Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
roses@hmetro.com.my
UMUM tahu, selain menyanyi, penghibur popular 1980-an, Datuk Khadijah Ibrahim juga dianugerahkan dengan bakat memasak.
Khadijah atau lebih mesra disapa Khaty, 51, yang juga adik kepada Latiff Ibrahim dan Sofia Ibrahim berkata, bakat memasak itu diwarisi daripada keluarganya sendiri.
"Nenek dan ibu bapa saya memang suka memasak untuk menjamu kami sekeluarga makan sejak saya kecil lagi. Selain saya, abang, Latiff juga ada kafe yang beroperasi di Bangsar. Selain itu, kakak saya, Sofia juga pernah membuka restoran," ujarnya.
Malah, Khadijah juga pernah membuka sebuah restoran di Christchurch, New Zealand yang beroperasi selama 12 tahun, suatu ketika dulu.
Justeru, tidak hairanlah, selepas 15 tahun merantau, Khadijah kembali ke tanah air untuk membuka restoran Khadijah's Kitchen di Jalan Seksyen 11, Petaling Jaya yang kini sudah beroperasi selama dua tahun.

"Kalau tidak ada undangan persembahan, saya akan sibuk di restoran pula. Saya juga akan berada di restoran ini seawal jam 9 pagi setiap hari. Anak saya, Siti Hajar juga akan bantu menguruskan restoran pada siang hari kalau saya sibuk dengan persembahan.
"Restoran ini ada 10 kakitangan beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam. Restoran ini boleh menampung seramai 100 orang dalam satu masa. Kalau ada sebarang majlis, kami akan pasang khemah di luar restoran dan ia boleh menampung kira-kira 150 orang tetamu," katanya.
Khadijah berkata, dia bersyukur kerana sambutan dari pelanggan juga sungguh menggalakkan.
"Saya dan kakitangan bekerja seperti sebuah keluarga yang besar. Saya juga akan sama-sama turun ke dapur untuk memasak dan menyediakan minuman kerana memang ada pelanggan yang ingin merasai air tangan saya sendiri," katanya.
Lebih menarik, Khadijah berkata, dia akan membuka restoran francaisnya dalam tempoh setengah tahun lagi.
"Saya juga merancang untuk membuka sebuah restoran di Auckland, New Zealand pada masa depan. Namun, semuanya, masih dalam perancangan lagi," katanya.
Khadijah yang menempa nama menerusi lagu Ku Sangka Siang Kiranya Malam ini baru saja menubuhkan produksi bersama rakan kongsi, Sapphire Screen yang menerbitkan program 'morning show' ala terkenal Martha Stewart.
"Insya-Allah, saya juga menjadi hos program ini nanti," katanya.
Selain Siti Hajar, 29, Khadijah juga mempunyai anak lelaki, Khairul, 27. Dia juga mempunyai dua cucu yang menyerikan lagi hidupnya.
Khadijah berkata demikian ketika pada majlis pelancaran Cucur Udang Anugerah Cukup Rasa di restorannya di sini, Sabtu lalu. Antara rakan artis yang hadir pada petang itu ialah kompser S Atan dan Isma AF serta suaminya, Zul.
Khadijah yang juga duta Maggi berkata, cucur udang itu adalah resepi terbaru di restorannya dengan produk cukup rasa keluaran Maggi.
"Saya juga membuka beberapa gerai di lorong restoran pada jam 4.30 petang khusus untuk pelanggan menikmati cucur udang yang enak ini. Apa yang menarik, cucur udang ini mengandungi bahan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan ayam," katanya.
Antara tetamu istimewa lain petang itu ialah sekumpulan ibu tunggal dari Persatuan Ibu Tunggal Shuhadah, Cheras. Berkongsi cerita perkembangan terbaru karier seninya pula, Khadijah akan menjayakan konsert Datuk Ahmad Nawab di KL Convention Centre pada 23 hingga 24 Julai nanti.
"Saya akan tetap memberikan sokongan kepada Datuk Ahmad Nawab kerana dia banyak berjasa menaikkan nama saya," katanya.
Mengenai perancangan album baru, Khadijah akan tampil dengan album An Evening With Khadijah Ibrahim featuring Ramli Sarip yang kini masih dalam proses suntingan.

HM [22/4/2010]
p/s ; teringat azam nak jadi penternak dan peniaga .. :-)
No comments:
Post a Comment