Wednesday, December 23, 2009

Dulu pemandu trak, kini pengarah agung

Selepas Titanic mencipta fenomena luar biasa, nama James Cameron tidak pernah lekang daripada ingati oleh sesiapa sahaja yang mencintai dunia perfileman. Hari ini James menambah satu lagi koleksi filem luar biasa air tangannya berjudul Avatar.



LEBIH sedekad lalu, pengarah terkenal, James Cameron mencipta sejarah dengan pembikinan filem paling berjaya dari segi kutipan sepanjang zaman, Titanic. Tahun 2009, pengarah berusia 55 tahun itu menutup tirai dengan sebuah lagi karya agung yang bakal melakar momen tersendiri, Avatar.

James sebenarnya mula membenih impian untuk menghasilkan filem itu 15 tahun lalu tetapi visinya terlalu sukar untuk dicapai ketika itu. Dia telah menulis skrip Avatar sebanyak 114 muka surat pada tahun 1994 dengan menggunakan inspirasi daripada setiap buku sains fiksyen yang dibacanya semasa kecil.

Pada Ogos 1996, selepas James menghabiskan penggambaran Titanic, dia mengumumkan permulaan produksi Avatar yang sepatutnya siap pada 1999. Ini kerana sejak 1995 lagi, pengarah itu telah meramalkan kecanggihan CGI pada masa akan datang. Itu yang membuatkan dia begitu bervisi untuk menulis Avatar.

Cuma apabila pendekatan itu diluahkan oleh James kepada pakar CGI, dia sedar teknologi yang diperlukan masih terlalu jauh untuk direalisasikan. Maka, projek itu dihentikan selama 10 tahun ditambah dengan bajet AS$400 juta (RM1.4 bilion), tiada studio filem yang mahu menajanya.

Kini dengan kos AS$237 juta (RM814 juta), filem cereka pertama James selepas Titanic (1997) itu membuktikan segala kritikan pengamal media serta filem adalah salah. Hanya beberapa hari selepas ditayangkan kepada dunia, Avatar yang merupakan filem termahal setakat ini berjaya mengutip AS$242 (RM830 juta) di seluruh dunia (sehingga 21 Disember 2009).


JAMES bersama Gabenor California, Arnold Schwarzenegger dan aktres, Sigourney Wearer di Hollywood Walk Of Fame.

"Avatar merupakan filem paling mencabar pernah saya hasilkan. Saya mahu menghasilkan pengembaraan isu yang sama tetapi pada persekitaran yang tidak pernah diterokai, satu dunia asing. Telah lama saya mengidamkan filem sebegini yang menawarkan elemen bahaya dalam keindahan.

"Sejak di bangku sekolah lagi saya suka melukis makhluk asing semasa kelas Matematik. Dengan Avatar, akhirnya saya mendapat peluang," jelas James yang mahu menghasilkan dua sekuel jika percubaan pertama ini berjaya.

Siapa sangka pelajar dalam jurusan Fizik dan Inggeris itu akan mengecapi kejayaan seperti hari ini. Tidak menghabiskan pengajian tinggi di Kolej Fullerton, Kanada, James turut pernah bekerja sebagai pemandu trak.

Pada masa lapang, dia banyak menggunakan masa untuk menulis. Hanya selepas menyaksikan filem Star Wars pada tahun 1977, James membuat keputusan untuk berhenti memandu trak untuk menembusi dunia perfileman.

"Ramai orang menimba ilmu di sekolah perfileman tetapi saya bekerja sebagai mekanik dan pemandu trak. Saya merupakan penonton filem yang bertuah untuk beranjak ke sisi lain untuk membikin filem," kata James.

Tidak seperti pengarah lain yang kerap bekerja, James sepanjang kariernya yang sudah menghampiri tiga dekad hanya mempunyai lapan filem cereka komersial. Namun, filem Titanic yang pada mulanya dikritik tidak akan berjaya telah meletakkan James di mata dunia selain memenangi 11 anugerah Academy pada tahun 1998.

Mendiamkan diri selama 12 tahun tanpa sebarang projek, James suka menghadiahkan hasil yang difikirkan mustahil oleh kebanyakan orang. "Ramai yang berkata karier perfileman adalah seperti membunuh diri.

HOS Josh Horowitz ketika menemubual James, Zoe dan Sam mengenai filem terbaru mereka, Avatar dalam sebuah rancangan di California.


"Jika filem pertama anda bagus, mereka akan menghargai filem seterusnya. Jika ia tidak diterima ramai, filem anda akan dibandingkan. Tapi saya membikin filem kerana saya suka melihat hasil kerja sendiri."

Karya pertama tulisan James adalah Xenogenesis (1978) yang mempunyai durasi 10 minit. Bersama kawannya, mereka mengumpul wang untuk menyewa kamera, lensa, studio dan filem untuk memulakan penggambaran.

"Saya tidak mempunyai sebarang ilmu dalam filem. Saya bersama kawan saya telah menghabiskan setengah hari hanya untuk mempelajari bagaimana kamera berfungsi," tambah James.

Banyak mempelajari menerusi produksi berbajet rendah, James akhirnya berpeluang untuk menjadi pengarah seni dalam filem sains fiksyen, Battle Beyond the Stars (1980).

Peluang untuk James menyinar datang semasa dia diupah untuk menjadi pengarah kesan khas filem Piranha II: The Spawning (1981). "Pengarah filem itu meninggalkan projek tersebut dan penerbitnya telah mengupah saya untuk menjadi pengarah buat kali pertama.

"Filem itu diterbitkan di Jamaica tetapi kemudian saya sedar bahawa situasi kewangan produksi itu tidak stabil. Ketika itu, saya mempunyai mimpi ngeri mengenai satu robot yang dihantar ke masa depan untuk membunuh saya. Dari situlah saya mendapat idea untuk filem pertama saya, The Terminator (1984)."

Kejayaan filem pertamanya telah meyakinkan pengarah itu untuk terus mencuba terutama dalam membikin filem eksperimental efek khas. James juga terkenal sebagai pengarah yang mengutamakan kesempurnaan.

Sifatnya itu turut dibenci dan digeruni ramai pihak terutama pelakon yang pernah bekerjasama dengannya. Malah Kate Winslet sendiri telah membuat keputusan untuk tidak bekerja di bawah pimpinan James.

Akui Kate: "James seorang lelaki yang baik tetapi panas baran. Saya tidak akan bekerja dengannya lagi kecuali filem itu menjanjikan keuntungan besar."

