kapasiti sederhana kecil. Tapi apabila ke kawasan tersebut, aduh..bukan sedikit yang perlu dibuat. Nasib ada pekerja yang membantu (pastinya dibayar..) ..namun kelihatan perjalanan masih jauh..dan aku terduduk termangu..hmmm...
Titi yang sudah usang dan perlu digantikan..
kawasan laluan utama..
pondok untuk menyimpan peralatan dan makanan ikan-ikan..perlu keluarkan dana khas..
semak-samun yang perlu dibersihkan..tak larat rasanya..
salah satu kolam dari 4 kolam yang perlu disiapkan dalam bulan Jun/Julai 2010..
Kolam pembenihan anak ikan yang sudah rosak kerana lama tidak digunakan..perlu dibaiki..
Salah satu kolam..disebalik rimbunan pokok-pokok itu ada kolam lagi dan semuanya perlu dibersihan..
salah satu kolam..
pokok-pokok gosing (mengikut sebutan tempatan..)..
timbunan pokok-pokok yang telah ditebang/dibersihkan oleh orang yang telah ditugaskan..
Satu kerja lagi ialah pembersihan timbunan-timbunan ini..
bila agaknya selesai??..semoga semuanya akan berjalan lancar..
No comments:
Post a Comment