Wednesday, September 25, 2013

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2013

Malaysiaku Berdaulat
Tanah tumpahnya darahku

Rasanya kali ini sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September lebih patriotik dikalangan ramai rakyat Malaysia. Ini semua adalah disebabkan insiden ganas yang dicetuskan oleh pengganas-pengganas sulu beberapa hari sebelum kita menghadapi PRU 13. Beberapa perajurit kita (polis dan tentera) telah terkorban angkara perbuatan khianat pengikut-pengikut Kiram (yang mengaku kononnya sebagai Sultan Sulu) dalam meneruskan niat busuk hati mereka untuk merampas tanah Sabah ini menjadi milik mereka.

Syukurlah kedaulatan negara ini berjaya dipertahankan dengan penuh bermaruah dan bersemangat serta mendapat sokongan padu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Cuma saya terkilan sedikit bila masih ada petugas-petugas media yang selalu mengeluarkan perkataan ini dari mulut ;

" Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak / Malaysia termasuk Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei"

Ia seolah-olah membawa maksud Sabah dan Sarawak adalah sesuatu yang berbeza dengan  dengan Semenanjung Malaysia.

Bagi saya, Sabah dan Sarawak bukannya menyertai Malaysia tetapi bersama-sama Tanah Melayu membentuk negara ini.

Perbezaan 6 tahun antara 31 Ogos dan 16 September bukanlah lama sangat. Jarak waktu sebegini sepatutnya telah  menunjukkan satu garisan kemajuan yang tidaklah terlalu besar jurangnya antara Malaysia Timur dan Semananjung Malaysia sekarang.

Lihatnya gaji kakitangan kerajaan di Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang agak jauh bezanya.

Di Semenanjunga Malayisa, mereka ada elaun Cola dan bayaran perumahan yang jauh bezanya dengan kakitangan kerajaan di Sabah ini.

Kadang-kadang saya pun  merasa hairan bila memikirkanya, cakap PM 1Malaysia tetapi yang tinggal
hamyalah beban kewangan yang tinggi terpaksa ditanggung oleh setiap individu kakitangan kerajaan di Sabah dan Sarawak.

Semoga PM kita akan sedar perkara ini ....

# PM ada datang di Tg Aru, KK pada 16 September 2013 untuk bersama-sama meraikan kemeriahan sambutan Hari Malaysia 2013 serentak di Sabah dan Sarawak sempena 50 tahun Sabah Maju dalam Malaysia. Semoga setiap amanat dan janji beliau pada hari tersebut akan menjadi kenyataan.
 

Wednesday, July 3, 2013

Today is my special day !!

YezZaaA.... hari ini July 3rd, 2013.. Hari Ulang Tahun saya dan yang hebatnya, saya raikan hari ini di Sutera Harbour ...

Hahaha....sebenarnya kebetulan sahaja, kerana selama 2 hari ini, saya menyertai Konvensyen KIK aka. Team Excellent peringkat Sabah/Sarawak di The Pasific, Sutera Harbour.

Fuhhhh....hebatnya, makan sedap dan turut dihadiri kawan dan peserta dari Sabah, Semenanjung Malaysia dan Sarawak (...hahahaha...). Seakan meraikan hari ini di tempat yang exclusive pula rasanya (perasantuttttt....)... but it's ok for me, sekurang-kurangnya ada juga kaitan hari ini dengan sesuatu yang baik dan bermanfaat. All about quality, creativity and inovation. Satu aura yang +ve for me.

...yang jarang-jarang terjadi.

Semoga hari ini menjadi permulaan yang gemilang untuk diri, hidup dan keluargaku.

Alhamdulillah...

Tuesday, July 2, 2013

Selamat Hari Jadi Alexander Saidi



Tanpa saya sedari, hari ini 3hb Julai 2013 merupakan ulang tahun kelahiranku yang ke.... tahun. Cepatnya masa berlalu. Dalam sepanjang melaluinya, saya dapat merasakan betapa begitu sedikit pencapaian gemilang untuk diri saya sendiri atau ibu bapa, keluarga dan isteri serta anaknya saya walaupun apa yang saya harapkan jauh lebih besar lagi....

Malunya saya ini, seorang yang masih kurang berjaya mencapai segala impian sendiri dan keluarga. Belum mampu dibanggakan dalam segalanya, serba serbi kurang di sana dan sini dalam setiap ruang kehidupan saya ini.

KENAPA?....

Aku hanya ingin berdoa pada-MU Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam. Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa-apa yang dilangit dan dibumi....

Ya Allah, dipagi ini aku memohon petunjuk dari-MU untuk berjaya dalam kehidupan ini, seterusnya menjadi kebanggaan buat ibu bapa dan orang-orang tuaku, seluruh kaum keluarga dan sanak saudara serta isteri dan anak-anakku.