Ramai pihak termasuk studio filem takut untuk berganding dengan James kerana dia juga sering ketinggalan jauh daripada jadual dan menggunakan wang melebihi bajet.

Namun, tidak kira apa yang dikatakan oleh orang, James yang pernah mengarahkan dua dokumentari, Ghosts of the Abyss dan Aliens of the Deep serta beberapa siri TV termasuk Dark Angel dan Entourage mempunyai nilai harganya tersendiri.

JAMES gemar mencuba teknologi baru dalam filemnya. Kerana itu dia sanggup menunggu 10 tahun sebelum memulakan penggambaran Avatar.

"Saya mahu penonton berpuas hati dengan apa yang mereka saksikan. Saya berharap mereka akan keluar daripada pawagam dan berkata, 'Saya tidak menonton filem. Saya menyelami sebuah filem'," kata James yang baru dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame baru-baru ini.

Revolusi efek khas

Dalam filem Titanic, James menggunakan efek khas untuk membuatkan audiens berasa seperti sebahagian daripada sejarah. Avatar pula menggunakan teknologi baru untuk mengangkut penonton ke masa depan dalam dunia berbeza.

Merangkumi 40 peratus pergerakan pelakon sebenar dan 60 peratus CGI foto-realistik, Avatar dibintangi Sam Worthington, Zoe Saldana, Michelle Rodriguez dan Sigourney Weaver.

Dengan cara rakaman pergerakan pelakon, kesan yang dikehendaki mampu dicapai. Ia dapat menghasilkan fizikal puak Na'vi yang matanya dua kali ganda lebih besar berbanding manusia dan berkedudukan lebih jauh. Mereka lebih kurus, leher panjang, struktur tulang dan otot berbeza.

James kali ini juga tidak berminat untuk menggunakan bantuan solekan untuk mencipta spesies makhluk asing yang resipi ini telah digunakan sekian lama sejak tahun 1950-an. Penggunaan getah pada permukaan pelakon turut pernah diaplikasi tetapi ia membataskan persembahan aktor.

Selain daripada itu, mereka juga lebih tinggi berbanding manusia. Solekan biru juga tidak boleh menghasilkan kulit lutsinar yang bertindak seakan kulit manusia seperti CGI. James mahu menghasilkan makhluk asing yang mewakili abad ke-21.

"Bagi merakamkan imej baru menerusi persembahan muka, satu kamera kecil diperlukan untuk merakamkan pergerakan muka pelakon secara mendalam terutama pergerakan otot. Apa yang paling utama, kamera itu merakamkan pergerakan mata, satu teknologi yang tJames.

Teknik rakaman pergerakan yang digunakan oleh krew Avatar juga mampu meliputi enam kali ganda kawasan sekeliling berbanding rakaman biasa. Merakamkan sekumpulan kuda, babak pergaduhan anjing serta makhluk terbang, semuanya mempamerkan kecanggihan filem ini. Selain daripada itu, satu lagi inovasi yang dicipta khas untuk Avatar adalah kamera visual.

"Kamera ini membenarkan saya merakam seperti berada di studio bunyi Hollywood. Menerusi kamera itu, saya tidak akan melihat Zoe tetapi wataknya, Neytiri yang mempunyai ketinggian 10 kaki serta berkulit biru dan berekor. Saya juga tidak perlu menunggu berbulan-bulan lamanya untuk melihat hasil penggambaran untuk sebuah kawasan khatulistiwa Pandora," tambahnya yang dilahirkan di Kanada.

KESAN khas menjadi tunjang utama dalam filem-filem James namun apa yang ditawarkan oleh Avatar berjaya memukau ramai penontonnya.


Mungkin ada pihak yang keliru sama ada puak Na'vi dan Avatar itu adalah animasi. Sebenarnya anda tidak salah beranggapan sedemikian kerana ia adalah kombinasi pergerakan manusia serta animasi. Contohnya boleh dilihat menerusi pergerakan ekor dan telinga yang tidak boleh dilakukan oleh aktor sendiri.

"Pelakon ada bertanya sama ada kami akan cuba menggantikan mereka dengan animasi. Sebaliknya saya cuma untuk memperkayakan watak mereka. Kami mahu memberikan cara baru kepada mereka untuk meluahkan perasaan tanpa batasan.

"Apa yang cuba saya gantikan adalah masa lima jam di atas kerusi solek yang selalu digunakan untuk mencipta watak makhluk asing, serigala jadian, nenek kebayan dan banyak lagi. Kini anda boleh menjadi apa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan tidak memerlukan solekan kompleks," jelasnya mengenai filem yang turut dihasilkan dalam bentuk 3D.


KOS [24/12/2009]


Tuesday, December 22, 2009

Kalau Datuk kata ya, iyalah: Zizie

ISU perkahwinan Zizie dengan Ahli Parlimen Kinabatangan hangat diperkatakan.

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari mendiamkan diri, pelakon Zizie Ezette akhirnya mengaku beliau sudah menjadi isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Namun begitu, Zizie enggan memberitahu bila dan di mana sebenarnya majlis pernikahan itu diadakan.

"Kalau Datuk (Bung Moktar) sudah cakap ya (sudah bernikah), maka iyalah. Saya tidak mahu cakap panjang lagi buat masa ini. Biarlah kenyataan itu datang terus daripada Datuk. Saya pun kena menjaga hati orang lain dan mungkin ketika ini juga sebenarnya ada pihak yang sudah terguris, " katanya kepada Berita Harian.

Pelakon itu dihubungi ketika sedang menyiapkan penggambaran drama bersiri Suraya yang disiarkan di TV3.

Bagaimanapun, Zizie enggan menjelaskan siapa yang terguris kerana perkahwinannya dengan Bung Moktar.

Difahamkan tindakan pasangan itu untuk terus berahsia kerana mahu menjaga hati isteri pertama, Datin Nor Asidah Alimuddin.

"Saya berada dalam situasi yang sukar. Saya tidak mahu hal ini terus menjadi kecoh. Satu hari, saya yakin perkara ini akan terungkai juga seperti apa yang dimahukan pihak anda (media) dan di luar sana.

"Soal jodoh dengan sesiapapun, ia adalah di luar bidang kuasa saya, " katanya.


p/s : nak jaga hati?..hati sapa?..

