Irfan Khairi Perniagaan Internet

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda rasa “blank”, hilang arah dan seperti kekeringan idea? Nak menulis blog, tapi tidak tahu apa hendak ditulis.

Hendak memulakan perniagaan internet, tetapi tidak tahu apa hendak dijual.

Hendak membina laman web, tetapi tidak tahu macam mana hendak membina.

Saya boleh agak apa punca anda berada dalam keadaan itu, dan saya tahu ubatnya. (psstt… ubat tersebut percuma sahaja)

Saya memetik kata-kata shuth di blognya, “Bermula Dengan Penamat” atau dalam bahasa Inggerisnya, “Start With End In Mind”.

Kalau tidak salah saya, ini jugalah salah satu principle yang disarankan oleh Stephen Covey dalam bukunya. Pada pendapat saya, detik-detik blank atau kekeringan idea ini berlaku sebab kita tidak dapat untuk membayangkan macam mana rupa hasil akhirnya.

Kalau kita tidak ada idea untuk menulis, bermaksud, kita dah lama tidak membaca sesuatu bahan baru yang “segar”. Kalau kita tidak ada idea macam mana rupa laman web yang kita mahu bina, itu bermaksud kita sudah lama tidak surfing berjalan-jalan melihat laman web baru.

Anda perlu sentiasa mendapatkan sesuatu yang baru dan segar supaya minda anda akan dapat menghasilkan output. Saya pernah terbaca seseorang menulis;
Kalau tak ada apa-apa yang masuk (input), macam mana nak ada apa-apa yang keluar (output)?

Kepentingan SWIPE FILE

Swipe file ini adalah file untuk anda menyimpan bahan-bahan menarik yang anda rasa “best” untuk rujukan akan datang. Ia boleh jadi file sebenar yang menyimpan kertas-kertas cetakan, dan juga boleh menjadi folder dalam komputer anda untuk menyimpan grafik-grafik dan gambar menarik yang mungkin anda akan gunakan kemudian hari.

Contohnya, saya mempunyai sebuah file di komputer saya yang saya namakan swipe.txt yang isinya saya pastekan emel-emel menarik dari internet-internet marketer luar. Bila saya dalam perjalanan jauh yang mengambil masa berjam-jam misalnya, saya akan print kandungan file tersebut untuk dibaca dalam perjalanan sambil menanda dan membayangkan bilakah saya boleh menggunakan bahan tersebut dan bagaimana supaya saya boleh mengubahnya sesuai dengan situasi saya.

Nah, dengan merujuk kembali anekdot-anekdot di dalam file swipe tadi, idea baru terhasil! ;)

p/p/s: Jangan segan-segan belajar dan menuntut ilmu, walau dari sesiapa sahaja…