Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
RM10,000 jika bantu selamatkan Mohamed Izham
KANGAR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu yang sanggup mendermakan buah pinggang mereka kepada pelajar pintar dari Perlis, Mohamed Izham Salim, 18.

Tawaran itu dibuat Shahidan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, sebagai langkah menarik mana-mana individu untuk tampil menderma, sekali gus mempercepatkan lagi proses pemindahan dan penggantian buah pinggang kepada Izham dilakukan.
Shahidan ketika ditemui berkata, Izham amat memerlukan buah pinggang gantian bagi memastikan dia mampu meneruskan pengajian, terutama jika ditawar memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).
"Saya amat simpati dengan keadaan Izham, terutama selepas melihat kecemerlangan dalam pelajaran yang ditunjukkannya walaupun dia tidak sihat.
"Justeru, saya harap dengan ganjaran RM10,000 ini, ada pihak sanggup tampil membantu Izham, kerana buah pinggang bukan suatu benda yang boleh dibeli begitu saja," katanya selepas melawat pelajar terbabit di di Kampung PPRT Tok Kuning, dekat sini, semalam.
Kehadiran Shahidan disambut bapa remaja itu, Salim Man, 77, dan ibunya Salasiah Hasan, 59, yang kemudian turut memberi sumbangan sagu hati kepada Izham.
Izham yang memperoleh keputusan cemerlang 7A, 2B dan 1C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, menghadapi masalah untuk meneruskan pengajian ke IPT selepas dikesan menghidap penyakit buah pinggang sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, satu daripada buah pinggang Izham dilaporkan rosak, manakala sebelah lagi disahkan semakin mengecut dan memerlukan gantian dengan segera.
Keadaan itu juga memaksa Izham yang juga anak bongsu tujuh beradik menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
Sementara itu, Salim berkata, dia dan isteri memang berhasrat mendermakan buah pinggang mereka kepada Izham, tetapi gagal berikutan perbezaan darah.

BH [14/4/2010]
No comments:
Post a Comment