BH [22/12/2009]

Monday, December 21, 2009

Tip komunikasi berkesan

Komunikasi yang berkesan mampu menarik minat rakan-rakan, keluarga mahupun orang di sekeliling untuk menyukai anda,

TUMPUAN yang anda berikan membuatkan rakan berasa dihargai. - Gambar hiasan

KADANGKALA, berbicara dengan rakan sendiri pun boleh menimbulkan pergaduhan. Ini mungkin terjadi disebabkan penggunaan perkataan yang kurang sesuai, sekali gus membuatkan rakan berkecil hati.

Hubungan persahabatan yang telah lama terjalin juga menjadi salah satu faktor mengapa kita kurang peka dengan perasaan rakan.

Komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain.

Komunikasi boleh terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada secara lisan atau sebaliknya. Sebagai contoh, bahasa badan, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, penulisan dan sebagainya.

Berikut ialah beberapa maklumat yang boleh dijadikan panduan berguna untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara ahli keluarga dan rakan-raka

Tunjuk minat ketika berbual

Setiap kali berkomunikasi dengan rakan atau orang lain, lihat ke dalam mata mereka dan tunjukkan minat yang mendalam. Ingat, jadikan suasana komunikasi dalam keadaan santai agar mereka bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan. Jangan menunjukkan perasaan jemu jika rakan kerap bertanya atau berbicara mengenai perkara yang sama.

Sentiasa beri tumpuan

Sabar dan luangkan masa untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jika rakan menceritakan sesuatu perkara, jangan mencelah dengan cerita anda. Biarkan dia menghabiskan ceritanya dahulu, kemudian barulah anda pula memulakan cerita. Melalui tumpuan yang anda berikan, ia membuatkan rakan merasa dihargai.

Berhenti bercakap

Anda tidak dapat mendengar apa yang dibicarakan oleh rakan sekiranya anda juga ingin bercakap. Malah, komunikasi yang terjadi antara kedua-dua belah pihak juga akan menjadi hambar dan dingin. Ini menimbulkan rasa kurang senang kepada salah satu pihak. Tidak mustahil mereka akan mencari rakan lain untuk mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan.

WALAUPUN anda mungkin bosan dengan apa yang dibualkan, tunjukkan sedikit minat terhadap rakan yang asyik bercerita.

Pendengar yang aktif

Pendengar yang baik mampu menyimpulkan fakta-fakta untuk pemahaman mereka. Jangan teragak-agak bertanya semasa perbualan tersebut. Dengan banyak bertanya anda akan lebih memberi tumpuan kepada perbincangan tersebut. Selain itu, ia akan menggalakkan rakan meneruskan perbincangan dan menunjukkan anda ialah seorang pendengar yang setia.

Menyesuaikan diri

Anda boleh membantu rakan-rakan untuk berasa selesa dan diterima jika anda mampu menyesuaikan diri dengan emosi mereka. Jika rakan menceritakan perkara sedih, cubalah beri semangat atau menunjukkan mimik wajah yang sedih bagi membuatkan mereka berasa lega. Secara tidak langsung, anda membawa mesej bahawa anda memahami apa yang diluahkan dan mengenal pasti masalah dengan jelas.

Sabar dan kawal emosi

Kemarahan boleh menyebabkan berlakunya salah faham terhadap apa yang sebenarnya ingin rakan anda luahkan. Anda harus memberi masa untuk bertindak balas. Ini akan membuatkan anda lebih tenang dan dapat mengekalkan kesabaran.


Prihatin

Walaupun berada dalam keadaan bosan, tunjukkan bahawa anda masih berminat dan prihatin dengan topik yang dibualkan. Galakkan mereka meneruskan perbualan dengan cara berdiam sejenak. Tetapi bukan berdiam secara berterusan kerana ia mungkin akan menyebabkan komunikasi itu tidak menjadi.

Gembira

Jadikan perbualan positif dengan menyatakan bahawa anda mahu membantu menyelesaikan masalah mereka. Pandangan yang positif akan membuatkan perbualan itu lebih produktif serta membina.


KOS [22/12/209]

Tip mencari teman

Tidak semua remaja memiliki ramai teman. Justeru, remaja tersebut tidak mempunyai sebarang aktiviti sepanjang mereka bercuti. Ini tentu membosankan.

TEMAN adalah mereka yang berada di kala susah dan senang. - Gambar hiasan

"KENAPA aku tidak mempunyai ramai teman?. Bosannya hidup. Tak dapatlah aku melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan," getus hati Ani yang banyak menghabiskan masa senggangnya bermain dengan kucing di rumah.

Ani tahu bahawa memiliki ramai teman membuatkan hidup remaja tidak dilanda bosan. Masa senggang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti menonton wayang, membeli-belah, bersukan, memasak dan pelbagai lagi.

Kadangkala seorang teman boleh meredakan perasaan kita yang sedang berkecamuk dengan berkongsi masalah.

Namun, tidak semua remaja memiliki ramai teman. Justeru, remaja tersebut tidak mempunyai sebarang aktiviti menarik sepanjang mereka bercuti.

Bagaimana seorang remaja itu boleh memiliki teman yang ramai?. GenK senaraikan tip memperoleh teman yang ramai:

Mudah senyum

Remaja yang mudah memberikan senyuman pastinya membuatkan orang selesa untuk menghulurkan salam perkenalan. Berbeza pula dengan remaja yang berjalan dengan tidak memandang sekeliling. Pastinya, mereka akan dianggap sombong.

Senang didekati

Orang yang mudah didekati sangat mudah untuk memulakan sesi perbualan. Mereka mudah menunjukkan rasa selesa dan bersikap mesra walaupun baru berkawan.

Pendengar yang baik

Ramai yang menganggap teman yang baik adalah mereka yang sentiasa mendengar dan memberi maklum balas yang baik. Walaupun perbualan yang anda terima membosankan, tidak salah jika anda mendengarnya. Ia akan membuatkan rakan anda berasa diri mereka dihargai.

MEMILIKI ramai teman memberi peluang kepada anda untuk bercuti bersama mereka. - Gambar hiasan

Memahami

Rakan-rakan boleh menerima dan mendengar nasihat daripada anda serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan rakan anda.

Bersama kala susah dan senang

Ketika rakan mengalami krisis duit, keluarga atau percintaan, anda datang menghampirinya dan cuba memahami situasinya. Seboleh-bolehnya, anda berikan pertolongan dan pandangan. Nasihat dan pandangan anda itu mestilah tidak mempunyai unsur berat sebelah dan tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak.

