Menyusuri tahun-tahun kebelakangan ini bagaikan mimpi indah bagi diriku. Banyak yang terjadi kadang kala membuatkan aku tersenyum sendirian..Kala malam atau siang..bila-bila pun masa sendirian. Namun banyak juga yang agak pahit tetapi terpaksa ditelan dalam senyuman. Perjalanan perlu terus pantas maju ke depan kerana masih ramai yang perlu disenangkan hati mereka. Cinta yang pernah muncul sekali tahun lalu bagaikan melengkapkan pencarian diri ini..namun sayangnya ia cuma seketika.. masih adakah peluang kedua?..betul kah kata orang andainya seorang lelaki itu benar-benar menyayangi seorang perempuan, lelaki tersebut haruslah pula sanggup meninggalkan perempuan itu jika begitu yang dia mahukan?...hmmm..anyway terima kasih kerana melayan aku dengan baik sewaktu awal perkenalan kita. Alangkah baiknya kalau aku tahu sebab sebenar kau bersikap begitu?... Aku rindu bercerita denganmu..aku rindu suasana itu.. aku rindu kamu..dan aku pula?..bersabar sajalah..mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku ini...atau mungkin rahmat itu hanya milikmu seorang?..entahlah...semoga kau bahagia dengan perbuatanmu..sebagai teman, aku doakan kau berjaya dunia dan akhirat..aku tidak akan berdendam denganmu kerana kau berhak mendapat hak hidupmu sendiri..Tuhanku, sayangilah dia lebih dari aku menyayangi dia, kerana Engkau Yang Maha Penyayang. Hmmm...sebenarnya dulu aku selalu amal 2 perkara ini...di awal pagi semasa bangun (before sembahyang subuh tau..) terbangun saja, selalu berniat akan melalui hidup ini dengan ceria dan berjanji akan senyum dan berbuat baik dengan semua orang tanpa mengira siapapun mereka..dan sebelum tidur pula aku akan maafkan semua orang atas kesalahahan mereka dengan aku (samada sengaja atau tidak) sepanjang hari..tapi dah lama tidak amalkan..insyaallah aku akan amalkan semula..sesiapa yang nak amalkan pun boleh..petua psikologi ini aku dapat sewaktu pengajian aku dulu..ia adalah satu amalan untuk menangani masalah stress di tempat kerja..stress?..next time aku akan bercerita tentang itu ok..Pengurusan Stress merupakan satu silibus pengajian aku dulu..ilmu tidak boleh kedekut bah kan..cuma minta maaf dengan kawan-kawan aku dulu yang ada meminta aku terangkan tentang stress, aku terpaksa tolak sebab bagi aku kalau diterangkan secara verbal tidak berapa complete..bikin rugi kamu ja.. (bukan tidak berapa tahu kawan-kawan, cuma bimbang maksud sebenar tidak sampai kepada kalian..jangan marah)..
Perihal praktikal yang terpaksa ditangguh demi kepentingan majikan juga sesuatu yang masih tidak mampu aku singkapkan hingga kini..bodoh kah aku...atau apa?..anyway tahniah kepada kawan-kawan yang telah dinaikkan pangkat lantaran memiliki segulung ijazah sebagai bukti mempunyai kelayakan..jaga amanah itu baik-baik ok :-) jangan lupa diri .. jangan lupa kawan dan of course jangan sama sekali lupa TUHAN .. tanpa izin-NYA kita ini tiada apa-apapun..hmm...sepatutnya kita sama-sama merasainya bha kan hahahaha...nda apalah...duluan la kamu, aku ikut dari belakang ja ahaksss...cuma pintaku kalau saat itu tiba biarlah aku punyai segala kemampuan dan kekuatan untuk memikul tanggungjawab itu.. AMIN..
Terima kasih TUHAN ..
No comments:
Post a Comment