KUALA LUMPUR: Kandungan sistem pesanan ringkas (SMS), perkhidmatan mesej multimedia (MMS) dan panggilan video yang dibuat oleh pelanggan telefon selular tidak disimpan oleh syarikat pemberi perkhidmatan telefon selular bagi memastikan kerahsiaan dan hak peribadi pelanggan dilindungi.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, berkata syarikat pemberi perkhidmatan selular sebaliknya hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil dan sekiranya ada pertikaian mengenai bil.
"Tambahan pula jumlah transaksi (SMS,MMS, panggilan video) ini adalah besar. Sebagai contoh pada 2009 sejumlah 80 bilion traksaksi berkenaan dibuat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Abdul Rahman ingin tahu berapa lama pesanan SMS, MMS dan panggilan video disimpan oleh syarikat telekomunikasi dan kaedah keselamatan yang digunakan untuk menggelakkan pesanan itu tidak dibaca oleh petugas syarikat.
Salang berkata syarikat-syarikat telekomunikasi tidak akan memberikan sebarang data peribadi pengguna termasuk log transaksi melainkan jika pelanggan perkhidmatan itu membuat permintaan melalui mahkamah bagi tujuan kegunaan mahkamah.
"Selain daripada itu transaksi adalah peribadi dan dilindungi," katanya.
Menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Salang berkata adalah salah di sini undang-undang bagi sesiapa, termasuk pihak penguatkuasaan untuk mendengar atau merekod perbualan sulit mana-mana pelanggan syarikat telekomunikasi.
Beliau menasihatkan sesiapa yang mengetahui berlakunya perkara itu membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut. - Bernama
BH [13/4/2010]
p/s ; lega rasanya hati..tapi betul kah ?.
No comments:
Post a Comment