TIDAK rugi jika mempunyai ramai teman yang boleh mengisi kekosongan hidup anda ketika kesunyian – Gambar hiasan

Jujur

Sentiasa bercakap jujur di dalam persahabatan membuatkan rakan lebih mempercayai anda.

Nada suara teguran dan komen yang membina juga perlulah tidak kedengaran mengejek. Sahabat sejati akan menerima setiap teguran daripada anda.

Baik hati

Jika anda memiliki sikap baik hati, pasti semua orang ingin menjalin persahabatan dengan anda. Walaupun rakan anda mempunyai kelebihan dari segi fizikal mahupun mental, anda tidak pernah berasa iri hati atau cuba memburukkan rakan.

KOS [22/12/200]

Pemungut hutang tidak boleh berkasar


URUSAN tarik kereta perlu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pemungut hutang yang dilantik oleh institusi perbankan atau syarikat kewangan tertentu di negara ini tidak boleh menggunakan kekerasan dan sering mengganggu pemiutang ketika menjalankan tugas mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata, perkara itu terkandung dalam garis panduan dan amalan pengutipan hutang yang adil yang perlu dipatuhi oleh setiap pemungut hutang yang dilantik.

"Institusi perbankan boleh menggunakan khidmat pemungut hutang, bagaimanapun, institusi itu perlu memastikan agar pemungut hutang yang dilantik mematuhi segala peraturan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan yang diluluskan oleh Bank Negara," katanya menjawab soalan Senator Dr. M. Malasingam pada persidangan Dewan Negara di sini semalam.

Institusi kewangan lazimnya menggunakan perkhidmatan pemungut hutang hanya untuk menarik kenderaan yang pemiliknya gagal melunaskan pinjaman mereka.

Chee Heung berkata, selain tidak dibenar menggunakan kekerasan dan mengganggu pemiutang, pemungut hutang perlu sentiasa mengamalkan tingkah laku yang beretika serta tidak dibenar membuat panggilan lebih tiga kali seminggu kepada pemiutang.

"Ini selaras dengan usaha Bank Negara untuk memperkukuhkan lagi struktur pelindungan serta tahap profesionalisme proses pengutipan hutang," katanya.

KOS [22/12/2009]

Wednesday, December 16, 2009

3 lagi nama kekasih Woods didedah




ORLANDO: Nama tiga lagi wanita yang dikatakan antara 14 kekasih Tiger Woods didedahkan oleh media semalam iaitu Julie Postle, Loredana Jolie dan Theresa Rogers.

Akhbar Britain, The Mirror, melaporkan Postle, 25, adalah seorang pelayan kelab malam yang tinggal dekat kediaman pemain golf nombor satu dunia itu dan mula berkenalan dengan Woods pada 2004 ketika berusia 20 tahun.

Dia yang kini tinggal di Texas dilaporkan mendapatkan khidmat peguam, Michael O'Quinn, selepas khabar angin mengenai hubungan sulit dengan Woods tersebar.

Sementara itu, ibu ayam, Michelle Braun memberitahu akhbar New York Daily News bahawa Woods menggilai Jolie, seorang model yang pernah disiarkan oleh majalah dewasa, Playboy pada September 2002 sebagai 'Gadis Siber Minggu Ini.'

Kekasih ketiga ahli sukan paling kaya dalam sejarah dikenali sebagai Theresa Rogers.

Apa yang menarik, Woods menjalin hubungan dengan Rogers sebelum dan selepas berkahwin dengan Elin Nordegren. Rogers juga kekasih tertua di kalangan wanita lain dengan usianya dalam lingkungan 40-an.

Kekasih lain Woods yang diketahui setakat ini termasuk Rachel Uchitel, Jaimee Grubbs, Kalika Moquin, Cori Rist, Jamie Jungers, Mindy Lawton, Holly Sampson dan Joslyn James.

Tiga lagi wanita belum dinamakan tetapi media melaporkan mereka sebagai seorang pelayan restoran Orlando, pengacara televisyen Britain dan seorang wanita pertengahan usia.

Sementara itu, laporan juga menyatakan, Uchitel dan Moquin sebenarnya menjadi ejen 'mencari teman tidur' ahli sukan itu, lapor sebuah blog berita sukan Amerika Syarikat, kelmarin.

Seorang lagi wanita, Cori Rist, muncul dalam program Today dan mendedahkan hubungan asmaranya dengan Woods berlangsung enam bulan tetapi pemain golf itu masih 'mengejarnya.'

Akhbar Britain, The Independent, memetik blog Deadspin sebagai menyatakan adalah satu kesilapan bagi orang ramai menganggap Uchitel dan Moquin kekasih Woods sepenuh masa.

"Blog itu mendakwa, dua wanita itu bertindak sebagai penaja parti, selain menjadi ejen pemain golf terkenal itu untuk memasuki kelab malam popular.

"Mereka juga mencari wanita untuk Woods ketika pemain golf itu menyertai pelbagai pertandingan, majlis kebajikan dan percutian bersama 500 rakan serombongannya. Uchitel dan Moquin diberi upah AS$15,000 (RM52,500) sebulan untuk tugas berkenaan," kata The Independent. - Agensi

p/s - mcm2 la tiger ni

BH [16/12/2009]

Majikan disaran benar pekerja pulang awal saksi Malaysia lawan Vietnam

KUALA LUMPUR: Bahang kejayaan pasukan bola sepak Sukan Sea negara memasuki perlawanan akhir untuk menentang Vietnam esok, turut terasa di Dewan Negara apabila majikan disaran agar membenarkan pekerja mereka pulang lebih awal bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan itu.

Saranan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang berkata pertandingan akhir itu akan ditayangkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) jam 6 petang.

"Mungkin majikan boleh benarkan pekerja masing-masing balik awal, ataupun boleh sediakan televisyen di pejabat supaya pekerja-pekerja dapat menonton," katanya ketika menjawab soalan Senator Fatimah Hamat pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Razali berkata pasukan negara sudah pasti akan menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, sekali gus akan memberi kesan yang besar kepada pembangunan sukan negara.

"Ia tidak ada nilaian wang ringgit, tetapi sumbangan dari majikan dalam menyokong pembangunan bola sepak saya pasti pasukan negara akan menghargai perkara ini," katanya.

Menjawab soalan Fatimah mengenai langkah yang dilakukan kementerian berkenaan untuk menarik minat badan korporat (CSR) dan syarikat besar tempatan menunaikan tanggungjawab sosial korporat dalam bidang sukan, Razali berkata kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula dengan pendekatan baru di bawah Insentif Penajaan CSR mulai suku pertama tahun depan.

