Ini nak cerita sikit tentang Kursus Induksi [Kumpulan Sokongan] yang aku terlibat sebagai urusetia/fasilitator buat on 16-23/3/2009 yang lalu. Mula-mula tu memang terasa malas mahu libatkan diri...tapi si Joe ni memaksa betul...last-last dia bagi jadi fasilitator huhuhu...lumayan juga kan...Bestnya aktiviti ini dapat tengok kebolehan dan bakat terpendam yang dimiliki oleh para peserta. Ada bakat yang aku tak sangka langsung dimiliki diorang terutama dalam sesi "Public Speaking"..ada gaya yang lebih hebat dari pemberita tv sekarang tau [aku doakan peserta ini dapat mengembangkan bakat besarnya itu]..ada juga yang berbakat jadi pemidato...macam ala-ala jual ubat pun ada hahahha...1st time juga aku jadi cukup takut bila ada peserta tiba-tiba menjadi "sangat kurang sihat"..kelam kabut hantar ke hospital...nasib baik ada insan-insan yang perihatin muncul untuk membantu...kalau tidak...aku bukan ada lesen memandu pun hahhaha....yang pasti, aku terkesima sejenak betapa ruang masa kehidupan sekarang sangat pantas menerjah hari....tahun lalu aku salah seorang urusetia "Program Orientasi" kebanyakan diorang ini...macam baru kelmarin bertentang mata dengan diorang, tup-tup berjumpa kembali..jarak masa lebih kurang setahun langsung tidak terasa...banyak perkara berlaku di antara ruang masa itu bagaikan mimpi dalam tidur yang sejenak..ini kah tanda akhir zaman?..seperti yang digambarkan lebih kurang 500 tahun yang lalu?..berbalik kepada Kursus Induksi ini, pendekatan yang aku guna sebenarnya satu pendekatan yang adil dan jauh dari pengaruh peribadi..sedaya-upaya kami cuba memberi yang terbaik agar semuanya boleh lulus dan dapat disahkan jawatan mereka. Tapi masih ada suara-suara mengkritik dan salah faham yang tidak mampu aku tafsirkan secara nyata...berserah sajalah...DIA Maha Mengetahui...dan seperti biasa, yang baik itu dari Tuhan semata-mata..dan yang buruk itu semuanya dari kesilapan dan kedaifan aku sendiri :-) ..minta ampun dari hujung kaki ke hujung rambut jika ada yang terasa atau tersinggung sepanjang minggu itu ya...aku tidak mahu sengketa..aku cuma mahu damai selamanya..
Hi, it's a very great blog.
ReplyDeleteI could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!
tq very much.... :-)
ReplyDeletehehe..
ReplyDeleteaku maafkan bah!
(perasannn btul ada ikt induksi)!!!
jan ckp g2 bha...some day ko induksi jg 2....huhuhu
ReplyDelete