Wednesday, June 30, 2010

Twitter, blog jana bisnes

SINGAPURA: Media sosial seperti Facebook dan Twitter atau laman blog kini menjadi saluran penting yang mempengaruhi apa yang dibeli oleh orang ramai.

Penyelidik online, The Nielsen Company menggesa industri perniagaan merebut peluang dengan menyertai perkembangan itu.

Menurutnya, hampir tiga daripada setiap empat orang di seluruh dunia yang menggunakan Internet mengunjungi laman rangkaian sosial dan menghabiskan purata masa enam jam sebulan melayarinya.

Daripada tiga jenama online terbesar, tiga ialah laman rangkaian media sosial iaitu Face- book, Wikipedia dan You Tube, kata Nielsen dalam laporan terbarunya mengenai trend media sosial di Asia Pasifik.

“Media sosial semakin banyak mepengaruhi keputusan untuk membeli,” kata Pengerusi dan Ketua Eksekutif Nielsen Online Jepun, Charles Buchwalter.

“Setiap orang memahami bahawa media sosial kini begitu popular dan ia berkembang begitu pantas di seluruh dunia,” katanya kepada wartawan.

Hasil kaji selidik Nielsen mendapati, kajian produk secara online adalah sumber maklumat yang ketiga paling dipercayai pengguna untuk membuat keputusan sama ada untuk membeli sesuatu produk atau tidak.

Pengarah Urusan Perniagaan Online Asia Pasifik Nielsen, Megan Clarkson pula berkata, pihaknya mendapati media sosial akan kekal dan perlu diberi perhatian serius oleh industri perniagaan. “Mereka tidak boleh hanya duduk memerhati fenomena sosial media. Mereka perlu menyertainya,” kata Megan. - AP 


HM [1/7/2010]

p/s ; ada semuanya...maybe akan ditukar juga satu hari ini kepada yang lebih berorientasikan bisnes.. 

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images