Beliau berkata ia bagi menggantikan Program Rakan Sukan yang pernah diperkenalkan pada 1994.

"Di bawah program ini, pihak penaja dan kerajaan akan berbincang bagi merumuskan satu formula baru yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak sebelum pihak penaja dipadankan dengan sukan atau persatuan sukan yang dipersetujui bersama oleh penaja dan persatuan sukan kebangsaan," katanya.

Beliau berkata dengan cara ini, pihak penaja akan mempunyai kepelbagaian dan kedudukan yang lebih strategik bagi merangka strategi pemasaran mereka dan dijangka program itu akan dapat menarik syarikat-syarikat baru untuk turut serta dalam penajaan acara sukan. - Bernama


p/s - Semoga Malaysia Menang..Malaysia memang BOLEH !!

BH [16/12/2009]

Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak: Petronas

KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan.

Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya.

Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.

Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu.

Stesen itu kini ditutup sementara, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di semua kawasan operasi kami," kata kenyataan itu.

- Bernama


P/S - lu pikir la sndri..

BH [16/12/2009]

Tuesday, December 15, 2009

Sibuk layan SMS selepas berasmara

NEW YORK: Bekas wanita simpanan Tiger Woods mendedahkan, jaguh golf itu sering mengirim mesej pesanan ringkas (SMS) kepada wanita lain selepas mereka berasmara.

Menurut Cori Rist, dia menyedari Woods, 33, menjalin hubungan dengan wanita lain kerana pernah melihat atlit itu menghantar SMS di tengah malam.

Kata Cori, 31, apabila dia bertanya, Woods berdalih kononnya membalas e-mel.

“Tetapi saya tidak mempercayainya,” katanya.

Ketika ditemubual, Cori (gambar) turut menangis kerana menyesal melukakan perasaan isteri Woods, Elin Nordegren.

“Wood tidak pernah jemu memujuk saya memuaskan nafsunya, tetapi selepas saya enggan, dia mengetepikan saya,” katanya.

Sementara itu, siasatan wartawan mendapati, seorang lagi kekasih gelap Woods, Rachel Uchitel, diberi imbuhan RM17 juta untuk menutup mulutnya.

Sumber berkata, Woods bimbang maklumat pada Rachel, 34, boleh meruntuhkan rumah tangganya. - Agensi

p/s - fuhhh..17 juta!!

HM [16/12/2009]

Lelong dara di Internet

HONG KONG: Seorang remaja Hong Kong dilapor melelong daranya di sebuah laman sosial.

Remaja itu membuka bidaan pada harga AS$1,300 (RM4,437) dan pembida tertinggi bersetuju membayar AS$7,800 (RM26,625).

Remaja itu mendakwa melakukannya kerana terdesak untuk menggunakan wang.

Iklan di laman web hkmensa.net bagaimanapun tidak menyatakan usia remaja itu, hanya memberikan butiran mengenai tinggi dan juga berat badannya.


Kira-kira 100 orang membuat bidaan pada iklan yang ditawar pada 9 Disember lalu tapi kemudian dibatalkan oleh remaja itu sebelum tarikh bidaan berakhir.

Polis berkata, siasatan kini dilaksanakan dan memberi amaran di laman web itu kepada remaja supaya tidak mengiklankan tawaran untuk menjual tubuh mereka demi wang.

“Setiap individu perlu memiliki keperibadian dan maruah yang tinggi,” tegas kenyataan polis di hkmensa.net yang ditujukan terhadap palajar sekolah menengah.

Orang dewasa dilabel melakukan jenayah jika melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur di Hong Kong.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa remaja di bandar itu yang menawarkan dara mereka di Internet atau meminta pampasan andai keluar dengan lelaki dewasa, termasuk jika mereka melakukan seks. - AFP


p/s - sdh dtg ke Asia..Malaysia?


HM [16/12/2009]

Pelayan mengaku pacar ke-10 Woods

JULIE...pelayan kelab malam yang mengaku ditiduri
Woods.



ORLANDO: Seorang pelayan kelab malam, Julie Postle, tampil mendakwa menjadi seorang daripada kekasih gelap Tiger Woods, menjadikan dia wanita ke-10 dalam skandal seks jaguh golf itu.

Julie, 25, berkata sebagai penari seksi, dia berjaya mengghairahkan Woods ketika atlit itu meraikan hari lahir dan bertemu dengannya di Kelab Malam Roxy.

Sejurus berkenalan, katanya, Woods tidak teragak-agak mendedahkan kisah rumah tangganya dan mendakwa perkahwinannya dengan Elin Nordegren sekadar meningkatkan imejnya di mata masyarakat.

Julie baru berusia 20 tahun ketika dia bertemu Woods kali pertama di Orlando, Florida.


Sementara itu, teman lelaki Julie, Brian Kimbrough, berkata dia pernah mendapat panggilan telefon daripada pelayan itu dari rumah mewah Woods di Windermere.

“Julie membuat panggilan dari dalam bilik kira-kira jam 5 pagi.

“Dari jauh, saya dapat mendengar suara Woods yang memintanya meletak telefon,” katanya.

Menurut Kimbrough, 28, Julie memberitahunya Woods memang tidak pernah mencintai Elin.

“Kata Julie, Woods berkahwin dengan Elin tidak lebih untuk meningkatkan publisiti,” katanya.

Jika Woods menghubungi Julie melalui telefon, kata Kimbrough, atlit itu sering menggunakan nama samaran Encik Brightside - merujuk kepada judul lagu kumpulan rock dari Las Vegas, The Killers.

Lagu Mr Brightside menceritakan kisah seorang lelaki yang sering cemburu kepada kekasihnya.

Kelmarin, Julie dilaporkan mengupah peguam untuk mewakilinya dalam sebarang isu.

Ketika dihubungi akhbar The Sun untuk mendapat komennya, Julie enggan memberi komen. - Agensi


p/s ; lagi2 Tiger Woods..tiger btul la dia ni :-)

Haian Metro [15 Disember 2009]

Adegan terlampau


Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.

Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.

Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.

Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.

Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.

“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.


p/s : something funny or bad..??

HM [16/12/2009]

Sunday, December 13, 2009

Nafi ada hubungan dengan Woods

FLORIDA: Bekas supermodel, Jodie Kidd ialah nama terbaru yang muncul dalam skandal seks Tiger Woods.

