Wednesday, December 16, 2009

3 lagi nama kekasih Woods didedah




ORLANDO: Nama tiga lagi wanita yang dikatakan antara 14 kekasih Tiger Woods didedahkan oleh media semalam iaitu Julie Postle, Loredana Jolie dan Theresa Rogers.

Akhbar Britain, The Mirror, melaporkan Postle, 25, adalah seorang pelayan kelab malam yang tinggal dekat kediaman pemain golf nombor satu dunia itu dan mula berkenalan dengan Woods pada 2004 ketika berusia 20 tahun.

Dia yang kini tinggal di Texas dilaporkan mendapatkan khidmat peguam, Michael O'Quinn, selepas khabar angin mengenai hubungan sulit dengan Woods tersebar.

Sementara itu, ibu ayam, Michelle Braun memberitahu akhbar New York Daily News bahawa Woods menggilai Jolie, seorang model yang pernah disiarkan oleh majalah dewasa, Playboy pada September 2002 sebagai 'Gadis Siber Minggu Ini.'

Kekasih ketiga ahli sukan paling kaya dalam sejarah dikenali sebagai Theresa Rogers.

Apa yang menarik, Woods menjalin hubungan dengan Rogers sebelum dan selepas berkahwin dengan Elin Nordegren. Rogers juga kekasih tertua di kalangan wanita lain dengan usianya dalam lingkungan 40-an.

Kekasih lain Woods yang diketahui setakat ini termasuk Rachel Uchitel, Jaimee Grubbs, Kalika Moquin, Cori Rist, Jamie Jungers, Mindy Lawton, Holly Sampson dan Joslyn James.

Tiga lagi wanita belum dinamakan tetapi media melaporkan mereka sebagai seorang pelayan restoran Orlando, pengacara televisyen Britain dan seorang wanita pertengahan usia.

Sementara itu, laporan juga menyatakan, Uchitel dan Moquin sebenarnya menjadi ejen 'mencari teman tidur' ahli sukan itu, lapor sebuah blog berita sukan Amerika Syarikat, kelmarin.

Seorang lagi wanita, Cori Rist, muncul dalam program Today dan mendedahkan hubungan asmaranya dengan Woods berlangsung enam bulan tetapi pemain golf itu masih 'mengejarnya.'

Akhbar Britain, The Independent, memetik blog Deadspin sebagai menyatakan adalah satu kesilapan bagi orang ramai menganggap Uchitel dan Moquin kekasih Woods sepenuh masa.

"Blog itu mendakwa, dua wanita itu bertindak sebagai penaja parti, selain menjadi ejen pemain golf terkenal itu untuk memasuki kelab malam popular.

"Mereka juga mencari wanita untuk Woods ketika pemain golf itu menyertai pelbagai pertandingan, majlis kebajikan dan percutian bersama 500 rakan serombongannya. Uchitel dan Moquin diberi upah AS$15,000 (RM52,500) sebulan untuk tugas berkenaan," kata The Independent. - Agensi

p/s - mcm2 la tiger ni

BH [16/12/2009]

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images