Ya Allah, Aku memohon rezeki yang murah lagi bermanfaat. Engkau bukakanlah satu sumber pendapatanku dari sumber yang tidak disangka-sangka olehku. Jika rezekiku itu masih dilangit, turunkanlah ia kepadaku, jika masih didalam bumi, keluarkanlah ia untukku. Jika sukar, permudahkanlah, jika jauh, dekatkanlah, jika haram, sucikanlah. Dan jika sedikit, perbanyakkanlah untukku.

Ya Allah, Aku juga memohon kesihatan, kekuatan tubuh badan dan budi pekerti serta tutur bahsa yang menyenagkan semua orang. Lindungilah aku sepanjang masa dan limpahkan aku dengan cahaya keimanan dan hidayah-MU.
Jadikanlah Hari Ulang Tahunku ini sebagai sesuatu yang engkau redhai dan berkati. Jadikan juga ia permulaan langkah gagahku mencapai semua cita-cita dan impian. Dan jadikanlah ia permulaan kejayaan yang keberkataan dalam hidupku.

Ya Allah, Anugerahkanlah aku kejayaan dunia dan akhirat dan jadikanlah aku Hamba-Mu yang benar-benar bertakwa kepada-Mu. Makbulkanlah semua apa yang aku inginkan dan impikan sebagai kejayaan dan jauhkan aku dari segala yang tidak perlu dalam hidupku.

AMIN....AMIN....YA RABBAL ALAMIN....



p/s ; dan hari ini juga genaplah sebulan saya berpindah ke tempat kerja yang baru.... semoga lebih bermakna dan pastinya akan membuka seribu pintu kejayaan dalam bidang kerjaya saya ini.

Sunday, June 16, 2013

Retreat Pentadbiran dan Hala Tuju Sekolah Perniagaan & Ekonomi 2014/2015, UMS

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), tempat di mana saya baru sahaja "memindahkan" diri dan juga perkhidmatan saya di bumi UMS, telah mengadakan Retreat Pentadbiran dan Hala Tuju SPE 2014/2015 bertempat di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu.

Retreat tersebut telah diadakan dari 14 Jun 2013 sehingga 16 Jun 2013. Berbeza dengan majlis atau program seumpamanya sebelum ini, kali ini saya juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah bagi program ini. Dan sebagai penghargaan di atas lantikan tersebut, saya telah "menjadikan" diri saya ini sebagai kakitangan terlibat pertama yang sampai ke lokasi, lebih kurang jam 2.00 PM selepas menunaikan solat Jumaat di surau berhampiran kawasan Sinsuran, Kota Kinabalu.

Pada saya, retreat ialah satu keputusan organisasi untuk "bermuhasabah", iaitu berkumpul untuk "mengenang" kisah-kisah setahun yang lalu, "menganalis" kelemahan sebelum ini seterusnya mendapatkan satu "pelan" perjuangan yang lebih mantap dalam setahun lagi. Itu pendapat peribadi saya sendiri, yang saya kutip sepanjang saya menyertai beberapa retreat since saya mula "bekerja" lebih kurang 18 tahun yang lalu. Olahan itu saya adun dari pengalaman di bidang swasta atau sektor kerajaan. Oleh itu, retreat seharunya "wajib" disusuli dengan kalendar aktiviti yang telah dipersetujui termasuklah hal ehwal kewangan dan perancangan perbelanjaan sesebuah organisasi tersebut.

Itu bagi saya, kalau salah tolong tunjukkan :-)

Saya tertarik dengan serangkap pantun yang telah dikongsikan oleh Dekan ketika penutupan retreat pada pagi ahad (yang katanya, juga didapatkan dari seseorang/pelajar beliau) ; 
Kalau ada jarum yang patah
Janganlah lagi dipatah-patahkan
Kalau ada silap dan salah
Janganlah pula disebar-sebarkan

Begitulah lebih kurang bunyinya...kreatif juga "insan" pengubahsuai pantun lama ini kan...So, saya balas lah, begini lebih kurangnya ;

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak sama belajar
Kalau salah jangan tonjolkan....

Thursday, May 30, 2013

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Happy Harvest Festival !!

Cepatnya masa berlalu. Tanpa sedar (dalam sedikit kesibukan memikirkan perihal pindah pejabat/jabatan baru pada minggu depan), Perayaan Pesta Menuai menyapa lagi. Teringat masa sebelum ini, masuk saja 1hb Mei, maka berkumandanglah lagu-lagu dalam bahasa kadazan, dusun atau murut (KDM) yang tidak lain akan mengkhabarkan kedatangan pesta/perayaan tersebut. 