Jodie, 31, malam tadi mengaku menyedari dia dikaitkan dengan jaguh golf itu selepas khabar angin tersebar mendakwa dialah juruhebah sukan televisyen Britain yang ada hubungan romantik dengan Woods.

Dia mengesahkan bertemu dua kali dengan Woods tetapi menegaskan, mereka tidak pernah menjalinkan hubungan romantik.

“Saya sedar mengenai khabar angin berhubung personaliti televisyen Britain itu tetapi saya berani beri jaminan, ia bukan saya.

“Memang benar saya pernah dua kali bertemu dengan Woods. Tetapi kedua-duanya ada kaitan dengan golf. Kami hanya bercakap dua atau tiga patah perkataan,” kata Jodie.

Jodie bertemu Woods kali pertama pada September 2006 apabila dia membintangi program penerbitan Saluran 4 bersama-sama Vernon Kay dan pemain bola sepak, Ian Wright. - Agensi

HM [14/12/2009]

Elin mahu cerai

SAAT MANIS...Woods dan Elin.


FLORIDA: Isteri Tiger Woods berhasrat untuk mengakhiri perkahwinan mereka dan kembali ke Sweden.

Elin Nordegren dilapor sudah berunding dengan peguam tetapi demi kepentingan anak mereka, dia hanya akan memulakan prosiding selepas Krismas.

Tamparan terbaru yang dihadapi juara golf itu muncul selepas seorang wanita yang didakwa kekasih gelapnya mendakwa mereka mengadakan seks pada malam kematian bapa Woods.

Semalam, penaja utama bilionair golf itu, Gillete berkata, ia akan mengehadkan peranan ahli sukan paling kaya di dunia itu.

Woods yang akhirnya mengaku curang terhadap isterinya Sabtu lalu berdepan dengan dakwaan mengadakan hubungan seks dengan sekurang-kurangnya 11 wanita lain sepanjang lima tahun berkahwin dengan Elin.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, dia berkata akan berehat untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan untuk memberi tumpuan pada rumah tangganya. Tetapi langkah itu mungkin sudah terlambat.

Elin, 29, dilapor terlalu berang mengenai pendedahan skandal seks Woods dan dilapor memberitahunya: “Jangan bercakap dengan saya. Anda boleh bercakap dengan juruterapi anda. Saya tidak mahu bertemu anda.”

Dia kini mahu merayakan Krismas di Sweden bersama-sama Woods, 33, dua anak mereka, Sam, dua tahun dan Charlie, 10 bulan.

Mereka akan menjalani perbicaraan perpisahan pada Tahun Baru, lapor akhbar News of the World.

“Elin akan berpura-pura ia perayaan keluarga, untuk kedua-dua anaknya dan kemudian akan menyingkirkan Woods,” kata satu sumber kepada akhbar itu.

“Dalam erti kata lain, mereka akan berlakon sebagai pasangan yang sayang menyangi antara satu sama lain. Elin kemudian akan memutuskan hubungan mereka serta-merta.

“Dia mungkin memerlukan masa untuk bersendirian tetapi proses perundangan untuk perceraian itu akan dilakukan secepat mungkin.”

Meskipun pasangan itu merancang merayakan Krismas bersama, Elin dikatakan sudah berpindah bersama-sama anaknya, tidak jauh dari kediaman mereka di Windermere, Florida.

Akhbar itu juga melaporkan, Woods bertengkar dengan ibu mentuanya beberapa minit sebelum wanita itu pengsan dan dikejarkan ke hospital minggu lalu.

News of the World turut mendakwa Woods masih berhubung dengan wanita simpanan terbarunya, Rachel Uchitel, orang yang mencetuskan pergaduhan antara pemain golf itu dengan isterinya hingga membawa kepada kemalangan Woods dan disusuli dengan pembongkatan seluruh skandalnya.

Seorang lagi kekasih gelapnya, Jamie Jungers memberitahu akhbar itu, mereka mengadakan seks beberapa jam sebelum Woods dimaklumkan mengenai kematian bapanya pada 2006. - AFP


p/s : fuhh...

HM [14/12/2009]

Sunday, December 6, 2009

Tiger Woods suka seks rakus - Pelayan

JAMIE
WOODS
MINDY


MIAMI - Bintang golf nombor satu dunia, Tiger Woods suka dengan seks rakus dan menjalin hubungan sulit dengan seorang pelayan sebuah restoran di Florida semasa isterinya hamil.

Pelayan berkenaan, Mindy Lawton mendedahkan sikap pemain golf kepada wartawan sebuah akhbar yang menyiarkan pengakuannya semalam.

"Kadangkala saya amat kepenatan selepas kami bersama. Dia (Woods) sukakan permainan seks ganas," katanya.

"Dia gemar menarik rambut saya semasa bersama. Dia teruja jika dapat berbuat demikian," tambahnya.

Jelas Mindy, pada awalnya dia jatuh cinta dengan Woods tetapi perasaannya berubah apabila mengetahui pemain golf itu menjalinkan hubungan semata-mata kerana dahagakan seks.


"Woods cuma menghubungi saya setiap kali dia mahukan seks," ujar wanita itu.

Menurutnya, Woods suka dia bercakap kotor dengannya.

Mindy, 33, merupakan wanita kesembilan yang dikaitkan dengan bintang sukan kaya raya itu yang dilaporkan memiliki simptom ketagihan seks.

Menurutnya, semasa kali pertama bertemu dengannya, Woods memakai topi besbol di restoran tempatnya bekerja di Isleworth dekat Orlando, Florida.

Dia membantu melayan Woods.

"Kami tidak bercakap tetapi membuat hubungan dengan isyarat mata," katanya.

Dalam tempoh sebulan, iaitu pada Mei 2006, Woods menghubungi pihak pengurusan restoran itu dan mahu bercakap dengannya.

Restoran itu terletak berdekatan dengan rumah Woods di Isleworth.

Sementara itu, seorang lagi model dari Las Vegas, Jamie Jungers didakwa oleh sebuah akhbar di Britain mempunyai hubungan seks dengan Woods.

Jamie, 26, mempunyai wajah mirip isteri Woods, Elin Nordegren.

