SYDNEY: Kerana kesilapan ejaan satu perkataan, penerbit sebuah buku resipi masakan terpaksa mencetak semula 7,000 salinan buku berkenaan.
Perkataan sebenar ialah ‘black pepper’ (lada hitam). Syarikat Kumpulan Pengguin mengaku kesilapan ejaan itu.
Ketua bahagian penerbitannya, Bob Sessions berkata, syarikat itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesilapan itu dan menyifatkannya sebagai kesilapan bodoh.
Syarikat itu bagaimanapun tidak akan menarik balik naskah yang sudah diedarkan di kedai buku kerana ia terlalu rumit.
Katanya, kesilapan itu terlalu kecil untuk mencetuskan kemarahan orang tetapi syarikat berkenaan bersedia menggantikan naskah untuk pembeli yang kurang senang dengan kesilapan itu. - Agensi
HM [19/4/2010]
p/s ; perkara yg kecil can make a big things happen ..
No comments:
Post a Comment