"Norikot nodi do bulan lima.. Tadau tagayo do kaamatan..."
"...kada tokou megiavu-avu.. Ontok do tadau diti"
"...Kadazan tokou saavi-avi..."

....di atas merupakan antara baris lirik lagu-lagu yang akan dimainkan dicorong-corong radio saluran Bahasa KDM sepanjang bulan mei pada tahun semasa (mohon maaf sekiranya ejaan atau cara sebutan saya salah..mohon diperbetulkan...). Menariknya, semua lagu-lagu tersebut hanyalah memberikan satu maksud atau permintaan iaitu hari kebesaran masyarakat KDM telah tiba dan harus disambut atau dirayakan secara harmoni tanpa ada apa-apa perasaan atau niat yang tidak baik.

Teringat juga saya, ketibaan bulan mei setiap tahun juga akanmemperlihatkan individu-individu atau pihak berbabit mula sibuk membuat persiapan bagi mengadakan perayaan tersebut di peringkat kampung atau daerah masing-masing.

Bermacam-macam aktiviti tradisi turun-temurun warisan masyarakat KDM akan dibuat, sebelum penentuan juara atau pemenang keseluruhan ditentukan pada hari kemuncak pesta iaitu pada 30 dan 31hb. Mei di bangunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA). Antaranya ialah tarik tali, pertandingan menyanyi (sugandoi, dll.), gusti lengan dan lain-lain lagi. Akan tetapi, kemuncaknya ialah memilih juara Ratu Cantik ataupun lebih dikenali sebagai Unduk Ngadau (UN) setiap tahun. UN merupakan satu acara atau pertandingan yang dibuat bagi menghargai (secara simboliknya),  pengorbanan "Huminodun" suatu masa dahulu, yang dilakukan demi kesejahteraan semua masyarakat KDM ketika itu.

Nanti (kalau berkesempatan dan tidak lupa), saya akan kisahkan lebih panjang dan tersusun cerita-cerita disebalik sambutan Pesta Kaamatan ini. Untuk kali ini, saya cuma ingin mengucapkan kepada semua masyarakat KDM : 

"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"

Semoga tahun 2013 ini rezeki yang datang akan bertambah baik dan lumayan kepada kita semua. Semoga juga perayaan seumpama ini akan terus diadakan disetiap tahun. Bersamalah kita memelihara budaya warisan kita ini, kerana kita perlu terus mengekalkan nilai citranya untuk diwariskan pula kepada generasi akan datang kita.

Gambar hiasa : Peserta menunggu giliran (kredit to forum.lowyat.net )

Gambar hiasan : Pemenang Unduk Ngadau Tahun 2012 (kredit to www zimbio dot com)

Saturday, May 25, 2013

Akhirnya.... saya berpindah jabatan juga

Akhirnya saya akan berpindah juga dari jabatan ini untuk menyambung khidmat di tempat yang lain. Setelah lebih kurang 8 tahun menabur khidmat di jabatan ini, tanggal 16 Mei 2013 datanglah surat arahan perpindahan di atas meja saya.

Lebih manis, hari tersebut, saya sedang bertugas di dewan universiti sempena Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) kakitangan UMS untuk tahun 2012. "Kebetulan" pula pada masa tersebut, saya turut menerima penghargaan dari pihak universiti untuk Anugerah Perkhidmatanh Terpuji (APT) dan Anugerah Jasa Bakti (kakitangan yang mencapai tempoh 10 tahun berkhidmat di UMS). 

Sebenarnya, sudah 13 tahun saya berkhidmat, cuma yang 3 tahun itu sebagai kakitangan sambilan (gaji hari) dan sementara. So, yang 3 tahun itu tidak boleh dikira sebagai tempoh perkhidmatan kepada saya.

Berbalik kepada isu perpindahan tersebut, saya telah diminta untuk melapor diri di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi pada 3 Jun 2013. Mungkin pengalaman saya yang telah pernah berpindah beberapa kali samada antara jabatan, bahagian, seksyen atau unit dulu, menyebabkan saya tidak terkesan dengan berita serta arahan perpindahan ini. Lagipun saya telah mendengar khabar perpindahan ini since April 2013 lagi. Jadi ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkanpun kepada saya.

Lagipun memulakan khidmat di sekolah (fakulti) universiti bukanlah asing bagi saya memandangkan saya pada asalnya juga sebenarnya berasal dari sekolah juga iaitu Sekolah Sains & Teknologi (SST) sebelum berpindah ke Jabatan Pendaftar di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 8 tahun yang lalu. Tambahan pula, SST merupakan sebuah sekolah terawal (pelopor) kepada penubuhan UMS selain sekolah yang terbesar di UMS yang  turut memiliki jumlah pelajar paling ramai (secara tidak langsung menjadi penyumbang kewangan terbesar kepada universiti) dan jumlah kakitangan teramai ketika itu di UMS. 