Wanita itu menjalin hubungan seks dengan Woods pada 2005 kurang setahun sebelum bintang golf itu berkahwin dengan Elin. Pada minggu lalu, Woods meminta maaf kepada peminatnya selepas hubungannya dengan dua wanita didedahkan oleh pihak media. - Agensi


p/s - membuktikan sehebat manapn seseorg i2, dia masih manusia biasa :-)

HM [7/12/2009]

Wednesday, December 2, 2009

Tangisan pengantin

Oleh Monhd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my





AMPANG: Hancur luluh hati seorang lelaki apabila kebahagiaan berpanjangan yang diharapkan selepas dua minggu bergelar raja sehari lebur apabila isteri kesayangannya tiba-tiba lesap selepas didakwa melarikan diri bersama ‘jantan’ lain yang dikatakan pernah menjadi kekasihnya dulu.Lebih menyayat hati apabila suami berkenaan, Nor Mohamad Sham Maidin Sah, 39, yang inai di jarinya masih merah apabila mendapat berita isterinya ditangkap khalwat di rumah lelaki terbabit, beberapa hari selepas wanita itu melarikan diri dari rumah.Malah, kisah menyayat hati itu boleh diibaratkan ‘tangisan bulan madu’ apabila Nor Mohamad belum berkesempatan mengenali hati budi isterinya, apatah lagi untuk bermesra dengan wanita yang baru 13 hari menaiki pelamin bersamanya. Nor Mohamad berkata, kehilangan orang kesayangannya itu menyebabkan dia hampir pitam kerana tidak menyangka isterinya, Noor Sharmaine Mat Esa, 20, sanggup meninggalkannya tanpa pesan.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi pada 6 November lalu ketika dia dan Sharmaine berada di bilik tidur di rumahnya di Kampung Tengah Lembah Jaya, Ampang di sini, apabila isterinya itu memberi alasan kononnya mahu ke tandas.


Bagaimanapun, katanya selepas lebih 30 minit menanti, dia mula curiga apabila isterinya tidak muncul semula.“Pada masa sama beberapa anak jiran berusia belasan tahun mengetuk pintu rumah saya sebelum menjerit memberitahu mereka melihat isteri saya lari dalam keadaan tergesa-gesa sambil menutup kepalanya dengan tuala.“Sharmaine melarikan diri dengan membawa bersama beg pakaian sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu tidak jauh dari kawasan rumah saya,” katanya ketika ditemui, semalam.Menurutnya, dia berusaha mencari isterinya di kawasan perumahan berkenaan namun gagal mengesan jejak wanita itu yang dipercayai dilarikan bekas teman lelakinya.“Bagaimanapun, Sharmaine menghubungi saya kira-kira jam 1.30 tengah hari keesokannya dan meminta saya memasukkan RM500 ke dalam akaun banknya. Saya sempat bertanya lokasi dia berada namun Sharmaine enggan menjawabnya.“Kerana simpati, saya memasukkan wang RM100 ke akaun banknya sebelum dia meminta RM150 lagi daripada saya. Dia berjanji akan pulang ke pangkuan saya dan meminta saya menunggu di hadapan bank di Bandar Baru Ampang,” katanya. Menurutnya, dia menunggu dua hari berturut-turut di hadapan bank dimaksudkan namun harapan itu palsu.“Lebih memeranjatkan apabila kakak ipar saya menghubungi kami dan menyampaikan berita mengejutkan apabila mendakwa isteri saya ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang di rumah seorang lelaki dipercayai bekas kekasihnya itu.“Saya tak pasti apa yang berlaku namun berita dia ditangkap khalwat bersama lelaki lain membuat hati saya remuk,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.Menurutnya, walaupun hatinya terluka, dia masih bersedia untuk memaafkan isterinya asalkan Sharmaine sanggup pulang ke pangkuannya.“Saya tidak tahu dia berada di mana sekarang selepas ada pihak yang dikatakan membayar ikat jamin sejurus dia dan lelaki terbabit ditangkap khalwat. Malah, saya pernah diugut akan dipukul sekiranya datang ke Pulau Pinang untuk mencari Sharmaine,” katanya. Nor Mohamad berkata, walaupun berat hatinya untuk menerima hakikat kejadian itu namun menganggap kemaafan jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang menyebabkan kedua-dua keluarga kini dalam keadaan tertekan.

p/s : rasanya tau kan kenapa pompuan tu buat gitu?..than y pla lelaki tu masih nak pompuan tu?...huhu..

HM [3/12/2009]

Thursday, September 24, 2009

Kejutan gila hari jadi

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my


KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri.

“Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.

“Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori isteri dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah hotel di Kangar,” katanya ketika ditemui di sini.

Wanita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi.

Wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu, sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan maksiat bagi meraikan ulang tahunnya bersama lelaki berusia awal 30-an dari Perlis itu.

Suami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

“Saya kaku sebentar melihat kelibat isteri bersama lelaki lain dalam bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk isteri kepada petugas media di sini.

Dia berkata, khabar angin yang didengarnya sebelum ini berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit ternyata benar.

“Saya mengakui sudah pasrah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada dua anak perempuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, mengesahkan penahanan wanita dari Sungai Petani itu bersama lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam.

“Hasil maklumat awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka seorang wanita dan hasil pemeriksaan kami menemui seorang lelaki bukan Islam di atas katil.

“Wanita yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selepas mengambil keterangan, wanita itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini,” katanya.

HM [25/9/2009]

Gelang seks cetus kebimbangan


SHANNEL ketakutan apabila anaknya Harleigh memberitahu
dia perlu ‘membuat anak’ dengan budak lelaki
yang mematahkan gelangnya.

LONDON: Ia hanya gelang plastik tipis, yang dipakai pelajar, mungkin untuk tunjuk tanda persahabatan.

Gelang itu boleh diperoleh dalam pelbagai warna dan cukup murah.

Kini, ia menjadi sensasi dalam masa yang singkat di taman permainan sekolah rendah di seluruh Britain.

Namun, namanya yang membuat ibu bapa cemas - Gelang Seks. Dan ia dipakai oleh kebanyakan kanak-kanak yang terlalu muda untuk memahami maksud perkataan itu.

“Saya terkejut apabila anak saya memberitahu nama gelang itu,” kata Donna Heaton.

Anaknya, Sam yang berusia lapan tahun meminta wang untuk membeli satu gelang berkenaan daripada rakan sekolahnya minggu lalu.

Hasil perbincangan dengan ibu bapa pelajar lain, Donna mendapat tahu bahawa warna gelang yang berbeza itu membawa pengertian berlainan.

Setiap warna mewakili aksi seks berbeza, daripada peluk atau cium kepada menunjukkan buah dada dan aksi lain yang boleh membuat orang dewasa malu.

Jika seseorang mematahkan gelang itu daripada si pemakai, si pemakai perlu menawarkan aksi seks yang ada kaitan dengan warna gelang berkenaan.

