Monday, June 14, 2010

Kelas untuk bayi menyelam



GAMBAR menunjukkan seorang bayi menyelam di sebuah kolam di Osterly, London Barat.



LONDON - Detik-detik beberapa bayi menyelam di sebuah kolam renang di Osterly, London Barat dirakamkan oleh seorang jurugambar, Phil Shaw, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar berusia 40 tahun itu membuka perkhidmatan kelas renang dan menyelam, Baby Swim melibatkan bayi seawal usia enam minggu dengan menggunakan pengajar terlatih.

Seorang bayi berkenaan dirakamkan terapung di dalam air seperti gambar kulit muka album kumpulan rock alternatif popular, Nirvana

"Dengan kelas berenang itu, kami membantu bayi untuk meningkatkan fungsi otak," kata Shaw yang menubuhkan kelas tersebut bersama seorang rakan kongsinya. - Agensi 


Kos [15/6/2010]
p/s ; Maisarah mungkin ngam dihantar kesekolah ini..dia suka betul mandi-manda :-)


No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images