Perpindahan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia seterusnya ke Bahagian Pentadbiran & Governan di Jabatan Pendaftar rasanya turut membantu mematangkan saya menghadapi keadaan ini.

 Memang ada sedikit kekesalan kerana dalam semua perpindahan saya sebelum ini, saya berjaya menyiapkan semua tugas dan tanggungjawab dalam keadaan yang cukup baik. Tetapi kali ini seperti ada yang hilang dari diri saya. Biarpun begitu, saya cukup yakin saya telah lakukan segala yang terdaya. Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang, semoga semua yang berlaku ini ada hikmah serta kebaikkan kepada saya nanti. Amin.

Sekali lagi saya nyatakan, memang saya tidak mampu menafikan masih ada sedikit rasa tidak puas hati berkaitan perpindahan ini. Ada beberapa perkara masih belum saya selesaikan. Sebagai manusia biasa, perihal sebegini sedikit sebanyak mengganggu juga ruang tenang saya. Antaranya ;

1. Program Pelaksanaan 5S di pejabat tempat saya bertugas tidak dapat saya akhiri dengan kejayaan mendapatkan sijil pengesahan dari pihak MPC seperti yang telah dirancang iaitu pada akhir tahun ini (dijangka awal bulan Disember tahun 2013). Sebagai Ketua kepada "Kumpulan Scorponok : Zon Ungu" yang telah diamanahkan kepada saya, beberapa perancangan dan strategi bersepadu telah saya susun bersama-samadengan ahli-ahli kumpulan saya demi mencapai satu kejayaan mutlak. Saya sangat yakin mampu menyumbang kejayaan kepada program ini. Tetapi saya juga perlu akur, kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan. Saya tetap mendoakan kejayaan sebagaimana yang diharapkan kepada kumpulan saya ini. Terima kasih kepada En Alimin, En. Ranoh, Pn. Samsidar dan Pn. Farazilla di atas semua sokongan, buah fikiran dan komitmen yang telah kalian berikan kepada saya. Saya sangat berbangga pernah menjadi Ketua kalian dan seterusnya bekerja bersama-sama kalian dalam satu kumpulan (sengaja saya catatkan nama supaya tidak lupa). Ingat selalu kata-kata saya, "mereka memang hebat, mari kalahkan mereka!".

2. Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pelatih Kadet PALAPES IPTA Kali ke-32 Tahun 2013 di UMS juga tidak dapat saya habiskan sehingga selesai majlis sedangkan saya telah bermula di awalnya lagi (termasuk mengorbankan hari cuti umum di Pan Pasific Sutera Habour bersama-sama ahli terlibat yang lain menjayakan Bengkel Pemurniaan Tugas dan Timeline Majlis Istiadat Diraja tersebut). Jadual majlis ialah pada bulan Julai 2013, sedangkan tarikh perpindahan saya ialah bulan Jun 2013, memang tidak sempat. Terkilan juga, kerana majlis yang sebesar begitu (majlis bersama DYMM YDP Agung serta orang-orang kenamaan negara) memang selalu mengujakan saya dan saya rasa cukup bertuah dapat menjadi ahli dalam menjayakannya. Sekali lagi, saya perlu akur, kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan.

3. Bengkel Pemantapan Pentadbiran dan Pengurusan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Pejabat Pendaftar (AKRAP) juga tidak sempat saya adakan bersama-sama dengan beberapa perancangan lain. Cadangan melaksanakannya dalam setengah tahun kedua tidak berapa mengena. Sebagai Pengerusi (Pertama) kelab ini, banyak perancangan yang telah saya rancang nampaknya "tidak sempat menjadi".  Semoga kelab yang telah saya mulakan ini (saya ilhamkan demi untuk kepentingan semua kakitangan sokongan pejabat tempat saya bertugas ketika itu), tidak akan berkubur begitu sahaja. Semoga ianya akan terus maju kehadapan, biarlah jauh lebih baik dari zaman kendalian saya.
Dalam semua keadaan, saya sentiasa tahu betapa wujud beberapa kelemahan dan kekurangan pada saya semasa menjadi pengerusi kelab ini, tetapi percayalah, saya telah lakukan segala yang terdaya untuk mengangkat kepentingan dan peranan kelab ini berpandukan objektif asal penubuhannya.