Bagi warna emas, ia membolehkan si pematah mendapat seluruh layanan seks yang diwakili semua warna gelang.

Seperti Donna, Anna Kite, juga tidak tahu mengenai gelang yang dipakai anaknya, Holly, sembilan, sehingga seorang rakannya memberitahunya.

“Menurut rakan saya, anaknya mematahkan gelang merah jambu seorang pelajar perempuan di sekolah.

“Ini bermakna pelajar itu perlu menunjukkan dadanya kepada anaknya,” kata Anna.

“Saya serta-merta teringat pada anak saya, Holly yang memakai beberapa gelang merah jambu.

“Apabila saya menyoalnya, dia mengesahkan pelajar lelaki di sekolahnya mengejar pelajar perempuan yang memakai gelang itu dan jika berjaya mematahkannya, si pemakai perlu mencium mereka.”

Shannel Johnson, 32, dari Sheffield mendapat kejutan serupa apabila anaknya, Harleigh, lapan, memberitahu perkara yang sama.

“Jika mereka patahkan yang hitam, saya termaksa ‘membuat anak’ dengannya.”

“Saya tergamam. Saya terpaksa duduk dan menjelaskan kepadanya.

“Saya tidak sekali-kali akan membenarkan anak saya membeli gelang itu itu jika saya tahu maksud di sebaliknya,” kata Shannel. - Agensi


HM [25/9/2009]


Salah satu cara untuk mengurangkan kemalangan jalanraya di Hari Raya 2009 :-)

hehehe ...jangan marah :-)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas.

Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan.

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka.

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka.

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala.

Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.

Tuesday, September 15, 2009

Hanya Kerana sebutir kurma


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergolek disebelah timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara' yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.


"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang telah aku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu."
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.
"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."


Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain S.A.W. bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

-BerPesaN-pesaN SesaMa InSaN-

Thursday, August 27, 2009

Kursus Penilaian PTK TK6 - Rasa Ria Resort, Tuaran

On 25-27 Jun 2009, aku telah dipanggil untuk melibatkan diri sebagai urusetia (mc ja pn...)..untuk Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) TK6 bagi jawatan Prof.Madya Gred DS/DU53/54 bertempat di Rasa Ria Resort, Tuaran. 2 kali tukar bilik lagi coz bilik pertama agak jauh dari bilik kursus (sayang gak, coz bilik ni view cantik..maklumlah tingkat 3 kn..) so aku minta tukar la ke bilik yang lebih dekat lagi dengan tempat berlangsungnya kursus tersebut. Dah lama cadang untuk mandi2 di kolam sana tau tapi sayangnya on dat time ujan pula bercampur kilat dan guruh...bersama-sama aku ialah 2 orang staf UTM (dah lupa nama pla..)..pn yati..marliana..azian..afiz and saileh..malam kedua sebelah malam sempat lg g tengok wayang d 1B..wayang tranformer ; revenge of the fallen x silap (kali ke2 actually)..thanks 2 all my pren on dat 3 day coz byk mbantu :-)


welcoming drink...ingatkn apa time mula2..

katil besar..orgnya kecik hahaha...bilik 1st d tingkat 3..

view bilik..

view pantai n kolam renang d resort..

ruang legar d bwh bilik..

okid mcm d umah..huhu..

meja tv yg tdk sempat d guna pn..angan2 mo tgok tv (of coz football)..sambil menikmati view d luar huhuhu..

ruang tamu kecik bilik yg 1st..

bilik 1st..kerusi ruang tamu..leh bw member lepak haha..

1st bilik balcony...sdh ckpkn nice view..

namp kolam tu...ada bw teropong tau...hehehe

golf activities...nak men golf la (mcm pandai...)..

beranda tingkat 3..

tak sempat guna pn..

sebelum..

selepas..

2nd bilik.. :-( ..tpi ok la..

ok jg la kn..


mcm mo bw plg simpan d bilik sendiri huhuhu...

nice decoration..lau ada umah mo bt gni jg.. :-)

kotak tisu sabahan..

fesyen apa bh ni?..

di bilik urusetia..

pendaftran peserta sebelah petang..

dinner mlm 1st..

peserta yg join dinner..

wit saileh..

mcm d umah..

backdrop simple ja..by rasa ria staf..

meeting room..

wayang kulit...teda d sabah ni..mb made in kelate..

wau bulan..sentimental value..

papan perasmian..luv u Tun M..

tunjuk arah..

dia ni mengetuk "kulintangan" tanpa henmti selama 10 jam tiap-tiap hari...hehehe

ingatkn d pekan tuaran ja ada tamu..

2nd bilik...grrr...tpi ok la jg drpd teda..

lawa jg bh kn...tingkat 1 ..

the balcony..

beranda n the view..


dibilik : laptop untuk keja tau..

cuba tgok betul2...jam berapa..

kemas kn... ;-)

view simple ja d tingkat 1..

abis setiap ari..hehehe

sebelum..

selepas..

view..pehhh...

time siok2 mandi ujan la pla... :-(

aneka kek during dinner..

buah2an..aku pilih tembikai ja..

sago?..

hmmm...

ni ja aku mkn ...(kali ketiga udah)..

wit saileh lepak...staf rasa ria...ramah lg tau ..

time tgok transformer : revenge of the fallen

time tgok transformer : bumbellbe.. (betul ka ejaan aku?..)

time tgok transformer : ingat babak ni?..

time tgok transformer : bumbellbe lg..

time tgok transformer : tgh tgu decepticon!!..

time tgok transformer : the war is begun..

time tgok transformer : war...war..war...


time tgok transformer : sapa ka dia ni?.. :-) ..sector seven?..

time tgok transformer : fuhh....cam real pla...bila la malaysia dapat bt gni?..

time tgok transformer : the final babak..

mcm di umah..

patung...

ni la patung 2...

with dr j...
afiz n saileh?..patung sapa paling cantik?..

barisan urusetia..

dinner..

sapa tu?..

d luar bilik kursus..

tambirang c marr...yan pla mcm jurugambar pro...

sound check...

peserta..

tnc...

nda sabar udah mo mkn diorg ni..aku kontrol ja..

eat all u can!!...1..2..3..

saileh malu2 lg dgn aku lau mkan..huhuu..

peserta...utk kenang2an..

urusetia..utk kenang2an..

kaki bh...silang :-)

dan akhirnya.. ;-)






Search This Blog

Featured Images