Hari ni aku bangun lewat sikit coz cuti umum, Good Friday..tapi terpaksa juga pegi ofiz untuk buat Sistem Fail our sektor. Minggu depan kena audit aduiii...dari SIRIM lagi...mati lah...belum sampai sebulan aku di Unit Pentadbiran Sektor udah kena audit..sudahlah aku satu-satunya staf yang ada di unit ini..nasib baik lah si Afiz n Dayang sudi tolong..(tolong terpaksa kali tau...coz unit diorang yang banyak kena audit nanti ..huhuhu)...Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan perayaan Easter (perayaan Easter lazimnya jatuh pada hari Ahad) yang disambut di Sabah dan Sarawak....di Semenanjung nda ada, thats why telefon si Victor tadi berdering-dering juga, maybe calling dari KL la tu pasal kursus hehehe... Hari Easter pula merupakan kepercayaan penganut agama kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan. Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi. Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan....begitulah dikhabarkan... :-) ... kalau tersilap harap maafkan dan betulkan aku :-) ...kadang-kadang jeles dengan kawan-kawan yang dapat menikmati sepenuhnya hari-hari cuti diorang..aku pula?..cuti kah tidak cuti tetap sama...entahnlahhh....namun aku tetap bersyukur...
No comments:
Post a Comment