4. Dan ada beberapa perkara lagi yang tidak mahu saya fikirkan atau ingat....

....Kenangan "ditikam" dari belakang oleh rakan sepejabat (melalui E-Aduan) juga merupakan satu "kenangan terindah" saya di jabatan ini. Memang betul, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Kadang-kadang kita sememangnya telah berusaha sebaik-baiknya untuk membuat semua pihak terasa senang dengan kita tetapi masih ada lagi individu jenis "talam dua muka" di sekitar kita tanpa disedari. Selalu tindakan kita dengan niat baik sering disalah erti oleh pihak yang lain. Dan kepada semua yang sentiasa sakit hati kepada saya (tanpa saya tahu sebabnya), semoga kita semua akan berjaya mencapai ketenangan dan kejayaan mengikut impian kita masing-masing :-).

Hmmm... Bagaimana untuk melupakan semua ingatan dan "keindahan hidup" di pejabat ini? .. ianya pasti sukar kepada insan yang selemah saya. Tempoh masa 8 tahun di sini sememangnya sesuatu yang cukup indah kepada saya. Teambuilding.. Gerai Hijau Raya.. CSR..

Oh ya.. saya sangat berharap aktiviti dan aura UMS Peak serta Program Jom Outdoor akan terus bergema di bumi UMS ini. Saya sebenarnya sangat berbangga dapat menjadi salah seorang perintis kepada mercu tanda universiti bertuah ini. Semenjak mula lagi, saya memang sangat yakin UMS Peak akan mampu memberikan sesuatu impak positif yang sangat besar kepada seluruh warga UMS sekiranya "kita semua" mampu menguruskannya dengan cara yang terbaik dan penuh keikhlasan.



Akhir kata, saya sentiasa ingat akan kata-kata seorang Profesor kepada saya beberapa tahun dahulu. Beliau berkata "Setiap perpindahan kita itu sebenarnya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah SWT. Semuanya pasti ada kebaikan kepada kita".

So apa lagi?..

Kepada "Masa Lampau", terima kasih atas segala pengalaman dan pengajaran yang telah diberikan kepada saya. Kepada "Masa Depan", saya telah bersedia.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya ada perbuatan atau perkataan saya yang menyakitkan hati semua kawan-kawan (termasuk yang sedang membaca entri ini) samada secara langsung atau tidak langsung, sengaja atau tidak sengaja. Halalkan semua makan minum. Teruslah berkawan dengan saya.


SPE, HERE I COME !

Sunday, May 19, 2013

Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Tahun 2012, Universiti Malaysia Sabah

16 Mei 2013
Kompleks Dewan Kuliah Ke-2, Bangunan Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS
8.30 pagi - 12.45 tengahari

....telah berlangsung satu majlis khas universiti untuk meraikan kakitangan-kakitangannya yang cemerlang mengikut penilaian semasa pada tahun 2012 yang lalu. Turut diraikan ialah pesara-pesara serta kakitangan universiti yang telah berkhidmat mencapai 10 tahun serta pelbagai lagi anugerah penghargaan kepada yang layak hasil pemilihan panel-panel khas yang bertanggungjawab. 

Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan malah boleh dikatakan aktiviti wajib kepada UMS. Bagi saya, di UMS ini cuma ada 2 majlis terbesar dan boleh dianggap paling penting iaitu Majlis Konvokesyen dan Majlis APC. Majlis Konvokesyen untuk meraikan pelajar-pelajarnya sementara Majlis APC untuk meraikan kakitangan-kakitangannya. Perlu difahami dan dihayati bahawa wujudnya universiti ini adalah kerana wujudnya pelajar-pelajarnya. Dan untuk menguruskan pelajar-pelajar ini, perlulah ada kakitangan yang dilantik dalam pelbagai jawatan. Secara ringkas, bolehlah kita simpulkan bahawa UMS itu berdiri dan "hidup" kerana pelajar dan kakitangannya. Oleh itu, terdapat keperluan untuk UMS mengadakan kedua-dua majlis ini dengan lebih meriah dan gemilang. 

Berbalik kepada Majlis APC ini, saya berpendapat, beberapa penambahbaikan perlu dibuat. Antaranya :

1. Penerima APT juga perlu ada saguhati walaupun sedikit.

2. Sambutan serta layanan kepada Pesara perlu "dinaikkan" lagi serinya. Biarlah mereka ini merasa sangat dihargai dan terasa diri paling istemewa pada hari tersebut. Iyalah, itukan "hari terakhir" mereka bersama kita dalam satu majlis rasmi universiti. Mungkin penyediaan LO atau bunga manggar/paluan kompang mampu menghadirkan rasa terima kasih dan rasa benar-benar dihargai oleh mantan organisasi.

