Sunday, April 19, 2009

Lelaki Saudi gemar kahwin sementara

Bagaimana pula dengan berita ini?..dipetik dari akhbar tempatan Berita Harian bertarikh 19/4/2009 ..

Lelaki Saudi gemar kahwin sementara

JAKARTA: Semakin ramai lelaki Arab Saudi dikesan berkahwin sementara dengan wanita Indonesia dengan niat menceraikan mereka.

“Perkahwinan seumpama itu menunjukkan tanda akan terus meningkat jika ulama gagal memberikan fatwa jelas mengharamkannya,” kata pengarah hal ehwal Arab Saudi di kedutaan negara itu di Jakarta, Khaled Al-Arrak.

Katanya, kebanyakannya lelaki Arab Saudi yang terbabit dalam perkahwinan seumpama itu tidak sedar akibat yang menunggu mereka.


“Sesetengah penduduk miskin Indonesia mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki Arab Saudi dengan harapan menamatkan kemiskinan dan penderitaan mereka.

“Jika Majlis Sarjana Kanan Islam tidak mengharamkan perkahwinan seumpama ini, ia semakin tidak dapat dikawal,” kata Al-Arrak.

Ada banyak pejabat di Indonesia yang mengendalikan perkahwinan seumpama itu dan ia diadakan dengan kehadiran saksi dan seorang lelaki menyamar sebagai bapa pengantin perempuan, lapor akhbar Al-Watan.
Wanita berkenaan tidak sedar perkahwinan mereka cuma bertahan selama beberapa hari saja dan terpaksa membesarkan anak lelaki yang meninggalkan mereka.

Tahun lalu, Kedutaan Arab Saudi di Jakarta menerima 82 panggilan mengenai anak lelaki Arab Saudi yang berkahwin dengan wanita Indonesia dan meninggalkan mereka. - Agensi
Begini pun ada kah?..aku bersusah-payah mahu mencari pasangan, diorang pula boleh kahwin sementara lagi!..salah siapa?..lelaki?..perempuan?..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images