Friday, June 18, 2010

Piala Dunia 2010 - Argentina VS Korea Selatan

Ni sengaja saya masukkan ke dalam blog perlawanan Piala Dunia 2010 antara Argentina VS Korea Selatan. Kegilaan bola membuatkan saya menonton perlawanan tersebut di dua tempat berbeza. KK (Restoran India di Sinsuran..) dan rumah. Di KK tengok separuh masa pertama than separuh masa kedua di rumah. Cuma yangs aya teransang tengok ialah betapa kuasa Asia (Korea Selatan) penuh yakin sebelum itu untuk membenamkan kuasa bolasepak Amerika Selatan (Argentina) sehinggakan ada pemain korea yang menyanyikan lagu "Please Don't Cry For Me Argentina", tambahan pula sebelum itu korea baru sahaja mengalahkan bekas juara Eropah iaitu Greece. Argentina pula sebelum itu cuma mampu menang tipis dengan Nigeria 2-1. ingatkan korea bolehlah melakukan sesuatu tetapi hampa..nampaknya tahap bolasepak Asia dan Barat masih ada jurang yang agak jauh...hasilnya Korea Selatan kalah 4-1..


di Kedai Kopi Sinsuran..sambil makan nasi dan Kari Kepala Ikan (my favorite)..cuma selepas itu perut saya memulas semacam saja..kedai makan penuh dengan ramai mengatakan Argentina akan menghandapi masalah membenamkan Korea Selatan..silap-silap ada kejutan pada perlawanan tersebut..ada yang bertaruh dengan memberi 1 bola kepada korea pun orang tidak berani ambi (yang biasa bertaruh bola tau istilah ini..)..


separuh masa kedua...di rumah sudah, tidak sempat pun salin baju..

penyerang yang mencipta hatrik, Gonzalo Higuain..ingatkan Messi yang akan menonjol malam itu..lagipun saya mengharapkan sangat Messi akan menjaringkan gol yang banyak demi game yang saya ikuti di Stadium Astro...huhu


Argentina sedang diserang..bintang MU dan Korea Selatan Park Jie Sung gagal menyinar pada malam tersebut..


Teves..nampak serius dan bersungguh-sungguh..dalam bolasepak ini yang penting handal..contohnya Messi dan Teves..


No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images