3. Sepatutnya penerima "Anugerah Jasamu Dikenang" lebih istemewa dan bernilai sedikit dari penerima APC. Ketahanan jiwa, kematangan pengalaman dan sumbangan bakti mereka ini perlu disanjung dalam tahun kesepuluh perkhidmatan mereka (ada yang lebih..). Sekiranya penerima APC bernilai RM1000.00, rasanya tidak salah penerima "Anugerah Jasamu Dikenang" ini dinaiknilaikan kepada RM1500.00.

4. Keperluan mewujudkan "Anugerah Khas" kepada kakitangan yang telah berkhidmat selamat 25 tahun atau suku abad perlu juga difikir-fikirkan. Bukan senang untuk mencapai tahap tersebut.
  
Itu pendapat saya sendiri sahaja. Bukan maksud saya mengatakan majlis seumpama ini tidak menarik, cuma mahu menyumbangkan idea untuk kepentingan semua pihak yang bernaung di bawah satu bumbung organisasi. Saya telah melihat majlis ini sejak sekian lama, dan saya yakin akan wujudnya keperluan untuk satu cetusan pembaharuan dalam penganjurannya. Jika diberi peluang untuk menjadi Ketua Penganjurnya, walaupun cuma dalam angan dan mimpi saja, 4 perkara yang telah saya sebutkan tadi tetap akan saya LAKSANAKAN.

Bukanlah niat saya untuk "lebih sudu dari kuah", tetapi itulah yang sering bermain-main di ruang fikir dan rasa saya sendiri. Kerana sebelum saya menggunakan hak berbicara saya ini, hak berfikir saya juga telah saya gunakan.

Pendapat anda tetap saya hargai dan hormati sebab saya sentiasa tahu, siapalah saya ini untuk berbicara tentang majlis-majlis universiti.

Peace....

Senarai Rasmi Menteri Kabinet Malaysia yang baru

Rasanya semua rakyat Malaysia telah tahu dengan senarai menteri kabinet baru Malaysia seperti yang telah dimaklumkan oleh PM kita Datuk Seri Najib Razak pada 15 Mei 2013, jam 5.00 petang di semua stesen televisyen perdana. Beliau telah berpendapat bahawa kabinet ciptaan beliau itu merupakan satu kabinet yang berimbang antara yang berpengalaman, teknokrat dan golongan muda.

Saya bukanlah mahu sangat membincangkan pendapat beliau atau memandang serius setiap ahli dalam kabinet tersebut. Saya cuma mahu menumpukan kepada ahli-ahli kabinet yang terpilih dari negeri saya sendiri dan yang paling penting dari kawasan Parlimen dan DUN tempat saya mengundi.

Wah... wakil Parlimen yang telah saya undi itu telah terpilih dan diberi kepercayaan oleh PM sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Rasanya, kementerian inipun bukan "calang-calang" kementerian. Semoga banyak yang boleh beliau sumbangkan di zon parlimen beliau. Semoga dalam masa 5 tahun ini banyak jalan raya akan dibaiki atau dinaiktaraf. Bila lagi kan...

Sebelum terlupa, kementerian beliau sebelum ini adalah Kementerian Kesihatan. Hmmm...

...jangan saja bila sudah di "sana", lupa semua tanggungjawab.... bak kata pepatah "sudah dapat melihat bulan, lupa rumput di bumi". Peluang hanya datang sekali sahaja dalam hidup ini.


bersambung....

Sunday, May 5, 2013

Pada 5.5.2013 [ Part 3 ]

Bangun pagi dengan kepala sakit. Pasang berita, tengok akhbar online, lawat2 FB semua tidak ada pengumuman Cuti Peristiwa. Apalah... hmmm... terpaksalah ambil cuti rehat (pindaan cuti rehat minggu dulu yang tidak dapat diambil atas sebab-sebab urusan kerja).

Then, akhirnya BN menang dalam PRU Ke-13 ini dan membentuk kerajaan setelah mendapat 133 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi berbanding PRU Ke-12 pada tahun 2008 (140 kerusi) daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. PR pula menang 89 kerusi, lebih 7 kerusi berbanding PRU Ke-12 yang lalu (PKR hilang 1 kerusi dan PAS gagal mengekalkan 2 kerusi. Tetapi apa yang memeranjatkan ialah keupayaan DAP mendapat 38 kerusi, 10 kerusi lebih dari PRU tahun 2008).

Sabah dan Sarawak kekal sebagai penyelamat BN untuk ke sekian kalinya. Pada pendapat saya, sudah ada keperluan untuk Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri Sabah mendengar dan menumpukan perhatian terhadap suara-suara dari rural area memandangkan banyak kerusi di perolehi oleh BN adalah dari zon-zon tersebut. Berilah sesuatu sebagai ganjaran dan tanda terima kasih kepada kelompok masyarakat ini. Janganlah asyik mementingkan di kawasan-kawasan bandar atau bandaraya sahaja. Rasanya banyak jalan yang perlu dibaiki, banyak kemudahan masih perlu disediakan. 

Dan, seperti yang sangat-sangat diharapkan, BN menang di kawasan saya (DUN Kawang dan Parlimen Papar). Nampaknya ungkapan PR yang sering dilaungkan sebelum ini yang berbunyi "Ini kali lah" belum mampu mengegar Gelombang Biru "TATAP BN". Rasanya sekarang, ada baiknya ungkapan keramat PR itu ditukar kepada ungkapan "Lain kali lah"... untuk lebih menyampaikan maksudnya sekarang selain untuk tujuan lebih kedengaran bergurau bagi menutup kehampaan.

Semoga pihak yang MENANG akan lebih bertanggungjawab serta bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab serta kepercayaan yang telah diamanahkan oleh rakyat. Kepada yang TIDAK MENANG.. jadilah pembangkang yang jujur dalam membantu membangunkan serta mensejahterakan rakyat. Percayalah, negara ini masih memerlukan pihak pembangkang yang kuat dalam struktur politik dan pentadbirannya.

Kepada rakan-rakan seperjuangan "baju biru" semuanya, jangan sama sekali lupa BN menang di PRU Ke-13 tahun 2013 ini bukannya dengan majoriti yang selesa. Banyak perkara serta kemahuan rakyat yang perlu dianalisa serta difahami dalam masa sepenggal ini. BN banyak kehilangan undi dari kaum Cina serta masih belum mampu mendapatkan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. DSAI masih menang.. Nurul Izzah pun masih menang. DAP pula semakin "mengganas".

Dan tanpa kita sedari, tinggal 7 tahun lagi untuk kita rakyat Malaysia menuju status negara maju. Tujuh tahun bukanlah satu jangkamasa yang agak panjang.

Akhir kata, ROM tidak dibina dalam masa sehari.

TATAP BN !!

*p/s: Oh ya, malam tadi rupanya kedua-dua " SANG BIRU" telah menang rupanya. Tabik spring dengan GELOMBANG BIRU dan THE BLUES di atas kemenangan masing-masing (jangan menyampuk kalau tidak minat bola).


Pada 5.5.2013 [ Part 2 ]

**Mula Jam 8.00 malam (lebih kurang..) : Tengok/dengar Berita TV3, layan FB dan semak/menanda surat khabar (New Sabah Times).Entah, memang suka dengar berita di TV3 antaranya Berita Perdana, Berita 1.30 Petang dan Berita Terkini. Cara penyampaian diorang lebih "ngam" di jiwa...chehhh....

:**FYI, PRU kali ini merupakan buat kali pertama tiada calon yang menang tanpa bertanding. Buat kali pertama juga terjadi pertandingan 7 penjuru (Sabah). PRU kali ini juga mencipta rekod dengan pencalonan calon-calon bebas paling ramai sejak PRU kali pertama. Difahamkan PRU ke-13 telah mencatatkan jumlah calon teramai serta jumlah parti paling banyak setakat ini.

 :**So, what are we waiting for?!... Let's begin... !!!

...TV3 8.00PM(LK) :- Seorang pengundi hampir dipukul oleh penyokong pembangkang kerana disyaki warga asing (Bangladesh). PDRM kemudiannyua mengesahkan individu tersebut adalah melayu tulen.

... FB, 6.55PM :- Di Gelang Patah, BN sedang mendahului DAP,  6.36 PM / Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. (BN - 2,237 / DAP - 1,382).

...TV3, 8.00-80.30PM :- di Pulau Pinang, kekecohan hampir tercetus oleh tindakan beberapa penyokong dari PR. Beberapa individu ditahan pihak Polis untuk siasatan.

...TV3, 8-8.30PM :- Proses peralihan kuasa perlu berlaku dalam keadaan tenang dan aman.. PM & PDRM

...FB, 8.17PM :- Setakat ini Parliment,  BN :5, PR : 1..............(sumber lain : malaysiakini.com)

...TV3, 8.28PM :- seorang pengundi meninggal dunia di Pusat Mengundi di Ipoh. 

...TV3, 8.29PM :- BN 10 kerusi, semua di Sarawak

...FB, 8.33PM :- somebody teks me "bang, bung menang sudah"..maybe yg dimaksudkan ialah Bung Mokhtar, suami Zizie Ezatte

...TV3, 8.29PM :- BN 10 kerusi di Sarawak, 1 kerusi di Sabah

...TV3, 8.39PM :- Jangan percaya sepenuhnya dengan laporan kemenangan parti-parti yang bertanding dalam PRU13 yang disebarkan melalui FB atau media internet. Rujuk kenyataan yang telah disahkan dan dikeluarkan oleh pihak SPR terutama melalui TV. (kenyataan pihak SPR, Putrajaya)... **So, saya will start to reduce info dari FB except yang betul-betul panas atau "terbaik" sahaja.


...FB (Anti Pakatan Rakyat), 8.30PM(LK) :- Keputusan tidak rasmi: BN rampas semula Kedah apabila menang 19 kerusi daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan....Alhamdulilah..Aminnn



...FB (Esmar A. Hamid Kenoh), 8.37PM :-

update tidak rasmi.
kereta tidak jadi beli. :)

1. Negeri Sembilan masih kekal BN.
2. Kedah kembali kepada BN dgn kedudukan 19/17
3. Tengku Adnan kekal AP Putrajaya dengan majoriti lebih 3000
4. Nurul Izzah tewas tipis
5. Ibrahim Ali menang
6. Johor kehilangan 5 lagi kerusi parlimen kpd pembangkang.
7. Anwar Ibrahim masih menang di Permatang Pauh.
8. Zul Nordin menang d Shah Alam
9. Pembangkang berjaya menambah kerusi di Sabah tetapi jumlah yg minimum.
10. Kelantan dan Selangor kembali kepada BN dgn majoriti tipis.
11. LKS Menang di Gelang Patah.
12. DAP sukar digugat d Pulau Pinang.

...FB (Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad), 8.30PM :- Anwar kalah tipis di Permatang Pauh. Tidak rasmi. Penyokong Anwar sedang buat kacau di Pusat Pengiraan Undi. #PWTC
 ** :: ini rasanya tidak boleh dipercayai, tetapi perlu diambil berat..

**Setakat jam 9.18PM :- Komen2 di FB mula "berwap". Banyak kenyataan panas mula dikeluarkan terutama oleh penyokong-penyokong PR. TV3 juga turut "diserang" kerana kononnnya mengeluarkan kenyataan salah berkaitan keputusan PRU13.

..TV3, 9.25PM :-  (Parlimen) BN : 17 Kerusi di Sarawak dan 1 di Labuan. DAP 3 kerusi juga di Sarawak. 

**Jam 9.29PM :- Seperti penat sudah ni melayan Berita TV3... oh ya..malam ini ada game bola, Chelsea VS MU... hmmm....

...TV3, 9.31PM : BN menang di Parlimen Putrajaya (P125) mengalahkan calon PAS dengan kelebihan undi sebanyak 5541 undi

...FB (Hamidah Mohd Said), 9.47PM :- terkejut dengan status ini "hati2 sapa yg tinggal klang...bnyk gaduh sana sini....bangla habis kena hantam...." **OMG... apa sudah jadi?!!..

...TV3, 9.54PM :- Kerusi Parlimen ; BN menang di Petrajaya dan Ulu Rejang, Sarawak.

...FB ( Jad Adrian Washif shared DUNIACACAMARBA's photo), 9.56PM :- "PRIME MINISTER" ANWAR IBRAHIM (OPPOSITION LEADER) WON IN A GREAT MARGIN (over 15k) IN PERMATANG PAUH ... ** Mungkin ini info 2008. Gambar juga adalah dari kemenangan DSAI pada tahun 2008.

...FB (Suzana Suhaili), 10.29PM :- Tahniah warga papar, Tatap BN. ** Semua calon BN menang di Papar. Alhamdulillah semoga ianya benar!!

...TV1, 11.19PM :- Datuk Seri Anwar Ibrahim menang mengalahkan calon BN dan Bebas di Permatang Pauh

...TV1, 11.33PM :- Puteri PKR, Nurul Izzah menang, mengalahkan calon BN Datuk Raja Nong.

** Setakat jam 12.26AM, BN telah memenangi sebanyak 143 kerusi Parlimen daripada sejumlah 222 kerusi yang ada. Bermakna BN telahpun berjaya membentuk kerajaan walaupun selepas ini PR akan memenangi kesemua baki 79 kerusi yang tinggal !!... tahniah BN !!... (sumber:http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDR.php)

...Astro Awani, 12.33AM :- (Parlimen) BN 98, PKR 16, PAS 10, DAP 27...

**STOP DULU DI SINI !! @ 12.34AM...huarggghhh...tunggu news besok la, terlampau banyak infolah pula...tidak larat lagi mataku yang comel ini untuk menunggu kepastian keputusan calon BN di DUN dan Parlimenku (Kawang & Papar). TATAP BN BAITU !!.. PKR, lain kalilah !!


Petunjuk :

*LK = Lebih Kurang
*PM = Malam
*FB = Facebook
** = Catatan/kenyataan sendiri

Search This Blog

Featured Images